CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8582|Reply: 32

Albert Einstein

[Copy link]
liskandar This user has been deleted
Post time 2-3-2007 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Albert Einstein tu alien?

Pada sapa2 yg rasa dia mungkin jadi mcm Einstein lupakan la sebab Einstein mmg freak.

Ini cerita benar pasal Einstein:
http://www.my-inspirational-quot ... nstein-was-a-freak/

[ Last edited by  riccckyyy at 4-3-2007 11:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2007 09:58 PM | Show all posts
Huish...seram...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2007 11:35 PM | Show all posts

Reply #1 liskandar's post

erk... mmg tak sangka brain dia cmtu. tp takdela smpai anggap dia alien.
just abnormality aje, last2 mnde tu jd special gift lak. aku rasa lebih kepada mutant aje kot...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 09:47 AM | Show all posts
yaaaaaaaaaaa... kecacatan yg menyumbang kepada KAAA BOOOM...

iiie equals to em sii square.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 12:30 PM | Show all posts
albert einstein ni mat ganja , wa pernah baca yg dia ni selalu tarik ganja nie-itu pasal dia think out of the box, freak dan lain dari yg lain...

mungkin dia mik ganja dan dadah2 lain utk perubatab kot, pasal ada org kata dia dari kecik cam ada penyakit sikit....

lagi pun zaman tu byk ubat yg dihasil kan dari dadah2 yg buleh menyebab kan pengguna nyer khayal .......

mungkin la kot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 02:58 PM | Show all posts

Reply #5 salimrock's post

takkan dia amik ganja sejak kecik lagi?
masalahnya otak dia mmg pelik sejak lahir...
bukan sbb ganja lah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2007 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 3-3-2007 02:58 PM
takkan dia amik ganja sejak kecik lagi?
masalahnya otak dia mmg pelik sejak lahir...
bukan sbb ganja lah...



mana satu yg dimaksudkan..?:stp:

sebab Einstein amik ganja >>> menyumbang pada otak Einstein yg pelik

atau...?:stp: :stp:

sebab otak Einstein pelik >>> membuatkan Einstein tergerak nak amik ganja..

:hmm: oh, betul2 keliru, celaru...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 10:02 PM | Show all posts
petikan dari mr.wiki -

Einstein maut pada pukul 1.15 pagi, 18 April 1955 di Hospital Princeton di New Jersey. Mayat beliau dibakar pada hari yang sama tanpa sebarang adat-istiadat di Trenton, New Jersey mengikut hasratnya. Abu mayatnya disebar di lokasi yang tidak dapat dipastikan.

Dr. Thomas Stoltz Harvey, ahli patologi yang melaksanakan autopsi Einstein, telah mengawet otaknya. Walau bagaimanapun, Harvey tidak mendapati sebarang yang luar biasa mengenai otak Einstein, akan tetapi pada 1999, analisis lanjutan oleh sepasukan di Universiti McMaster mendedahkan bahawa otak Einstein tidak mempunyai bahagian operkulum parietal. Sebagai ganti, lobus parietal inferiornya lebih lebar sebanyak 15% daripada yang biasa. (Bahagian parietal inferior bertanggung jawab kepada pemikiran matematik, kognisi visuospatial, dan imejan pergerakan.) Otak Einstein juga didapati mengandungi 73% lebih banyak sel glia daripada otak yang biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2007 10:39 PM | Show all posts

Albert Einstein




Albert Einstein (14 Mac 1879

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 10:43 PM | Show all posts
Kerjaya

Selepas memperolehi ijazahnya, Einstein tidak dapat menjadi guru kerana kekasarannya telah menjengkelkan kebanyakan daripada profesornya. Walau bagaimanapun, ayahanda seorang rakan sedarjahnya menolongnya mendapat pekerjaan sebagai penolong pemeriksa teknik (kelas ketiga) di sebuah Pejabat Paten Switzerland pada tahun 1902. Di sini, Einstein bertugas selama tujuh tahun.

Kertas kerja Annus Mirabilis

Pada tahun 1905, Einstein menyerahkan empat kertas kerja yang kini dikenali sebagai "Kertas kerja Annus Mirabilis" kepada Annalen der Physik, sebuah jurnal Jerman. Siri ini yang dikarang tanpa karya ilimiah untuk rujukan telah diiktirafkan sebagai penyediaan asas fizik moden. Salah tiga rencana daripada siri ini telah diiktirafkan sebagai yang teragung dalam sejarah fizik, yakni kertas-kertas kerja yang mengenai kesan fotoelektrik, pergerakan Brown dan teori relatif khas. Kertas kerja yang berkenaan dengan fotoelektrik menerangkan sikap cahaya (dan yang membolehkan rekaan televisyen) telah memangi Hadiah Nobel pada tahun 1921.


Jawatan profesor

Pada tahun 1906, Einstein telah dinaik pangkat menjadi pemeriksa teknik kelas kedua dan pada tahun 1908, beliau diperlesenkan di Berne, Switzerland, sebagai guru tanpa bergaji di universiti (privatdozent). Einstein menjadi profesor madya di Universiti Zurich pada tahun 1911, dan tidak lama kemudian, beliau menjadi profesor di Universiti Prague. Pada tahun yang berikutan, Einstein berpulang ke Zurich untuk menjadi profesor di "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgen鰏sische Technische Hochschule).

Pada tahun 1914 sebelum permulaan Perang Dunia I, Einstein menetap di Berlin sebagai profesor di universiti tempatan dan menjadi seorang ahli Akademi Sains Prussia serta pengarah Institut Kaiser Wilhelm bagi Fizik. Sewaktu itu, beliau juga mengambil kerakyatan Jerman. Einstein merupakan seorang profesor yang luar biasa di Universiti Leiden dari 1920 hingga 1946 dan sentiasa memyampaikan syarahan tamu. Pada tempoh itu, beliau dianugerahkan dengan Hadiah Nobel serta membuat penemuan-penemuan lain yang utama.

Malangnya, pasifisme dan keturunan Yahudi Einstein menjengkelkan pejuang-pejuang kebangsaan Jerman. Selepas beliau mencapai kemasyhuran sedunia, kebencian bersemangat kebangsaan kian bertambah dan bagi kali yang pertama, Einstein menjadi sasaran kepada kempen terancang untuk menyebabkan teori-teorinya diragui.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 10:45 PM | Show all posts
Teori relatif am

Pada November 1915, Einstein menyampaikan siri syarahan mengenai teori relatif am kepada Akademi Sains Prussia. Syarahannya yang terakhir memuncak dengan pengenalan persamaan yang menggantikan hukum graviti Newton. Teori ini menyempurnakan asas penyelidikan kosmologi dan membekalkan ahli-ahli sains dengan alatan untuk memahami ciri-ciri mengenai alam semesta yang telah ditemui selepas kematian Einstein. Kerelatifan am merupakan sebuah teori yang sungguh revolusioner dan sehingga kini, telah lulus dalam setiap ujian yang dibuat ke atasnya serta dipergunakan dalam analisis pelbagai perkara dalam bidang fizik.

Pada 30 Mac 1921, iaitu pada tahun yang beliau dianugerahkan dengan Hadiah Nobel, Einstein pergi ke New York untuk menyampaikan syarahan "Teori Kerelatifan" yang baru. Walaupun beliau pada waktu itu amat mashyur dalam bidang kerelatifan, beliau telah diberi Hadiah Nobel untuk fotoelektrik. Jawatankuasa Nobel telah mengatakan bahawa keputusan untuk memberi pujian kepada kerjanya yang kurang berkontronversi akan lebih diterima oleh komuniti ahli sains.


Einstein dan kuantum fizik


Hubungan Einstein dengan fizik kuantum amat luar biasa. Beliau merupakan ahli sains pertama yang sedar akan sifat revolusioner teori kuantum. Postulatnya bahawa cahaya boleh diperikan bukan sahaja sebagai gelombang tanpa tenaga kinetik, tetapi juga sebagai kuanta yang mempunyai tenaga kinetik, menandakan penyimpangan daripada fizik klasik yang penting. Pada 1909, Einstein menyampaikan kertas kerja pertama mengenai kuantifikasi cahaya kepada sehimpunan ahli fizik.

Pada pertengahan 1920-an, teori kuantum yang asal telah digantikan dengan teori mekanik kuantum yang baru. Einstein menunjukkan keberatannya tentang tafsiran persamaan-persamaan yang baru kerana teori baru memilih pemerian yang berkebarangkalian serta tidak dapat menggambarkan tindakan fizikal. Walau bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa teori itu merupakan teori yang terbaik setakat masa itu, akan tetapi beliau masih mencari penerangan yang lebih "sempurna", yakni yang lebih dapat ditentukan. Einstein tidak boleh mengabaikan kepercayaannya bahawa fizik memerikan hukum-hukum yang menguasai benda-benda yang "benar", yakni kepercayaan yang menyebabkan kejayaan atom, foton dan graviti. Dalam sepucuk surat kepada Max Born pada tahun 1926, Einstein membuat teguran yang termashyur: "Walau bagaimanpun, saya yakin bahawa Tuhan tidak bermain dadu". Kepada teguran ini, Neil Bohr, seorang ahli fizik kuantum, menempelak: "Jangan ajar Tuhan apa yang Dia perlu bikin!" Oleh sebab peristiwa ini, Einstein telah digelarkan sebagai ahli fizik klasik yang terakhir.


Statistik Bose-Einstein


Pada tahun 1924, Einstein menerima sebuah kertas kerja pendek daripada seorang ahli fizik India bernama Satyendra Nath Bose. Bose memerikan cahaya sebagai gas foton dan meminta bantuan Einstein untuk menerbitkannya. Einstein menyedari bahawa statistik yang sama itu dapat dipergunakan untuk atom dan memerikan model Bose serta menerangkan implikasinya dalam terbitan Jerman (bahasa perantaraan fizik pada waktu itu). Statistik Bose-Einstein memerikan himpunan zarah yang kini dikenali sebagai boson. Pada dekad 1920-an, fenomena peluwapan Bose-Einstein diramalkan berdasarkan kerja Bose mengenai mekanik statistik foton dan kemudiannya diformalkan dan dibuat lebih umum oleh Einstein.

Perang Dunia II

Selepas Adolf Hitler naik takhta pada 1933, kebencian kepada Einstein mencapai tahap-tahap yang baru. Beliau dituduh oleh regim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis Nasional (National Socialist German Workers Party) kerana berniat mencipta fizik Yahudi berbeza dengan Deutsche Physik, yakni fizik Jerman ataupun Arya. Ahli-ahli fizik Nazi (termasuk pemenang Hadiah Nobel, Johannes Stark and Philipp Lenard) meneruskan percubaan mereka untuk menyebabkan teori Einstein diragui dan menyenaraihitamkan sesiapa yang mengajar teorinya (seperti Werner Heisenberg). Einstein melepaskan kerakyatan Jermannya dan melarikan diri ke Amerika Syarikat dan menjadi pemastautin tetap. Beliau menerima jawatan di Institut Penyelidikan Lanjutan yang baru diasaskan di Bandaraya Princeton, New Jersey. Einstein menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1940, walaupun beliau masih mengekalkan kerakyatan Switzerlandnya.

Pada 1938, atas dorongan Le
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 10:46 PM | Show all posts
Teori penyatuan bidang

Kerja Einstein di Institut Penyelidikan Lanjutan tertumpu kepada penyatuan hukum-hukum fizik yang dirujuknya sebagai "Teori Penyatuan Bidang". Beliau mencuba mereka sebuah model yang boleh memerikan segala kuasa asas sebagai penjelmaan kuasa tunggal yang berbeza. Percubaannya dihalang kerana kuasa-kuasa nuklear yang kuat serta kuasa-kuasa nuklear yang lemah tidak dapat lagi difahami secara berasingan sehingga sekitar 1970, iaitu 15 tahun selepas kematian Einstein. Walau bagaimanapun, Einstein mengemukakan semakan teori penyatuan bidangnya pada 30 Mac 1953.

Matlamat Einstein bagi menyatukan hukum-hukum fizik di bawah sebuah model tunggal masih dilanjutkan oleh ahli-ahli fizik dan kini dirangkumi dalam teori dawai.

Teori teritlak

Einstein bermula percubaannya untuk menggabungkan Hukum Semesta Graviti dan kuasa elektromagnet dalam pembentukan teori gravitasi teritlaknya supaya dapat menunjukkan penyatuan dan pemudahan kuasa-kuasa asasi. Pada tahun 1950, beliau memerikan kerjanya dalam rencana "Amerika Saintifik". Einstein telah dipandukan oleh kepercayaannya dalam ukuran variasi statistik bagi seluruh hukum fizikal.

Hukum Semesta Graviti Einstein merupakan pendekatan semesta matematik untuk teori dawai. Beliau cuba menyatukan pelbagai fenomena melalui proses lojik untuk menjadikan sesuatu yang telah diketahui ataupun nyata. Matlamatnya adalah untuk menyatukan graviti dengan elektromagnetisme dengan cara yang boleh menyebabkan pemahaman baru yang tidak ketara mengenai mekanik kuantum. Oleh sebab itu, Einstein semakin terasing dalam penyelidikannya mengenai teori graviti teritlak dan akhirnya, gagal dalam percubaannya.


Pencapaian lain


Pada tahun 1948, Einstein mengambil bahagian dalam jawatankuasa yang mengasaskan Universiti Brandeis. Beliau juga dipelawakan oleh kerajaan Israel pada tahun 1952 untuk menjadi presiden Israel yang kedua. Einstein menolak tawaran tersebut dan merupakan rakyat tunggal di Amerika Syarikat yang pernah ditawarkan jawatan ketua negara asing.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 10:47 PM | Show all posts
Anugerah-anugerah

Einstein telah menerima banyak anugerah anumerta, termasuknya:

    * Tempat ke-10 dalam "Senarai Seratus Tokoh yang Berpengaruh Dalam Sejarah" oleh Michael H. Hart pada 1992;
    * "Tokoh Abad" oleh Time pada 1999;
    * Tahun 2005 telah dianugerahkan sebagai "Tahun Dunia bagi Fizik" dan diraikan di Simposium Einstein oleh UNESCO kerana berbetulan dengan Perayaan Seratus Tahun "Kertas kerja Anus Mirabilis",

Nama Einstein juga telah dipergunakan untuk:

    * unit yang digunakan di bidang fotokimia;
    * unsur kimia ke-99, iaitu einsteinium;
    * asteroid 2001 Einstein;
    * Hadiah Perdamaian Albert Einstein;
    * Kolej Perubatan Albert Einstein di Universiti Yeshiva yang dinamakan pada tahun kematiannya dalam tahun 1955;
    * Pusat Perubatan Albert Einstein di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2007 11:34 PM | Show all posts

Reply #8 winamp05's post

Sel glia tu apa fungsi dia?
Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 3-3-2007 11:42 PM | Show all posts
Jadi beliau cukup sukses dengan kekurangannya itu ...  
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 12:35 AM | Show all posts
Originally posted by prototaip at 3-3-2007 11:34 PM
Sel glia tu apa fungsi dia?



entah, aku pun xtau. hik hik hik. tanya pada yg pakar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2007 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by akmala at 3-3-2007 11:42 PM
Jadi beliau cukup sukses dengan kekurangannya itu ...  



walaupun dia ader kekurangan, tapi mampu mancapai satu tahap pemikiran yg mengkagumkan. seperti profesor stephen hawking. walaupun cacat, tap9i namanya berdiri sebaris ngan orang yg terbijak di abad ini. dah jadi pengganti einstein.





Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by prototaip at 3-3-2007 11:34 PM
Sel glia tu apa fungsi dia?


Bukan Sel Gila laaa ..

Read this ..

The study also found that Einstein抯 brain had 73% more glial cells (special cells that provide support and nutrition to the brain) thannormal brains.


Glial Cells ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2007 03:27 PM | Show all posts
pesal aku x leh bukak link tu? macam ade virus plak
Reply

Use magic Report

akmala This user has been deleted
Post time 4-3-2007 04:40 PM | Show all posts
Virus macem mana Bro
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.067293 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list