View: 66130|Reply: 110
|
Merged : Pokok Paku Pakis
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by razifah at 19-11-2009 10:59
paku pakis ni ada byk jenis kan...ada yg boleh dimakan..(pucuk paku)... tapi byk yg tak boleh di makan..
foto ni fossil snapped kat lake garden gak..paku pakis jenis ni memang dah komersial, org siap jual and tanam sbgi penghias laman..
[ Last edited by fossil at 22-2-2007 09:05 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat umah mak iLa pun ada... mula2 dulu mak ambik kat pokok kelapa sawit di kg.. sekarang ni dah dibiakkan.. klu kena dgn cara penjagaannya ia boleh mengembang besar... |
|
|
|
|
|
|
|
Umah ifa pun ader....tanam kat atas pokok... |
|
|
|
|
|
|
|
segarnya pokok tu..
mak lysa pun ada gak tanam pokok tu. sesetengah orang panggil "pokok sakat". dia kira adik beradik dgn tanduk rusa gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Paku-pakis mudah dibedzakan daripada tumbuhan-tumbuhan lain daripada fakta ia tiada mempunyai bunga yang benar. Daun paku-pakis biasanya merupai bulu burung. Paku-pakis boleh membiak di atas tanah dan juga di atas pokok lain atau di atas batu. Banyak jenis paku-pakis Malaysia digunakan kerana nilai perubatannya. Ada juga paku-pakis yang boleh dimakan, sebagai contoh, "Pucuk Paku" yang diminati ramai ialah sejenis sayur-sayuran tempatan yang boleh disediakan berbagai cara untuk menjadikan lauk hidangan. Paku-pakis banyak dijumpai di Malaysia. Ini boleh disebebkan kepada iklim berlembab dan panas yang baik untuk paku-pakis membiak. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Melayu (Malay Name) Paku Sarang Burung
Keluarga (Family) Dennstaedtiaceae
Nama Saintifik (Scientific Name) Asplenium nidus Linn. 1753
= Thamopteris nidus Presl. 1894
= Neottopteris nidus (L.)J.Smith
Saiz Biasa (Size) 100 cm
Nama Lain (Other Names) Bird Nest Ferns
Jurufoto (Photographer) CS Ooi
Pokok paku ini biasa dijumpai liar dan juga banyak ditanam sebagai pokok hiasan berpasu. Ia sejenis epifit yang besar. Lamina atau daunnya besar dan berbentuk biasa, seperti daun pisang yang kecil, dan tersusun secara perkeliling. Tulang daun besarnya ternampak. Spora didapati pada belakang lamina yang matang. Mengikut cerita orang kampong, pokok ini digunakan sebagai pembalut untuk misui, bernanah, luka dan patah tulang. |
|
|
|
|
|
|
|
ini pokok paku pakis kat umah aku...
biasalaa.. utk org "rajin" macam aku.. kene tanam pokok yg tahan lasak.. yg tak payah nak belai2 pon leh hidup lama...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
atira, selamat dtg ke bod home gardening... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 fossil's post
tadi dok godam2 phone...
senang ehhh transfer gambar... heheheh
leh gak main tepek2 gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Tempatan: Paku Tunjuk Langit
Nama Saintifik: Helminthostachys zeylanica
Nama Lain: Paku tunjuk langit(Malaysia)/akar tunjuk langit, jelai (orang asli malaysia), pancar bumi(jawa), flowering fern, Australasian fern, di wu gong(china), hak tin hung(laos), toshigoho(jepun)
Famili: ophiglossaceace
Lokasi dijumpai: dikawasan terbuka seluruh kawasan tropika.Di semenanjung Malaysia
Asal:
keterangan:
Paku pakis dari keluarga ophiglossaceace ini boleh dijumpai dikawasan terbuka seluruh kawasan tropika.Di semenanjung Malaysia ia paling banyak dijumpai di kelantan dan terengganu Selalunya ia dijumpai di kawasan redup yang terbuka dan bertanah liat atau laterit seperti di kebun getah.Ia hanya dijumpai dikawasan bertanah rendah.Di jawa ia di jumpai di pinggir hutan atau dibawah semak yang jarang hingga kekawasan yang ketinggianya hampir 400 meter dari paras laut.Pertumbuhan pokok ini juga dikatakan bergantung kepada sejenis kulat yang terdapat didalam tanah.Spora yang diterbangkan angin memerlukan kulat tersebut sebelum dapat bercambah.Batangnya berupa rizom di bawah tanah dan dari rizom ini munculnya akar-akar serabut yang tebal.Daunnya adalah dari jenis daun majmuk yang terdiri dari banyak anak daun. Bahagian paling atas yang merupakan sporangium yang terbuka menegak keatas. Sporangium ini tersusun rapat tetapi tidak melekat antara satu sama lain dan membentuk kapsul yang hampir bulat bentuknya.Pada kapsul tersebut terdapat satu garis pembahagi(fisura). Apabila matang sporangium akan pecah mengikut fisura ini dan spora dilepaskan untuk pembiakan.sporangium ini bebentuk seolah-olah bunga dan kerana ini ia dipanggil flowering fern dalam bahasa inggeris.Selain mempunyai nilai perubatan yang tinggi paku pakis ini merupakan sayur dan ulam yang menyelerakan.
kegunaan:
Bahagian yang digunakan: akar,rizom keseluruhan bahagian pokok diatas permukaan tanah. Perubatan china menggunakan herba ini sebagai penawar demam(antipyretic, 1. Mengubat penyakit batuk rejang.Rizomnya ditumbuk hingga halus dan dikunyah bersama pinang. 2. Berak berdarah(disentri).Akarnya ditumbuk halus dan direbus. Air rebusan ini ditapis, disejukkan dan diminum. 3.Lemah syahwat. Keseluruhan pokok ini termasuk akarnya direbus dan air rebusan ini diminum. |
|
|
|
|
|
|
haizan5479 This user has been deleted
|
Originally posted by fossil at 22-2-2007 09:03 AM
paku pakis ni ada byk jenis kan...ada yg boleh dimakan..(pucuk paku)... tapi byk yg tak boleh di makan..
foto ni fossil snapped kat lake garden gak..paku pakis jenis ni memang dah komersi ...
cantik n gemuk2 nyer pokok uuuuu... jelous nyer!! |
|
|
|
|
|
|
|
Some info on paku-pakis. Sumber:http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/gohyew.htm
Ciri-ciri Paku-pakis:
Tumbuhan paku-pakis merupakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri khas yang tidak dijumpai pada golongan tumbuhan yang lain:
i ) Setiap daun muda yang dikeluarkan berbentuk seperti satu gelungan tali.
Kesemua tumbuhan ini menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium.
Sporangium terkumpul membentuk tompok-tompokan di bahagian hujung, permukaan ataupun tepi daun.
Terdapat susunan dan bentuk sorus ( kumpulan sporangium) bergantung kepada spesies paku-pakis tersebut.
Pengelasan Besar Paku-pakis :
Paku-pakis sendiri dapat dipisahkan dalam dua bahagian yang sangat jelas iaitu golongan mirip paku-pakis (fern-allies) dan golongan paku-pakis sebenarnya atau paku-pakis sejati (true-fern). Golongan tumbuhan mirip paku-pakis terbahagi dalam tiga kelas iaitu :
Psilopsida : Paku-pakis yang tersangat ringkas strukturnya. Pembahagian antara akar, batang dan daun
Sangat tidak jelas. Ia hanya terdiri daripada batang bawah tanah dan cabang udaranya sahaja.
Lycopsida : Paku-pakis kelas ini masih dianggap ringkas kerana batang dan daunnya masih sederhana.
Sphenopsida : Paku-pakis kelas ini mempunyai akar dan batang telah jelas terbentuk dan ketinggiannya
Dapat mencapai beberapa meter tetapi daunnya masih ringkas sekali.
Golongan tumbuhan paku-pakis sejati pula secara kasarnya dimasukkan dalam satu kelas iaitu Pteropsida. Pembahagian antara akar, batang dan daun telah lengkap.
Ekologi :
Faktor penting yang memainkan peranan dalam penentuan kehidupan paku-pakis ialah tempat tumbuhan tersebut menapak, cahaya, hujan, angin, perubahan suhu dan tumbuhan lain yang terdapat di sekitarnya. Secara kasarnya terdapat enam golongan paku-pakis di Semenanjung Malaysia berdasarkan faktor-faktor di atas :
i) Paku-pakis terestrial di kawasan terdedah:
Golongan paku-pakis tumbuh bersendirian. Berbentuk gerombolan atau semak yang besar. Kawasan yang menjadi habitat golongan ini ialah sama ada di kawasan tanah gersang dan kering atau di tempat-tempat yang lembap dan basah.
ii) Paku-pakis terestrial di kawasan terlindung :
Golongan paku-pakis terestrial di kawasan terlindung ini mempunyai faktor persekitaran yang sangat berbeza dengan golongan terdedah dari segi tanah, suhu udara, kelembapan udara dan cahaya. Tumbuhan-tumbuhan ini memiliki daun yang lebih nipis. Sebahagian besar paku-pakis ini dijumpai di kawasan yang berhampiran dengan tepi-tepi sungai di dalam hutan primer.
iii) Paku-pakis Memanjat :
Golongan paku-pakis ini mempunyai rizom menjalar di atas tanah dan apabila menemui pohon-pohon besar ia akan terus memanjatnya. Kadang-kadang akar ini bermula pada dasar atau pangkal pohon-pohon besar dan kemudian memanjatnya.
iv) Epifit :
Golongan paku-pakis ini hidup di atas pohon-pohon lain. Ia tidak merupakan tumbuhan parasit tetapi hanya berpaut di permukaan kulit kayu pohon sahaja dan dari sana ia mengumpulkan segala air dan makanan yang dikehendakinya.
Epifit di kawasan terlindung :
Jenis ini umumnya terdapat pada bahagian-bahagian pohon-pohon hutan. Tumbuhan ini mempunyai percabangan dan daun yang nipis. Daunnya yang nipis dan lutcahaya diagakkan dapat menyerap air secara langsung melalui permukaan tersebut. Di bahagian pangkalnya diselimuti lumut yang menolong menahan dan menyimpan air.
Epifit di kawasan terbuka :
Jenis paku-pakis ini mendapat cahaya matahari yang penuh mahupun separa. Udara di sekelilingnya lebih kering dan mendapat tiupan angin yang kuat. Akar-akarnya dapat menyerap air semaksimum mungkin sewaktu hujan atau menahan kehilangan air itu.
v) Paku-pakis batu-batuan dan pinggiran sungai :
Golongan paku-pakis ini hidup di kawasan berbatu-batuan ataupun tebing-tebing sungai yang berbatu-batuan sahaja. Tumbuhan ini mendapatkan air dari udara yang berkelembapan tinggi di tepi-tepi sungai, Rizomnya menjalar kuat di permukaan batu dengan akar yang banyak.
vi) Paku-pakis akuatik :
Golongan paku-pakis ini adalah sukar dikenali sebagai tumbuhan paku-pakis pada sekali pandang. Tumbuhan ini hidup di air. Selain itu, paku-pakis semi akuatik, hidup di kawasan paya dan lopak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cantiknyer......demuk2... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 razifah's post
heheheh.. mak lysa ni slalu berborak dgn bunga dia sometime, bila dia g jalan 2/3 ari kat umah adik dia, sure balik tu bunga dia mcm layu skit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 ellyssa's post
Ifa setuju.....ifa dah praktik kan n memang menjadi lah.....
Mak rajin tanam pokok ape lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 razifah's post
Pokok kalau dpt sesuaikan dgn persekitaran dia memang subur. Ari tu pegi nurseri kat bangi. Ada pokok tanduk kijang yg memang subur. Bila tanya harga RM120.....terkedu kejap. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 afyyzuul's post
kadang2 depa nie letak harga pun gile2....sometimes mcm tak logik pun ader...utk org baru mungkin terpedaya lah tapi kalau org lama dalam bidang nie sure ngeleng kepala jer kalau dibandingkan RM yg ditawarkan tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 razifah's post
Tp tanduk kijang tu memang besar. Mesti idup kat hutan tebal tu. Tp memang cantikkkkkk. Kalau tak kerana harga yg tak reasonable dah angkut balik umah dah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 afyyzuul's post
tak terbayang di kepala ifa lagu mana pokok nie....:hmm:
tanduk kijang atau tanduk rusa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|