CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3116|Reply: 2

Kampung Budaya

[Copy link]
Post time 29-3-2007 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Kampung Budaya RM32.8 juta di Brickfields
29-03-2007 04:50:05 PM
KUALA LUMPUR:  Kampung Budaya yang memaparkan keunikan masyarakat berbilang kaum Malaysia akan dibina di sebuah kawasan seluas 3.6 hektar di Jalan Davis, Brickfields, di sini.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata projek bernilai kira-kira RM32.8 juta itu dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan.

"Bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar, satu jawatankuasa khas telah diwujudkan dengan dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya selepas menyampaikan taklimat mengenai kementeriannya kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang mengadakan lawatan rasmi ke kementerian itu di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di sini.

Kampung Budaya itu akan menempatkan rumah-rumah replika pelbagai kaum di Malaysia serta menjadi pusat kegiatan kebudayaan di ibu kota.

Mengenai perkara lain, Rais berkata Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) memperuntukkan RM7.3 juta untuk kesemua 220 kawasan Parlimen (jumlah keseluruhan RM1.6 bilion) untuk mengadakan pelbagai kegiatan sempena memperingati 50 tahun kemerdekaan negara.

Rais berkata peruntukan itu yang diluluskan Kabinet adalah untuk mengadakan kempen bersifat patriotik seperti "Kempen Patriotisme Jalur Gemilang" dan "Kempen Budi Bahasa".

"Peruntukan itu akan mula diagihkan bulan depan," katanya.

Semasa lawatan diraja itu, Seri Paduka berkenan melawat sekitar kompleks tersebut termasuk geraigerai yang terdapat di kompleks itu.
Terdapat 11 gerai disediakan termasuk gerai KeKKWa, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Negara, Jabatan Warisan Negara, Akedemi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Jabatan Arkib Negara. BERNAMA



[ Last edited by  Syd at 30-3-2007 09:00 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2007 09:00 AM | Show all posts
RM3.28 juta bangunkan perkampungan budaya

KUALA LUMPUR 29 Mac
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2007 09:14 AM | Show all posts
KeKKWa bina Kampung Budaya RM35 juta
Oleh ABD. AZIZ ITAR



DR. RAIS Yatim (tiga dari kanan) menunjukkan trofi FFM20 bersama wakil pihak penganjur dan beberapa pelakon selepas sidang akhbar pengumuman festival itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

BAGI memudahkan para pembikin filem tempatan menjalani penggambaran, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) kini sedang merancang membina sebuah studio perfileman yang dikenali sebagai Kampung Budaya, di Jalan Davis, Kuala Lumpur.

Menteri KeKKWa, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Kampung Budaya yang menelan kos RM35 juta dan berkeluasan 8.4 hektar itu akan disediakan dengan pelbagai kemudahan set lokasi untuk penggambaran filem

Menurut Dr. Rais, beliau akan minta pakar-pakar dalam bidang perfileman tempatan supaya meneliti fasiliti yang perlu disediakan sebelum perkampungan perfileman tersebut dibina.

揂ntaranya, kita akan sediakan set latar belakang masyarakat pelbagai kaum yang ada di negara ini seperti kedai kopi, rumah dan sebagainya. Sewanya pun rendah dan berpatutan.

揓adi, selepas ini para pembikin filem kita tidak perlu lagi pergi jauh ataupun mengeluarkan kos yang tinggi untuk menjalani penggambaran sesebuah filem,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.120937 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list