CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BotakChinPeng

Kapal Melayu

[Copy link]
Post time 7-4-2007 10:09 PM | Show all posts
Kapal Jawa amat besar sehinggakan kapal eropah yang digunakan untuk mengelilingi dunia cuma 1/3 daripada saiz kapal jawa. Orang jawa telah belayar sehingga ke Afrika.

Moral & Pengajaran:

1. Orang Melayu ada TEKNOLOGI DAN KEPAKARAN.

2. Mereka ada cita-cita tinggi dan keberanian.

3. Mereka merupakan bangsa yang global.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2007 01:57 AM | Show all posts
Originally posted by fish_o7 at 6-4-2007 11:33 PM
hmmm... walaupon org melayu hebat pada satu mase dulu ...tp ape ertinya klau org melayu ...pd masa kurang competitive berbanding bangsa lain .... tk dinafikan org melayu mmg pandai cari duit .... ...
Tiada apa yang nak dikeluhkan

Melayu telahpun menjadikan Malaysia negara tercanggih di rantau Asia Tenggara.
Kini ada banyak industri penting negara yang dikuasai Melayu
dan dari segi ekonomi pula kerajaan telah gagal membuktikan bahawa Melayu ketinggalan seperti yang mereka gembar gemborkan selama ini. Kalau DEB dimansuhkan Melayu sedikit pun tak akan terjejas.Saya telah bentangkan segala hujah dalam dua topik yang saya mulakan :
                       
Kenapa Malaysia Lebih Canggih Dari Singapura

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=269562&extra=page%3D1&page=1

Tongkat Cina lwn Tongkat Melayu

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=271976&extra=page%3D1&page=1

Dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang amat memberangsangkan kebelakangan ini, Malaysia akan menjadi negara maju dalam masa sedekad sahaja lagi

Kita hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha memajukan lagi bangsa dan negara seperti yang telah dilakukan selama ini..


[ Last edited by  BotakChinPeng at 10-4-2007 02:58 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2007 02:00 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 7-4-2007 10:09 PM
Kapal Jawa amat besar sehinggakan kapal eropah yang digunakan untuk mengelilingi dunia cuma 1/3 daripada saiz kapal jawa. Orang jawa telah belayar sehingga ke Afrika.

Moral & Pengajaran:
...
Menurut bukti yang telah saya perolehi, kapal Jawa dan kapal Melayu sentiasa sama dari segi saiz dan rekabentuk. Ini tidaklah menghairankan kerana pertukaran idea dan pakar bina kapal antara Jawa dan Melayu sentiasa berlaku sejak beribu tahun dahulu.
               
Dalam Kitab Rujar, Al-Idrisi telahpun mengesahkan bahawa orang Melayu Sriwijaya lah yang paling aktif berdagang di Afrika dan bukannya orang Jawa.

"The residents of the Zabaj go to the land of Sofala and export the iron from there supplying it to all the lands of India. No iron is comparable to theirs in quality and sharpness."
"The inhabitants of Zabaj call at Zanj in both large and small ships and trade their merchandise with them, as they understand each other's language."
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 02:42 AM | Show all posts
Tp pelik juga kenapa Melayu Melaka dgn kapalnya yg besar2,boleh jatuh ke tangan Portugis yg katanya cuma dgn 3 buah kapal perang.Adakah kerana kapal sahaja yg besar tp teknologi persenjataan kurang atau ada sebab2 lain spt musuh dlm selimut atau pengkhianat?

Aku percaya Melayu memang ahli pelayaran yg hebat dgn kapal2 yg sama hebat dan besar sebab Nusantara adalah wilayah kepulauan.Laut memang menjadi mainan bagi bangsa Melayu.Cuma mungkin teknologi senjata kita spt meriam dan senapang belum semaju bangsa2 Barat pada ketika Melaka diserang ditambah lagi dgn wujudnya musuh2 dlm selimut.

p/s:sendiri tanya,sendiri jawab
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 03:39 AM | Show all posts
kapal melayu ngan jawa sama saiz, sbb nak parking senang.. ada lot memasing sbb dah kira biasa la ulang alik.. x yah nak berebut parking ngan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 9-4-2007 02:42 AM
Tp pelik juga kenapa Melayu Melaka dgn kapalnya yg besar2,boleh jatuh ke tangan Portugis yg katanya cuma dgn 3 buah kapal perang.Adakah kerana kapal sahaja yg besar tp teknologi persenjataan kura ...


Pada aku, faktornya lebih kepada sikap dan perbalahan antara pembesar pada masa itu. Moralnya di sini ialah, tak guna walau kita memilik armada terkuat di asia tenggara pada masa itu kalau sikap kita sendiri yang gemar bercakaran sama sendiri.

Jadi, amik la pengajaran...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2007 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by rempo at 9-4-2007 02:42 AM
Tp pelik juga kenapa Melayu Melaka dgn kapalnya yg besar2,boleh jatuh ke tangan Portugis yg katanya cuma dgn 3 buah kapal perang.Adakah kerana kapal sahaja yg besar tp teknologi persenjataan kura ...



kalah sebab Kapal Melayu Tiada Armor (Kepingan Besi) kalau Kapal Melayu seperti kapal Turtle Ship (Dinasti Chosun Korea) memang dapat menangkis Serangan Meriam Portugis

http://en.wikipedia.org/wiki/Turtle_ship
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 06:14 PM | Show all posts
kenape melaka jatuh ke tgn portugis ...

1. politik .... perbalahan antara pembesar

2. sifat pedagang india dan cina yg .... memberi maklumat penting sperti kekuatan tentera, keadaan geography dan lokasi2 kritikal

3. tentera2 upahan melaka yg enggan berperang walaupon telah dibayar

4. sultan yg lemah dan gagal menyatukan pembesar yg berbalah semasa sendiri

5 . kakitangan kerajaan yg korup pd mase itu .... yg mengenaikan bayaran yg terlalu mahal bagi
sebuah berlabuh ...membuatkan pedagang2 beralih arah

6. keadaan kerajaan yg huru hara dan korup .... byk berlakunya cronyism dan nepotism

tulah 6 sbb yg aku tau ..... lgpon aku percaya jika semua org bersatu pd masa tu aku rase portugis takkan dpt menakluk mlk... skrang ni pon kerajaan kita still cam ni .... tak der beza 1511 ngan 2007
.... nasib baik ade beberape pemimpin still memperjuangkan ... nilai2 murni ...

mungkin satu hari nnt .... malaysia akan menghadapi crisis yg besar .... sape nk jaga tanah melayu ...... cina dan india dh gi migrate dah ...yg tinggal melayu jugak .... baik kite bersatu dan berusaha utk memantapkan ... keaadaan kaum melayu skrang ni ...dr segi ekonomi,social dan pendidikkan ....jgn satu hari org melayu menjadi hamba dinegara sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 01:20 AM | Show all posts

Reply #46 rurouni_khairul's post

:setuju: Kalau boleh buangkan semangat kesukuan,kenegerian dan kepartian.Melayu Malaysia pun bukanlah ramai mana pun.Pepatah 'Bersatu teguh,bercerai roboh' tu dah betullah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 01:25 AM | Show all posts

Reply #47 HangPC2's post

Itulah tu.Teknologi meriam kita mungkin tak secanggih mana masa tu,jadi senang2 meriam2 Portugis boleh makan kapal2 Melayu.Meriam Melayu pulak mungkin jarak tembakannya juga kurang jauh dan tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 01:35 AM | Show all posts

Reply #48 fish_o7's post

:setuju: Selain membangunkan Melayu kena juga pupukkan semangat perpaduan yg utuh antara kaum.Kalau kita tengok realiti perpaduan kaum sekarang ni pun kita sedar perpaduan kaum kita tak seutuh mana.Sesuatu harus dilakukan utk membetulkan keadaan sbb Melayu/Bumiputera Malaysia cuma 60% sj.Musuh dr luar senang2 boleh memanipulasikan keadaan ini.Kita tengok contoh Iraq pun dah cukuplah.

Antara Malaysia sekarang dan Melaka dulu mmg ada persamaan sedikit sebanyak.Sejarah itu sentiasa berulang jadi rugilah dan bodohlah kalau kita tak belajar dr sejarah dan membiarkan kesilapan yg sama berulang lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2007 02:53 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 9-4-2007 02:42 AM
Tp pelik juga kenapa Melayu Melaka dgn kapalnya yg besar2,boleh jatuh ke tangan Portugis yg katanya cuma dgn 3 buah kapal perang.Adakah kerana kapal sahaja yg besar tp teknologi persenjataan kurang atau ada sebab2 lain spt musuh dlm selimut atau pengkhianat?

Aku percaya Melayu memang ahli pelayaran yg hebat dgn kapal2 yg sama hebat dan besar sebab Nusantara adalah wilayah kepulauan.Laut memang menjadi mainan bagi bangsa Melayu.Cuma mungkin teknologi senjata kita spt meriam dan senapang belum semaju bangsa2 Barat pada ketika Melaka diserang ditambah lagi dgn wujudnya musuh2 dlm selimut.
...
Penggunaan senapang istinggar dan meriam besar oleh tentera Melaka telahpun diakui beberapa pihak termasuk sumber sejarah Portugis sendiri.
Andainya Melaka tidak menggunakan senjata api sudah tentu mereka telah ditewaskan dalam masa 40  jam sahaja dan bukannya 40 hari.

Pada pendapat saya, Melaka tumpas hanya kerana 2 sebab utama.

1)      Pengkhianatan secara mengejut oleh unit Jawa dalam tentera Melaka.
2)      Ketiadaan tentera laut Melaka ketika Portugis menyerang.

Meskipun kapal Melayu tidak dilengkapi meriam seperti kapal Portugis, kekebalan terhadap meriam Portugis adalah suatu kelebihan yang boleh dieksploitasi kapal Melaka untuk menyerbu kedudukan armada Portugis dan memaksa Portugis bertempur di atas dek kapal mereka sendiri. Selain itu, dalam keadaan-keadaan yang mengizinkan, kapal Melaka juga boleh merempuh saja kapal Portugis.

Saya pernah terbaca suatu kisah tentang laksamana Melaka yang mengarahkan semua kapal tentera laut meninggalkan Melaka setelah bertengkar dengan Sultan. Peristiwa ini dikatakan terjadi beberapa bulan sebelum ketibaan tentera Portugis tetapi butiran lanjut mengenainya masih belum saya temui.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 03:06 AM | Show all posts
aku rasa sbb ke3... terlalu ramai pendatang asing/warga asing di bumi melaka.. dan mereka jadi x patriotik.. melarikan diri apabila melaka diserang... hanya segelintir sahaja penduduk pribumi yg maju.

cth: kejadian berikut berulang pada tahun 1998. apabila resession teruk kat malaysia. diorg lari meninggalkan malaysia bersama huge amount of cash (yg hasilnya drpd business kat malaysia gak)
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 03:24 AM | Show all posts

Reply #52 BotakChinPeng's post

Saya juga difahamkan yg kekuatan tentera Melaka yg bertahan adalah hampir 10 kali ganda tentera Portugis yg menyerang.Sekiranya berlaku pengkhianatan oleh soldadu upahan Jawa,saya kira pasukan tentera Melaka masih mempunyai anak2 tempatan yg sanggup berjuang.

Mengikut teori peperangan yg saya baca tentera yg menyerang seharusnya mempunyai kekuatan sekurang2nya 3 kali ganda drp tentera yg bertahan sekiranya mempunyai kekuatan persenjataan yg setaraf.Adakah munasabah dgn kekuatan yg sama taraf dr segi teknologi senjata,dgn jumlah tentera yg jauh lebih ramai,di pihak yg bertahan pula,Melaka masih boleh kecundang?

Ttg perbalahan antara Laksamana dgn Sultan,tidakkah ia 'lari' dr resam pantang anak Melayu menderhaka pada tuannya pada zaman itu?

Bukan niat utk mempertikaikan kebolehan org2 Melayu dulu tapi saya agak musykil dgn situasi yg saya kira janggal iaitu:
1.Lebih kuat dan ramai tp kalah;

Bukankah lebih logik kalau situasinya begini:
2.Tentera Melaka walaupun ramai tp teknologi senjatanya kurang sbb itu pihak yg sedikit masih mampu menang,ditambah lagi dgn pengkhianatan dan perpecahan?

Satu lagi yg saya musykil,sekiranya teknologi meriam dan senapang Melayu ketika itu demikian hebat,mengapa tidak ada kesinambungannya dr kerajaan yg berhampiran atau kerajaan Melayu Johor yg menggantikan Melaka selepas itu?Mohon pencerahan.:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 11:17 AM | Show all posts
# Mengenai teknologi Meriam kebanyakan Meriam Melaka dikatakan dihasilkan Mix Teknologi Meriam Melayu dan Meriam dari teknologi Meriam Dinasti Ming (China) dan Kesultanan Acheh tahu akan kelemahan ini dan Menghantar Utusan Ke Turki (Uthmaniyah) dan Meminta Bantuan Senjata dan Tentera untuk Menbanteras Portugis Jadi hasilnya Portugis tidak dapat Menumpaskan Kesultanan Acheh Dengan Mudah.

# Angkatan Laut Melaka Kebanyakan Dari Orang Laut @ Orang Selat
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by sakinahmawaddah at 2-4-2007 09:52 AM
saya rasa ada writer kita menulis pasal kapal org melayu ni dlm novel Bedar Sukma Bisu
tak salah faisal tehrani, dia menang masa jubli emas DBP bulan Feb kot kalu x silap
tapi sayang ma, DBP be ...



Cuba dapatkan Novel Sukma Angin hasil karya Sasterawan Negara Arena Wati.
Novel ini mengisahkan kehebatan kapal layar dagang melayu terakhir.Bila kita membacanya
kita dapat rasakan seolah-olah kita turut sama belayar bersama watak-watak yang di tampilkan
dalam novel ini.Di kisahkan bagaimana kapal ini belayar sehingga Afrika selatan.Sturuktur kapal,
bentuk layar ,teknik pelayaran ,keadaan laut dan angin di garap dengan sempurna kerana Arena Wati
di masa mudanya merupakan seorang kelasi kapal layar dagang dan pernah belayar ke segenap ceruk
Nusantara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2007 12:09 AM | Show all posts
Bolehkah anda buktikan "hanya segelintir sahaja penduduk pribumi yang maju" ? Saya dapati tanggapan ini tak masuk akal langsung.

Originally posted by mziskandar at 10-4-2007 03:06 AM
aku rasa sbb ke3... terlalu ramai pendatang asing/warga asing di bumi melaka.. dan mereka jadi x patriotik.. melarikan diri apabila melaka diserang... hanya segelintir sahaja penduduk pribumi yg  maju.


Perpindahan penduduk ketika sesebuah negara diserang berlaku dalam jangka masa yang singkat dan tidak memberi sebarang kesan kepada pihak tentera kerana segala persenjataan telah lama tersedia sebelum peperangan bermula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2007 12:42 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 10-4-2007 03:24 AM
Saya juga difahamkan yg kekuatan tentera Melaka yg bertahan adalah hampir 10 kali ganda tentera Portugis yg menyerang.Sekiranya berlaku pengkhianatan oleh soldadu upahan Jawa,saya kira pasukan tentera Melaka masih mempunyai anak2 tempatan yg sanggup berjuang.

Mengikut teori peperangan yg saya baca tentera yg menyerang seharusnya mempunyai kekuatan sekurang2nya 3 kali ganda drp tentera yg bertahan sekiranya mempunyai kekuatan persenjataan yg setaraf.Adakah munasabah dgn kekuatan yg sama taraf dr segi teknologi senjata,dgn jumlah tentera yg jauh lebih ramai,di pihak yg bertahan pula,Melaka masih boleh kecundang?

Ttg perbalahan antara Laksamana dgn Sultan,tidakkah ia 'lari' dr resam pantang anak Melayu menderhaka pada tuannya pada zaman itu?

Bukan niat utk mempertikaikan kebolehan org2 Melayu dulu tapi saya agak musykil dgn situasi yg saya kira janggal iaitu:
1.Lebih kuat dan ramai tp kalah;

Bukankah lebih logik kalau situasinya begini:
2.Tentera Melaka walaupun ramai tp teknologi senjatanya kurang sbb itu pihak yg sedikit masih mampu menang,ditambah lagi dgn pengkhianatan dan perpecahan?

Satu lagi yg saya musykil,sekiranya teknologi meriam dan senapang Melayu ketika itu demikian hebat,mengapa tidak ada kesinambungannya dr kerajaan yg berhampiran atau kerajaan Melayu Johor yg menggantikan Melaka selepas itu?Mohon pencerahan

Apa yang anda 揹ifahamkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2007 12:55 AM | Show all posts
Originally posted by rempo at 10-4-2007 03:24 AM
Satu lagi yg saya musykil,sekiranya teknologi meriam dan senapang Melayu ketika itu demikian hebat,mengapa tidak ada kesinambungannya dr kerajaan yg berhampiran atau kerajaan Melayu Johor yg menggantikan Melaka selepas itu?Mohon pencerahan.:hmm:
Kalau betul tiada kesinambungan, mengapakah meriam-meriam Patani yang siap pada tahun 1571 memiliki saiz luarbiasa ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2007 01:01 AM | Show all posts
Meriam Melayu dibina jauh lebih awal dari meriam Cina kerana setelah memeluk Islam teknologi senjata api yang dicipta oleh bangsa Arab telah tersebar ke beberapa kesultanan Melayu bermula dari kurun ke-14. Negara China pula masih tidak memiliki kepakaran membuat meriam pada kurun ke-15.
Originally posted by HangPC2 at 10-4-2007 11:17 AM
# Mengenai teknologi Meriam kebanyakan Meriam Melaka dikatakan dihasilkan Mix Teknologi Meriam Melayu dan Meriam dari teknologi Meriam Dinasti Ming (China) dan Kesultanan Acheh tahu akan kelemahan ini dan Menghantar Utusan Ke Turki (Uthmaniyah) dan Meminta Bantuan Senjata dan Tentera untuk Menbanteras Portugis Jadi hasilnya Portugis tidak dapat Menumpaskan Kesultanan Acheh Dengan Mudah.

# Angkatan Laut Melaka Kebanyakan Dari Orang Laut @ Orang Selat

Orang Laut dikatakan berasal dari suatu kepulauan Pasifik. Mereka terlalu primitif untuk dijadikan sebahagian dari tentera laut . Sepanjang sejarah Melayu, Orang Selat hanya diberikan tugasan mudah seperti mengawal pantai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.078226 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list