CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25579|Reply: 38

Misteri: Beting Beras Basah

[Copy link]
Post time 18-3-2007 11:23 AM | Show all posts |Read mode
Misteri: Beting Beras Basah kawasan 慿eras

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2007 06:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 09:37 PM | Show all posts
"Seorang lagi rakannya, Samad Palil, 55, mendakwa pada malam sama beliau didatangi oleh tiga lelaki berjubah hitam dan bertengkolok bersama seorang wanita yang begitu cantik dengan menaiki sebuah kereta mewah ke tempat projek ternakan mereka"..dio orang naik keeta apa? merc kot?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 07:28 PM | Show all posts
ni antu kaye niee
Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 25-3-2007 11:37 AM | Show all posts
Teringat masa pertabalan Sultan Azlan... punya le banyak adat istiadat dia... semuanya mengundang tanda tanya... mengapa?  Dengarnya ada kaitan dengan daulat... betul ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2007 09:32 AM | Show all posts
tutorial yang penah pak long kumac @ kg IG penah kasik dulu;

Bila cakap pasal daulat .... daulat tu pun ada 2 jenis.

1. Daulat tak bersandar
Daulat ni diberi semulajadi oleh Allah swt. Raja cuma ada tawakal peringkat khusus wal khusus. Bermakna raja tu tak perlu apa apa ilmu and bantuan dari jin ke apa. Dia cuma tawakal saja pada Allah sebab dia dah ada daulat (kuasa) untuk protect diri dia dan rakyat nya. Daulat jenis ni aku rasa dah tak ada dah kot? Entah lah.

2. Daulat bersandar
Daulat ni selalunya Raja Raja terpaksa buat agreement dengan jin lah apa. Ni yang kita nampak sampai today dari sejarah yang mana Sultan Muzaffar kena buang crown dia dalam sungai lah apa.

Untuk daulat jenis ni... Raja Raja ni kena lah simpan barang barang lama tok nenek mereka (kira alat kebesaran diraja), pergi ziarah makam makan Sultan terdahulu, rendam kaki kat Beting Beras Basah untuk dapat kan daulat tu.

Itu sebab Sultan Perak bila ditabalkan jadi Sultan, mereka kena pegi pegi ziarah makan makam lama Sultan terdahulu, pegi Beting Beras Basah, etc.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2010 01:40 PM | Show all posts
Misteri: 'Penjara ghaib' Beting Beras Basah
Oleh Hazirah Che Sab


Ariffin Mohd Dahlan berdiri di samping bendera di Beting Beras Basah, empat tahun lalu.

Lokasi wajib tabal Sultan di Sungai Perak ini turut dikenali lubuk misteri

KAWASAN Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh Perak, sememangnya sinonim dengan catatan sejarah kesultanan Perak sejak sekian lamanya. Namun, di sebalik kewujudannya sebagai lokasi wajib diziarahi Sultan baru, ada pelbagai catatan lain yang mengaitkannya sebagai lubuk misteri yang menggerunkan.

Ini termasuk kaitannya sebagai tempat penunggu, tempat makhluk ghaib ‘dipenjara’, selain kewujudan lubuk pusar ketika air pasang.

Menyingkap kewujudannya, penyelidik dan pengkaji sejarah, Ariffin Mohd Dahlan atau Pak Engku mendakwa semuanya bermula pada 1528 apabila pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka yang bersemayam di Kampar, Sumatera, ketika itu.

Permintaan mereka ialah supaya salah seorang putera baginda dijadikan pemerintah Perak yang tidak mempunyai Sultan. Permintaan itu diperkenankan dan Raja Muzaffar dititah menjadi pemerintah Perak pertama.

“Bagaimanapun Raja Muzaffar lari ke Pagar Ruyong ketika itu kerana merajuk apabila adindanya dilantik Sultan Johor, sedangkan beliau anak sulung. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti nobat, nafiri, pedang Chura Simanjakini, cop mohor halilintar dan beberapa alat lain.

“Rombongan diiringi Megat Terawis. Mereka singgah di Siak, kemudian ke Klang dan seterusnya ke kuala Sungai Perak dengan pelayaran dikemudi Nakhoda Tumi. Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Bahtera baginda tidak boleh bergerak sehingga terpaksa membuang segala peralatan kecuali alat kebesaran diraja,” katanya pada majlis sembang sejarah Kesultanan Perak, baru-baru ini.

Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut.

“Arahan itu dituruti Raja Muzaffar. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.

“Selepas Raja Muzaffar berseru ‘Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka” barulah bahtera baginda dapat bergerak ke tepi tebing dan disambut rakyat negeri Perak yang diketuai Tun Saban. Baginda kemudian dibawa mudik ke hulu dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang,” katanya.

Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.

Bagi Pak Engku, lokasi Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak dan menghala ke selat Melaka itu juga kaya dengan pelbagai misteri tersendiri.

“Kawasan beting ialah kawasan lubuk pusar yang kadang-kadang timbul dan tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Ia tempat pertabalan Sultan Perak sejak Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama pada 1528 hingga sekarang. Setiap Sultan yang bakal menduduki takhta Perak dimestikan menziarahi Beting Beras Basah dan menjejakkan kaki di atas beting pasir,” katanya.

Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku. Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin.

Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang.

“Ia juga dikatakan ‘pusat’ makhluk ghaib seluruh dunia, termasuk Islam serta perkampungan orang bunian,” katanya yang turut berharap catatan sejarah itu mendapat perhatian dan pengiktirafan Persatuan Sejarah Malaysia dan bahannya dapat dibukukan untuk tatapan serta rujukan pencinta sejarah tanah air,” katanya.

Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.

“Saya bermimpi seseorang berpakaian ihram, duduk di atas sejadah mengarahkan supaya saya ke Beting Beras Basah. Saya ingat tarikh pertama kali ke sana iaitu 5 Januari 1976. Pada jam 6.30 pagi saya bertolak dari jeti Sepani Kampung Kayan, Bagan Datoh menyusuri Sungai Perak sehingga tiba di Beting Tepi, tempat pertabalan Sultan Perak pada jam 7.00 pagi.

“Saya turun ke laut mengambil segenggam tanah dan kemudian menuju ke muara Sungai Perak di kawasan lubuk pusar Beting Beras Basah iaitu beting tengah,” katanya.

Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul.

“Tiba-tiba saya ternampak kain berwarna-warni muncul dari lubuk pusar itu. Apabila air semakin surut, beting timbul dan saya dapati ada bendera tujuh warna terikat di tujuh batang tiang setinggi kira-kira 4.5 meter.

“Kain berkenaan berwarna putih, hijau, kuning, biru, merah, hitam dan ungu. Kain dengan warna bendera negeri perak berada pada tiga tiang tengah, dua lagi tiang dengan kain pelbagai warna itu di kiri dan kanan tiang bendera perak, manakala kain putih membentuk tiga segi di hujung kiri dan kanan,” katanya.

Beliau mendakwa warna berkenaan mewakili setiap satu jin yang memerintah kerajaan bawah laut. Pada jam 7.20 pagi berkenaan, Pak Engku meminta pawang yang mengiringinya membacakan tahlil dan doa arwah di situ. Selesai majlis beliau terus menuju ke kolam air pusar membawa kain tujuh warna yang dibawa untuk diikat pada tiang bendera negeri Perak.

“Pada awalnya ia tiada masalah tetapi sebaik menghampiri kawasan pusar itu, saya tidak boleh melangkah seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.

“Saya cuba merempuh tetapi gagal dan akhirnya saya berseru ‘Aku adalah keturunan Panglima Hitam daripada Raja yang berdaulat. Mudahkan segala pekerjaanku.’ Selepas itu barulah kain tujuh warna berkenaan dapat diikat pada tiang bendera berkenaan. Saya juga sempat berdoa sebelum keluar.

“Selepas keluar dari kolam itu untuk mengambil wuduk, saya lihat ke arah laut dari luar kolam dan nampak seperti mata manusia tetapi cuma sebelah memerhatikan saya. Saya tidak berkata apa-apa kerana sudah dipesan, jika ternampak sesuatu di situ jangan ditegur,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 12:21 AM | Show all posts
apa sudah jadi dgn forum IG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2010 06:39 PM | Show all posts
dulu time sultan azlan shah naik takhta,btol ke kne dtg tempat ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 09:56 PM | Show all posts
menurut citer mmg betul..
jap, nak carik artikel/link tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 10:19 PM | Show all posts
http://pembawarotan.blogspot.com ... ri-perak-darul.html

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=420329&extra=&highlight=pawang%2Bdiraja&page=4
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 12:12 AM | Show all posts
i c....
siap ade pic lagi..thx syd!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 09:49 AM | Show all posts
dulu time sultan azlan shah naik takhta,btol ke kne dtg tempat ni?
phiyya Post at 26-1-2010 18:39


yup,
mmg betul,
sultan azlan msti jejakkan/celupkan
kaki dia dlam air kt beting tu,
jalan nk ke beting ni pun,
agak mncabar,
sal kenderaan xleh lpas,
kna jalan ikut mcam denai pnuh dngan pokok bakau
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 12:28 AM | Show all posts
slain kne jejak air ni,ade ke lagi istiadat2 laen yg kne bwt kt sini?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 10:42 PM | Show all posts
Post Last Edit by sya_sugar_sugar at 30-1-2010 22:59

ni aku amik dari blog Merah Silu (ada kaiatan dgn future phenomenon)

CREDITS: Mr. Rashid @ Merah Silu




Ini adalah gambar kawasan misteri yang dikenali sebagai Beting Beras Basah iaitu betul-betul di bahagian selatan kuala Sungai Perak. Nampak tak kawasan seperti kelabu hitam terbentang memanjang di bahagian belakang gambar?




Ini pula potongan dari gambar yang sama, dibesarkan untuk menunjukkan bendera Perak yang terpacak pada satu bahagian Beting Beras Basah. Untuk pengetahuan ia menandakan tempat terakhir yang perlu dijejaki seseorang Sultan Perak dalam proses pertabalan, sebagai mengingati tempat kapal Sultan Muzaffar Shah, Sultan pertama Perak tersangkut ketika mahu masuk ke Perak sekitar tahun 1528.






ni ada gambar satelit dari Google Earth yang ditambah tanda untukmelihat di manakah kedudukan sebenar Beting Beras Basah dari pekanBagan Datoh. Jarak antara keduanya adalah sekitar 6 km gitu. Lihatdalam bulatan besar. Boleh kelihatan kan beting kelabu hitam menjulurkeluar ke laut? Itulah dia Beting Beras Basah.

***DI QUOTE BULAT2 DARI BLOG MERAH SILU.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 10:52 PM | Show all posts
uniknya but...scary gak hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 09:59 PM | Show all posts
Azlan sampai ke kat benting ? ... kata org tua2 perak dia anak angkat je
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 01:20 AM | Show all posts
ade history x ape yg jadi bile sultan yang ditabalkan xbwt ritual ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:26 PM | Show all posts
Reply 16# myrza_125zed


    Tempat ni memang scary and unik. Kalau bukan keturunan darah raja Perak masih boleh masuk tapi kene ada sorang yang berdarah raja kene temankan. kalu tak, deman la, atau orang tu akan rasa panas...tak pun nanti ada sekor Berok akan naik angin kejor kite..Nak masuk Ke BBB kene lalu kebun kelapa sawit, sebab tu scary sikit...saya dah 2 kali masuk BBB, x panas dan atk sejuk pun....saya orang biasa jer....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 04:45 PM | Show all posts
BBB sebenarnya kat pulau tu ..... kena naik bot . Yg masuk kot jln darat tu melalui ladang kelapa sawit tu tempat org dok menurun nombor ekor dan tempat segala tok2 . Dan kalu p x pasang niat apa2 x hal .
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.076388 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list