CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: apouy

WANITA BESI?...

[Copy link]
 Author| Post time 21-2-2007 04:56 PM | Show all posts

Reply #20 mmc's post

maleh ar... kang dak_ker marah kat aku lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 05:02 PM | Show all posts

Reply #21 apouy's post

  punah harapan si gemukkkkkk nak 'masuk suku'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 05:10 PM | Show all posts
masa dah time....
jom balik....
sambung kat umah lak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by apouy at 21-2-2007 17:10
masa dah time....
jom balik....
sambung kat umah lak...


skot, gambar PET yang keluar paper dulu hang ada simpan tak? dia ngan hang pun wanita besi gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 07:30 PM | Show all posts

Reply #24 venez's post

tulah... patutnya Ah Pat tu yg diorang pangge wanita besi...
tu yg benang ni ada tanda soklan tuh....
markep wanita besi???
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by apouy at 21-2-2007 19:30
tulah... patutnya Ah Pat tu yg diorang pangge wanita besi...
tu yg benang ni ada tanda soklan tuh....
markep wanita besi???


pet lagi hebat skot... pet penah kuar majalah 3 per... sempat diinterview lagik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-2-2007 10:04 PM | Show all posts

Reply #26 venez's post

ooo ngan nish ari tuh.... aku tgk gak masa tuh...
mmg best giler pun...
1st pompuan bwk MIG kat m'sia nih...
bangga lak jd skot dia nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 10:06 PM | Show all posts
Kejuruteraan Pei Ting buktikan kemampuan

Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN

KEJURUTERAAN sering dikaitkan dengan dunia lelaki kerana tidak ramai wanita mahu menceburi bidang tersebut. Mungkin disebabkan faktor ketidakserasian berdasarkan jiwa mereka yang lemah-lembut atau barangkali juga kaum Hawa kurang gemar kepada aktiviti lasak.

Namun, bagi Kapten Lua Pei Ting, 27, beliau tidak pernah menjadikan alasan itu sebagai halangan untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburinya.

Beliau telah membuktikan bahawa wanita juga mampu berjaya dalam bidang kejuruteraan.

Apatah lagi bertugas di dalam skuadron pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didominasi kaum lelaki.

Pei Ting merupakan satu-satunya pegawai kejuruteraan wanita di No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.

Lulusan Akademi Tentera Malaysia (Atma) ini bertanggungjawab mengurus 116 krew termasuk empat wanita untuk mengendali kerja-kerja penyenggaraan berjadual pesawat tempur Hawk milik TUDM.

Tugas utama beliau ialah memastikan semua pesawat berada dalam kesiagaan untuk digunakan pada bila-bila masa.

揝ebagai pegawai kejuruteraan dalam skuadron operasi, saya perlu menyediakan pesawat dalam keadaan baik supaya juruterbang dapat menjalankan misi mereka.

揝elain pesawat, sistem persenjataan juga perlu berada pada tahap sempurna,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 10:12 PM | Show all posts
Originally posted by apouy at 21-2-2007 22:06
Kejuruteraan Pei Ting buktikan kemampuan

Oleh ZABRY MOHAMAD MADZLAN

KEJURUTERAAN sering dikaitkan dengan dunia lelaki kerana tidak ramai wanita mahu menceburi bidang tersebut. Mungkin diseb ...


lupa plak aku ngan amoi sorang nih...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 10:38 AM | Show all posts
agak2nya deme yang kome citerkan tu ada dalam ni termasuk si apouy ke tapi malangnya hajat arwah Sefrina tak kesampaian kan

Azam dan impian - Generasi baru juruterbang wanitaOleh HAMDEN RAMLI
FARAH Diba (dari kiri), Mila, Sanisah dan Mai Elny generasi baru juruterbang wanita TUDM.
KEJAYAAN Mejar Emilia Kamaruddin menjadi juruterbang pesawat pejuang pertama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan sahaja membuktikan kemampuan wanita dalam bidang tersebut.
Kejayaan yang amat dikagumi itu juga telah menyemarakkan lagi minat di kalangan kaum wanita untuk menceburi bidang yang di dominasi kaum lelaki itu.
Ini dapat dibuktikan dengan penyertaan lebih ramai kaum wanita menyertai Kursus Asas Juruterbang di Pusat Latihan Terbang Satu (Pulatibang I), Kolej Tentera Udara, Alor Star, Kedah.
Dianggarkan sebanyak tiga hingga lima penuntut wanita menyertai kursus asas tersebut setiap tahun berbanding seorang sebelum ini.
Apa yang menarik, berdasarkan prestasi semasa, mereka berjaya bersaing malah sebahagiannya lebih baik daripada penuntut lelaki.
Salah seorang daripada penuntut yang masih mengikuti kursus tersebut, Leftenan Farah Diba Ahmad Rostam, 22, berkata, minatnya timbul setelah kerap melihat pesawat-pesawat latihan TUDM berlegar-legar di ruang udara Alor Star.
``Setiap kali saya melihat, saya bertekad, satu hari saya akan berada dalam pesawat tersebut,'' katanya.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah itu berkata, hasrat itu akhirnya terlaksana setelah mendapat dorongan yang kuat daripada ayahnya, seorang pekerja di syarikat swasta.
``Apa yang membanggakan saya, kejayaan ini juga berjaya merealisasikan impian ayah menjadi juruterbang yang tidak kesampaian itu,'' kata anak kedua daripada tiga beradik itu lagi.
Beliau yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pangkat satu dengan agregat 12, berkata, matlamat utamanya pada masa kini adalah untuk mendapatkan sayap penerbangan sebelum menceburkan diri secara serius dalam bidang juruterbang pesawat pengangkut.
Berbeza dengan Farah, rakannya yang turut berada pada tahap formasi, Leftenan Mila Embong, 25, pula berazam untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang.
``Jika semua berjalan lancar, dalam tempoh dua bulan lagi saya akan menamatkan kursus asas dan berharap akan ditempatkan di skuadron jet pejuang,'' katanya yang kali pertama menerbangkan pesawat pada Oktober 2002.
Beliau yang berasal dari Seberang Takir, Kuala Terengganu, menerbangkan pesawat Aero Tiga iaitu sebuah pesawat latihan yang diterbangkan bersama seorang jurulatih penerbangan.
Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut ini, untuk merealisasikan impian menjadi juruterbang pesawat pejuang beliau perlu lebih berani dalam semua perkara.
``Saya juga perlu lebih banyak usaha dan yakin pada kemampuan diri,'' katanya yang sebenarnya menyimpan cita-cita menjadi pegawai polis.
Menurut anak keempat daripada lapan adik beradik itu, disiplin amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang juruterbang.
Leftenan Mai Elny Sefrina Jalaluddin, 22, yang berasal daripada Kampung Beting, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pula berkata, beliau berazam untuk menjadi juruterbang wanita pertama bagi pesawat pengangkut B-733.
Menurutnya, beliau sanggup menolak tawaran memasuki institusi pengajian tinggi lain seperti Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Malaysia dan Politeknik, demi untuk mengejar cita-cita menjadi juruterbang TUDM.
``Saya amat yakin peluang untuk wanita berjaya dan berkembang dalam bidang ini tetap ada.
``Apa yang penting ialah untuk kita menunjukkan kemampuan diri,'' kata anak kelima daripada enam beradik itu.
Beliau mengakui sukar untuk menyesuaikan diri dalam dunia yang dikuasai lelaki.
``Pada peringkat awal memang susah, tetapi lama kelamaan apabila kita telah matang, semuanya okey,'' katanya.
Rakannya, Leftenan Sanisah Abu Hanipah, 24, sependapat dengan pandangan Mai Elny sambil menambah, masa remaja tidak akan di sia-sia jika mengikuti kursus ini.
Sanisah yang berazam menjadi juruterbang wanita pertama bagi pesawat pejuang Sukhoi Su-30MK yang baru dibeli oleh TUDM berkata, beliau tidak menyesal memilih kerjaya dalam bidang ketenteraan.
Menurutnya, saat paling manis ialah apabila beliau dibenarkan buat kali pertama menyarung sut juruterbang.
``Ia satu penghormatan dan merupakan simbolik langkah pertama ke arah masa depan yang lebih mencabar,'' katanya yang berasal Kampung Datuk Ahmad Said, Ipoh, Perak.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Tarcisian Convent, Ipoh itu berharap akan kembali semula ke pusat itu satu hari nanti sebagai tenaga pengajar bagi melatih lebih ramai juruterbang khususnya juruterbang wanita.
Apa pun pandangan yang diberikan keempat-empat bakal juruterbang TUDM itu berjanji dengan segala kudrat dan kemahiran yang ada, mereka pada bila-bila masa bersedia mempertahankan maruah dan kedaulatan negara daripada apa jua ancaman baik dari dalam mahu pun dari luar.
Sementara itu, Ketua Bahagian Akademik Pulatibang 1, Mejar Shamsudin Kassim berkata, kadar kemasukan penuntut wanita di pusat tersebut bergantung kepada kelulusan di peringkat kadet.
Bagaimanapun beliau berkata, sejak kebelakangan ini kadar kemasukan adalah sekitar tiga hingga lima penuntut setiap tahun.
``Mereka akan dilayan seperti penuntut lelaki. Semuanya sama,'' katanya.
Mengenai potensi, beliau berkata, secara umum semua penuntut wanita adalah sama dengan lelaki malah dalam beberapa kes terdapat beberapa penuntut wanita yang lebih cemerlang daripada lelaki.
``Mereka memang berpotensi besar untuk maju tidak kira apa bidang yang diceburi daripada jet pejuang, pesawat pengangkut sehingga helikopter,'' katanya.

[ Last edited by  mmc at 22-2-2007 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by apouy at 21/2/07 11:59 AM
Mardiana wanita besi?



MARDIANA Razali menganggap tugas sebagai pembantu juruterbang pesawat C-130H merupakan pengalaman berharga ba ...



Laaa waghih kampung den lah yoooo, nak kene tanya abah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 10:47 AM | Show all posts

Reply #31 yipun78's post

awat...nak rekemen kat tin dan mokk masuk suku ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 10:54 AM | Show all posts

Reply #32 mmc's post

itu dua hero, kan Dato suh depa carik sendiri lah, dah ler requirement taste tinggi melangit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2007 11:02 AM | Show all posts

Reply #30 mmc's post

erk..... gambo lama tuh... x frame lg....
shh....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 01:40 PM | Show all posts


err skot, gambaq hang tuh... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 01:45 PM | Show all posts

Reply #33 yipun78's post

Weyyy... kutuk eiks?

sapa kata requirement melangit?

itu gemuk sudah ada aweks la woi. ejen aku kata amoi lagi ooo. sabah mariiii...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 02:30 PM | Show all posts
ingatkan anggota wanita pertama jadi komander untuk tank baru PT-91M ke.. dreba tank tu ke..
baru la "wanita besi" gitu.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 02:46 PM | Show all posts

Reply #34 apouy's post

macam tu dah boley kenal le lu sapa...boleh kalahkan SB si gemukkkkkk ni budak sekolah tu ya....mesti kecik aku pernah sakat ni ke ko pernah training softball dengan adikl aku ni

[ Last edited by  mmc at 22-2-2007 02:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 03:01 PM | Show all posts
Originally posted by mmc at 22-2-2007 14:46
macam tu dah boley kenal le lu sapa...boleh kalahkan SB si gemukkkkkk ni budak sekolah tu ya....mesti kecik aku pernah sakat ni ke ko pernah training softball dengan adikl aku ni


errrrr... kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 03:02 PM | Show all posts

Reply #39 venez's post

tak jugak..itu budak sekolah dekat rumah aku riban2 wo..mana nak kenal semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.063114 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list