CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13856|Reply: 33

Melancung ke Jordan

[Copy link]
Post time 17-3-2007 01:23 PM | Show all posts |Read mode
....teringat nak pg melancung ke Jordan...tp macamana ye...? ..visa perlu ke?..airlines yang ke sana?..disana nak tinggal kat mana yang bagus?....matawang dia pakai apa ek?...sesiapa yang dah ada pengalaman ke Jordan, mintak tolong ambo nii...makacih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2007 07:50 PM | Show all posts

Reply #1 gremlins's post

Jordan memang cantik,mesti naik Royal Jordinian airlines ada package stayover.Ada driver datang di airport dan bawa check in hotel dan dia akan bawa kita melancong FOC hanya kena bayar kalau pergi Petra.Tinggal di sana 5 hari cukup,shopping murah dan best.Mata wang dinar tapi RM lebih tinggi nilai.Di sana hanya accept dinar.Mesti pergi 1day trip to Petra.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2007 01:08 AM | Show all posts

umrah keluarga secara backpack sambil melawat jORDAN

Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,

Sekiranya anda berminat untuk mengerjakan umrah maka disini saya mengajak anda semua mengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayat ALLAH"

Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namunbegitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang merekakerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah pun membacaatau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab- kitab haji danumrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yangdituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecilsahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu` alaihiwasallam,apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suarasewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau paraMutawwif  ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedangkhusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapasaya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.

Pada tahun ini, insha` ALLAH saya akan mula bercuti pada 19.3.07sehingga 11.6.07. Cadangan saya nak mengerjakan umrah sambil melawatJordan melihat laut mati, ashabul kahfi dan lain-lain lagi. Saya pernahke Jordan pada tahun 1994, 1995 dan 1996. 3 Kali pergi ke Jordan dalamperjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan kerana orang-orang yang ikutsaya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat melawat BaitulMaqdis tahun 1995 dan 1996.

Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman.Ramai orangyang tak faham. Sebenarnya Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. AlMasjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamatawal-awal lagi ( sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akanmenutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis ini mahal. Sewaktu sayapergi tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi jemaah saya kena bayar200USD untuk 2 malam 3 hari di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula, saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan bayaran 150USD untuk 1 malam2 hari . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk 27USD,cukai keluar 25USD dan bayar kepada kementerian Dalam negeri Jordan (boader tax ) 20USD. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya.

Saya rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke AlMasjidil Aqsa kerana memang saya bercita-cita sejak kecil lagi untukmelawatnya , setelah tok guru dipondok saya belajar di Kelantanmenceritakan kisah lawatannya ke Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketikaitu Baitul Maqdis masih dibawah kawalan kerajaan Jordan. Hanya padatahun 1967 kerajaan Yahudi merampasnya dalam perang 6 hari sahaja.Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ketangan yahudi laknatullaah.Saya rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa solat maghrib dan`isha`. Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kalipertama kita terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya mendengar azansayup dari Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di sana tetapipenjaga hotel tempat kami menginap menasihatkan agar bersolat di masjidberdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah tengah gelap danuntuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama Baitul Maqdis ,melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olahkita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya tak puas tinggal diBaitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan Baitul Maqdis , samasedihnya apabila saya nak kembali ke tanah air selepas tamat belajar diMadinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya berazam, kalau panjang umur,sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Islam kembali ,sayabercadang nak tinggal sebulan di sana. Mengikut hadith apabila yahudidi usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir denganqiamat.

Saya ini bukan travel agensi. Saya uruskan sendiri urusan ke Makkah,Makan minum, pengangkutan semasa di Tanah suci. Dalam erti kata lain macam backpack juga.Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga penginapan, nak yangmurah, yang mahal semua boleh tetapi saya syorkan yang murah keranakita ni macam backpack sahaja.

Dibawah ini saya sertakan anggaran perbelanjaan untuk mengerjakan umrah sambil melawat Jordan.pergi ke Makkah dan Jordan .
Harga tiket pesawat RJ ( Jordan ) 3200RM.
Wang untuk bayar visa 170/180RM .
Wang makan di Makkah dan Madinah 30/35RM sehari .
Penginapan di Madinah 80RM semalam. Biasanya jemaah bermalam 2 malam sahaja diMadinah kerana mahal , semuanya hotel-hotel baharu, yang lama dan murah telah dirobohkan, kecuali sedikit sahaja dan tak dapat nak menampung permintaan.
Sejak tahun 1994 hingga tahun lepas kami bermalam diMadinah 3 malam kerana tak puas 2 malam, lebih-lebih lagi saya pernah tinggal selama 6 tahun di Madinah. Pernah saya bermalam 4 malam diMadinah, rasanya sebanyak 2 kali. Tahun ini tak tahu lah nak tinggal berapa malam di Madinah. Kalau mahal sangat 3 malam sahaja lah nampaknya. Harga hotel di Makkah pula mengikut kategori, ianya lebih murah dari Madinah. Kos sewa pengangkutan pula seperti berikut:

Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM
Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM
Van/GMC : 1200RM
Ini ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak berubah.
Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau jemaah ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak cover.Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang dapat percuma.

Sekiranya rombongan kita dalam lingkngan 18 orang ke atas biasanya saya sewa bas besar yang bermuatan 45 orang kerana ianya lebih selesa.

Tentang penginapan pula memang sejak dahulu lagi kami menginap di bilikyang mempunyai bilik air didalamnya,bermakna bilik air tidak berkongsi dengan orang dari bilik yang lain.Yang mana berkelamin saya letakkan 2 orang sebilik.

Ceramah atau tazkirah akan diadakan dan disampaikan oleh saya sendiri, insha` ALLAH

Dengan ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh lah e mail kat saya sebelum 5.4.2007 kerana saya akan bertolak pada19.4.2007. Setakat ini ada 4 orang nak ikut sama . Seperti yang sayajelaskan kalau makin ramai makin murah kerana boleh cover bayaran bas.Walau pun 4 orang nak ikut saya tetapi travel agensi tempat saya buat visa nak pass kan jemaah mereka seramai 11 orang. Jadi jumlahnya sebanyak 16 orang termasuk saya.


Setelah itu pada cuti sekolah, insha` ALLAH  sekali  lagi saya akan mengerjakan umrah dan mungkin melalui Jordan juga atau berpecah sekiranya ramai yang nak ikut serta, satu group ke makkah sahaja dan satu group lagi Umrah/Jordan. Walaubagaimana pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada 19.4.2007 ini kerana pada musim cuti sekolah, selain harga tiket naik 200RM
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 01:53 PM | Show all posts
hotel apa yg termurah berdekatan airport untuk satu keluarga dua anak kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2007 08:45 PM | Show all posts

hotel queen alia

menarik jgk..tapi alang2 dah pg jordon, pg la sama syria, lubnan, turki...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 07:08 PM | Show all posts

Melawat Jordan

Alhamdulillah, saya balek umrah dari Makkah pada 8.6.2007bawa jemaah 24 orang. Saya singgah di Jordan dan sempat melawat sempadan Israel, Syria dan Jordan iaitu bersempadan dengan Bukit Golan. Sungguh indah pemandangan disitu. Kami melalui 5 pos tentera Jordan. Kelihatan kereta perisai Israel sedang meronda dalam jarak 200 meter. Tempat disitu memang strategik sebab itu lah Yahudi laknatullah tak mahu berikasn balik kepada Syria. Kami menghabiskan 5100RM untuk umrah dan melawat Jordan selama 14 har

[ Last edited by  naasiha at 26-6-2007 07:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2007 12:00 AM | Show all posts
Kalau pergi Jordan, jangan lupa singgah Kota Purba Petra... cantique sungguh.  Petra sekarang sudah terpilih sebagai 7 wonders of the world.  Siapa minat geography, mesti pergi desert trail tengok bukit2 yg macam kuih lapis...   Siapa minat shopping, mesti beli deadsea product, seperti musque, soap, cleanser, night beauty serum, etc.  Alhamdullillah memang sesuai dengan kulit aku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 11:03 PM | Show all posts

Balas #3 naasiha\ catat

Tahun ni tak buat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2009 02:50 PM | Show all posts

Reply #7 wassabe's post

lawa ke petra... baru ni sy dok 40 hari kt jordan... pg kota putra tu satu hari je..semua kt ctu batu je... mcm tak de mende sgt...then sejuk.... pastu pg pelabuhan aqaba...pun boring jgk...mcm tak de mende sgt...  kalau nk berjalan ..better cover semua syria lubnan turki..kalau setakat pg jordan je.. mcm tak berbaloi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 10:51 PM | Show all posts
alo alo ada orag tak...... nak tanya berapa sorang visa untuk ke Jordan..... kereta bawa masuk kener bayar tak.....?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2010 11:29 PM | Show all posts
Ada thread Jordan ni ya. insyaallah Kami sekeluarga akn mengerjakan ziarah n umrah dec ni. singgah di Jordan utk visit a few places like laut mati. makam n Ishak etc..
ptg td tgk tv3 ada kisah laut mati, sempadan dgn Israel!

buat masa ini dr yusoff al qardawi memberi fatwa haram melawat baitul muqadis n msjd al aqsa w/pun semua tau keberkatan Dan pahala solat di msjd al aqsa.
ini adalah kerana kunjungan kita akn menyumbsng kpd Israel. bc kat ats forumer tls kena byr sekian2 utk masuk ke Israel, baitul muqadis ... ini semua memberi sumbngn ekonomi kpd Zionist, it's haram

ke Jordan suami sy kt x perlu visa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 01:14 PM | Show all posts
sy dok sane hmpir 6thn. bljr.
sy rindukan tmpt sy bljr.
thn dpn sy nk pg jordan. genap 10thn sy tggalkn jordan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 03:04 PM | Show all posts
sy dok sane hmpir 6thn. bljr.
sy rindukan tmpt sy bljr.
thn dpn sy nk pg jordan. genap 10thn sy tg ...
im_cyclist Post at 10-7-2011 01:14 PM


cerita la sket pasal tempat2 menarik kat jordan...aku nih minat tul la klu negara2 timur tengah nih...ape tempat menarik yg perlu kite lawat kat jordan nih...yg paling aku nk pegi ialah petra...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 03:07 PM | Show all posts


best nye kalu dapat pi sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2011 10:04 PM | Show all posts
cerita la sket pasal tempat2 menarik kat jordan...aku nih minat tul la klu negara2 timur tengah  ...
opie5662 Post at 10-7-2011 15:04


jomlh ikut sy thn dpn.
smue tmpt kt jordan mnarik..terutama skali, tmpt Ashabulkahfi.
betapa syahdunye dpt pg tmpt yg dsebutkn ttg mereka dlm alquran.
ms ni sy pg dgn abah sy.
then petra. sy msh ingt lagi betapa penatnye menapak pegi dan blik ke petra tu.
2nd time pg, sy dok luar je. tunggu kwn2 msuk and kluar.
x sanggup nk masuk lg. terase pnt yg 1st yg x hilg lg.
lps tu, aqaba. pelabuhan yg berhadapan dgn bndar illat, israel.
kt aqaba, pnh disengat kt tapak kaki olh hidupan laut ms mndi.
skt and nangis2. menci btl lah...:@
time mlm, blh nmpk bndar tu brcahaya dan begemerlapan.
mmg sgt berbeza di antara 2 pelabuhan ni.
tmpt yg paling istimewa di hati sy, mstilah uni tmpt sy bljr.
2nd, mknn arab yg x blh dlupakn,,ialah sandwich falafil, syawarma dan nsi maqlubah.
then, tmpt bundle.
murah giler!!!
kalau nsib baik, timberland ori awk blh bli tau.
tmpt bundle ni bkn 1,2 kedai, tp pasar...mcm pkan kcik tau.
hnye jual bundle dr skecil2 hinggalh ke langsir.
sllunye pakaian dan kasut yg palg byk.
sy rindulah....
sy plan nk ke turki skli ikut jln darat.
turki pun sbuah negara yg cntik dn penuh dgn tinggalan sejarah.
sy dah pnh pg dan nk pg lg.
kite blh stay kt rumah pljr m'sia kt sane.
anak murid sy blh arrange kan...
die bljr kt sane skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2012 11:57 PM | Show all posts
Upkan balik thread JORDAN ni. Sesiapa yg baru balik ke , cerita le sikit ? tak ada idea ni , bulan depan dah nak pi. Pernah pi sekali , lama dulu tahun 1995 , tapi tak jalan mana sangat. Kali ni pi more than seminggu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2012 11:32 PM | Show all posts
Saya nak pi jordan ni tapi nak ambik package kat sini macam tak kena dgn tarikh .So ada sesiap tahu any package yg blh diambik kat sana. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 12:37 AM | Show all posts
cuba contact tour agent ni...saya kenal orgnye. blajr kat sane lame..kat sana mmg menarik..tp saya suggest klu nak pegi 4 atau 5 hari dah cukup...  http://www.hztours.com.my/package
tauke travel agent ni mmg hantu middle east... segala mak nenek n selok belok jordan dia tau...sampaikan dia bleh terbitkan buku tempat bersejarah di jordan...
nnti ade mase saya cerita kan kat sini ok...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2012 01:53 AM | Show all posts
musafir_665 posted on 9-10-2012 12:37 AM
cuba contact tour agent ni...saya kenal orgnye. blajr kat sane lame..kat sana mmg menarik..tp saya s ...

Thanx a lot saudara.
Cepat2lah cerita tak sabar saya , saya bertolak pada 16hb NOv ni.

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2012 11:52 PM | Show all posts
Alhamdullilah siap dah visa ke jordan sebyk RM150. Dan rakyat travel sudi buatkan arrangement selama 6H5M kat Jordan. Keinginan utk ke Baitulmaqdis dan masjid Al Aqsa tak tercapai dek kerana saya hanya berdua shj pergi. Minimum 10 org baru blh buat visa masuk baitulmaqdis ( itulah yg dimaklumkan oeh rakyat travel ).
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.097437 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list