Originally posted by jelebu at 27-3-2008 01:36 PM
rindu bulan pada si dara
rindu si dara pada teruna
kami di sini berduka lara
mengapa si alya lama tak jumpa
letak beras atas para
beras dipesan cik nyonya
janganlah jelebu berduka lara
nanti alya bawakan sejambak bunga
Originally posted by jelebu at 27-3-2008 01:36 PM
rindu bulan pada si dara
rindu si dara pada teruna
kami di sini berduka lara
mengapa si alya lama tak jumpa
letak beras atas para
beras di pesan cik nyonya
jangan la jelebu berduka lara
nanti alya bawakan sejambak bunga :flower:
Originally posted by jelebu at 22-4-2008 04:33 PM
pagi-pagi mandi perigi
ambil air berbalang-balang
aku masih ada lagi disini
cuma kekawan sudah menghilang...
minum petang dgn cik Noni xcukup tempat kena berdiri daku pun masih setia disini cuma Cik Alya yg menghilang diri
Originally posted by jelebu at 22-4-2008 04:37 PM
kepada masarju ada soalang.....
mengapa kelapa berbuah kurma
selalu tengok masarju datang
biler kita nak minum bersama..?
p/s....baca kena ada slang trengganu sikit
waktu jalan jatuh terlentang jalan pula le rumah Cik Ana selalu datang sini waktu ptg tengok tuan rumah ntah kemana!
Originally posted by jelebu at 24-4-2008 10:22 AM
kuala kedah indah berseri
kuala perlis kotor pantainya
maner saudari masarju pergi
dihari minggu boleh berjumpa...???
nak makan xder selera ingin nak mkn biskut lenga saya di sini wahai saudara berjumpa kita di taman bunga