CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16109|Reply: 42

WANITA BESI?...

[Copy link]
Post time 21-2-2007 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Mardiana wanita besi?



MARDIANA Razali menganggap tugas sebagai pembantu juruterbang pesawat C-130H merupakan pengalaman berharga bagi dirinya.
Tugas pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kebiasaannya disandang oleh kaum lelaki dalam memastikan operasi penerbangan berjalan lancar.  Peranan yang dimainkan oleh penjawat itu adalah membantu juruterbang dalam menentukan arah penerbangan di samping keselamatan pesawat ketika dalam penerbangan.

Namun, tidak ramai mengetahui bahawa tugas berkenaan mampu dilakukan oleh kaum wanita yang dapat melaksanakan tugas dengan lancar seperti kaum lelaki.  Rombongan media yang menyertai lawatan ke Pangkalan Udara TUDM, Labuan, Sabah, baru-baru ini tertarik dengan seorang wanita yang bertugas sebagai pembantu juruterbang bagi pesawat pengangkut udara, Charlie 130 Hercules (C-130H).  Malah, penerbangan pulang rombongan media dari Pangkalan Udara TUDM, Labuan, Sabah dan Pangkalan Udara TUDM Kuching, Sarawak ke Lapangan Terbang TUDM, Subang, Kuala Lumpur turut dikendalikan oleh Mardiana bersama juruterbangnya.  Pesawat berkenaan mampu menjalankan pelbagai operasi dalam memastikan misi yang dijalankan mencapai matlamat.  Masyarakat lebih mengetahui bahawa C-130H merupakan antara pesawat pengangkut pelbagai guna yang mampu menjalankan operasi dalam pelbagai bentuk cuaca dan muka bumi

Kapten Mardiana Razali yang telah bertugas di pangkalan tersebut sejak Oktober 2005 adalah salah seorang pembantu juruterbang pesawat berkenaan di 14 Skuadron pangkalan tersebut.  Mardiana berkata, kerjaya dalam penerbangan memberikan satu keseronokan dan pengalaman baru kepada dirinya.  Tambahnya, pelbagai pengalaman diperolehi sepanjang bertugas di skuadron tersebut dan ia merupakan satu pengalaman beharga walaupun masih baru dalam dunia penerbangan.

揔etika menuntut di Kolej Tentera Udara (KTU) TUDM Kepala Batas, Alor Setar, Kedah, latihan yang saya ikuti tiada beza antara lelaki dan wanita serta diberi peluang sama dengan lelaki,拻 katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mardiana yang merupakan anak kedua daripada lima adik beradik itu melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di KTU sebaik sahaja selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  Berasal dari Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan, beliau mengikuti pengajian di kolej tersebut selama tiga tahun bermula tahun 1999 sehingga 2002.

Minat tinggi dalam kerjaya tentera yang mempunyai disiplin yang ketat terutama TUDM mendapat restu kedua-dua ibu bapanya untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma di KTU.  Selepas itu, Mardiana memasuki sekolah penerbangan di kolej yang sama sehingga Mei 2005 dan berjaya mendapat sayap penerbangan.  揝ebaik menamatkan kursus penerbangan di kolej itu saya memasuki kursus pesawat CN235 bagi unit komersil dan mengikuti kursus-kursus lain seperti multi kru di sana,拻 katanya.

Sepanjang menjalani kursus berkaitan pesawat tersebut, pelbagai ilmu yang dipelajari bagi mengetahui pengendalian pesawat pengangkut sederhana tersebut.  Menurutnya, pesawat pengangkut mempunyai pelbagai fungsi tidak kira dalam operasi ketenteraan mahu pun bantuan kemanusiaan di kawasan bencana.  Pengalaman yang diperolehi ketika menyertai kursus pesawat berkenaan membolehkan beliau diletakkan dibawah 14 Skuadron dan menjadi pembantu juruterbang bagi pesawat C-130H.

Pertukaran dari pesawat CN235 kepada C-130H merupakan satu cabaran baru baginya dalam mengendalikan pesawat pengangkut yang lebih besar. Cuma perbezaan kedua-dua pesawat itu ialah CN235 mempunyai dua enjin manakala C-130H pula mempunyai empat enjin,拻 katanya.  Mardiana berkata, ketika dimaklumkan oleh pegawai bertugas untuk menjadi pembantu juruterbang bagi pesawat itu, beliau menganggap ia merupakan satu pengalaman baru.

Bagaimanapun, katanya, pengalaman asas dalam penerbangan tidak membuatkan dirinya merasa kekok untuk bertugas dengan pesawat C130H berbanding CN235 sebelum ini.  Selain memikul tanggungjawab di pesawat tersebut, Mardiana juga turut memikul tugas sebagai Bendahari Badan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) 14 Skuadron di pangkalan itu.

[ Last edited by  tin at 21-2-2007 01:47 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 12:04 PM | Show all posts
hehehe..
mana pic awek nie apouy....:bgrin:
nak kenal gak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by insignia at 21-2-2007 12:04 PM
hehehe..
mana pic awek nie apouy....:bgrin:
nak kenal gak....


hex3 cun wo..dari utusan ari ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 12:13 PM | Show all posts
aku edit td terus dia kuar menda tu td ada....
anyway.. mmc dah paste kan dah tuh...
tq mmc...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 12:17 PM | Show all posts

Reply #4 apouy's post

no hal..the new cari version ni memang pelik sikit...aku pun tengah belajar macamana nak handle..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 03:16 PM | Show all posts
hehehe..
Tq dah dpt tengok dah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2007 03:32 PM | Show all posts

Reply #1 apouy's post

mak buyung, kau kah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:11 PM | Show all posts

Reply #7 Gemukkkkkkk's post

rasanya bukan la. mak buyung ipoh mali laaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2007 04:13 PM | Show all posts

Reply #7 Gemukkkkkkk's post

bukan ar.... tu jr aku...
idup lg... siap berjaya masuk paper lg...
x mcm jr yg kena blasah tuh...
nak masuk paper repot kat abah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:16 PM | Show all posts

Reply #8 tin's post

ohohoooo pandai kau ye.. tolong jawabkan pulak tu..  bodek mak buyung ke ni?

mak buyung, tu junior ye.. dah kahwin ke.. kalau belum, kenalkan la kat tin ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:27 PM | Show all posts

Reply #10 Gemukkkkkkk's post

nak kenal kat tin ke ko....ko tu duduk dalam tempat berhabuk, mana ada awek nak lekat..si tin tempat dia keliling pinggang ada awek ooi..tak yah susah2.. so apouy..kalao nak nengok bujang terlajak boya tasek ni kahwen..ko introler si adik manis ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:28 PM | Show all posts

Reply #11 mmc's post

tapi satu aja den nak tanyakan...sanggup ke masuk suku
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:29 PM | Show all posts

Reply #11 mmc's post

  edit wehh edit...    terkejut baca post macha ni

itu tin ka..  tada guna juga..  sana tanggachi pusing keliling pinggang pun dia tabley apa bikin pun..  kasi tengok saja.. chettt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 04:32 PM | Show all posts

Reply #12 mmc's post

confius jap....... hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:32 PM | Show all posts

Reply #11 mmc's post

:setuju: dengan 120 persennnn...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:34 PM | Show all posts

Reply #13 Gemukkkkkkk's post

Cit, bukan tara mau buat. ini rimau juga. tunggu kasi itu rusa dekat mari, baru kasi keluar itu kuku sama taring laaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 04:34 PM | Show all posts
Blh thn srikandi negara nih ...

Sesekali baca psal sojar pompuan kat paper, teringat kat Tun Kudu & Tun Fatimah ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:35 PM | Show all posts

Reply #13 Gemukkkkkkk's post

awatnya..ko bukan boya tasik ke...ipoh mana ada laut atau sungai besor macam sungei perak weh untuk boya tinggai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 04:35 PM | Show all posts

Reply #10 Gemukkkkkkk's post

blom kawen lg....
maleh ar nak kenen2 kan org...
pandai2 sendirik k....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:37 PM | Show all posts

Reply #19 apouy's post

kurang kasi kontek ler...tengok si pda mokk tu boley pakai lagi ke tak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.420654 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list