CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
Post time 4-12-2004 09:58 PM | Show all posts
aku pun ada beberapa kali didatangi kumpulan tabligh ni...dan aku tak berapa selesa sebab nak layan diorang dlm keadaan mengejut. ada masa aku terpikir  aku ni jahil sangat ke?.. dalam keadaan terpaksa mendengar ceramah dorang tu.  

tapi aku dan kengkawan slalu terfikir kenapa tabligh ni tak tonjolkan imej yg cantik dari segi penampilan. Ni kitorang tengok ada yg  baju jubah putihnya berdaki..janggut misai yg tak terurus..macam mana tu? Cuba tonjolkan gaya yang bersih ala korporat ke..baru ramai yang terpikat..:bgrin:

[ Last edited by indica on 4-12-2004 at 10:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2004 10:08 PM | Show all posts
Originally posted by indica at 4-12-2004 09:58 PM:
aku pun ada beberapa kali didatangi kumpulan tabligh ni...dan aku tak berapa selesa sebab nak layan diorang dlm keadaan mengejut. ada masa aku terpikir  aku ni jahil sangat ke?.. dalam keadaan terp ...


salam

heheheh..nasib baik hang dah tanya:cak:

me nak tanya gak tapi takut ada org yg sensitif....

cat..oo..cat mana hang, tolong jawab sket...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2004 01:29 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 4-12-2004 09:49 PM:


Cutie nak citer pengalaman u mengenai seorg yg mengaku sbg ahli tabligh itu okay la....  Baik utk forumners di sini buat ikhtibar.

Tapi please jgn jadikan thread ini sbg tempat mengumpat...  ...



memang untuk dijadikan iktibar...supaya org tak senang2 nak ambil ilmu daripada org lain...manusia dunia sekarang macam2...pakai topeng..

bukan mengumpat...bukannya u all kenal sapa dia pun...tapi i ambil contoh sebab tajuk topik ni kan..

tabligh...arak..seks..hipokrit...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2004 12:02 PM | Show all posts
Manusia ni ada mcm2 perangai...

Contohnya,

Tengok org berniaga...dia nak berniaga... tapi dia berniaga buluh kasap...

Tengok org yg berkeluarga sambung belajar... dia nak sambung belajar... tapi lupa tanggungjawab bila dah ikut nafsu..

Tengok org berdakwah...dia nak berdakwah...  tapi dia tak amalkan ilmu Islam yg asas....

Mengenai aspek kebersihan...

Rasulullah saw benar2 cermat dan teliti dlm persoalan2 kebersihan dan kekemasan.  Apabila baginda melihat org meremehkan kekemasan dirinya dan kerapian penampilannya, baginda segera memperingatkan supaya dia jgn terus menerus berbuat seperti itu, dan memerintahkan supaya ia mengenakan pakaian yg lebih baik.

Jabir b Abdullah meriwayatkan sebuah hadis:

Rasulullah saw melihat seorg pengembala yg di siang hari bekerja pd kami.  Ia memakai baju rangkap yg sudah tua dan koyak.  Ketika iti Rasulullah saw bertanya kepadaku:  "Apakah dia tidak mempunyai baju selain yg dipakainya itu?" Aku menjawab:  "Ya Rasulullah, dia mempunyai 2 baju dlm simpanan yg kuberikan kpdnya"  Baginda saw kemudian menyuruhku memanggil dia supaya mahu memakai baju yg disimpannya.  Akhirnya baju simpanan itu dipakainya juga.  

Setelah dia bergerak pergi hendak meninggalkan tempat itu, Rasulullah saw berucap: "Tampaknya dia akan segera meninggal dunia.  Mengapa begitu?  Bukankah itu lebih baik?"  Ucapan baginda di dengar oleh pengembala itu.  Dia lalu segera menyahut:  "Tetapi saya minta nanti mati dlm perjuangan di jln Allah, ya Rasulullah"  Kata2 itu dijawab oleh Rasulullah saw: "Ya, dlm perjuangan di jln Allah"....Tidak berapa lama kemudian pengembala itu benar2 gugur dlm perjuangan di jln Allah.
(Malik)

Berkemas rapi tanpa pemborosan, berhias tanpa dibuat2, memperindah penampilan setelah memperindah akhlak, adalah termasuk dlm ajaran2 Islam yg menekankan para pemeluknya supaya berusaha memperolehi penghargaan tinggi dr masyarakat dan mempunyai penampilan anggun.

Sabda Nabi saw,

"Org yg di dlm hatinya menyimpan rasa takabur walau sebiji sawi, tidak akan masuk syurga."  Salah seorg sahabat bertanya (menyimpang dr persoalan yg disebut Nabi saw):  "Bagaimana kalau org itu suka memakai baju yg baik dan sandal yg baik?  Beliau menjawab:  "Allah swt.  adalah maha Indah dan menyukai keindahan"
(Muslim)

wallahua'lam

[ Last edited by fleurzsa on 5-12-2004 at 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2004 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 4-12-2004 10:08 PM:


salam

heheheh..nasib baik hang dah tanya:cak:

me nak tanya gak tapi takut ada org yg sensitif....

cat..oo..cat mana hang, tolong jawab sket...


hehe..sensitif..tak pon sayang oiii :bgrin:

dengan rela hati saya menjawab...

mungkin indica ditemui oleh mereka masa mereka keluar 40 hari ke..4 bulan ke..mereka tak bawak barang banyak..cukup yang mungkin..ye lah bukan nak melancong pon kan....mereka pong bukannya tinggal di hotel..tapi memeriahkan masjid sepanjang malam dengan zikir, solat tahajjud dan bacaan al Quran...

Pakaian tu je le yang ada..kot kot ada yang terlupa bawak gunting ke..kot sabun dah habis ke...or tak da masa sebab masa yang diperuntukkan itu hanyalah untuk beramal dengan Allah Swt. Wallah'hu ahlam..

Lagi pong..tak le teruk sgt kalau berbandingkan dengan pakaian mat punk yang tindik sana sini..pakai suar koyak rabak...rantai sana sini..rambut cacak kaler ijau merah ..cicak jatuh pong mati..heheeheh. kalau depa buat konsert berduyun jugak yang datang..  So which one is better??

Semoga kita semua di beri hidayah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2004 10:04 AM | Show all posts
Usaha tabligh ni adalah usaha dakwah kepada semua golongan. Org kampung, org bandar, org berharta, org miskin, org gengster, penzina, pemimpin, ustaz dan macam2 lagi lah. Seperti juga pelajar2 disekolah. Ada pelajar yg pandai & ada juga pelajar2 yg lemah. Yg pandai cepatlah maju agamanya. Tapi yg malas & tak ikut caranya, maka lambatlah berubahnya. Jadi kalau kita lihat yg negatif, maka kita takkan hantar anak kesekolah kerana takut anak kita akan gagal dalam pelajaran.

Tabligh ini satu usaha. Kalau kita usaha dgn rajin dan menurut tertibnya diiringi dengan doa dan keikhlasan insyaAllah Allah swt akan memantapkan agama. Tapi kalau buat tabligh dgn main2 atau tidak menurut tertib, maka diri sendiri jadi sumber fitnah. Seperti pelajar2 disekolah, kalau belajar main2 dan tak ikut undang2 sekolah, masakan dia akan maju atau jadi pelajar yg baik. Kalau fail exam, jadi sumber fitnah. Kalau org yg baik budibahasanya maka mudah lah ia berubah. Tapi kalau org yg backgroundnya memang jahat, maka mengambil masa juga nak berubah. Sebab bukan senang nak ubah perangai manusia.

Hari ini masyarakat kita tak ambil endah hal ehwal org islam. Penzina, peminum arak, penjudi atau yg lekeh2 ni sapa yg nak bersihkah dari masyarakat. Kita hanya suka menuding jari tapi apakan usaha yg telah kita buat utk mengubah penyakit orang islam? Kalau kita tak mampu, jgnlah kondem, sekurang2nya kita bagi galakan & doa supaya Allah mudahkan usaha mereka.

Macam kalau kita pergi hospital, ada berbagai2 jenis pesakit. Kalau demam biasa aja, insyaAllah dgn sedikit ubat maka akan sihat cepat. Tapi kalau dah kena sakit cancer atau yg kronik tu makan masa bertahun2 nak baik. Kadang2 kena ambil ubat khas & rawatan khas. Tapi kalau pesakit ni nakal sikit, maka lagi lamalah nak baik.

Jadi usaha ini umpama mengajak org ke 'hospital sakit iman'. Kat hospital in ramai lah pesakitnya. Ada org bandar, org tua, org muda, pelajar, gegster, dan macam2lagi. Takkan kita dengar ada pesakit mati dihospital, kita kondem pesakit ke hospital. Hakikatnya kita masih lagi hantar pesakit kehospital even hari2 ramai orang mati kat hospital sebab kita lihat yg positif bahawa dgn usaha rawatan adalah satu tawakal utk mengubat pesakit. Kita masih memberi galakan & doakan kesihatan pesakit.

Dgn adanya asbab doktor, ubat & suasana hospital insyaAllah pesakit akan baik. Memang ada pesakit yg akan mati & MASIH BERPENYAKIT dlm usaha menjadi baik, hanya Allah swt sahaja yg berhak nilaikan. Moga2 Allah pandang usaha yg sedikit ini dgn pandangan RAHMATNya yg maha luas..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Akasyah This user has been deleted
Post time 6-12-2004 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by Cutie at 2004-12-5 01:29 AM:



memang untuk dijadikan iktibar...supaya org tak senang2 nak ambil ilmu daripada org lain...manusia dunia sekarang macam2...pakai topeng..

bukan mengumpat...bukannya u all kenal sapa dia pu ...


PUISI

Ada orang lahirnya ibadah para-para wali
Tapi hatinya syaitan
Ada orang ibadah lahirnya ibadah para wali kerana banyaknya
Tapi hatinya haiwan
Ada orang ibadah lahirnya, ibadah biasa sahaja, tidaklah banyak
Tapi hatinya adalah hati wali
Ada orang ibadah lahirnya adalah ibadah para wali
Hatinya juga hati wali


Orang jadi wali adalah faktor hatinya
Sekalipun yang lahir ibadah yang wajib2 sahaja


Orang jadi wali bukan faktor ibadah lahirnya
Tapi orang jadi wali adalah faktor hatinya
Fikirannya bersih, rohnya bersih, nafsu dangat terdidik


Kalau orang boleh beristiqamah dengan hukum2 yg wajib pun
Boleh jadi dapat pangkat wali
Kerana mengekalkan istiqamah itu tidak mudah
Ia adalah sifat para wali sahaja


Kerana hendak mengekalkan istiqamah 40 hari sahaja pun payah dapat
Betapalah hendak mengekalkan istiqamah selama 40 tahun
Atau sepanjang umur kita dari sejak baligh lagilah payahnya


Nabi ada bersabda yg bermaksud kalau tidak silap saya
"Janganlah engkau minta jadi wali tapi mintalah istiqamah"
Kerana istiqamah itu salah satu ciri para wali


Di antara ciri2 hati wali itu mengikut Al-Quran
"Ketahuilah sesungguhnya wali2 Allah itu tidak takut ke atas mereka itu hal2 dunia dan mereka tidak berdukacita hendak berhadapan dgn hari kematian.


Nukilan oleh Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi
Pada 30/9/2004
Menjelang Tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2004 07:58 AM | Show all posts
Lagi pong..tak le teruk sgt kalau berbandingkan dengan pakaian mat punk yang tindik sana sini..pakai suar koyak rabak...rantai sana sini..rambut cacak kaler ijau merah ..cicak jatuh pong mati..heheeheh. kalau depa buat konsert berduyun jugak yang datang..  So which one is better??
- - pasal isu pakaian tabligh

Cat

you got a point! aku setuju dengan pandangan ko tu tapi aku lebih prefer para tabligh ni menitikberatkan pasal hygenic. Walaupon bukan semua mereka yang jenis janggut serabai and berbau masam (aku ada jumpa tabligh yg kemas rupa) tapi bila segelintir yang berbuat macam tu, merosakkan imej tabligh dan secara tak langsung imej Islam sendiri.

Lagi satu, gue rasa masih ramai yang tak kenal tabligh dengan 'golongan lain'. gue sendiri pon kekadang konpius dengan golongan yang lain nih. Walaupon pakaian tu kekadang menyerupai kumpulan tabligh tapi hakikatnya mereka berlainan aliran.

Tapi gue takmo ckp byk2  pasal golongan lain ni coz nanti ff:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2004 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by cheezeyberrie at 7-12-2004 07:58 AM:
- - pasal isu pakaian tabligh


Isu pakaian dalam Tabligh ni dah lama dibincangkan. Taknak pakai cara Tabligh pun takpa lah....depa tak suruh. Nak pakai bertali leher pi bertabligh pun takpa. Pakailah apa yang selesa.

Pengalaman aku ikut tabligh dulu pun sebenarnya sebab tertarik pada pakaian selain daripada adventurenya. Dulu aku memang kaki rock & blues....peminat no. 1 Eric Clapton. Aku memang suka berpakaian lain dari yang lain dan tiba-tiba ada kawan Tabligh yang ajak aku keluar 40 hari jelajah Sarawak. Apa lagi waktu ni lah aku try fesyen aku style Tabligh tapi rock sikit. Yang seronoknya waktu aku gi dakwah kat budak-budak yang duduk lepak kat tembok semacam cakap ngan member ajer. Ajak gi masjid depa ikut pulak walaupun ada yang otai. Pastu ada juga yang cuba-cuba nak pakai cara Tabligh. Sama jugalah macam Arqam yang ada orang tertarik sebab jubah hijau mereka. Cat Steven dulu pun tertarik kat Islam antara lain sebab pakaian juga.

Tabligh ni aku rasa banyak sumbangannya pada diri aku (orang lain aku tak tahu). Lepas ikut Tabligh ni lah aku mula minat pada agama. Mula seronok sembahyang di masjid dan mula seronok berbincang pasal Islam. Walaupun aku sekarang tak sealiran dengan fahaman Tabligh tapi aku masih menghormati mereka yang antara satu yang sukar terdapat di Jemaah yang lain ialah dari aspek ikhlas dan pengorbanan. Walaupun sekarang ini karkun-karkun Tabligh sudah jarang nak tasykil aku sebab depa pula takut kena pengaruh aku tapi sebenarnya aku masih seronok berkawan dengan depa.

Nak tahu lebih lanjut tentang Tabligh ??? Cubalah keluar dulu 40 hari, lepas tu nak cakap apa tentang mereka.....cakap lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2004 11:07 PM | Show all posts
Satu yang aku perhatikan pada diri aku dan juga kawan kawan aku. Sesiapa yang pernah mengikuti tabligh dengan niat yang betul...untuk memperbaiki diri dan iman walaupun dah 'sejuk' dan tak aktif tapi satu yang masih kekal ialah sembahyang lima waktu dapat dijaga. Seboleh bolehnya mesti nak berjemaah.
Apa lagi yang nak kita pertikaikan....SEMBAHYANG ITU TIANG AGAMA......
kalau kita dapat jaga sembahyang kita....Alhamdullillah

Soal....buat maksiat itu kelemahan manusia....nafsu dan syaitan

Tapi kalau betul kita istiqamah dengan amalan harian..insyaalah kita akan terpelihara.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2004 05:26 PM | Show all posts
mama pernah gak ikut jemaah tabligh kuar , dia all panggil program 'Masturat', untuk wanita, mula-mula seram gak..tapi bila dah ada dalam majlis terasa damai. Program penuh pengisian pengajian, tak ada umpat mengumpat walau penuh dgn wanita je tempat tu, bila habis program mama keja cam biasa tapi dapat jaga solat awal waktu dan ada ilmu utk jaga diri sendiri agar tak terlampau asyik dgn dunia ..namun tak la sampai buang dunia.Apa-apa pun cuba joint dia orang dulu, baru buat penilaian..Tapi ada orang kata kalau nak ikut dia orang kena ikut program sampai abih.. kalau depa keluar 3 ari , kita kuar setengah ari je..susah nak dapat rasa keseronokannya...
Reply

Use magic Report

UNDERGEARZ This user has been deleted
Post time 11-12-2004 06:43 PM | Show all posts
sedih lah aku tgk korang kutuk2 tabligh ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2004 06:18 PM | Show all posts
tabligh antara pro dan kontra...
kekadang manusia ini ambik kebaikan dan ada jugak nak ambik keburukkan...
tapi selalunya tabligh ini akan berkata kalau tiada mereka agama islam mungkin lambat tersebar ke tanah melayu ini...
yer laa kan jemaah tabligh ni asal usulnya dari india nun...betui juga kot tuh pasal depa sampai skrg duk sebarkan islam ke pelusuk dunia...
yg mana org tabligh buat salah itu adalah individu dan aku tak nampak sesaper plak yg pertahankan org tabligh mempertahankan kawan mereka yg buat salah tuh...
mcm mereka cakap laaa itu adalah kesilapan individu tuh sendiri bukan keseluruhan jemaah...
mcm george bush jugak laa dah set dlm kepala otak dia semua org islam tuh jahat kalau tak dengar ikut arahan dia...akal mcm tuh salah laaa...
aku pun baper kali dah jemaah tabligh nih ajak pi surau mereka tapi aku buat derk sahaja tapi tidak la sampai mengeji mereka itu jijik atau tak baik...
tgk lah diri kita sendiri kalau nak lempar kata-kata pun adakah kita sentiasa 24 jam bersih dan wangi?

wallahhualam
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2004 04:21 PM | Show all posts
Tabligh ni bagus.. tapi ramai yg tak suka terutama org pompuan sebab takut kena tinggal. Kalau laki kena gi obersee 6 bulan..bangga asyik citer je laki tak ada gi obersee.. tapi kalau bini yg kena tinggal pasal laki kuar 4o hari ke 4 bulan ke asyik kena kutuk je.. elok bini tu redha dgn usaha suami tapi kalau ari-ari kena kutuk takut termakan jugak hasutan almaklum org pompuan.
apa apa pun minta Allah tunjukkan jalan yg benar dan pelihara setipa detik hidup kita agar tak terpesong walau apa pun cara.. hala tuju kita sama..keredhaan Allah dan kebahagian akhirat yg kekal abadi.
Reply

Use magic Report

syukur This user has been deleted
Post time 5-1-2005 03:33 PM | Show all posts

dah pernah keluar berape ari??

seje nak tanye anta ni karkun ke?
dah keluar berape ari
dah pergi ipb ker

bulan 8 ari tu prg tak jour kat sri petaling

ana bukan karkuncuma abang ana seje.
k doa utk ana
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 05:36 PM | Show all posts
Teringat masa usaha tabligh masa zaman 80an dulu, org kat malaysia kata tabligh ni sesat sebab laki tinggalkan anak bini.

Sekarang ni ramai bini yg tinggalkan laki & anak kerana pergi kursus & outstation. Ramai guru2 wanita yang pergi kursus 1 minggu tinggalkan laki/anak. Kesian sungguh kalau ada baby & anak2 kecil kena tinggal dgn abahnya. Yang pelik tak der lak orang kata sesat.

Namun tabligh macam dulu jugak, masih tinggalkan anak/bini &  masih ada orang pertikaikan perkara ini. Donia..donia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


bebbeb This user has been deleted
Post time 19-10-2005 07:46 PM | Show all posts
meh saya bagi perumpamaan yea.

ada seorang budak. dia datang sembahyang kat masjid. tiba2 orang dah sembahyang dah.  jadi, dia pun sambungle. ( dia dah terlepas 1 rakaat ). Masa tahyat akhir tu, imam pun bagi salam. dia pun bagi salam. ( patutnya dia sambung 1 rakaat lagi ). lepastu dia pun nak balik. ada makmum terperasan dia tak tambah satu lagi. jadi dia pun cakap kat budak tu. "awak kena tambah lagi 1 rakaat ni ". lepas tu budak tu jawab....." apahal pulak ni. ni kira ok le aku datang sembahyang. tu....kat luar tu...lagi teruk..tak datang sembahyang. nasihatla dia. aku ni kira ok la jugak dah. datang sembahyang berjemaah. ....

fahamilah perumpamaan ini yea....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

otromantaro This user has been deleted
Post time 2-12-2005 10:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 3-12-2005 04:05 PM | Show all posts
Dulu saya pernah join  Tabligh macam2x perkara tentang tabligh yang saya dah tahu...
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 5-12-2005 10:42 PM | Show all posts
Jemaah Tabligh yang saya pernah ikuti dulu memang saya takkan lupakanlah memberikan
saya suatu kenangan manis di mana di dalam jemaah tersebut la ...saya mengenali
pelbagai jenis manusia dengan sikapnya masing-masing ada beberapa perkara yang
menarik ttg Tabligh ni...saya pernah ketemu dengan seorang warganegara Filipina,
Indonesia, Singapura,dan pernah la berbicara dengan mereka ini kelebihan dr segi dpt
tambahkan kenalanla....lagi satu perkara yang menarik adalah bila  bertemu dengan
Tabligh ini soalan yang akan ditanya adalah..."Apa Khabar Iman"? membuatkan
kita insaf dan tersedar dr kelalaian....Ada juga diantara mereka ni yang dahulu brutal,
ader awek,gangster dll...berdasarkan kepada apa yang mereka ceritakan kepada saya...tak semestinya mereka yang join Tabligh tu baik sejak dari azali lagi...dapat belajar
merajinkan diri buat amalan sunat seperti solat dan juga puasa, Hari Perjumpaan
antara jemaah wanita dan lelaki pada setiap hujung minggu tak sama dan terhijab hari
yang lain...ader seorang rakan saya dalam jemaah ni dia kata Ghairah kerana
Allah s.w.t boleh Ghairah kerana lain drp Allah s.w.t tak boleh...!:hmm: betul juga apa
yang dia cakap...maksudnya dlm mencintaiNYA dan ghairah dalam berbuat amal ibadat...
ada yang saya kenali seseorang dalam jemaah ini yang bijak dan rajin beramal..rasa
agak kagum di mana dia dapat seimbangkan antara pelajaran dan buat amalan. Lagi
mereka ajar saya kalau ader aper2x masalah yang menimpa kena buat banyak amalan
lagi banyak dugaan lagi kena buat banyak amalan...rasa diri puas dapat mengajak org
lain ke masjid...pengalaman beramal ke tempat yang dhaif terutama di kawasan
setinggan, ceruk kampung, ceruk bukit dan tempat yang tak selesa mengajar saya erti
mujahadah dan merendah diri melihat keadaan kehidupan mereka...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.192195 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list