CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rurouni_khairul

Sudut Kolej Profesional MARA

  [Copy link]
Post time 16-3-2007 02:47 PM | Show all posts
yang..a'ah konpem guna online ni mohon..
pi masuk sini eh..

http://www.maraonline.gov.my/




syarat2 & kelayakan yg diperlukan utk mohon KPM

http://www.maraonline.gov.my/syarat_kemasukan/KPM.pdf



ekekeke samolah kite..result kalerful abes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2007 03:28 PM | Show all posts
adik aku ade sorg...
skrg kat KPM sri iskandar
skrg dh thn 2
amek ape ntah, e-commerce xsilap aku...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 03:42 PM | Show all posts

Reply #21 emiko's post

thx...
dia nak 4 kepujian je, ek?
kalo x dpt TESL, leh la pi sini..
tu pon kalo di tawarkan la..  
Emiko agak camne peluang cassio leh masok?

hampes nye result SPM...huhu   T_T
lebih kalerful dari pelangi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 03:55 PM | Show all posts

Reply #22 hBk's post

ekekeke bio betol..adek sendiri pun x sure amek ape
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 04:00 PM | Show all posts

Reply #23 cassiopeia's post

insyaAllah boleh dapat tu ^_^ belom cuba belom tau ma..
lagipun dgr org ckp DECom antara course yg senang nak dapat tp agk susah nk bawak bile dah masuk sem 2 ke atas..

kalo tak lepas pengambilan julai, leh try pengambilan januari 2008 nnt ni kalau bebetul nak lah hehehe..tp rasanye no prob DECom ni walo result kalerful pun asal english nye result oke n cukup or lebey 4 kepujian SPM tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2007 01:30 AM | Show all posts

Reply #22 hBk's post

Suh adik ko join sini..aku pun nak dengar citer2 dari KPM sejak adik aku grad kat Branang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-3-2007 04:58 PM | Show all posts
KPM juga telah dianugerahkan sijil Lembaga Akredetasi Negara (LAN) dan memastikan mutu yang diberikan setaraf kolej-kolej yang ternama.

Senarai kolej-kolej yang dianugerahkan LAN.

So, kalau mase zaman adik aku dulu agak 50/50 sebab LAN belum diberikan lagi, nasib baik sebelum adik aku grad LAN tuh dah diberikan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by emiko at 15-3-2007 06:48 PM
ic..gd for him/her alaa at least senang dpt keje kan..tu yg ada ijazah kat luar tu berthn2 dok nganggur lg ohok2..

ayoo tatau sgt mahh sejarah2 ni..wakakaka nih KPM kene bayo elau ...


emiko pun kpm gk ker??samalah..me amik course dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2007 09:53 AM | Show all posts
laa nmi pun ke..KPM mane? KPMIM gak ke? still stadi lagi?
sy ramai gak kengkawan kat sini dak2 dia ^_^
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2007 03:06 PM | Show all posts

Reply #29 emiko's post

Wei! korang post la gambar2 terbaru kolej2 korang kat sini..aku nak tau gak perkembangan sejak adik aku grad dari Beranang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2007 03:09 PM | Show all posts
Bas KPM Beranang...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2007 03:12 PM | Show all posts

Warta KPM

5 lagi kolej profesional dibina - BH 24 Mac 2006.
Berita Harian   -    24 Mac 2006
lima Kolej Profesional Mara (KPM) baru akan dibina dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi mencapai sasaran enrolmen sehingga 10,000 pelajar menjelang 2010.

Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi Mara, Shahein Mohamud, berkata kapasiti keseluruhan kolej baru itu mampu menampung sejumlah 5,000 pelajar untuk mengikuti program diploma tinggi nasional (HND) dan diploma ditawarkan.

Beliau berkata, cadangan berkenaan sudah dimohon dalam perancangan RMK-9 dan tertakluk kepada kelulusan kerajaan, bertujuan mengisi kekurangan tenaga separa profesional diperlukan dalam pasaran industri negara.

Selain itu, katanya, pembinaan sebuah KPM baru dengan kapasiti 1,000 pelajar di Bandar Penawar, Johor, dijangka siap akhir tahun ini dan akan membuat pengambilan sulung mulai tahun depan.

"Matlamat KPM ialah menjana pelajar Bumiputera ke arah tenaga separa profesional yang memenuhi keperluan industri sebagai pekerja mahupun menjadi usahawan.

"Hasil inisiatif kami menjejaki semula graduan sebelum ini, mendapati pihak majikan rata-rata memberi maklum balas amat memberangsangkan terhadap tenaga kerja yang dilahirkan KPM.

"Di samping itu, kami juga memberi penekanan ke arah membentuk usahawan di kalangan pelajar, bukan hanya menjadi pekerja.

"Justeru, aspek keusahawanan diterapkan sebagai elemen teras dalam semua kursus di KPM," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Malah, Shahein berkata, kemudahan inkubator disediakan di KPM Melaka, mulai tahun ini, bagi membolehkan pelajar yang berminat menjalani latihan perniagaan.

Sambil menjelaskan kemudahan itu akan dikembangkan ke KPM lain dalam masa terdekat, beliau berkata, Bahasa Mandarin turut dimasukkan ke dalam kurikulum sebagai subjek, setakat ini khusus untuk pelajar program Diploma Keusahawanan, sejak tahun lalu.

Ketika ini, katanya, sebanyak empat KPM sedang beroperasi, termasuk di Melaka yang menawarkan program Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perakaunan dan Diploma Keusahawanan.

Katanya, kolej lain ialah KPM Beranang dengan program HND Pengkomputeran (Teknologi Maklumat Perniagaan), Diploma Perniagaan Agro, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Perakaunan.

Seterusnya, beliau berkata, KPM Indera Mahkota, Kuantan, menawarkan program HND Pengkomputeran (Teknologi Maklumat Perniagaan), Diploma Perakaunan dan Diploma Bahasa Inggeris untuk Komunikasi.

Manakala KPM Seri Iskandar, Perak, pula menyediakan program HND Perniagaan dan Pemasaran, HND Perniagaan dan Pengkomputeran, serta HND Perniagaan dan e-Perdagangan.

"Program Diploma Rangkaian Komputer Perniagaan akan diperkenalkan di KPM Indera Mahkota dengan membuat pengambilan sulung seramai 50 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Julai ini.

" Permohonan kini dibuka dan tarikh tutup ialah dua minggu selepas pengumuman keputusan SPM 2005.

"Secara umum, tumpuan pengambilan KPM ialah pelajar berpencapaian sederhana yang memenuhi syarat kelayakan, dengan keutamaan diberi kepada mereka dari luar bandar dan kurang berkemampuan.

"Yuran pengajian dikecualikan, bermakna semua pelajar KPM adalah di bawah pembiayaan Mara. Elaun pelatih akan disediakan kepada pelajar berkelayakan," katanya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Pendidikan Tinggi Mara di alamat Tingkat 4, Medan Mara, 21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur atau telefon 03-2691 5111 sambungan 3641/1734/1736, faks 03-2691 4457 atau layari laman web: www.mara.gov. my/ Bpl.

Sementara itu, Shahein berkata, satu lagi perancangan dalam RMK-9 ialah memperluaskan penawaran program KPM kepada penduduk setempat tanpa had umur, sebagai usaha menggalakkan pendidikan sepanjang hayat.

FAKTA NOMBOR

4 - Kolej Profesional Mara seluruh negara

1,300 - Tempat disediakan kepada lulusan SPM 2005



Dipetik daripada Berita Harian pada 24 Mac 2006.


P.S: Berdasarkan berita di atas, KPM Bandar Penawar, Johor tuh dah mula amik intake ke blom eh?


[ Last edited by  rurouni_khairul at 23-3-2007 03:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 10:40 PM | Show all posts

Reply #30 rurouni_khairul's post

kamera cikai la bro T_T
plus takleh nak transfer ke laptop huhu..
nnt la kalo balik cuti nnt try pinjam ayahnye kamera..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 10:42 PM | Show all posts

Reply #32 rurouni_khairul's post

ntah x pernah dgr pon..last sy baca paper (awal bulan ni kot x silap) psl KPM rasenye ada sebut 4 KPM je...maybe start julai ni kot pengambilan KPM Bandar Penawar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 12:02 AM | Show all posts
hmm..tapi DECom mmg ade kat satu tempat je kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2007 10:57 AM | Show all posts

Reply #35 cassiopeia's post

Kat mane tuh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2007 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by emiko at 23-3-2007 09:53 AM
laa nmi pun ke..KPM mane? KPMIM gak ke? still stadi lagi?
sy ramai gak kengkawan kat sini dak2 dia ^_^


me kpm melaka...emiko,dk im ker??skrang dh sem brapa??dulu amik pip tk??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 08:29 PM | Show all posts
kak emiko..lambat lagi ek tau kalu dpt ke tak masok KPM ni?
cassio next month kena masuk unisel dah..
tapi tringin ke sini ..sebab unisel mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 11:07 AM | Show all posts
@cassio
a'ah DECom juz ada kat IM je..

uhmm dier mmg lmbt kot..akak dulu dkt sgt dah dgn tarikh daftar masuk baru dpt surat..so mayb dlm tgh/ujung bulan 6 baru dier kasiktau kot kalau cassio dpt..
sou da ne..lecturers sume ckp bertuah dak KPMIM ni sbb sume ditanggung beres ^^; dtg blaja je..


@nmi
ooo sokka..KPMM ek..sana first sem/year je dok hostel kan..pastu dok luar?
x, sy tak amek PIP..terus dterima masuk wat dip..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 03:02 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 14/3/07 11:51 PM
yo..
student KPM Indera Mahkota kat sini :bgrin:
tp wat DECom ah..
ramai gak geng2 baik kat situ student kos DIA ^_^



weh...hehehe aku ex-kpm b4 dpt offer gi uitm.....kt KPMIM gak ler.....amek PIP n then 1 sem je DIA..fuh..rindu plak kt saner....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.155745 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list