CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BotakChinPeng

Kapal Melayu

[Copy link]
Post time 13-3-2011 06:35 PM | Show all posts
Pelayar dan Kapal-Kapal Buatan Melayu



1- Empayar-empayar bangsa Melayu purba sememangnya terkenal sebagai empayar maritim yang hebat. Kerajaan-kerajaan seperti Srivijaya dan Melaka, sekadar menyebut beberapa nama, adalah kerajaan-kerajaan Maritim, kerajaan-kerajaan yang bergantung kepada aktiviti-aktiviti laut daripada sekecil-kecil nelayan biasa kepada pedagang-pedagang yang menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa melalui jalan laut.


2- Sebelum kedatangan orang-orang Eropah yang kononnya membawa kemodenan lagi, orang-orang melayu sememangnya sudah lama terkenal sebagai pelayar-pelayar yang hebat dan bangsa yang amat mahir dengan ilmu pelayaran dan pembuatan kapal-kapal besar. Lanun-lanun melayu adalah diantara lanun-lanun yang amat ditakuti pada suatu masa dahulu.





3- Maka tidak hairan lah pelayar Portugis yang terkenal, Ferdinand Magellan menggunakan khidmat orang melayu untuk membantunya didalam misi-misi pelayarannya merentas lautan mencari kepulauan rempah. Anda mungkin tidak kenal siapa itu Henry The Black ataupun Enrique tetapi anda pasti pernah mendengar nama Panglima Awang atau Panglima Hitam bukan?

4- Lynda Shaffer didalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500 yang diterbitkan pada tahun 1996 telah membuat kajian terperinci mengenai pelaut-pelaut Melayu yang sedari awal kurun pertama telah pun mahir dengan pelayaran-pelayaran jarak jauh. Pelayar-pelayar melayu lah yang bertanggung jawab menyebarkan pasu-pasu tanah liat tradisi Sa-Huynh Kalanay dan gendang Dongsan bertebaran keseluruh Asia Tenggara.

5- Memetik Lynda Shaffer yang disebut sebagai berkata pelayar-pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.


6- Malah pelayar-pelayar China telah mengetahui tentang orang-orang melayu dari seawal kurun ke 3. Shaffer seterusnya dipetik sebagai berkata :


The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going vessels engaged in long distance over seas trade. The Chinese in fact appear to have learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundreds years B.C.E and by the time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails.


7- Gaspar Correia. pencatit berbangsa Portugis telah mencatitkan seperti berikut sewatu armada perang Portugis bertembung dengan sebuah kapal melayu dari Aceh menjelaskan bahawa sisi kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tiada siapa yang berani untuk cuba memanjatnya dari mana-mana kapal Portugis. Kapal tersebut seolah tidak tercalar dengan serangan Portugis kerana kapal tersebut mempunyai 4 lapis perisai dan meriam Portugis yang paling besar pun hanya mampu menembusi dua lapisan sahaja


8- Keadaan ini telah memaksa Gabenor pada waktu itu menghantar kapal perang terbesarnya iaitu Flor De La Mar. Walaupun demikian, kapal perang Aceh tersebut masih mampu menahan serangan selama 2 hari dua malam dan hanya tewas apabila pihak Portugis berjaya memusnahkan sirip kemudinya. Correia telah dipetik sebagai mengatakan seperti berikut :


Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo.


9- Didalam buku The Golden Chersonese And The Way Thither yang ditulis oleh Isabella L Bird yang mengembara ke Timur Jauh pada tahun 1879 ada mengatakan selepas daripada kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar melayu Aceh telah cuba menawan kembali Kota Melaka dengan segerombolan kapal-kapal perang mencecah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari mana-mana kapal yang pernah dibina di Eropah. Bird dipetik sebagai berkata :


of the remaining Moorish or Malay Kingdoms, Acheen (Aceh) , in Sumatra, was the most powerful, so powerful indeed that its king was able to besiege the great stronghold of malacca more than once with a fleet, according to the annalist of more than five hundred sail, one hundred of which were of greater size than any then constructed in Europe and the warriors and mariners that it bore amounted to sixty thousand commanded by the King in person.


10- Saya seterusnya cuba membelek-belek beberapa forum-forum tempatan dan luar negara yang ada membincangkan tentang kapal-kapal buatan Melayu ini. Didalam satu surat bertarikh 28 November 1587, yang ditulis oleh Dom Paulo Lima de Pereira kepada Raja Philip yang menguasai Portugal dan Sepanyol ada menyebut tentang beberapa kapal perang milik Johor yang berjaya ditewaskan oleh Portugis ketika percubaan Portugis untuk menawan Johor Lama dan Kota Batu. Diantara kapal-kapal tersebut, terdapat sejenis kapal besar yang dipanggil Galleons (Geliung) .


No estreito, e nas estancias defronte da cidade se queimarão passante de mil embarcações entre Juncos ballos, e somas, e muitos balões, queimarão mais dous galeões, oito Gales, e algumas fustas, e lancharas,


Terjemahan :

In the Strait and the anchorage before the city, more than 1,000 vessels were burnt, among these junks, bâlos, sômas and many balões, two more galleons, eight galleys, some foists and lancharas.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2011 07:06 PM | Show all posts
11- Galleons ini juga ada disebut didalam satu lagu sumber Portugis “Batalhas e Combates Marinha Portuguesa: 1580-1603” yang dipetik sebagai menyebut :


nos esteiros a norte e a sul da cidade foram incendiados cerca de dois mil navios, entre naus, gales, juncos, galeotas, fustas, lancharas, bantins, champanas e outros de menor porte !
O rei de Jor perdeu quatro mil soldados que lhe foram mortos em combate pelos portugueses e outros três mil que lhe foram mortos durante a retirada pelos javos que levava consigo.


Terjemahan :

In the estuaries north and south of the city, about two thousand ships were burned, among them naus, galleys, junks, galliot, foists, lancharas, bantins, champanas and other lesser crafts !
    The king of Jor lost four thousand soldiers who have been killed in combat by the Portuguese and three thousand who have been killed during the withdrawal by ‘ javos ’ he carried.






Lambung (Hull) Kapal Geliung


13- Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda. Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar Galleons pada sekitar 1580an ke 1600an.

14- Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang besar yang dipanggil Kura-kura (cora-cora) yang kadang-kadang memerlukan sehingga 90 orang pendayung. Kapal Kura-Kura ini banyak digunakan di Maluku. Pihak Belanda memanggilnya Kapal Perang Ambon. Pada awal kurun ke 16, kapal Kura-Kura ini sangat digeruni oleh pelayar eropah setelah lakarannya tersebar luas.





Kapal Kura-kura (cora-cora)




14- Menarik bukan ? Apa yang lebih menarik, selepas saya membaca buku nukilan R.A Fletcher yang bertajuk Warships & Their Stories yang diterbitkan pada tahun 2004, saya mendapati satu penemuan yang agak menarik untuk diperdebatkan. Menurut Fletcher, bangsa yang mula mula mencipta dan menggunakan sayap (outriggers) bagi kanu-kanu atau sampan-sampan adalah orang - orang melayu. Menurut Fletcher lagi, ini berdasarkan kajian dimana sahaja terdapatnya pengaruh bangsa melayu yang kuat, disitu lah juga kanu-kanu bersayap ini akan dijumpai. memetik Fletcher yang menyebut seperti berikut :


The Malays are supposed to have invented the outrigger and this conjecture is based on the fact that wherever the Malay influence is traceable there some form of outrigger or double canoe is to be found also.




Sources : http://susorgalor.blogspot.com/




Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 10:46 AM | Show all posts
Kapal / Lanchara / Jong Melayu / Perahu Bersayap






Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 01:10 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 09:03 AM | Show all posts
Up,
+ 1 Credit
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 09:38 PM | Show all posts
orang melayu zaman dulu memang ada buat bermacam perkara, cuma tiada catatan bertulis, tidak seperti orang putih atau orang cina yg mencatat segala peristiwa yg berlaku, oleh sebab itu bangsa mereka amat berbangga dengan 'kejayaan' nenek moyang mereka.
sedangkan orang melayu pula ramai yg merasa rendah diri dan malu untuk mengakui kehebatan bangsa sendiri dan malah lebih teruk ada pula yg sanggup memperlekeh perjuangan keturunan mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2011 01:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 01:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2011 08:05 PM | Show all posts
Reply 146# masa_lalu

Memang benar apa yang anda katakan.

Mujurlah sekarang ada internet.
Sebarang fakta sahih tak lagi boeh disekat dari diketahui umum oleh kaum pendengki sejarah melayu atau golongan yang terlalu jumud untuk menyedari kehebatan sejarah kaum sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 01:29 PM | Show all posts
terdapat pula mereka yg bukan melayu tetapi fasih menulis dan bertutur bahasa melayu masuk ke forum2 melayu dgn menyamar sebagai melayu dan merendah-rendahkan kaum melayu melalui kaedah yg pelbagai contohnya mengajak orang melayu melupakan jasa dan idea dan perjuangan kaum melayu itu sendiri, mereka ini berlakon sebagai pemikir melayu baru konon-kononya. ramai juga yg terpengaruh dan terikut-ikut rentak durjana ini.
oleh itu marilah kita hargai apa yg nenek moyang kita telah buat, cungkil lagi apa pengorbanan mereka dan kongsi bersama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 08:57 PM | Show all posts
apa pendapat korang?
thessailly Post at 10-9-2011 01:06


Kapal Jung sebenarmya teknologi dari Jawa atau Melayu? Membingungkan ...bukankah orang Portugis menyebutnya secara tegas sebagai kapal jawa ... apakah jawa sama dengan melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 09:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by thessailly at 11-9-2011 21:52

Reply 151# gustijuragan


   kalau ikut definisi malaysia, jawa itu termasuk dalam bangsa melayu. kalau ikut definisi indonesia lak, jawa itu termasuk dalam bangsa indonesia, maksudnya, tak sama dengan melayu.
tapi aku RASA bukan semuanya orang jawa yang pergi berlayar....sebab ada kaum lain yang duduk kat pulau jawa, tapi bila sampai tanjung harapan, diorang cakap la diorang dari pulau jawa, atau dipendekkan, jadilah "orang jawa"...agaknya....tak tau laa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 03:40 AM | Show all posts
Reply  gustijuragan


   kalau ikut definisi malaysia, jawa itu termasuk dalam bangsa melayu. ka ...
thessailly Post at 11-9-2011 21:47


Masa dulu, semua orang nusantara disebut Arab sebagai bangsa Jawa. Sebab pesamaan culture dan bahasa dalam nusantara ni.

Bangsa Nusantara = Bangsa Jawa
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 12:01 PM | Show all posts
Thank you hangPC2 sebab promote blog saya.. kikiki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2011 02:19 AM | Show all posts
Reply 150# masa_lalu

Sangat setuju.
Tapi mereka yang menyamar melayu tidak lah terlalu sukar untuk dikenalpasti.

Sambil membela kaum sendiri kita juga harus menghina kaum yang disyaki cuba mempersendakan kaum kita sama ada secara terangan atau pun secara menyamar sebagai melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2011 02:44 AM | Show all posts
Kapal Jung sebenarmya teknologi dari Jawa atau Melayu? Membingungkan ...bukankah orang Portugis menyebutnya secara tegas sebagai kapal jawa ... apakah jawa sama dengan melayu?
gustijuragan Post at 11-9-2011 20:57


Lu mabuk samsu ka ? Mana ada portugis hanya sebut kapal jong sebagai kapal jawa saja ? Jong asalnya cuma dibina bangsa melayu sahaja pada awal alaf pertama. Lebih seribu tahun kemudian di zaman kedatangan portugis sudah ada bangsa lain seperti jawa dan pegu telah mampu membina kapal melayu. Malahan bangsa jawa lah yang paling awal sekali mempelajari kepakaran membina jong dari bangsa melayu daripada hubungan perdagnagan & diplomatik yang rapat. Hubungan akrab ini juga telah menyebabkan ilmu persilatan dengan pantas tersebar ke jawa setelah dicipta mahaguru melayu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 11:33 AM | Show all posts
Reply 156# BotakChinPeng

Hahahaha ...statement yang sangat menggelikan ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 02:03 AM | Show all posts
Melayu memang Jawa la...Melayu tu asalnya Jawa tapi campur2 ngan bangsa luar...

Jawa2 yg keluar dari Jawa mmg dianggap sebagai Melayu..sebutan originalnya Mblayur=melarikan diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2011 07:05 PM | Show all posts
Melayu memang Jawa la...Melayu tu asalnya Jawa tapi campur2 ngan bangsa luar...

Jawa2 yg keluar d ...
nobito Post at 1-10-2011 02:03


Tak boleh.

Melayu asalnya melayu lah.
Jawa tetap jawa.

Istilah melayu datangnya dari kehebetan "melayar"
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2011 11:02 PM | Show all posts
Malahan bangsa jawa lah yang paling awal sekali mempelajari kepakaran membina jong dari bangsa melayu daripada hubungan perdagnagan & diplomatik yang rapat. Hubungan akrab ini juga telah menyebabkan ilmu persilatan dengan pantas tersebar ke jawa setelah dicipta mahaguru melayu.
BotakChinPeng Post at 29-9-2011 02:44


ko kena jelaskan 2 benda:
1- jawa belajar buat jong dari melayu.
2- mahaguru melayu pencipta silat - siapa dia? tahun berapa dia hidup??


chin peng, you have to learn to call a spade, a spade.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.086092 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list