View: 51987|Reply: 193
|
[Merged] Wasiat/Faraid/Hak isteri/harta sepencarian. (+ vios880, okiedokie)
[Copy link]
|
|
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (dia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu (tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa."
Di atas tu Ayat 106 dari surah Ai Maidah. Kandungannya menerangkan keperluan kita untuk berwasiat dan kaedah untuk wasiat tersebut diselenggarakan.
Soalan saya, apakah menurunkan wasiat ini menjadi tuntutan di dalam Islam itu sendiri?
[ Last edited by ibnur at 22-2-2007 07:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat ini tidak menyatakan bahawa berwasiat adalah keperluan atau kewajipan. Sebaliknya, wasiat adalah pilihan.
Namun begitu, hadith menyatakan bahawa wasiat (dalam bentuk sedekah atau hadiah) kepada selain dari ahli keluarga tidak boleh melebihi sepertiga dari harta. Rasulullah pernah bersabda, yang bermaksud:
"Sedekahkan sepertiga. Itu sudah mencukupi. Lebih baik meninggalkan keluarga dalam keadaan kaya, daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin, meminta dari orang lain..."
Dan apabila kita mengambil keputusan untuk mewasiatkan sesuatu, maka tulislah wasiat itu segera. |
|
|
|
|
|
|
|
BTW, wasiat nie mesti berlandaskan faraid, or faraid nie cuma diguna pakai jika tiada wasiat?
lupa betul aku pasal faraid nie..... |
|
|
|
|
|
|
roselle This user has been deleted
|
Originally posted by AILIOMLELE at 26-5-2004 04:35 PM:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (dia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau ...
AILIOMLELE,
Definisi wasiat menurut syara' ialah:' Secara suka rela memberikan hak yang berkaitan, selepas mati'.
Sah wasiat jika dilafazkan oleh orang yang mukallaf, bebas merdeka untuk keperluan yang halal.
Wasiat handaklah jelas.
Makruh berwasiat yang melebihi 1/3 jumlah hartanya.
Sah wasiat untuk ahli waris dengan syarat adanya persetujuan daripada waris yang lain.
Namun hakikatnya topik wasiat ini adalah perbahasan yang panjang yang perlu dirujuk dalam kitab fiqh.
PERHATIAN:
Apabila mati seseorang itu, perlu di lakukan empat perkara ke atas harta peninggalannya;
1. Pengurusan jenazah
2. Melunaskan hutangnya
3. Menunaikan wasiatnya
4. Membahagikan harta pusakanya |
|
|
|
|
|
|
roselle This user has been deleted
|
Originally posted by Remy_3D at 27-5-2004 02:40 AM:
BTW, wasiat nie mesti berlandaskan faraid, or faraid nie cuma diguna pakai jika tiada wasiat?
lupa betul aku pasal faraid nie.....
Remy_3D,
Wasiat berbeza dengan faraid.
Wasiat: dilakukan secara suka rela ( pililannya sendiri).
Wasiat ini mungkin melibatkan harta atau barang terpakai dan lain-lain.
Kalau semua hartanya diwasiatkan dikira haram kerana wasiat itu adalah semata-mata untuk menghalang daripada warisnya mendapatkan harta peninggalan. Selagi ada waris, maka waris layak mendapatkan harta peninggalannya setelah dia mati.
Faraid pula satu pembahagian yang wajid, yang telah ditentukan Allah kepada ahli waris ( isteri/ suami, anak, ayah, ibu, dan beberapa golangan yang telah ditentukan dalam quran).
Faraid pula melibatkan nilai harta untuk dibahagikan kepada ahli waris..
Dalam pembahagian harta peninggalan ini, Allah memperwajibkan ianya dibahagikan kepada ahli waris, demi menjaga kebajikan ahli waris daripada kepapaan dan kemiskinan setelah si mati meninggal dunia.Kekadang tu manusia ni susah berlaku adil, lebih-lebih lagi melibatkan harta. So, awal-awal Allah dah letak peraturannya, baru tak kecoh. Itu pun, ramai dah bermasam muka.
[ Last edited by roselle on 27-5-2004 at 09:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Remy_3D at 2004-5-27 02:40 AM:
BTW, wasiat nie mesti berlandaskan faraid, or faraid nie cuma diguna pakai jika tiada wasiat?
lupa betul aku pasal faraid nie.....
Selesaikan wasiat dulu, baru faraid. Surah An Nissa ada menjelaskan perkara ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 tengok cerita melayu kat TV termasuklah filem P Ramlee. pasal bapak mati wasiatkan harta, pastu adik beradik gaduh berebut. diorang ni main hentam je. tak rujuk hukum dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang boleh wasiat apa yang tak boleh?
Boleh ke seluruh aset diwasiatkan kepada badan kebajikan ataupun baitulmal. Alasannya isteri nusyuz dan manakala zuriat pula tiada? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AILIOMLELE at 27-5-2004 02:12 PM:
Boleh ke seluruh aset diwasiatkan kepada badan kebajikan ataupun baitulmal. Alasannya isteri nusyuz dan manakala zuriat pula tiada?
isteri nusyuz tu biarla mahkamah tentukan.. (isteri nusyuz tak berhak terima faraid ek? - tolong sesape jawapkan)
takde anak pulak, ahli warith lain, mesti la ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
golongan menerima wasiat nie tak silap aku ada 15 golongan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Nasi tambah je...
Wasiat maksudnya 卋erpesan tentang sesuatu kebaikan yang akan dijalankan sesudah seseorang meninggal dunia.
Hukum wasiat pula卻unnah.
Firman Allah SWT.
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An Nisa 11)
Sabda Nabi SAW,
揟idak ada hak seorang Muslim yang mempunyai sesuatu, yang pantas diwasiatkan sampai dua malam, melainkan hendaklah wasiatnya tertulis di sisi kepalanya |
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
naikkan balik thread ni....mod boleh digestkan tak?....
baru2 ni ada wawancara di BH dengan ARB...katanya faraid tu cuma jalan terakhir...ni link dia...http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 1123010938/Article/
ini statement yg menarik perhatian
RAFIE: Tanggapan itu salah sama sekali dan itulah yang ingin diperbetulkan oleh ARB dalam jangka masa terdekat. Sebenarnya, kaedah faraid memang diguna pakai untuk pengagihan harta pusaka seseorang Muslim, tetapi ia tertakluk kepada situasi iaitu sebagai langkah terakhir jika semua waris tidak mencapai kata sepakat dalam pengagihan harta pusaka si mati.
Malah, faraid hanya akan digunakan selepas hutang dan wasiat si mati diambil kira. Ini bermakna wasiat masih perkara penting yang diberi perhatian jika berlaku kematian, sebaliknya faraid hanya sebagai jalan terakhir selepas semua waris gagal mencapai kata sepakat dan selepas dikira hutang dan wasiat si mati.
Wartawan Berita Harian (BH), HATIPAH AHMAD, menemu bual Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Amanah Raya Berhad (ARB), Rafie Omar,
[ Last edited by cekpoin on 30-11-2004 at 12:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
thanx mod....takde komen ker? |
|
|
|
|
|
|
|
PEMBAHAGIAN HARTA
Ezar ingin mendapatkan nasihat siapa2 yang arif dalam pembahagian harta secara faraid...dari segi siapa yang lebih berhak mendapat harta...setelah kematian seseorang..in secara general...
kalau boleh maklumkan kepada ezar dimana ezar perlu dapatkan lebih jelas cara pembahagian harta.
Terima kasih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
amanah raya boleh tolong kot..... tak pun cuba pergi pejabat tanah kl ke, selangor ke, dia orang ada hakim kat situ yang handle benda benda macam nie... bukan setakat tanah aje. cuba carik bahagian harta pusaka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by spana at 18-11-2005 10:34 PM
amanah raya boleh tolong kot..... tak pun cuba pergi pejabat tanah kl ke, selangor ke, dia orang ada hakim kat situ yang handle benda benda macam nie... bukan setakat tanah aje. cuba carik bahagian ...
ya betul. kalau ezar ada kes yg nak dirujuk baik pegi amanah raya tanya mereka. itu lebih baik dan terjamin. tapi kalau sekadar nak tahu ttg pembahagian harta pusaka menurut Islam bolehlah. mungkin kawan2 kat sini ada maklumat. wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ketentuan kadar bahagian harta
lebih kurang begini..
Yg mendpt 1/2 harta.
1. Anak perempuan tunggal tiada bersaudara
2. Anak perempuan dr anak lelaki (cucu perempuan) apabila tiada anak perempuan
3. Saudara perempuan seibu sebapa, atau sebapa sj apabila saudara perempuan seibu sebapa tiada dia hanya seorg sj
4. Suami, apabila isteri meninggal dunia tiada mempunyai anak dan tiada anak dr anak lelaki (cucu), baik lelaki maupun perempuan
Yg mendpt 1/4 harta
1. Suami, apabila isteri meninggal dunia itu ada meninggalkan anak samada lelaki atau perempuan atau meninggalkan anak dr anak lelaki (cucu), baik lelaki mahupun perempuan
2. Isteri, samada seorg atau lebih mendapat 1/4 harta suami , jika suami tiada anak samada lelaki atau perempuan dan tidak mempunyai anak dr anak lelaki (cucu), baik lelaki tau perempuan. Sekira isteri lebih dr satu 1/4 diberi samarata.
Yg mendpt 1/8 harta
1. Isteri, samada seorg atau lebih, mendpt 1/8 harta suami, jika suami yg meninggal mempunyai anak samada lelaki atau perempuan atau anak dr anak lelaki (cucu) baik lelaki atau perempuan.
Yg mendpt 2/3 harta
1. 2 org anak perempuan atau lebih, apabila tiada anak lelaki
2. Utk 2 org anak perempuan (cucu) atau lebih dr anak lelaki, apabila anak perempuan tiada
3. saudara perempuan seibu sebapa, dua org atau lebih
4. saudara perempuan yg sebapa, dua org atau lebih, apabila saudara perempuan seibu sebapa tiada.
Yg mendpt 1/3
1. Ibu, apabila yg meninggal tidak ada anak atau cucu dan tidak meninggalkan 2 org saudara, samada lelaki atau perempuan
2. 2 org saudara atau lebih, dr saudara yg seibu, baik lelaki atau perempuan
Yg mendpt 1/6
1. Ibu, apabila ia beserta dgn anak atau beserta anak dr anak lelaki (cucu), atau beserta 2 saudara atau lebih, samada perempuan atau lelaki, sebapa atau seibu sj
2. Bapa, apabila yg meninggal ada anak atau anak dr anak lelaki (cucu)
3 Nenak (ibu dr ibu atau dr bapa), kalau ibu tiada
4. Anak perempuan dr anak lelaki (cucu), seorg atau lebih, apabila bersama2 seorg anak perempuan. Tapi kalau anak perempuan lebih dr sau, maka cucu perempuan tidak dpt pusaka
5. Bapa dr bapa (datuk), apabila beserta dgn anak atau anak dr anak lelaki (cucu) sedang bapa tiada
6. Seorg saudara yg seibu, baik lelaki atau perempuan
7. Saudara perempuan yg sebapa sj, baik seorg atau lebih apabila beserta dgn perempuan yg seibu sebapa. Apabila saudara seibu sebapa dua org atau lebih maka saudara sebapa tidak mendapat pusaka.
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih pada pandangan semua.....
Persoalan ezar begini...
Siapakan yang berhak mendapat harta seorang perempuan yang belum berkahwin sekiranya berlaku kematian yang hanya mempunyai adik beradik perempuan sahaja...tetapi juga mempuyai 2 abang dari perkahwinan bapanya yang terdahulu.
Persoalannye:
1) adakah semua harta peninggallan boleh diberikan kepada adik beradik perempuan sahaja.
2) Kalau nak dijadikan hadiah atau wasiat cuma setakat 1/3 sahaja?
3) adakah dua abang sebapa tu berhak keatas harta tersebut? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
:pray:
Saya cuba jawab... harap betulkan kalau salah sbb dah lama tinggalkan bidang ini..
1. 2 adik beradik P berkongsi 2/3 harta
2. 2 abang sebapa mendapat lebihan @ asabah
3. Wasiat hanya boleh 1/3 drp harta setelah mendapat keizinan semua ahli waris.
Sabda Rasulullah SAW : "Tidak boleh berrwasiat kpd ahli waris"
Mungkin link ini boleh membantu
http://members.tripod.com/man999/hartapusaka.html
TQ. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|