CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kes hak cipta @ copyright / harta intelek etc

[Copy link]
Post time 23-7-2007 08:33 PM | Show all posts

Reply #60 nerofreak's post

Ala...tunggu ajer setahun dua...nanti citer tuh mesti dah masuk TV punye...

Aku akui kekadang nilai yang terlalu mahal menjadikan masalah cetak rompak nie makin tenat...tapi nak buat camner? Orang2 tengah dalam industri hiburan nak sakau lebih!

Aku penah jumpe seorang penerbit album (nama dirahsiakan) yang kata sebenarnya kos untuk keluarkan satu pita kaset hanya RM 5.00 dan satu CD ialah RM 12.00 ajer....tapi kena mark-up lebih sebab nak diberikan kepada syarikat2 rakaman gergasi cam EMI, BMG dan lain-lain lagi.

Jadi di sini sape yang patut dipersalahkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nerofreak This user has been deleted
Post time 24-7-2007 06:38 PM | Show all posts

Reply #61 rurouni_khairul's post

bukan takat sapa yg patut dipersalahkan, tp sapa yg jadik mangsa? poket aku

apa bleh buat? aku pun tak mintak diorg jual harga rendah sbb nilai idea tu lebih mahal dari kos. ntahle..

cheers..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 09:27 AM | Show all posts
Aussino didenda langgar hak cipta

KUALA LUMPUR 8 Ogos

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 02:17 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

maknanya kalau karya tu dah luput tarikh hak ciptanya, sapa2 pun boleh guna la.

macam mana kalau sesebuah karya tu tak dapat dikesan pemilik atau waris harta intelek tersebut tetapi ingin digunakan untuk tujuan komersil?

satu lagi, macam mana kalau karya tu jadi hadiah kepada seseorang contoh puisi (sedangkan penulis hanya berniat memberi sebagai hadiah peribadi) adakah hak cipta untuk puisi tersebut terlepas kepada penerima hadiah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 06:43 PM | Show all posts

Reply #64 usahaone's post

Kalau sesebuah karya tuh dah habis tempoh perlindungannya, ia akan dianggap sebagai 'Public Domain' dan sesiapa sahaja bole gunakannya walau untuk tujuan komersial sekalipun...

Ingat tempoh perlindungan Hak Cipta? Tempohnya ialah Seumur hidup pemilik + 50 Tahun....kalau Joint Ownership, 50 tahun dikire dari kematian pemilik yang terakhir.

Contoh: Amir hasilkan karya 'Aku menyampah dengan kau!' iaitu sebuah novel. Amir meninggal dunia pada umur 60 tahun. Maka tempoh perlindungan akan ada lagi selama 50 tahun selepas kematian Amir. Disini tempoh perlindungan karya Amir ialah 110 tahun dari tarikh karya itu dimenifestasikan.

Kalau Amir ade partner yang same2 menghasilkan karya tersebut, tempoh 50 tahun akan bermula lepas partner die tuh meninggal. Katakan Amir ade partner nama Hamzah dan Hamzah meninggal pada umur 90 tahun, maka tempoh 50 tahun tuh akan mula dikire dari tarikh kematian Hamzah.

P.S: Pengarangnya nama Amir Hamzah? Cam kenal jer..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2007 12:53 PM | Show all posts
Syarikat saman penyanyi DJ Dave, anak

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Dua buah syarikat menyaman Datuk DJ Dave, anak lelakinya dan syarikat milik penyanyi itu kerana didakwa telah menggunakan satu program pada sambutan Hari Kemerdekaan ke- 50 oleh kerajaan tanpa kebenaran atau lesen syarikat tersebut.

Symphony Light & Sound Services Sdn. Bhd. dan Carlson White (M) Sdn. Bhd. selaku defendan pertama dan defendan kedua memfailkan writ saman melalui firma guaman, Tetuan Thomas Philip di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman tersebut, kedua-dua syarikat itu menamakan Dave @ Irwan Shah Abdullah, 59, defendan pertama, anaknya, Shazdarween, 25, defendan kedua dan Shahdave Holdings Sdn. Bhd. (SHSB) defendan ketiga.

Plaintif-plaintif memohon perisytiharan bahawa mereka adalah pemilik bersama harta intelektual dalam satu program yang menjadi dasar sambutan Hari Kemerdekaan ke-50 yang dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui SHSB.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa SHSB atau Dave secara salah dan tanpa kebenaran atau lesen yang dimiliki mereka telah menggunakan program itu atau sebahagiannya untuk faedah defendan-defendan.

Turut dipohon ialah perisytiharan bahawa defendan-defendan atau dua daripada mereka secara salah dan dengan niat melakukan penipuan ke atas pihak plaintif dan menyembunyikan hasilnya daripada mereka.

Berikutan itu, mereka memohon injunksi menghalang defendan-defendan atau dua daripada mereka melalui ejen atau pekerja mereka daripada menggunakan atau mengeksploitasi secara langsung atau tidak langsung program itu atau sebahagian daripadanya.

Plaintif turut menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya dan pampasan atas dasar ekuiti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-9-2007 09:12 AM | Show all posts
Jaminan hakcipta intelektual dipelihara

KUALA LUMPUR 5 Sept.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 09:24 AM | Show all posts
DJ Dave mohon batal saman


DJ DAVE.
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 10 Sept.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2007 09:54 AM | Show all posts
Enam lagi Mahkamah Harta Intelek diwujud
Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA

KOTA KINABALU 17 Dis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2007 09:10 AM | Show all posts
Akta Hak Cipta 1987 perisai kerjaya penulis bebas
Oleh ZAMRI MOHAMAD

AKTA Hak Cipta 1987 yang dikuatkuasakan jelas dengan tujuan utama, iaitu memberi perlindungan kepada apa jua karya dalam mana-mana bentuk. Perlindungan karya yang dizahirkan sama ada dalam bentuk audio, tulisan dan gambar secara langsung melindungi nasib pencipta serta industri itu sendiri.

Jika akta ini dilihat daripada kaca mata industri majalah, masih ramai penulis bebas tidak sedar betapa pentingnya kesedaran mereka bagi mengambil tahu hak mereka sebagai penulis bebas di negara ini.

Kesan daripada sikap tidak ambil tahu ini memberi keuntungan kepada pihak penerbit mengeksploitasi hasil kerja penulis berkali-kali.

Artikel bersiri dalam majalah yang menjadi kegilaan boleh dijadikan sebagai buku yang menarik dan mempunyai potensi pembaca tersendiri.

Soalnya siapa akan mendapat untung. Adakah penerbit majalah, penulis bebas atau kedua-duanya sekali? Peranan Akta Hak Cipta 1987 menjawab persoalan ini.

Pengetahuan mengenai Akta Hak Cipta 1987 di kalangan penulis bebas adalah usaha memastikan survival penulis bebas sebagai karier terjamin dan pada masa sama memberi keyakinan kepada penulis-penulis baru bahawa industri penerbitan majalah memberi ruang yang adil baik sudut ekonomi individu dan pengurusan bakat mereka dapat dikembangkan.

Majalah menjadi medium bagi penulis-penulis bebas bertapak membina kredibiliti mereka kepada khalayak. Kewujudan majalah menjadikan proses penerimaan orang ramai lebih cepat kerana kitar masa penerbitan berkala ini mencipta aturan konsisten yang membina hubungan langsung penulis dan pembaca.

Sikap penerbit majalah yang menidakkan kepentingan penulis dapat dilihat dengan jelas apabila adanya notis bercetak dalam terbitan mereka seperti, 揝egala kiriman penulisan kepada majalah ini akan secara langsung menjadi hak milik penerbit. Ia tidak boleh diterbitkan semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran penerbit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2007 08:39 PM | Show all posts

Reply #65 rurouni_khairul's post

Kalo pemegang hakcipta tu company, caner plak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 04:15 PM | Show all posts
salam sahabat2 ..

nak tanya sket pasal harta intelek ni. ada definasi dia yang sebetulnya. dari apa yg saya paham la, harta intelek ni berkait rapat dengan idea, kreativiti atau apa dari otak kita. ada definasi yang penuh tak. terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2008 10:37 AM | Show all posts
Rencana

--------------------------------------------------------------------------------
15 April, 2008 09:56 AM     

Mahkamah Harta Intelek Capai Matlamat

Oleh Jenny Lanong


KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Di Malaysia, perlindungan harta intelek telah bermula sejak awal 1960-an lagi dan ditadbir oleh Pejabat Pendaftaran Cap Dagangan dan Jaminhak.

Pada tahun 1983, dengan penguatkuasaan Akta Cap Dagangan 1976 dan Akta Paten 1983, nama pejabat ini ditukar kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Harta intelek diberi perlindungan di bawah peruntukan undang-undang termasuk Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 1972, merangkumi enam bahagian iaitu Paten, Cap Dagangan, Hakcipta, Reka Bentuk Perindustrian, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk susun atur litar bersepadu.

Seterusnya pada 27 Oktober 1990, pejabat ini diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan nama Bahagian Harta Intelek (BHI).

Demi kepentingan industri harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah digubal menjadi badan berkanun berikutan penguatkuasaan Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Badan ini mula menggunakan singkatan MyIPO sempena pelancaran Hari Harta Intelek Negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Mac 2005.

PENUBUHAN MHI

Menyedari akan kepentingan harta intelek sebagai salah satu komponen pembangunan ekonomi negara, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Mahkamah Harta Intelek (MHI) pada Julai 2007 untuk menangani kes-kes berkaitan harta intelek (intellectual property, IP).

Secara amnya Malaysia merupakan antara negara yang awal di rantau ini mengambil langkah menubuhkan mahkamah seumpamanya selepas Thailand dan Indonesia.

Mahkamah Harta Intelek ini diwujudkan oleh Mahkamah Persekutuan beserta agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) selaku sekretariat.

Mahkamah Sesyen Harta Intelek mempunyai bidang kuasa mendengar kes-kes jenayah IP sementara Mahkamah Tinggi Harta Intelek mempunyai bidang kuasa mendengar kes-kes sivil IP serta kes-kes jenayah dari Mahkamah Sesyen Harta Intelek.

Sehingga ini kerajaan telah meluluskan 21 Mahkamah Harta Intelek iaitu 15 Mahkamah Sesyen di setiap negeri termasuk satu di Putrajaya dan 6 Mahkamah Tinggi masing-masing di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Perak, Sabah dan Sarawak.

KEBERKESANAN MHI

Menurut Ketua Pengarah MyIPO, Kamel Mohamad, sejak ditubuhkan mahkamah ini telah berjaya menyelesaikan beberapa kes yang berkaitan harta intelek.

Kamel berkata oleh kerana mahkamah ini hanya mendengar kes-kes berkaitan IP, pelupusan kes-kes IP telah dapat ditingkatkan.

Dengan adanya mahkamah yang hanya menjurus kepada IP juga kes-kes dapat diselesaikan dalam jangka masa yang lebih singkat berbanding sebelumnya.

Pada tahun 2005, Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hanya berjaya menyelesaikan 14 peratus daripada kes yang didaftarkan namun selepas MHI ditubuhkan, mahkamah ini telah berjaya menyelesaikan hampir 70 peratus daripada kes yang telah didaftarkan.

"Menurut sumber lisan yang diperolehi daripada pihak mahkamah di Kuala Lumpur, setakat Disember 2007 Mahkamah Sesyen Harta Intelek telah menyelesaikan 163 kes daripada 236 kes yang telah didaftarkan.

"Mahkamah Tinggi Harta Intelek pula telah berjaya menyelesaikan 28 kes sivil daripada 142 kes sivil yang telah didaftarkan," katanya kepada Bernama.

"Sebelum kewujudan mahkamah ini, kes-kes IP didaftarkan seperti kes-kes lain dan pendengaran kes-kes ini dilakukan mengikut giliran tarikh kes didaftarkan," katanya lagi.

Kamel juga berkata mahkamah ini dapat membantu melaksanakan penguatkuasaan terhadap kes-kes IP dengan lebih berkesan.

"Mahkamah khas seumpama ini menyediakan satu sistem yang adil dan cekap untuk mendengar, mentadbir dan memutuskan kes-kes pelanggaran IP selaras dengan perkembangan IP di negara kita," katanya.

Sementara itu, Kamel berkata penubuhan Mahkamah Harta Intelek merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada negara kerana ia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam sistem perundangan berkaitan IP.

"Dengan adanya mahkamah ini, negara kita telah mengambil satu usaha yang proaktif serta komitmen yang tinggi terhadap penguatkuasaan undang-undang berkenaan IP," kata beliau lagi.

Berkenaan tahap kesedaran orang ramai terhadap kewujudan mahkamah ini, Kamel berkata memandangkan mahkamah ini masih baru maka tahap kesedaran itu masih pada tahap kajian.

"Diharapkan dengan penubuhan Mahkamah Harta Intelek di Malaysia, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosiol akan dapat dipertingkatkan lagi di negara kita secara keseluruhannya dan orang ramai akan lebih prihatin terhadap kepentingan harta intelek, kata Kamel.

PERLINDUNGAN HARTA INTELEK

"Harta intelek telah dikenalpasti sebagai salah satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi negara dan penghasilan berterusan harta intelek akan meningkatkan aktiviti pelaburan dan perdagangan.

Maka usaha untuk melindungi harta intelek adalah mustahak," kata Kamel lagi.

Menurut Kamel, kesedaran orang ramai dalam memperjuangkan hak mereka akan memudahkan usaha kerajaan dalam memupuk budaya melindungi harta intelek di Malaysia.

Paten merujuk kepada hak eksklusif terhadap sesuatu ciptaan baru yang boleh digunakan dalam industri, proses penghasilan, ataupun penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.

Manakala reka bentuk perindustrian melindungi hak pereka cipta terhadap aspek atau hiasan atau estetik sesuatu barang.

Reka bentuk perindustrian boleh mempunyai ciri tiga dimensi seperti bentuk atau tatarajah atau ciri dua dimensi seperti corak dan hiasan.

Cap dagangan pula membolehkan peniaga membezakan barangan dan perkhidmatan daripada seorang peniaga dengan peniaga-peniaga lain dan petunjuk geografi pula bertujuan untuk mengenalpasti dari mana sesuatu barangan berasal.

"Secara umumnya hak setiap pereka cipta diiktiraf dan dilindungi undang-undang," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2009 10:56 PM | Show all posts
Malaysia Tempat Ke-36 Dalam Indeks Hak Harta

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Malaysia berada di tempat ke-36 dalam Indeks Hak Harta Antarabangsa (IPRI) tetapi lebih banyak langkah diperlukan bagi memperkukuh sistem perlindungan hak harta, kata Wan Saiful Wan Jan, ketua pengarah, Malaysia Think Tank, sebuah badan pemikir.

Wan Saiful berkata ini diperlukan memandangkan data dari IPRI 2009 juga menunjukkan bahawa negara-negara yang melindungi harta fizikal dan intelektual rakyat mereka, menikmati per kapita GDP hampir sembilan kali lebih besar daripada negara-negara dalam ranking lebih rendah dalam perlindungan hak harta.

"IPRI 2009 memaparkan kepada kita bukti bahawa perlindungan hak harta ada kaitan dengan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

"Penghapusan kemiskinan hanya boleh berlaku di Malaysia jika kita menggabungkan langkah untuk memperkukuh sistem perlindungan hak harta, kedua-dua harta fizikal dan intelektual.

"Pembuat dasar dan ahli politik perlu mempastikan strategi penghapusan kemiskinan kita termasuk langkah memperkukuh hak harta," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

"Kita telah melakukan agak baik dalam perlindungan Hak Harta Fizikal tetapi masih ada ruang untuk memperbaiki sistem Undang-undang dan Politik kita serta perlindungan Hak Harta Intelektual," kata beliau.

Beliau berkata antara lain, langkah penting hendaklah termasuk memperbaiki perjalanan undang-undang dan kebebasan kehakiman selain penguatkuasaan Hak Harta Intelektual yang lebih tegas bagi menghapus rompakan hak cipta dan paten.

Walaupun Malaysia di ranking ke-36 di kalangan 115 negara di peringkat global, ia menduduki tempat kedua di belakang Singapura dalam ASEAN.

IPRI 2009 merupakan raking komposit tiga bidang komprehensif hak harta, Persekitaran Undang-undang dan Politik, dan Hak Harta Intelektual.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2009 05:04 PM | Show all posts
Mahkamah pertahan hak pereka cipta
Oleh Hussain Said
bhnews@bharian.com.my



MD NAYAN berjaya menghalang sebuah syarikat meniru alat ciptaannya

Syarikat dituduh ciplak ciptaan Md Nayan dilarang jual produk

SEREMBAN: Seorang pereka cipta yang pernah diiktiraf antara 10 genius negara berjaya mendapat perintah injunksi exparte dari Mahkamah Tinggi, di sini semalam, bagi menghalang sebuah syarikat menjual dan memasang produk ciptaannya, Sistem Penyaringan dan Pengasingan Sisa Makanan, Lemak dan Gris (Simpak) yang didaftarkan mengikut Akta Paten 1983.

Hakim Datuk Azhar Maah mengeluarkan perintah sebelah pihak itu dalam kamarnya selepas mendengar hujah peguam, So Chin Hao yang mewakili pereka cipta berkenaan, Md Nayan Salleh, 55.

Pada 17 Mac lalu, Md Nayan yang memenangi pingat emas bagi ciptaannya itu di Pameran Reka Cipta Antarabangsa di Geneva, Switzerland dan Bulgaria pada 1998 memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM20 juta daripada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Roto Moulding Sdn Bhd.

Plaintif memfailkan saman itu kerana mendakwa MPPD yang dinamakan sebagai defendan pertama mengetahui Simpak adalah ciptaannya, tetapi dengan niat jahat menolak permohonannya untuk memasang produk itu di Gerai Baru MPPD di depan Jalan Mahajaya, Port Dickson, sebaliknya membenarkan Roto Moulding Sdn Bhd, memasang produk berkenaan.

Roto Moulding pula didakwa menggunakan produk ciptaannya tanpa persetujuan dan pengetahuan plaintif serta menggunakan rekaan itu untuk mendapat keuntungan.

"Pada 26 Februari 2009 melalui Tetuan C H So & Associates, saya menuntut kedua-dua defendan mematuhi semua tuntutan dinyatakan dalam surat tuntutan, tetapi mereka gagal, enggan dan mengabaikan tuntutan itu dalam tempoh masa ditetapkan," kata Md Nayan.

Md Nayan yang pernah dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2003 peringkat kebangsaan berikutan kejayaan di Geneva dan Bulgaria berkata, beliau amat kecewa kerana reka ciptanya diciplak dan tidak dihargai pihak tertentu yang mengiktiraf dan menggunakan barang tiruan.

"Saya amat kecewa kerana idea dan usaha saya untuk memanfaatkan rakyat negara ini diciplak pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini adalah antara jalan terakhir (mahkamah) untuk saya mendapatkan hak selepas usaha bertemu dan meminta pertolongan daripada banyak pihak menemui kegagalan," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2009 07:17 AM | Show all posts
Hak Cipta: Dua wanita didenda RM1.04 juta


WONG Chooi Fun (belakang) dan Ng Shuk Kuen (depan) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 31 Mac

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2009 02:57 PM | Show all posts
Dengarnya...: Rupa-rupanya lagu ciptaan orang lain     
Oleh Normah Becok

TIDAK lama dulu, ada sebuah lagu duet yang dinyanyikan secara berduet oleh seorang penyanyi baru bersama-sama penyanyi wanita yang terkenal dengan lagu rock.

Memang lagu itu agak ‘meletup’ juga sehingga berjayatersenarai dalam carta lagu popular di beberapa stesen radio.Kawan-kawan Cik Normah pun ada yang boleh menyanyikan lagu itu dengan lancar.

Tetapi, Cik Normah tidaklah ‘gila’ sangat dengan lagu ini seperti mana Cik Normah sukakan lagu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan beberapa lagi penyanyi berbakat Malaysia yang lain. Setakat dengar-dengar macam itu sajalah.
        
Khabarnya, lagu itu dicipta sendiri oleh saudara terdekat penyanyi lelaki yang menyanyikan lagu terbabit. Paling tidak, itulah yang dilaporkan dalam media massa.

Tapi baru-baru ini Cik Normah terdengar cerita, rupa-rupanya lagu yang dikatakan agak catchy itu dicipta oleh orang lain. Komposerasalnya difahamkan berada di Indonesia.

Saudara terdekat si penyanyi lelaki tadi dikatakan membeli lagu itu daripada pencipta asal, lalu meletakkan namanya sebagai komposer.
                                 
Entahbenar entah tidak cerita yang Cik Normah dapat ini, hanya empunya diri dan Tuhan saja yang tahu. Tetapi, kalau benarlah seperti yang dibisikkan ke telinga Cik Normah, ‘sedih’ jugalah kalau boleh jadi macam ni



/- kita just anggap artikel kat atas as study case la ye. nak speku, kena p bod gosip.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2009 03:18 PM | Show all posts

Reply #77 Syd's post

- benda nih isu besar kalau ikutkan. boleh kena ban dek industri.

- lagu mmg boleh dibeli, nama pencipta TIDAK BOLEH DITUKAR HAK MILIK (libatkan harta intelek)

- kalau orang yang disebut dalam artikel tu, beli secara pukal dia tak payah bayar royalti pada komposer asal, lain laa si pencipta asal nak royalti then dia akan dapat adv dan akan dipotong dari hasil jualan cd





/- pendapat seseorang bila aku tanya kat dia pasal isu beli lagu dan hak milik pencipta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 10:44 AM | Show all posts
Kepentingan harta intelek

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Harta intelek terdiri daripada empat cabang utama iaitu hak cipta, cap dagang, reka bentuk industri dan paten.



APABILA menyebut tentang harta intelek, masih ramai individu kurang memahami mengenai kepentingan perkara tersebut. Malah, ada yang beranggapan masalah berkaitan harta intelek bukan satu isu penting dan tidak membawa apa-apa makna dalam pembangunan sesebuah negara.

Disebabkan itulah terdapat segelintir pihak bertindak sewenang-wenangnya 'mencuri' hak orang lain dan mengaut keuntungan di atas apa yang diusahakan oleh pihak yang bersusah-payah menghasilkan karya tersebut.

Antara yang sering berlaku adalah kes yang melibatkan penghasilan cakera padat (CD) atau video cakera padat (DVD) sesebuah filem atau album yang dihasilkan oleh karyawan seni di Malaysia mahupun di luar negara.

Selain itu, banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap sesuatu 'produk' harta intelek seperti menggunakan perisian komputer palsu, meniru logo, plagiat penulisan buku atau tesis.

Menurut Pengarah IP Rights (M) Sdn. Bhd., Gameladha Nasirifin Arifin, tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap kewujudan harta intelek semakin meningkat. Namun, katanya, ia masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan masyarakat di negara-negara maju yang lain.

Jelasnya, walaupun ramai yang mengetahui ketinggian nilai harta intelek, namun masalah berbangkit seperti cetak rompak dan sebagainya tetap wujud dan ia dilakukan dengan lebih meluas.

"Sukar untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa membeli barangan cetak rompak sebenarnya satu kesalahan yang besar. Ia secara tidak langsung menggalakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghasilkan lebih banyak barangan sedemikian," kata Gameladha ketika ditemui Kosmo! di Cyberjaya baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Gameladha memberitahu harta intelek terdiri daripada empat cabang utama iaitu hak cipta, cap dagang (trademark), reka bentuk industri dan paten.

Kesemua empat perkara itu mempunyai pengkhususan tersendiri yang menjurus kepada pemilikan hak eksklusif terhadap harta intelek yang dihasilkan di bawah zon masing-masing.

"Ia direka semata-mata untuk melindungi hak dan nilai eksklusif sesuatu produk berkaitan harta intelek. Contohnya lirik lagu, penulisan buku, skrip drama, lukisan dan gambar. Kesemuanya terletak di bawah perlindungan hak cipta, manakala logo atau tanda nama pula disebut sebagai trademark.

"Bagi melindungi proses penghasilan sesuatu produk, ia dipanggil paten dan rekaan industri pula melibatkan perlindungan harta intelek terhadap aspek fizikal produk yang dihasilkan," jelas beliau lagi.



PENERBITAN buku berkaitan harta intelek memberi panduan kepada pengguna.

Secara umumnya, harta intelek merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai bidang seperti karya muzik, sastera dan seni, hasil reka cipta, simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan.

Ia termasuklah hak cipta, cap dagang, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu daripada 'harta-harta' yang bersifat abstrak itu mempunyai hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

Bagaimanapun, kecenderungan sesetengah pihak melanggar undang-undang harta intelek lebih berkait rapat dengan sikap dan pemikiran mereka yang memandang sinis kepentingan harta intelek.

Gameladha yang telah berkecimpung di dalam bidang harta intelek sejak tahun 2003 mengakui salah satu faktor penyebab mungkin disebabkan penguatkuasaan yang lemah dalam memperkukuhkan undang-undang harta intelek.

"Di negara barat, selain daripada penguatkuasaan undang-undang yang dilakukan secara serius, pada amnya masyarakat di sana mempunyai persepsi yang tinggi mengenainya. Oleh itu, mereka menghormati hak pereka sesebuah produk, lirik lagu atau buku.

"Tetapi, di negara kita, masih ada berlaku kes-kes yang mana seseorang itu termasuk profesional menyalin hasil hak cipta seseorang tanpa berasa bersalah," tegas Gameladha sambil menambah bahawa sebenarnya ramai orang melakukan kesalahan harta intelek tanpa mereka sedari.

Memberi contoh tentang perkara di atas, Gameladha membangkitkan satu isu yang sering dilakukan dalam kalangan pelajar universiti iaitu mencetak buku-buku rujukan tanpa kebenaran penulis sebenar.


MENGGUNAKAN perisian komputer palsu juga merupakan kesalahan harta intelek.

"Sememangnya ia merupakan pencabulan hak penulis buku atau artikel tersebut, tetapi dalam perkara ini sukar bagi penulis mengawal percetakan haram pihak ketiga melainkan ada pihak yang melaporkan kepada mereka.

"Dalam hal ini, pelajar hendaklah ditegah oleh pihak universiti daripada berterusan melakukan kesalahan tersebut.

"Begitu juga jika seseorang itu memuat turun gambar daripada Internet dan menyebarkannya, ia juga satu kesalahan jika perkara itu tidak mendapat keizinan daripada tuan punya gambar.

"Jika gambar tersebut telah didaftarkan untuk hak cipta, individu berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang," ujarnya lebih lanjut.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengeluar/Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim turut melahirkan rasa kesal di atas sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang melanggar undang-undang harta intelek.

Ujarnya, masalah cetak rompak yang membelenggu industri seni hiburan tanah air sukar untuk diselesaikan jika khalayak sendiri tidak menunjukkan keprihatinan terhadap isu tersebut.


"Di kalangan karyawan, kami memang tahu mengenai kepentingan hak cipta atau harta intelek, cuma mungkin masyarakat tidak melihat masalah harta intelek sama seperti kami.

"Masyarakat sepatutnya memahami bahawa cetak rompak adalah musuh utama dalam dunia hiburan kerana ia mampu menjejaskan periuk nasi kami. Saya harap pandangan dan sikap mereka terhadap isu cetak rompak akan berubah," kata Norman ketika dihubungi Kosmo!.

Tambah Norman, kemudahan jalur lebar yang semakin meluas secara tidak langsung turut menyumbang kepada peningkatan masalah cetak rompak digital. Walaupun terdapat akta yang digubal untuk melindungi golongan karyawan, namun kesannya tidak begitu dirasai.

"Bayangkan jika satu ketika dahulu penjualan CD atau VCD boleh mencecah RM300,000 hingga RM400,000 tetapi sekarang hendak dapatkan RM100,000 pun terlalu susah.

"Untuk industri perfileman pula, kerugian boleh mencapai RM100 juta hingga RM200 juta setahun disebabkan masalah cetak rompak ini," tutur Norman sambil berharap minda orang ramai lebih ke hadapan dalam melihat isu perlanggaran harta intelek itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 10:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.082033 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list