CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
Post time 22-6-2006 02:14 PM | Show all posts
Firman Allah Azzawajalla : " Kuntum khairo ummatin ukhrijat linnasi ta,muruuna bil ma,ruufi watanhauna anil mungkari watu'minuuna billah " yang ertinya : " Kalian adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk manusia, (yaitu untuk) mengajak manusia ke jalan Allah, mencegah manusia dari berbuat kejahatan, mengajak manusia untuk beriman kepada Allah"

Perhatikanlah firman Allah tersebut, jika engkau membacanya dan meneliti maknanya dengan benar, maka engkau akan mengerti dengan jelas bahawa ayat itu adalah merupakan perintah Allah berupa TUGAS kepada seluruh umat Islam, beriman yang mengaku diri ummat Nabi Muhammad saaw.

Sementara orang Islam pada saat ini hanya mengerti bahawa tugas mereka adalah Sholat, puasa zakat, haji dan beribadah saja, bukan! itu bukan tugas, itu adalah KEWAJIBAN yang mahu tidak mahu engkau harus lakukan kalau engkau mengaku seorang Islam dan ber iman,



" KEWAJIBAN " dan " TUGAS " adalah suatu hal yang berbeza, TUGAS setiap orang yang mengaku ber agama Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya adalah mengajak manusia untuk berbuat baik seperti yang diperintahkan Allah, Mencegah manusia dari berbuat mungkar yang dilarang Allah dan Mengajak manusia untuk ber Iman kepada Allah. dan ini adalah TUGAS yang harus dijalankan oleh setiap Ummat Muhammad rasulullah. Nabi Muhammad adalah penutup nabi, tidak akan ada lagi nabi setelah nabi Muhammad saaw. maka Allah memberikan tugas yang biasa dijalankan oleh para nabi kepada Ummat akhir zaman ini, yaitu kita ummat Islam seluruhnya yang mengaku ummat Muhammad Rasulullahi saaw. Firman Allah Azzawajalla : " Qul hazihi sabiilii ad,uu ilallahi ala bashirotin ana wamanittaba,anii ...." yang ertinya : " Katakanlah (hai Muhammad)(kepada ummatmu) inilah jalanku, (yaitu) mengajak manusia kepada jalan Allah atas keterangan yang jelas, aku(tugasku) dan (tugas) orang yang mengikutiku..." .


Mungkin saudara saiful boleh jelaskan di dalam kitab tafsir yang manakah ayat ini ditafsir seperti tersebut di atas? Atau ini hanya tafsiran baru menurut MIMPI  pendiri Jamaah Tabligh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2006 09:42 PM | Show all posts
salam

tang mana yg tak sesuainya ayat diatas
adakah KESEMUANYA tuuuuu
Reply

Use magic Report

carikubur This user has been deleted
Post time 24-6-2006 12:07 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 21-6-2006 05:41 PM
Alhamdulillah....

Wahai Pemeliharaku, pilihlah aku termasuk di dalam golongan orang2 yang berjuang di jalanMu. Hantarkan aku ke hujung dunia, sesungguhnya di sana ada insan yang amat dahagakan hidayah dariMu. Sekiranya mereka mati tanpa sempat megucapkan Kalimah AgongMu, tentulah aku akan menjadi orang yang didakwa di hari penghisaban itu nanti kerana tidak menyampaikan kalimah AgongMu.... Sesungguhnya aku di sana, adalah insan yang paling merugi....


Hujung dunia yang tuan maksudkan itu kat mana?

adakah penghujung dunia itu,mati masuk kubur maksud tuan yang mulia?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 10:08 AM | Show all posts
salam

banyak jugak saudara kita ni nak kena jawab
bagi mereka masa
insyaallah
akan terbuka pintu pintu................
SESUNGGUHNYA KEBENARAN ITU ADALAH DARI TUHANMU
MAKA JANGANLAH SESEKALI ENGKAU RAGUINYA
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 06:31 PM | Show all posts
kadang2 aku fikir lawak gak seorg mufti arab saudi yang hebat dan alim boleh tersilap terima maklumat..dan beliau mampu buat sesuatu ftawa ijtihad hanya berdasarkan maklumat2 yang didengar tanpa selidik dan siasat..

allahualam....aku dah malas kadang2 bila baca forum2 mcm gini...temanya sama sahaja...

buat ajelah keje...jor nak dekat dah ni...org2 alim ramai nak dtg...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 06:36 PM | Show all posts
usaha tabligh kata hadratji dalam malfuzaat ialah utk meyantukan ahli fiqh dan ahli suffi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2006 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by Hang at 22-6-2006 02:14 PM


Mungkin saudara saiful boleh jelaskan di dalam kitab tafsir yang manakah ayat ini ditafsir seperti tersebut di atas? Atau ini hanya tafsiran baru menurut MIMPI  pendiri Jamaah Tabligh?



Assalamu'alaikum,


Jika saudara ada tafsir yang lebih baik dari yang aku telah kemukakan diatas sila perturunkan disini. Boleh juga kita bincang2kan...  




Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 08:33 PM | Show all posts
salam



boleh, jadi biar saya mulakan
no 1. ttg jihad tak boleh dipertikaikan
ikut kemampuan seseorang dan PERINGKAT KEJADIAN

no 2. kenapakah tak boleh pakai tshirt dan seluar
dan benarlah SUNNAH NABI agar meninggikan seluar/kain atas buku lali
dan sedangkan bila NABI berdoa NAMPAK KETIAK PUTIH BAGINDA....
jadi t shirt tak boleh kah????
no 3 tak kenal siapa dia)tak mau ambil kisah lagi

no 4.(ttg jaga orang tua) memang telah berbuat baik

no 5.cam na pulak kena ikut routine jemaah
adakah jemaah itu lebih besar dari BELAJAR AL QURAN
sedangkan jemaah pun BELAJAR AL QURAN DAAN MENGAMALKANNYA JUGA???

sila beri pandangan, terima kasih



Salam orangbesi,sebenarnya aku tidak berapa faham apa yang saudara tanyakan namun aku cuba menjawab serba ringkas seberapa yang aku mampu.....  :hmm:



no 1 ;  Jihad yang paling rendah darjahnya adalah membenci maksiat di dalam hatinya...


no 2 ;  Baginda Rasulullah tidak mewajibkan engkau memakai baju labuh berlengan panjang (kurta, gamis dan yang seumpamanya) tetapi baginda lebih suka engkau berpakaian seumpama itu.. Sila rujuk Sahih Bukhari dalam bab Akhlak (maaf lupa )


no 3 ;  Hubungan baik sesama manusia termasuklah 'menjaga tepi kain orang' hehee... Jadikan diri engkau 'Penyelamat' . Selamatkanlah dirimu, keluargamu, jiran2mu dan semua umat manusia dari API YANG MENYALA-NYALA!  ( engkau dan aku adalah Ahli Bomba.... mmm.. )

An Nissa' 4 :
[36]  Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;


no 4 ;  seorang lelaki adalah berkewajiban memelihara kedua orang tuanya lebih dari keluar berjihad di jalan Allah...


An Nissa' 4 :
[40] Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.


no 5 ;  Di dalam Al Qur'an Allah SWT memerintahkan kita untuk rukuk  bersama orang2 yang rukuk! Tahukah engkau kaitannya denga 'jemaah'? Fikir2kanlah....

Al Baqarah 2 : 43 Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua  bersama-sama orang-orang yang rukuk.





At Taubah 9 :
[38]  Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "ergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

[41]  Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.







Wallahu a'lam..  Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2006 11:41 PM | Show all posts
salam

kan baik cam ni
seronok bila berbicara walaupun salah
pasal ada saudara tolong tegur bukan MAKI

tapi saya tak puas ati yg no 3 tuuuuu
pasal dia ni dah jumpa TUHAN (maaf tak niat nak umpat)
dia dah tahu TEMPATNYA
dan saya tak TAHU dan TAK KENAL dia (walaupun didoakan keselamatannya)
kerana manusia sesudahnya menjanjung dia
walhal mereka tak tahu dia yg sebenarnya
adakah dia itu DITERIMA ALLAH DAN RASULNYA atau sebaliknya

dan saya berharap kalian tolong jadi AHLI BOMBA
sebab AKU adalah pemyebab KEBAKARANNYA...............
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 01:56 AM | Show all posts
Masanya kian hampir...... Jemaah 'Jihad' akan dikeluarkan...!

(Perhatian : Peringatan ini HANYA untuk karkun-karkun yang sedang bersiaran didalam cari forum ini.)





Wahai rakan-rakan seusaha sekelian, marilah kita semuanya mematuhi segala adab dan usul yang telah diperintahkan ulama-ulama kita, yakni ulama-ulama yang telah banyak mengorbankan masa, harta dan diri mereka dijalan Allah SWT. Tumpuan fikir mereka hanyalah terhadap keselamatan umat seluruh alam! Yakinlah bahawa jalan yang mereka tempuh itu benar-benar jalan yang pernah ditempuh para sahabat rasulullah saaw r.anhum.

Rakan-rakan seusahaku sekelian, peliharalah adab dan usul tersebut kerana ianya boleh diumpamakan benteng atau kubu atau kota yang kukuh buat melawan musuh yang berkeliaran...


Pertama; hendaklah engkau jangan terlepas dari menghadirkan diri dalam mesyuarat harian pada setiap hari bersama-sama rakan2 seusahamu. Kita merancang dan menyusun tugas2 dakwah disepanjang hari tersebut. Tugas2 itu termasuklah mengziarahi mereka yang dalam keuzuran, melibatkan diri dalam program kemasyarakatan seperti gotong royong, majlis ilmu, memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan seumpamanya. Jika engkau hanya seorang diri dalam halkahmu (kariah) maka tiada mesyuarat buatmu, namun hendaklah engkau duduk berfikir hal ehwal tugas dakwahmu pada hari tersebut, seumpama orang bermesyuarat juga, maka tiada bezanya tugas dakwahmu sebagaimana yang telah tercatat diatas..


Kedua;  hendaklah engkau jangan terlepas dari tugas dakwahmu paling kurang dua setengah jam sehari yakni mengziarahi keluargamu, rakan taulanmu, bersua muka dengan mereka, mata bertemu mata, berbicara dari hati kehati dalam urusan membesarkan Allah dan hanya kerana Allah SWT. Sebenarnya buat yang berkemampuan dakwah engkau hendaklah jangan kurang dari lapan jam sehari.... dan ketahuilah bahawa ulama2 kita di masjid sri petaling itu telah menghabiskan masa mereka dalam usaha dakwah ini dua puluh empat jam sehari! Ini adalah asbab turunnya rahmat Allah SWT di atas muka alam ini...


ketiga; hendaklah engkau jangan terlepas dari membaca dan menghayati kitab fadailamal dua kali sehari yakni dimasjid kariahmu dan juga dirumahmu. Sesungguhnya jiwa akan jadi lembut dengan pancaran nur Qur'an dan nur hadis.


keempat; hendaknya jangan engkau terlepas dari tugas ziarahmu dua kali seminggu, yakni gash 1 dikariahmu dan gash 2 dipersekitaran kariahmu itu..


kelima; hendaklah engkau jangan terlepas dari menyertai jemaah tiga hari setiap bulan. Ini merupakan pembuka minda buat rakan2 baru kita untuk mengenal perjuangan dan pengorbanan yang melibatkan masa, harta dan diri pada setiap diri yang bergelar manusia...




Demikianlah lima amalan yang telah digaris panduankan oleh ulama kita yang telah dibebankan atas bahu kita yang telah dipilih Allah untuk melaksanakannya. Biarpun manusia menghinanya dan cuba menghalangnya namun hendak berundur, jangan sekali-kali! Ingatlah, ketika rasulullah saaw mula2 berdakwah, apakah yang baginda perolehi? tidak lain hanyalah caci maki, dihina, dikeji dan sampai2 hendak dibunuh oleh mereka yang engkar... namun kerja dakwah tetap berjalan terus dan terus..


Biarlah kita dipandang asing oleh mereka yang ada disekitar kita, malahan yang didalam rumah kita sendiri turut merasa asing, janganlah engkau merasa terhina. Inilah perkerjaan paling mulia disisi Tuhanmu. Jangan engkau merasa lemah dan hina, sesungguhnya engkau tetap mulia disisi Tuhanmu.....


Jor (perhimpunan) akan bermula tidak lama lagi, usahakanlah dirimu tidak berkeuzuran diwaktu itu. Perbanyakkanlah doa kehadrat illahi kerana kita berkeyakinan bahawa ikhtiar kita tidak akan membawa bekas, tetapi hanyalah dengan rahmat Allah SWT kita bisa bangkit dan bergerak kearahNya... Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT akan mengeluarkan jemaah sebanyak-banyaknya dan dihantar keseluruh pelusuk dunia ini. Sebanyak-banyaknya...........


Dan jangan lupa pula berdoa agar diri aku, engkau dan semuanya termasuk didalam jemaah yang akan berbondong-bondong keluar dijalanNya.. InsyaAllah, masanya tidak lama lagi, jemaah jihad akan dikeluarkan......





JOR DI SRI PETALING 11, 12, dan 13hb OGOS 2006
JOR DI MASJID KAPITAN KELING PP 19, 20, dan 21hb OGOS 2006


Semua dijemput hadir.....



Di dalam posting seterusnya dibawah ini dengan suka citanya aku mengajak semua rakan2 membaca surah Nuh keseluruhannya.. Tiada komentar apa2 cuma marilah kita semua fikir2kan..........




Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 02:04 AM | Show all posts
Nuh
surah ke 71 ......

1. Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".

2. dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;

3. "Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;

4. "Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".

5. (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);

6. "Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).

7. "Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.

8. "Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;

9. "Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.

10. "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

11. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

12. "Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

13. "Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -

14. "Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?

15. "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,

16. "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),

17. "Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,

18. "Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?

19. "Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,

20. "Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".

21. Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).

22. "Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku).

23. "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr.

24. "Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia); dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua".

25. Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).

26. Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!

27. "Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.

28. "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"



Maha Benarlah Firman Allah Yang Maha Agung!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2006 07:49 PM | Show all posts
normally aku tak demasalah dgn org tabligh.tapi bila pakcik aku buat hal aku rasa pelik jugalah.mcm mana dia keluar tabligh berminggu2 ,duit x tinggal makcik aku dahla tak kerje.anak diaorg ada 5 org.
skrg ni terpaksa la kitaorg bantu dia, takkan nak tengok je diaorg berlapar.

bagi aku org mcm ni yg buat org meluat ngan org tabligh ni.kalau yang ditinggalkan tu cukup makan tak pe.anywhere dia sibuk gi tabligh org, bini kat umah dia tak tabligh kan pun.

satu lagi aku tak suka tabiat org tabligh kat kg aku.. kalau masuk umah siap bukak pintu gate.itu kan menceroboh namanye.mak aku sorang2 kat dlm mestilah takut sbb semuanya lelaki.

dah tu kat surau lak org kg bising sbb org tabligh ni tido kat surau dan buat sepah.so skrg surau kg aku dikunci slps solat isyak
Reply

Use magic Report

kindaichi_2006 This user has been deleted
Post time 23-7-2006 12:02 AM | Show all posts
Aku rasa org pandang serong tbligh ni sbb terpengaruh dgn imej terroris yg dicanang-canangkan oleh
amerika,cara terbaik utk menilai tabligh adalah dgn mendekati mereka,bermesra dgn mereka,barulah kita
tahu hati budi mereka yg sebenar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sis_alya This user has been deleted
Post time 23-7-2006 05:16 PM | Show all posts
tabligh pun pun sy x tau per mkna nyer...
x dpt komen la...
bgtau ckit mkna nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by boogie78 at 22-7-2006 07:49 PM
normally aku tak demasalah dgn org tabligh.tapi bila pakcik aku buat hal aku rasa pelik jugalah.mcm mana dia keluar tabligh berminggu2 ,duit x tinggal makcik aku dahla tak kerje.anak diaorg ada 5 o ...


terkenang semasa dulu...cakap balik pintu bila ada org tabligh dtg utk jumpa ayah...mesti depa heran suara ader tapi org tak nampak, ..maklum ler masa tu kebetulan sorang2 kat rumah...hehehe...

anyway, boogie...masalah pakcik kau bukan masalah tabligh tapi dia yg kurang faham sebenarnya atau kurang diberi kefahaman apa kaedah/method yg perlu digunapakai sewaktu keluar bedakwah.

sebab  SISTEM itu penting dalam DAKWAH...jadi tak der ler berlaku sebrg PENGABAIAN...perlu ada sistem yg boleh menyelesaikan masalah keluarga yg ditinggalkan selama berdakwah..sekurang-kurangnya dari segi KEPERLUAN rumahtangga dapat dipastikan kebajikannya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by sis_alya at 23-7-2006 05:16 PM
tabligh pun pun sy x tau per mkna nyer...
x dpt komen la...
bgtau ckit mkna nyer...


apa kata adik selak-selak dari page 1... banyak kawan-kawan tabligh yang berkongsi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2006 10:42 AM | Show all posts
salam boogie78?.sebenarnya sistem yang telah dibuat dalam JT sudah sempurna?anya perlaksanaanya saja yang masih belum sempurna..bergantung kapada kefahaman seseorang. Kebiasaanya sebelum seseorang itu dipilih utk keluar dia akan di tafakur dulu oleh majlis Syura utk melihat kemampuan dari segi masa, diri dan harta. Sebelum keluar, perbelanjaan utk yang ditinggalkan mesti disempurnakan dulu. Semasa keluar, isteri rakan seusaha akan menziarahi isteri yang ditinggalkan utk melihat sebarang keperluan yg dikehendakki?.

Tentang masuk rumah buka pintu gate tu?.sepatutnya tak berlaku?.adabnya? kena bagi salam sehingga tuan rumah muncul?..yang atas tu buat-buat pandai-pandai  tak ikut adab usul?.

Perbuatan bersepah tu tak sepatutnya berlaku?ketika dimasjid?.kebersihan mesti dijaga?atta ketandas sekalipun?.tetapi maklumlah manusia...rambut sama hitam hati lain2

Pernah satu masjid, ada JT datang kemasjid tu pada hari Jumaat?..lepas Jumaat?.siak datang marah pd JT yang datang kat situ?.pengotor katanya?tak patut?..kan hari tu lepas solat jumaat?.mestilah tandas tu digunakan oleh semua jemaah yang datang?tak patut dia salahkan JT wahal mereka baru sampai sebelum solat jumaat..:lebai::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 06:47 PM | Show all posts
baru last week JT dr Munich dtg masjid aku kt Albstadt ni...alhamdulillah sambutan menggalakkan...cakap2 belakang tu aku tak tau sebab aku haram tak fhm bahasa org turki...kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 07:18 PM | Show all posts
salam

maukah kalian saya khabarkan
sistem yg paling sempurna?????
apa yg telah NABI ujudkan dikalangan para sahabat
dikota madinah
sistem yg cukup lengkap
dan utk umat selepasnya mengambil pelajaran
KEPADA SESIAPA YG MAHU
bukannya ISLAM HADHARI, yg BARU DICIPTA
tetapi ISLAM yg diredho TUHAN DAN RASULNYA
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2006 11:57 AM | Show all posts

AlFatihah..

Assalamu'alaikum,



kepada saudara2ku seusaha, sila ambil perhatian, ini ada satu berita yang menyedihkan..


Hadrat Maulana Mustaqim telah pun kembali kehadrat Allah SWT pada 20 Oktober 2006..
Marilah kita sama2 menghadiahkan AlFatihah kepada beliau...

ALFATIHAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
.




Sekian. Wassalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.104718 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list