CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Atomsk2k2

Paintball -

[Copy link]
Post time 22-7-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #82 gepren's post

format tournament pun still leh main suka2.. ajak kawan2 sama nih pergi sana sekali.. at least, padang rata and tak berlopak..

aku pun part-time trainer kat sana .. kalau ader kelapangan mmg turun ajar newbies..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2008 11:38 AM | Show all posts

Reply #83 Caranthir's post

Oowhhh.
Hurm tp sy ni hanya mengikut dorg,
xde sape nak gunepakai idea sy ni.. huhu sedih!

Whoa trainer kat sana.
Dah bape lama?
mesti dah expert ni!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by gepren at 22-7-2008 11:38
Oowhhh.
Hurm tp sy ni hanya mengikut dorg,
xde sape nak gunepakai idea sy ni.. huhu sedih!

Whoa trainer kat sana.
Dah bape lama?
mesti dah expert ni!



expert tu takdok la.. tapi boleh la sket2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 03:26 PM | Show all posts

Reply #85 Caranthir's post

Oh really?
Yg paintball trek selebriti tu buat kat situ ke?  hehehe masa tu tak main paintball lg,
so tak ingt dorg record kat ne.

alaaaa xbuleh bukak blog / gamba kat opis,
xpe ah mlm kang tgk.

Partimer trainer kat situ means kije situ @ weekend je situ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2008 03:51 PM | Show all posts

Reply #86 gepren's post

weekend jer la.. especially kalau ada corporate events/tournament.

kat sini pernah shoot aper lagi ek.. PLATUN (kat astro ader tunjuk), Nabil - Raja Lawak, tang si Zizan ngan Johan kat padang, TV3 jangan tidoq lagi, (azwan kena blasah ngan adlin dlm game nih) hahaha.. Akademi Fantasia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 04:40 PM | Show all posts

Scenario Game

Kalu u guys nk tau mcm mane rasanye berperang u guys blh la pegi ke Bukit Cherakah, Shah Alam coz kat sana ade paintball khas untuk bermain dlm hutan sahaja. Among paintballers they like 2 say scenario game but for newbie we called it woodsball. Menarik n lg menarik dr bermain paintball di atas padang. Masa bermain yg lama n tmpt utk bermain pn luas. kalu berminat nk cuba leh call no nie 017-6830273 (LUKE), Manager kat Paintball Valley Bukit Cherakah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2008 06:29 AM | Show all posts

masa saya gi camping last weekend  - saya main paintballz gak -
ada 3 tempat - urban, war (dalam hutan) and then apa ye lagi
satu - tak ingat sebab tak main yang tu)

best - sebab team kita menang - dan saya dapat gak bunuh
few people -  habis orange2 bullet tu kena kat baju semua kalau
being shot -

nanti kalau dah dapat copy gambar tu - akan post gambar2 masa
main paintballz tu - gila camping kat situ - no electricity
yang paling seram masa kat bilik air tengah mandi - tak ada pintu -
pakai kain langsir aje tutup pintu  cheh --- ada anak ular pulak tu ishhhh
tapi cenonit dan saya terus jirus aje dengan air - gigil gak sebab saya
takut ular -

anyway - best main paintballz ni - dan akan main lagi nanti -
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 09:19 AM | Show all posts
last weekend, tasyha pun ada gak main paintball.. ngn bebudak office.. ada la 3 marked kat blakng ni.. x hilang2 lagi.. ni dah 3rd time main.. main round robin.. last2 masuk semifinal.. masa dah semifinal.. mmg dah x lart nk pegang marker.. tp, nk balas dendam punye pasal gagahkan jugak..last2.. kalah jugak.. hehhee.. dapt la no 3.. best jugak layan main paintball ni selain tennis.. hehhee..

*dexa, jom la kite reramai main paintball.. hehhee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2008 11:36 PM | Show all posts

Reply #90 tasyha3's post

saya game aje... saya suka pain paintballz ni...  memang fun sangat -
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 06:04 PM | Show all posts

Reply #90 tasyha3's post

LOL! gambar gambar!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 04:57 PM | Show all posts
dah lama tak masuk page ni... dekat setahun la jugak tek jengok ke sini... tetiba tgk ada gambar bandits..
all i can say is, paintball is a lifestyle and its so much fun.

kudos to Delta Rovers (D1) CMX(D2) and another CMX(D3) for their top achievement in last week's NPL
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 11:05 AM | Show all posts

Reply #93 BeyondSight's post

best ek
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 11:23 AM | Show all posts
penah gak arrr try men paintball...bestttt gilerrr....sakit urat aku..berlari2
....yang tak tahan tu..mahal bebenor, attandent pump stesen mnyak cam aku..mana la mampu nak bayo ratus2 sekali game!!! huhu...
tapi siyesss..aku tingin nak men lagi...kowang tau tak, tmpat yg murah2 skit...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 08:18 AM | Show all posts
Medan tempur paintball

Oleh ABD.HALIM HADI



Kemenangan menjadi milik pasukan Deltarovers selepas
menyingkirkan Zealous dalam perlawanan penentuan ketiga.


PUSINGAN pertama Kejohanan Liga Paintball Malaysia (MY-NPL) 2009 yang berlangsung di Akademi Paintball Malaysia, Kompleks Sukan Astaka, Petaling Jaya, baru-baru ini membuktikan perkembangan pesat sukan itu di negara ini.

Selepas memasuki tahun keempat penganjuran, Liga Paintball Malaysia (NPL) yang menentukan pilihan pasukan terbaik negara kali ini menerima 85 penyertaan dari seluruh tanah air termasuk dari Singapura.

Pengarah Kejohanan NPL 2009, Mohd. Sofian Mohd. Daud berkata, berdasarkan persembahan membanggakan itu, pusingan kedua MY-NPL di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada 28 dan 29 Mac ini dijangka lebih sengit.

''Pusingan kedua itu merupakan pertandingan kali pertama yang diadakan di luar Wilayah Persekutuan sebagai penghargaan kepada perkembangan sukan paintball di selatan tanah air," katanya.

Menurut Mohd. Sofian, persembahan juga bakal menjadi kayu pengukur kepada setiap pasukan untuk menyertai kejohanan antarabangsa yang dijadualkan pada 1 hingga 3 Mei ini di Petaling Jaya, Selangor.

Kejohanan Super Seven Antarabangsa (ISSC) yang diadakan di Dataran Petaling Jaya itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah lebih| RM70,000 dan dijangka menarik penyertaan pasukan dari seluruh rantau Asia Pasifik.

Berikutan kejayaan pusingan pertama MY-NPL itu, beberapa petanda positif turut dilihat dalam transformasi dan pembangunan sukan itu di kalangan generasi muda di negara ini.

''Kematangan dalam pengurusan pertandingan membolehkan format tujuh orang sepasukan diperkenalkan buat kali pertama.

''Selain itu, penyertaan yang besar dari Johor menandakan sukan itu berkembang pesat di gerbang selatan," ujarnya.

Divisyen pertandingan

Penyertaan 85 pasukan dibahagikan kepada empat divisyen di mana pasukan daripada divisyen satu (D1) dan empat (D4) memulakan pertandingan pada sebelah pagi manakala pertandingan divisyen dua (D2) dan tiga (D3) pada sebelah petang.

Pertandingan dalam D1 melibatkan 11 pasukan termasuk penampilan kali pertama pasukan seperti KL Lockdown, Macdev Ballbusterz dan Raz Legion.

Pertempuran merebut gelaran juara divisyen dan hadiah wang tunai bernilai RM9,000 direbut sengit antara Deltarovers dengan Zealous.

Kemenangan berpihak kepada Deltarovers selepas berjaya menyingkirkan Zealous dalam permainan penentuan ketiga.

Tempat kedua dimenangi oleh Macdev Ronin selepas menumpaskan juara keseluruhan divisyen satu tahun lalu, Nemesis Legion.

Sementara itu, penampilan selepas dua tahun 'bertapa' oleh pasukan Johor Pirates dengan gaya persembahan menarik melayakkan mereka menjulang juara D2.

Dalam perlawanan itu, Johor Pirates berjaya mematikan strategi No Mercy dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

Sebanyak 12 pasukan berentap di dalam divisyen itu termasuk beberapa penyertaan sulung daripada Ronin Exiles, Warriors dan Werdna Escort.

Ternyata, saingan divisyen daripada pendatang baru ketika berdepan dengan pasukan CMX, Cobra Mercenaries dan Oscar Legio-X yang dinaikkan dari D3 ke D2 pada tahun lalu tidak kurang hebatnya.

Hadiah tempat ketiga dimenangi oleh Oscar Legio-X selepas menewaskan CMX melalui perlawanan penentuan sengit yang berlanjutan hingga ke pusingan ketiga. Saingan sekali gus membuktikan prestasi hebat pasukan-pasukan yang baru disenaraikan di dalam divisyen dua tahun ini.

Penyertaan di dalam divisyen tiga melalui penyertaan 34 pasukan merupakan pertemuan paling 'sesak' dalam perlawanan melibatkan pasukan dari Wilayah Persekutuan, Perlis, Kedah, Johor, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Singapura.

Langkah garang dimulakan dengan aksi pasukan dari Johor, OSB Pirates dan Singapura, Warfreakz pada pusingan awal dengan memenangi kesemua lapan perlawanan peringkat terdahulu.

Bagaimanapun, kemenangan menjadi milik pendatang baru dalam liga iaitu CMX Buccaneers selepas mengenepikan saingan OSB Pirates dalam perlawanan penentuan ketiga.

Juara membawa pulang hadiah bernilai RM4,000. Tempat ketiga disandang oleh pasukan dari Johor, Roughnecks selepas mengalahkan pasukan Fireman.

Sementara itu, baki 28 pasukan berentap di dalam D4 menyaksikan kemenangan berada di genggaman Yin Yang selepas menewaskan pasukan NS manakala tempat ketiga disandang oleh Apha Marksman.

Pendaftaran untuk pusingan kedua kini bermula dan mereka yang berminat boleh menghubungi Sekretariat MY-NPL di talian 016-332 3337 atau email kepada info@my-npl.org. Maklumat kejohanan juga boleh didapati dari laman web www.my-npl.org.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 05:31 PM | Show all posts
Nih last week masa kat JB



Aku kuar kat minit 0:19 ... 3 saat je.. hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 05:32 PM | Show all posts


Klip dari MHI, pagi semlm..

mode, credit yer untuk dua2 youtube nih yer.. hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2009 11:24 AM | Show all posts
serius, memang best game nih..
takat nih aku dah dua kali main...
tapi field dier lain sikit..
aku main kat area batu gajah, perak..dalam belukar kawasan lombong..
semua natural..tayar2 dengan tong drum ada sikit aje..
selebihnya, nyorok belakang pokok, semak, lubang semulajadi..
confirm bercalar balar kalo main...

nak kata mahal game nih tak jugak..
satu game RM5, 30 biji peluru..
memang puas gila main,...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 12:22 PM | Show all posts
takut terkena tut nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 12:23 PM | Show all posts

Reply #99 dainese's post

  janji enjoy bro.. kalau siapa yanng suka lebih persaingan, banyak main tournament style 'speedball' seperti dlm berita youtube atas,,
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 04:13 PM | Show all posts
Paintball featured in Satu Suara TVC..



Good idea, poor execution.

technically, you don't play paintball in an open area such as the alley like featured, It has to be in a proper paintball place or speedball field. Its more of a wrong perception that paintball dont require safe are/zones to play. but, overall.. good initiative by KBS.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.529744 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list