CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9810|Reply: 12

Raja Sutera Thailand, Jim Thompson

[Copy link]
Post time 25-2-2007 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Raja Sutera Thailand, Jim Thompson masuk ke hutan kemudian hilang, tidak ditemui sehingga sekarang


JAM menunjukkan sekitar 2.30 petang apabila usahawan sutera Thailand, James Harrison Wilson Thompson atau Jim Thompson, memutuskan untuk keluar berjalan-jalan di kawasan hutan berhampiran banglo percutiannya di Cameron Highlands, Pahang pada 26 Mac 1967.

Lalu dengan mengenakan baju lengan panjang berwarna putih dan seluar berwarna kelabu, hartawan digelar 慠aja Sutera Thailand
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2007 12:56 PM | Show all posts
Teori kehilangan dikaitkan dengan CIA

KEHILANGAN usahawan sutera Thailand, Jim Thompson, menyebabkan timbul pelbagai teori konspirasi mengenai kejadian yang menimpa dirinya.

Sesetengah pihak percaya Thompson maut dibaham harimau atau binatang buas menyebabkan jasadnya tidak dijumpai lagi.

Bagaimanapun, terdapat dua teori menarik yang kedengaran selepas bertahun jasad lelaki itu gagal ditemui - ada pihak percaya dia dibunuh musuhnya berikutan sejarah silam Thompson sebagai bekas perisik Pusat Perisikan Amerika (CIA).

Teori lain mengatakan yang lelaki warga asing itu merancang sendiri kehilangannya, dengan latar belakang sebagai perisik, Thompson dianggap mahir bermain dengan taktik penyamaran dan tipu helah.

Beginilah lebih kurang plot kisah kehilangan lelaki penuh misteri itu dalam teori-teori yang tidak dapat dipastikan kesahihannya:

Sekitar waktu kehilangannya, Amerika sedang terdesak berperang dengan Vietnam. Dikatakan Amerika ketika itu memerlukan tapak untuk pangkalan ketenteraan mereka yang berhampiran Vietnam.

Lalu ceritanya bermula apabila Amerika mengutuskan Thompson sebagai perisik (walaupun lelaki itu sudah pencen) untuk menjayakan satu misi mustahil iaitu untuk mencari lokasi sesuai untuk pangkalan itu di Thailand.

Bagaimanapun, penyamaran dan operasi rahsia lelaki itu terbongkar menyebabkan nyawanya kini berada dalam bahaya. Thompson mula diburu musuh menyebabkan dia tergesa-gesa meninggalkan Thailand kononnya untuk bercuti di Cameron Highlands.

Bagaimanapun, pelariannya itu berjaya dihidu musuh yang menjejak lelaki itu sehingga ke Cameron Highlands. Di sebalik hutan tebal yang mengelilingi banglo percutian itu, musuh mengintip kelibat lelaki terbabit dan menunggu peluang yang sesuai.

Akhirnya, peluang dinanti muncul di hadapan mata pada petang 26 Mac 1967 apabila Thompson dilihat sedang leka menikmati keindahan panorama alam tanpa ditemani sesiapa.

Plot teori ala filem aksi arahan John Woo itu berakhir dengan pasukan musuh menculik Thompson dan membawanya ke satu lokasi rahsia. Jejak Thompson akhirnya lenyap tanpa diketahui umum angkara musuhnya.

Mungkin juga babak akhir kisah kehilangan Thompson boleh diakhiri dengan satu lagi teori yang tidak kurang mendebarkan:

Menyedari operasi rahsia dijalankannya di Thailand sudah bocor dan nyawanya kini terancam, Thompson merancang kehilangannya sendiri di hutan Cameron Highlands sehingga ramai pihak mula menyelongkar setiap pelusuk hutan itu bagi mencari kelibatnya.

Bagaimanapun, dengan kemahiran menyusup dan menyembunyikan diri, Thompson bersembunyi di satu lokasi rahsia dan sentiasa mengelak bertembung dengan pasukan pencari. Dia mendiamkan diri dan menunggu sesuatu.

Taktik itu dilakukan kerana dia mahukan pihak musuh menyangka yang dirinya hilang dan maut di dalam hutan itu.

Selepas beberapa hari pasukan pencari masih gagal menemui jasad lelaki itu, operasi mencari diperhebatkan dengan beberapa helikopter termasuk helikopter Amerika berlegar di udara bagi memantau dari udara.

Ketika ramai pihak mencari di seluruh kawasan hutan, tiada siapa pun yang menyedari bahawa satu daripada helikopter itu bukan berlegar bagi membantu gerakan mencari sebaliknya diutuskan untuk membawa keluar Thompson dari Malaysia ke satu lokasi rahsia.

Tanpa disedari sesiapa, helikopter itu mendarat di satu kawasan dan Thompson terus masuk dan bersembunyi di dalamnya. Helikopter itu kemudian terbang keluar daripada hutan berkenaan dan dibawa pulang ke Amerika. Thompson kemudian diberikan identiti baru bagi 憁enghaibkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2007 08:20 AM | Show all posts
Surprise kan tp kat Cameron tu slalu je org sesat dan ilang :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 04:50 PM | Show all posts
mat salleh ni bukan percaya sangat alam2 ghaib ni.. kalu istilah org melayu mungkin kena sorok dek  bunian
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 09:20 AM | Show all posts
Tokki pernah tanya salah seorg aki yg terlibat dlm operasi mencari jim thompson. Masa tu ada satu kampung org asli dekat cameron ni yg kena kacau dgn beruk besar, macam mawas. Mende ni, kata aki tu lah, org asli panggil 'hantu jarang gigi'.

Kata dia lagi, memang mawas ni pandai pukau nak bawak lari anak2 gadis org asli sebab mende ni macam separuh manusia. Dia kata kalu tengok dekat2 memang ada mirip manusia, cuma seluruh tubuh berbulu lebat & panjang, hampir 8 inci panjang bulu kemerah2an. Badan extraordinarily tinggi, hampir 8-9 kaki tapi bergerak sangat pantas & boleh menghilangkan diri.

Mungkin ada unsur2 jin dlm makhluk tu tapi dia memang sure yg features mawas tu sangat hampir kepada manusia. Maybe ni yg sekarang orang panggil bigfoot kot.

Anyway, aki tu quite confident yg jim thompson ni kena culik dgn mawas2 ni. Mungkin pasal mawas2 marah org stop aktiviti diaorang buat lari anak2 org asli. Sebagai nak balas dendam, mawas2 ni culik jim thompson yg kebetulan ada kat area tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2007 09:41 AM | Show all posts

Reply #5 tokki1's post

yela..
bigfoot tuh...orang johor panggey hantu jarang gigi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2007 04:12 PM | Show all posts
so dah pindah la tu from pahang to johor. most sightings reproted in the 50's-60's and later, the early 70's mostly kat pahang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2010 03:39 AM | Show all posts
Reply 5# tokki1

aki yg ko citer ni tamar jalis kot?sbb tamar jalis ada tulis pasal peristiwa ni dlm buku dia siri bercakap dengan jin....daripada peristiwa si 'jarang gigi' ni culik anak gadis sampai kisah datuk dia cari jim thompson ni...datuk dia ada bagitau polis yg omputih ni kena culik ngan 'jarang gigi' ni,tapi polis tak layan....lagi satu menurut datuk si tamar jalis ni,jarang gigi tu spesis haiwan yang sesat dari banjaran himalaya...bukan makhluk halus...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2019 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru baca katanya dibunuh oleh komunis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tokki1 replied at 28-2-2007 04:12 PM
so dah pindah la tu from pahang to johor. most sightings reproted in the 50's-60's and later, the ea ...

Dia makan orang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 04:49 PM | Show all posts
kisah mat salleh hilang ni ada terselit dlm buku Siri Bercakap Dengan Jin
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat CH ada trail sempena Thompson ni kalau x silap. Mungkin dinamakan sempena teori trail yg diikuti dia atau lokasi berdekatan rumah rehat dia waktu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sw00sh replied at 11-7-2010 03:39 AM
Reply 5# tokki1

aki yg ko citer ni tamar jalis kot?sbb tamar jalis ada tulis pasal peristiwa ni  ...

I baru baca part ni uolsss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.159036 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list