CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Books compilation by Syd

[Copy link]
 Author| Post time 1-8-2007 12:07 PM | Show all posts

Prince Among Men: Recollections and Reflections on Tunku Abdul Rahman Putra

Prince with a common touch
By RASHVINJEET S.BEDI


A new book on Tunku Abdul Rahman provides an insight into his values and other interesting aspects of his personality.   TOLERANCE, empathy, compassion, sportsmanship
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2007 11:27 AM | Show all posts

'Lihatlah Dunia' - Azean Irdawaty

Azean tulis buku 'Lihatlah Dunia' biaya rawatan
17-08-2007 10:50:48 AM
oleh WAHIDA ASRANI
'Lihatlah Dunia!, adalahungkapan yang amat sinonim dengan aktres tersohor, Azean Irdawaty.

Pada Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20) yang diadakan di Pulau Pinang, baru-baru ini, Azean yang mesra disapa dengan panggilan Kak Yan sekali lagi berkesempatan melaungkan ungkapan itu ketika menerima anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya di dalam filem Waris Jari Hantu.

Justeru, Kak Yan tidak teragak-agak untuk menggunakan tagline yang sama sebagai tajuk buku yang akan dihasilkannya tidak lama lagi di mana buku tersebut bakal memaparkan pengalaman pelakon berusia 57 tahun ini melawan dengan penyakit kanser payudara yang dihidapinya untuk dikongsi bersama kaum wanita yang lain.

"Mula-mula saya tercari-cari juga tajuk yang sesuai, tetapi memandangkan orang memang sudah kenal Kak Yan dengan tagline 'Lihatlah Dunia', akhirnya saya pilih untuk dijadikan tajuk buku itu nanti.

Kak Yan kelihatan sebak menceritakan tentang keadaannya kini (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)
"InsyaAllah, saya akan mula menulis sebaik selesai jalani radioterapi berkemungkinan awal tahun depan. Ketika ini, apa yang boleh saya buat ialah catatkan dulu apa yang saya lalui sepanjang proses kemoterapi ini.

"Buat masa ini, saya baru selesai jalani dua sesi kemoterapi. Masih ada empat sesi lagi sebelum jalani pula radioterapi selama enam minggu untuk 30 sesi," ujar Kak Yan yang ditemui pada sidang media persembahan istimewa Frogway the Musical untuk mengumpul dana bagi membantu meringkankan beban Kak Yan.

Pelakon itu disahkan menghidapi kanser payu dara peringkat ketiga pada 18 Jun yang lalu dan selamat menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya pada 27 Jun lepas.

Ditemani anak perempuannya, Elza Irdalyna, Kak Yan yang masih memerlukan kerusi roda untuk bergerak tetap mengukir senyuman ketika menceritakan tentang rawatan susulan yang sedang dijalaninya.

Walaupun kesan sampingan akibat kemoterapi yang dijalankan di Hospital Pakar Damansara itu menyukarkan Kak Yan untuk bercakap, namun  ibu kepada tiga orang anak ini tetap menunjukkan kesungguhan untuk menceritakan keadaannya kini walaupun adakalanya perlu dibantu oleh Elza.

"Sebenarnya, tujuan lain kenapa Mama tulis buku itu juga adalah untuk biayai rawatannya. Terus-terang saya katakan, Mama adalah punca rezeki terbesar kami sekeluarga selama ini.

"Rawatan Mama memang menelan belanja yang tinggi, melebihi RM90,000 dan memang kami sekeluarga tidak mampu tanggung. Doktor tidak benarkan dia bekerja selama lebih kurang lapan bulan.

"Saya hanya boleh membantu setakat menjaganya, sebab saya sendiri masih belajar. Nasib baik juga sekarang ini sedang cuti semester, jadi saya dapat jaga Mama sepenuh masa," kata Elza yang sedang mengikuti Diploma Seni Persembahan di Kolej Universiti Sunway dengan biasiswa daripada Astro.

Disebabkan nasihat doktor yang tidak membenarkan Kak Yan berlakon buat masa ini, pelakon yang telah berkecimpung di dalam industri lakonan selama lebih 30 tahun ini sanggup mengambil inisiatif sendiri dengan mencari tawaran untuk drama radio di RTM.

"Semasa di dalam hospital lagi, saya sudah hubungi RTM bertanya sama ada mereka boleh tawarkan saya untuk drama radio. Alhamdulillah, 8 Ogos lalu saya sudah buat 10 drama radio. Jadi, sebelum raya adalah sikit duit yang saya terima.

"Saya cuma berharap dapat sihat cepat untuk kerja semula. Kalau ikutkan, saya boleh pergi ke hospital biasa dan bukan hospital swasta sebab tidak perlu bayar.

"Tetapi, kaedahnya berbeza dan saya tidak mahu pergi ke tempat yang tidak perlu bayar tetapi memakan masa mungkin dua tahun untuk baik. Saya tidak boleh tunggu dua tahun. Siapa nak tanggung keluarga saya?," luah Kak Yan lagi.

Bercerita tentang dua sesi rawatan kemoterapi yang telah dilaluinya baru-baru ini, Kak Yan berkata rawatan yang dijalaninya itu memakan masa lebih kurang 13 jam.


Anak perempuan Kak Yan, Elza Irdalyna banyak menjaga ibunya sebaik pembedahan (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)

"Tahap kanser setiap individu berbeza. Macam saya yang sudah tua ini, kenalah perlahan-lahan. Alhamdulillah, dua sesi sudah selesai dan yang ketiga nanti akan dijalankan pada 28 Ogos ini.

"Walau apapun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya selama ini. Saya terharu Sultan Pahang juga turut membantu walaupun saya bukan rakyat Pahang.

"Begitu juga dengan rakan-rakan lain. Sekarang saya sedar, masih ada ramai orang yang menyayangi Kak Yan," ujarnya dalam nada sebak.

'Matinee show' Frogway the Musical kumpul dana untuk Kak Yan

Bertempat di Actor's Studio Theatre, Bangsar Shopping Centre, Bangsar, Frogway the Musical, arahan buat julung kalinya oleh Harith Iskandar akan dipentaskan bermula pada 23 Ogos hingga 2 September depan.

Menampilkan juara Akademi Fantasia musim pertama, Vince sebagai tunggak utamanya, Frogway the Musical merupakan sebuah musikal komedi tentang seekor katak, Eddy (lakonan Vince), yang suka menyanyi tetapi disisihkan oleh komuniti katak di kolam tempat mereka tinggal.

Oleh kerana bukan di dalam sifat katak untuk menyanyi, maka Eddy mengambil keputusan untuk mencuba nasib di muara sungai berdekatan dengan sebuah paya.


Elza, Harith (pengarah Frogway) dan Azean pada sidang media yang diadakan semalam (Foto The Star oleh Azhar Mahfof)

Di sini, kerjayanya sebagai penyanyi berkembang sehingga menjadi seekor bintang terkenal dengan pertolongan dua ekor agen yang cilik, si Ular dan si Burung Botak.

Eddy berada di kemuncak kerjayanya apabila mendapat peluang membuat persembahan di 'Frogway'. Walau bagaimanapun, kemasyhuran, kekayaan dan kehidupan liar menjadikan bintang terkenal ini lupa daratan.

Selain Vince, turut menjayakan teater muzikal ini ialah Harith Iskander (Smiley the Snake), Elaine Daly (Suzanne Stork), Ina Fabregas (Helen the Fish), Ashvin Nair (Freddy the Toad), Chelsia Ng (Shirley the Frogette) dan Marielle Fabregas (Frogette).

Menariknya, teater muzikal ini juga turut mengambil inisiatif dengan mengadakan persembahan khas pada 25 Ogos ini untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan beban Kak Yan.

Tiket untuk persembahan istimewa itu boleh dibeli dengan harga RM150, RM200 dan RM250. Satu kempen kesedaran tentang kanser payudara juga akan diadakan bersempena persembahan khas itu.

Manakala tiket-tiket bagi persembahan pada hari biasa, ia boleh di dapati pada harga RM60, RM80 & RM100 manakala diskaun 20% diberikan untuk persembahan pada hari Isnin dan Selasa. Para pelajar dan warga emas mendapat diskaun 50%.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket, hubungi 03-2094 0400, e-mel tickets@theactorsstudio.com.my atau layari www.frogwaymusical.com.

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 11:45 AM | Show all posts
nak tanya skit kak yan ni janda /ibutunggal ker??

kalau ader suami aper fungsi suami dia sebagai bapa/suami yang bagi nafkah kt ank2.

mak mentua i pun bekas penghidap barah payudara tapi dah baiklah..

tapi sebelah payu dia kena buang,kesian
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by zanna4eva at 17-8-2007 11:45 AM
nak tanya skit kak yan ni janda /ibutunggal ker??

kalau ader suami aper fungsi suami dia sebagai bapa/suami yang bagi nafkah kt ank2.

mak mentua i pun bekas penghidap barah payudara tapi da ...


ada suami kalo tak silap ingatan kite..ermmm...kalo pakai tudung mesti die maintain cantik kan? ni bkn perli ke apa...personal opinion
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 11:56 AM | Show all posts
ada suami.
pensyarah.

anak2 depa sekolah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 12:03 PM | Show all posts
Ya Allah..
Tabahkanlah hati hambamu itu.
Tunjukkanlah jalan yang benar untuknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2007 01:14 PM | Show all posts
ye betul tu...
kalau pakai tudung..dia mesti nampak cantik..  but dia cam xnak jer... huhuhu..

ade sesiapa da baca ke "Lihatlah Dunia" ni..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 01:38 PM | Show all posts
tahun depan baru  nak tulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2007 03:12 PM | Show all posts
pensyarah kat mana suaminya tu...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2007 03:13 PM | Show all posts
tu hari ada terbaca
lama dah

kat UM ke kat mana

tapi skrg tak tahu lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 03:41 PM | Show all posts
ish...baru jer nak kumpul isi2nya...
harap2 dia panjang umur dan dapt menghasilkan dan menikmati hasinya...kesian gak kat dia....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 11:21 AM | Show all posts
wahh... gerenti gonna get a copy.

she's one of my idols lah. I hope she'd be running along the pink ribbon society
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 03:26 AM | Show all posts
harap2 dia cepat sembuh, tabah, positif tempuh dugaan Allah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 02:29 PM | Show all posts

Book compilation by Syd

Ilmu kehidupan dari 'Life Is An Open Secret'
25-08-2007 01:48:35 AM
Oleh DALILAH IBRAHIM
BUKAN mudah untuk seorang penulis Melayu mencipta nama dengan menulis sebuah buku yang boleh diterima oleh semua golongan di Malaysia, terutamanya di dalam Bahasa Inggeris.

Sikap suka membaca walaupun setelah 50 tahun Merdeka masih nipis di kalangan masyarakat kita dan acapkali kempen-kempen membaca yang dijalankan hanya sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi itu cerita lain dan walau apapun, masih ada lagi ruang untuk penulis-penulis tempatan meneruskan usaha mereka untuk menghasilkan karya-karya mereka walaupun pulangannya ala kadar sahaja.

Jika di tempat sendiri pun tidak dapat mencari nama, apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa. Memang boleh dibilang dengan jari bilangan penulis-penulis kita yang dapat menarik minat pembaca-pembaca negara-negara lain. Namun dengan kemajuan teknologi dunia tanpa sempadan, ada di antara penulis-penulis kita berjaya mendapat audiens yang lebih luas melalui blog-blog yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Di antaranya adalah Zabrina Abu Bakar yang lebih terkenal dengan panggilan Sis Zabrina di kalangan mereka yang mengenali penulis yang karyanya kini dibaca bukan sahaja di negara sendiri tetapi juga di 97 buah negara di seluruh dunia.


Zabrina dengan bukunya Life Is An Open Book
(Foto mStar oleh Sharidan Mohd Ali)

Zabrina, penulis motivasi untuk penerbitan-penerbitan tempatan, telah berjaya memecah kepompong pembaca-pembacanya dengan menyiarkan karya-karyanya di Internet di laman www.wisdomthruwords.blogspot.com.

Sehingga kini, ramai antara pembaca-pembaca setianya berada di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Mesir dan Brunei. Karya-karya Zabrina tidak cuma dibaca oleh kumpulan umur tertentu sahaja malah daripada remaja berumur 14 tahun di Kanada sehinggalah nenek di Amerika Syarikat yang berusia 69 tahun.

Lebih membanggakan, Zabrina yang menulis berteraskan ajaran-ajaran Islam dan menggunakan kata-kata hikmah yang dipetik dari al-Quran dan hadis-hadis Nabi serta personaliti-personaliti hebat seluruh zaman berjaya menarik minat semua golongan tak kira agama, bangsa, budaya dan bahasa.

Walaupun namanya tidak segah Khadijah Hashim mahupun A. Samad Said, hasil-hasil karya Zabrina telahpun dicetak di A.S dan U.K serta Brunei dan sering menjadi bahan perbincangan forumers di pelbagai laman-laman web.

Pencapaian anak jati Malaysia ini yang kini sedang mengikuti Ijazah Kedoktorannya di University of Newcastle, Australia, perlu diiktiraf kerana karya-karyanya bukanlah sekadar hiburan semata-mata tetapi sarat dengan pengajaran yang mengajak para pembaca untuk menjalani hidup di dunia secara optimis dan positif dan menuju kejayaan.

Kisah-kisah yang diceritakan oleh Zabrina adalah peristiwa-peristiwa harian yang selalunya dilupakan setelah hari berakhir tetapi Zabrina mengajak pembaca-pembacanya merenungi peristiwa-peristiwa tersebut dan mengambil iktibar dan mensyukuri setiap hikmah yang dikurniakan.

Apabila membaca apa yang ditulis Zabrina, seperti kelahiran anak saudaranya ataupun melihat mentari bangkit selepas Subuh, bagaikan tiada yang istimewa tetapi dengan bentuk penulisan yang cukup ringkas, mudah namun menyentuh hati, Zabrina menyuntik kesedaran tentang betapa tingginya martabat seorang wanita itu dan betapa agungnya kebesaran Tuhan.

Dengan usahanya sendiri dengan bantuan suami, keluarga dan rakan-rakan karibnya, maka lahirlah edisi buku Life Is An Open Secret yang mengandungi 18 rahsia kehidupan yang perlu diketahui.

Secara ringkasnya, diberikan di sini tajuk-tajuk setiap bab yang terkandung di dalam buku Zabrina ini tetapi menjadi satu kerugian sekiranya kandungannya tidak dibaca kerana menerusi kisah-kisah yang terkandung di dalamnya akan memberikan refleksi diri kita yang sebenar.

18 rahsia kehidupan yang diputuskan oleh Zabrina adalah;
  • Love Your Mother (Sayangilah ibumu)
  • Decide Your Path Wisely (Pilih jalan hidupmu dengan bijaksana)
  • Rise Early (Bangun awal)
  • Face Challenges with a Zest (Hadapi cabaran dengan penuh semangat)
  • Aim and Strive (Bertekad dan berusaha)
  • Be Connected (Terus berhubung)
  • Stay Steadfast (Berpegang teguh)
  • Sharpen Your Communication Skills (Tajamkan kemahiran komunikasi anda)
  • Say the Word and Do the Action (Sebutkan perkataan itu dan laksanakan perbuatannya)
  • Choose Your Words With Care (Hati-hati memilih kata-katamu)
  • Manage Your Time (Uruskan masa anda)
  • Be Ready for Opportunities in Life (Sediakan diri untuk menikmati peluang kehidupan)
  • What Goes Around Comes Around (Apa terjadi kepada orang lain mungkin terjadi pada diri kita)
  • Half Full or Half Empty? (Kurang setengah dan setengah penuh?)
  • Make Patience Your Policy (Jadikan kesabaran satu polisi)
  • Be Persistent (Jangan berputus asa)
  • Lesser of Me and More of We (Kurangkan saya dan lebihkan kami)
  • Trust Your Lord (Percaya kepada Tuhan )
Zabrina juga memberikan satu rahsia bonus iaitu Find Your Passion (Carilah apa yang membangkitkan semangatmu) yang dipetik dari blognya.

Life Is An Open Secret ini memang sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Berikan ia kepada pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM mahupun di peringkat universiti sebagai bahan alternatif ketika penat menelaah, berikan ia kepada remaja yang suka memberontak, kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan yang sedang membesarkan anak, kepada bapa-bapa yang sibuk mencari kekayaan siang dan malam, kepada teman yang putus cinta atau yang kecewa kerana tidak dinaikkan pangkat.

Berikan buku ini kepada sesiapa pun, nescaya dia akan mendapat semangat walaupun membaca satu bab sahaja, insyaAllah.

Bukan mudah untuk memotivasikan orang tetapi Zabrina menggunakan bakat yang ada (walaupun pada asalnya dia mendapat ijazah pertama di bidang perakaunan) untuk memberi kesedaran tentang realiti kehidupan. Jika seringkali manusia merentasi lautan dan mendaki gunung untuk mencari pendita yang boleh memberikan erti kehidupan, Zabrina cuma menegaskan, tidak perlu semua itu kerana semuanya berada disekelilingmu, di kalangan anggota keluarga dan jiran-jiranmu serta alam semesta yang seluas pandangan matamu sahaja.

Secara tidak langsung, Zabrina telah memberikan sebuah gambaran yang positif tentang ajaran Islam kepada dunia barat yang memandang serong akan agama ini dan sekaligus membuktikan bahawa ajaran-ajaran dari al-Quran dan hadis-hadis Nabi itu lebih berbentuk bimbingan bagi menjadikan masyarakat yang bertamadun.

Zabrina, yang amat santai tulisannya, juga membuktikan bahawa Islam itu tetap relevan walaupun di zaman Informasi Teknologi yang serba canggih ini dengan menggunakan petikan-petikan dari al-Quran dan hadis-hadis yang tepat untuk menggambarkan mesej yang ingin disampaikannya.

Life Is An Open Secret adalah sebuah karya yang tulus dari seorang muslimah yang bijaksana dan terang hatinya.

Untuk mendapatkan buku ini, layari www.lifeopensecret.com atau berhubung dengan Zabrina sendiri di siszabrina@gmail.com
"I am so determined that from now on, every time I feel that I am slipping into becoming one lazy procrastinator, I would reflect on the picture above. And I am going to paint some pictures that are worthy of my frame.

First of all, let me go and look for all the empty frames I have been secretly hiding from public抯 view. Ahh匢 found one already. Let me get a brush, apron and lots of colors.

What about you my friends? Is procrastination your middle name? Perhaps not all the time, but, sometimes? Are there any of your picture frames which are empty? Do you hide any empty frames in your closet like me? Do you think it's time to take them all out now? ..."

Only put off until tomorrow what you are willing to die having left undone - Pablo Picasso
(Petikan dari blog Sis Zabrina yang diterbitkan pada 15 Mei 2007).



[ Last edited by  limau_nipis at 25-10-2007 08:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 04:39 PM | Show all posts
nenek dah beli dah buku ni.
baru nak start baca bab 1
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 05:49 PM | Show all posts
buku ni ala2 motivasi eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2007 12:22 PM | Show all posts
Memories of a legend

Aref Omar


Nasir P. Ramlee recently wrote a book about his beloved father and shares some memories with Aref Omar.

HE was the quintessential artiste, who defined the music and film industry in the 50s and 60s. As a singer, actor and filmmaker the late P. Ramlee brought joy, laughter and tears to his fellow countrymen.

"Daddy was just a normal man to me, like any other father who loved his children," said Nasir P. Ramlee, progeny of the great artiste with the late Junaidah Harris.

The cheerful and animated 54-year-old works as a combo coordinator at Istana Budaya, where he arranges music and heads a band for in-house productions.

"Growing up I used to dread Sundays because Daddy would usually be in the house and he would cook for the family. His dishes were experimental, very pelik (strange).

"When he asked me how it tasted I'd lie about it being good and he would then oblige by putting more on my plate.

"If I told him the truth he would just try out a new recipe the next time, which was no better," said Nasir, who lives with his family in Taman Setapak.

He describes his father as a man obsessed and completely dedicated to his craft, shooting in the day and performing at shows in the night, rarely seen at home.

"Sometimes I would get to see him only once or twice during the week. There were a few times when I left a note on the piano asking him for some money and I would see the money on the piano the next day," said Nasir.

Known as a naturally jovial and helpful person with a happy-go-lucky attitude, the only time he was dead serious was when the cameras started rolling in the studio during shoots.

P. Ramlee was attached to the Malay Film Productions' movie studios in Jalan Ampas, Singapore.

After relocating to Kuala Lumpur in the 60s, where he started working at Merdeka Studios in Hulu Klang, this 'Malaysian Orson Welles' would make his son tag along to show him the ropes although Nasir had other plans.

"I learnt about dubbing, editing and the whole filmmaking process but because of my lack of interest, I never delved into it.

"Music was my heart and soul," said Nasir, who was in his teens at the time and played the bass guitar in a band.

The trendy sounds of the Beatles and the Rolling Stones, which was Nasir's cup of rocking tea, did not fare well with his father.

"When I played in the club, Daddy would turn up, hands covering his ears, with a pained expression on his face.

"But he was supportive of my interests and even bought me music instruments with the condition that the band would have his name.

"So the band was called Ben Ramlee, just like his group was named Ben Putih after his father," said Nasir.

The band became popular in the wedding gig circuit and lasted about three years with Salamiah Hassan as the band's first singer.

Nasir then moved on to play in other various bands and was also a part time sessionist.

"I studied music at a proper school so I have more knowledge comparatively. But in the end, Daddy, although self-taught, was a creative soul and so much better than me," said Nasir.

One day during an ensuing argument about his father's displeasure with his fashionably long hair, Nasir remarked that he was not interested in P. Ramlee songs at all, asking in a sarcastic tone why he had named his songs after women and flowers.

"One of Daddy's replies in a raised voice was, 'Only after I'm gone will you realise how classic P. Ramlee songs are'.

"And how right he was."

Nasir recalls a poignant moment during his father's funeral at the Muslim cemetery in Jalan Ampang, which was packed with tearful mourners.

"As his body was being put into the ground it started to drizzle and I remembered the last song that Daddy ever wrote, Air Mata Di Kuala Lumpur.

"It surely felt as though the whole country was crying for him on that day," he said.

Nasir's recollections and memories of the great artiste are chronicled in Bapaku P. Ramlee (My Father, P. Ramlee).

The 125-page book was released on May 29, in honour of his beloved father's passing 34 years ago.

"I never thought of writing anything until the day I met Tan Sri Ahmad Sarji, who encouraged me to share with everyone stories about Daddy by writing from my perspective.

"I was close to tears many times during the writing process of the book when the memories came flooding back," said Nasir.

Written in Malay, an English language edition is already in the process of publication.

"I could always talk to Daddy about anything. There were times when I'd get insecure and would wonder what would happen to us if he were gone.

"One day he replied, 'don't worry, I'll live for a thousand years.'

"Once again, Daddy was right. The spirit of P. Ramlee lives on in the hearts of the people who still love him and appreciate his works."


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 01:37 PM | Show all posts
kagum betul dengan penulis sebegini. tahniah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2007 08:45 AM | Show all posts

Malaysian Politicians Say the Darndest Thing - Amir Muhammad

Amir: 100 petikan orang politik yang wajib dibaca
13-09-2007 08:59:07 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD
PETALING JAYA:  Penulis dan pengarah filem kontroversi Amir Muhammad akan melancarkan buku yang memuatkan kumpulan ungkapan "lawak", menarik dan sekali gus sukar dilupakan yang pernah disampaikan pemimpin-pemimpin politik negara ini.

Buku bertajuk Malaysian Politicians Say the Darndest Thing yang merakamkan lebih 100 petikan daripada tokoh-tokoh popular -- seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Harussani Zakaria -- dilancarkan Ahad ini di bangunan tambahan belakang Pasar Seni.

Amir yakin buku setebal 115 halaman susunan dan terbitannya itu tidak akan diharamkan seperti yang terjadi terhadap dua buah filem arahannya, Lelaki Komunis Terakhir dan Apa Khabar Orang Kampung.

Beliau menyifatkan buku sulung terbitan syarikatnya Matahari Books itu sebagai bahan santapan minda "di antara karya pelukis Lat dan penulis politik Raja Petra Kamaruddin".

"Petikan di dalam buku itu tidak subversif seperti (laman web) Raja Petra atau lucu seperti kartun Lat," katanya  kepada mStar Online hari ini.

"Semasa filem Lelaki Komunis Terakhir diharamkan dulu, saya mempertikaikan kenapa mereka haramkan filem saya tetapi tidak buku Chin Peng? Mereka kata, buku tidak apa kerana orang Malaysia tidak baca buku.

"Jadi, buku ini sesuai untuk dibaca oleh orang-orang yang tidak suka membaca kerana ada ilustrasi yang menarik dan boleh dihabiskan dalam masa satu jam sahaja."

Menurutnya, semua petikan di dalam buku itu diambil daripada laporan akhbar dan majalah antarabangsa dan semua sumber itu dinyatakan.

"Jika mereka kata kenyataan mereka tersalah lapor, saya tulis juga bahawa mereka kata kenyataan mereka telah dilaporkan dengan salah," katanya.

Jelasnya, beliau mula membuat kajian tentang petikan-petikan kenyataan itu sejak Mac lalu apabila mendapati pengarang di New Straits Times (NST) telah memotong perkataan tertentu di dalam rencana di kolum mingguannya di akhbar tersebut.

"Saya mula tertanya-tanya apabila mereka memotong perkataan 'Semangat 46' daripada rencana itu. Apabila membuat kajian lanjut, saya dapati bahan-bahan ini boleh diterbitkan sebagai buku," jelasnya.

NST telah menamatkan kolum Amir itu, yang dimulakan sejak tahun lepas, pertengahan bulan lalu tanpa sebab. Akhbar yang sama pernah memberhentikan kolumnya menjelang pilihan raya umum 1999.


Katanya lagi, dalam kajiannya tentang Semangat 46, beliau akhirnya terserempak dengan kenyataan Tunku Abdul Rahman yang dipetik sebagai berkata: "Semua orang nampaknya korup, ketika zaman saya, tidak berlaku perkara seperti ini."

Kenyataan bekas perdana menteri ini, yang dimuatkan di halaman 19 buku Malaysian Politicians Say the Darndest Things, mengulas gaya kepemimpinan perdana menteri waktu itu Dr Mahathir, tokoh yang sering dikritik Tunku.

Buku ini juga memuatkan petikan-petikan yang muncul akibat pergeseran Mahathir dengan bekas timbalan-timbalannya Anwar dan Tun Musa Hitam.

Amir turut menarik perhatian pembaca sewaktu mengulas peristiwa pengumuman peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional di perhimpunan agung parti itu pada 2002.

"Dia telah menunggu hingga tamat perlawanan bolasepak Piala Dunia antara Korea Selatan dengan Sepanyol (disiarkan langsung di saluran lain) sebelum membuat pengumuman itu," ulas Amir di muka surat 60.

Katanya, terdapat lebih 15 petikan daripada Dr Mahathir di dalam buku itu berbanding perdana menteri yang lain kerana tokoh itu membuat banyak kenyataan yang mencetuskan kontroversi.

Sewaktu menjawat timbalan perdana menteri pada 1979, Mahathir ketika mengulas kebanjiran pelarian Vietnam pernah dilaporkan berkata: "Malaysia akan menembak mereka sebaik sahaja mereka muncul (we will shoot them on sight)".

Kenyataan Nik Aziz yang pernah menimbulkan kontroversi besar dimuatkan di halaman 45: "Hanya wanita yang kurang cantik boleh diterima sebagai kakitangan awam kerana mereka tidak mampu bersuamikan lelaki kaya yang boleh menyara mereka."

Turut dimuatkan, kata-kata makian wakil rakyat BN Bung Mokhtar Radin di Parlimen ketika menjawab soalan seorang wakil pembangkang dalam perdebatan konsep negara Islam. Bung dilaporkan berkata: "f*ck you! f*ck you!"

Ditanya sama ada petikan kata-kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga dimuatkan di dalam buku itu, Amir menjawab sambil ketawa: "Tidak ada. Mungkin kerana tidak ada kata-katanya sebelum ini yang benar-benar melekat di fikiran saya."

Beliau tidak meletakkan kriteria tertentu dalam pemilihan petikan pemimpin, katanya, "tetapi  ia mestilah mudah diingati. Kalau Pak Lah, saya tidak dapat ingat apa-apa selain perkataan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang."



Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 12:59 AM | Show all posts

Reply #2 nenektua's post

amacam nenek setakat ni citer dia ok x?
kalo ok nak gak baca..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.127957 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list