CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4756|Reply: 11

UAV Heron Israel

[Copy link]
Post time 15-3-2007 09:05 AM | Show all posts |Read mode
UAV Heron Israel tidak gugat Iran
Oleh AZMI HASSAN

KEHEBATAN dan keupayaan tentera rejim Israel memusnahkan musuh mereka sememangnya tidak boleh dinafikan kerana di luar Amerika Syarikat, Israel adalah satu-satunya negara yang mempunyai teknologi ketenteraan paling canggih.

Bukan hanya kerana Israel memperoleh pemindahan teknologi ketenteraan dari AS tanpa had, tetapi rejim ini berbelanja mewah sama ada untuk perolehan peralatan ataupun penyelidikan sains pertahanan.

Walaupun rejim ini hanya memperuntukkan sebanyak 5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar untuk perbelanjaan pertahanan, iaitu jumlah peratus yang setara dengan Singapura tetapi bantuan ketenteraan dari AS yang paling banyak melonjak rejim ini ke hadapan dalam bidang pertahanan.

Sebab itu apabila rejim Israel pada minggu lepas cuba menghebahkan kepada seluruh dunia bahawa mereka mempunyai kapal terbang tanpa pemandu (UAV) tercanggih dari segi keupayaan, tidak ramai yang terkejut atau mampu menafikan kerana itu adalah fakta yang sebenar.

Malah UAV yang dinamakan Heron ini dikatakan lebih hebat daripada UAV milik AS seperti Global Hawk dan Predator yang banyak digunakan di Iraq dan Afghanistan pada ketika ini. Tidak keterlaluan jika diberitakan juga bahawa AS sebagai sebuah negara yang gah dalam bidang UAV sudah menempah Heron untuk digunakan sebagai tambahan kepada UAV sedia ada di kedua-dua medan peperangan tersebut.

Penghebahan tentang kemampuan Heron menimbulkan banyak tanda tanya kerana rejim Israel secara dasarnya tidak mengamalkan konsep tersebut kecuali jika ada kepentingan strategik atau ekonomi. Kemampuan nuklear mereka tidak pernah dihebohkan tetapi dunia sudah mengetahui kemampuan sebenar Israel. Ramai penganalisis berpendapat penghebahan yang dilakukan bukan untuk kepentingan ekonomi kerana Israel sememangnya diakui mempunyai kepakaran dalam pembuatan UAV. Malah tempahan awal telah pun dibuat oleh AS, India dan Turki dan dijangkakan ketiga-tiga negara ini adalah pengguna awal Heron di luar Israel. Malah Heron yang banyak digunakan untuk memburu pejuang Hizbullah semasa Israel menceroboh Lebanon tahun lepas sudah cukup untuk meyakinkan negara yang berminat memiliki UAV tersebut.

Ramai penganalisis berpendapat bahawa penghebahan Heron hanya mempunyai kepentingan strategik, yakni lebih tepat berita tersebut ditujukan khas kepada Iran. Strategi penukaran rejim yang sedang diusahakan oleh Washington pada ketika ini sedang memberi tumpuan kepada Teheran dan menghapuskan kepimpinan Presiden Mahmoud Ahmadinejad adalah matlamat utama AS dan Israel.

Harapan Washington dan Tel Aviv ialah dengan terhapusnya Ahmadinejad, maka Iran akan kembali di bawah pemimpin yang lebih pragmatik, iaitu daripada golongan reformis yang boleh bertolak ansur dengan AS. Tiada kaedah lebih baik yang mampu dilaksanakan oleh Washington selain dari menggunakan faktor pembangunan nuklear Teheran untuk melemahkan pentadbiran Ahmadinejad. Malangnya sekatan ekonomi dan ketenteraan walaupun direstui oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih belum mampu untuk menggoncang kerajaan Ahmadinejad. Malah dijangkakan jika resolusi terbaru sekatan anjuran Majlis Keselamatan berjaya mendapat persetujuan kelima-lima ahli tetap, sokongan rakyat Iran terhadap Ahmadinejad tidak akan luntur.

Sebab itu ura-ura berita mengenai Washington dan Tel Aviv sedang bersiap sedia untuk menyerang loji nuklear Iran tersebar dengan luas kerana sememang itulah niat sebenar kedua-dua negara tersebut. Cuma yang menjadi masalahnya adalah Washington tidak mampu melakukan serangan tersebut kerana menghadapi beberapa kekangan.

Hanya Israel yang boleh membantu AS menghapuskan loji nuklear Iran. Memang benar Israel mempunyai kemampuan yang sama hebat dengan AS tetapi seperti mana Washington, Tel Aviv juga menghadapi kekangan yang membantutkan rejim ini bertindak sewenang-wenangnya. Walaupun Israel pernah memusnahkan loji nuklear Osirak di Iraq pada tahun 1981 melalui serangan udara, tetapi sistem pertahanan udara Iran sekarang adalah jauh lebih hebat dari apa yang dimiliki oleh Saddam Hussein pada ketika itu. Tetapi kekalahan rejim Israel di tangan pejuang Hizbullah pada tahun lepas di Lebanon sudah cukup menyakinkan semua pihak bahawa bukan mudah untuk memusnah loji nuklear Iran. Ini adalah kerana kekuatan Hizbullah pada asasnya adalah kerana bantuan Teheran.

Washington dan Israel memerlukan faktor baru untuk meyakinkan Iran bahawa mereka mempunyai kemampuan memusnahkan loji nuklear Teheran. UAV Heron adalah peluang terbaik yang mampu memaksa Iran berfikir sejenak bahawa Israel mempunyai kemampuan menyerang. Sebab itu sengaja disebarkan berita kehebatan Heron ini yang mampu terbang selama 30 jam tanpa henti dengan kelajuan 225 kilometer per jam, iaitu merangkumi jarak penerbangan sejauh 6750km.

Kemampuan seperti ini sengaja dibesarkan untuk memberi isyarat kepada Iran bahawa Heron mampu menyasarkan loji nuklear Natanz dan Bushehr. Begitu juga digembar-gemburkan Heron mampu membawa sejumlah peledak bom melebihi daripada kemampuan yang dimiliki oleh Predator atau Global Hawk.

Kehebatan Heron sememangnya sukar dinafikan kerana Israel adalah satu-satunya negara di mana teknologi dan kepakaran UAV melebihi negara pelopor sistem ini iaitu AS. Walaupun AS telah mengguna teknologi UAV jauh lebih awal, tetapi tentera udara Israel (IAF) mempunyai jumlah jam penerbangan UAV jauh lebih tinggi berbanding dengan penerbangan dengan pemandu.

Jika diberi peluang, Washington melalui proksi mereka iaitu Tel Aviv sudah tentu akan menyerang Iran untuk memusnahkan loji nuklear di Natanz dan Bushehr dengan harapan kerajaan Ahmadinejad akan tumbang. Reaksi dari Iran mengenai Heron setakat ini belum lagi kelihatan dan besar kemungkinan keadaan ini berlaku kerana Teheran cuba memperlekehkan kemampuan Heron. Isyarat yang cuba disampaikan oleh Teheran adalah kejayaan Tel Aviv memusnahkan loji nuklear di Osirak pada tahun 1981 langsung tidak memberi makna walaupun menggunakan UAV Heron.

* PROF MADYA AZMI HASSAN ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (Centepis) Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


seCret_pOliCE This user has been deleted
Post time 15-3-2007 10:49 PM | Show all posts
ISRAELI HERON UAV





Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 11:38 AM | Show all posts
spore ade uav israel punya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 12:50 PM | Show all posts
Di dalam satu Dokumentari BBC; Meeting The Taliban, wartawan David Loyn pelik & cemas melihatkan Taliban 'rilek' je berada dikawasan terbuka dlm jumlah yang ramai walaupun menyedari UAV tentera Nato sentiasa berlegar diudara

Mungkin ada kelemahan pada UAV nie yg diketahui oleh Taliban
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by ef/x at 17-3-2007 12:50 PM
Di dalam satu Dokumentari BBC; Meeting The Taliban, wartawan David Loyn pelik & cemas melihatkan Taliban 'rilek' je berada dikawasan terbuka dlm jumlah yang ramai walaupun menyedari UAV tente ...



Taliban Ada Alat Untuk Jammed kan UAV
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 08:49 PM | Show all posts

Reply #5 HangPC2's post

iya? apa nama alat tu?  UAV israel yg atas tu sebijik cam global hawk...mungkin kita boleh beli satu? beli black market...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2007 08:51 PM | Show all posts
rilek? rilek la...nanti tiba2 5-6 bijik hellfire menjunam ke arah mereka....kebanyakan UAV ni dilengkapi dgn ASM...bukan setakat sensor je ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 08:56 PM | Show all posts
Hermes 450


Missions"
Medium Altitude and Long Endurance (MALE) Strategic UAV System for surveillance, reconnaissance, target-acquisition & artillery adjustment and/or CFE based missions.

Payloads:
Standard MOSP (TV & IR Combi)  
SAR EL/M 2055  
Maritime Patrol Radar  
Customer furnished payloads
Performance
Endurance: 40 Hr
Range: 200*km (105* nm), 350**km (185**nm),  1,000***km(530***nm)
Altitude: 30,000 ft
*   Direct line-of-sight datalink
**  Beyond-line-of-sight datalink using UAV airborne data relay
*** Autonomous flight  

MEsia punya UAV?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2007 09:00 PM | Show all posts
Setiap masalah ada penyelesaiannya, camtu gak dlm dunia military... walau secanggih camna pun teknologi pasti ada cara bagaimana nak menaganinya
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 12:03 AM | Show all posts

Reply #9 ef/x's post

Bleh merge dengan ALUDRA nih...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 11:22 AM | Show all posts

Kita harus memilikinya 1 Sqn... tempatkan di Singapore agar rakyat x tahu ...

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2017 11:23 AM | Show all posts
HangPC2 replied at 17-3-2007 01:05 PM
Taliban Ada Alat Untuk Jammed kan UAV

Sekarang sudah ada ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.077997 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list