CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MissLibra

Golf

[Copy link]
Post time 26-1-2009 01:35 PM | Show all posts
Baru baru ni ada main golf di JB, then ada marsyall datang, orang pompuan dan dia suruh cepat sikit.
Yang tak bestnya dia tanya, "Abang-abang ni baru belajar main ke ?"

Kalau dia cakap beginner tu ok le jugak... hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2009 06:37 AM | Show all posts
PGA Australia terima padah

MELBOURNE - Jelajah Golf Jepun semalam mengumumkan akan menarik diri daripada Kejohanan Golf Super Series Asia Pacific yang dianjurkan oleh PGA Australia bermula tahun ini.

Menurut Organisasi Jelajah Golf Jepun (JGTO), Super Series Asia Pacific itu dicemari dengan pelbagai kontroversi selain tidak diiktiraf oleh Jelajah Asia.

Jumaat lepas, PGA Australia mengumumkan penubuhan baru Super Series Asia Pacific selepas mencapai persetujuan dengan Persatuan Golf China, Jelajah Jepun, Persatuan Golf Korea dan PGA Korea.

Namun, penubuhan tersebut mendapat kritikan daripada Jelajah Asia. Malah, Pengerusi Eksekutif Jelajah Asia, Kyi Hla Han menuduh Australia telah melanggar prinsip dan protokol yang ditetapkan oleh Persekutuan Jelajah PGA Antarabangsa.

"JGTO merasakan terdapat banyak persoalan yang masih belum terjawab mengenai Super Series Asia Pacific termasuklah mengenai status ahli, pengurusan penyiaran serta status penaja," kata jurucakap JGTO semalam.

"Namun, paling penting, kami membuat keputusan untuk menarik diri kerana Jelajah Asia tidak terlibat dalam siri ini.

"Pembabitan Jelajah Asia amat penting dan merupakan satu keperluan buat kami."

Jelajah Asia mempunyai pengalaman selama empat tahun dalam menguruskan kejohanan golf di benua terbabit dan JGTO menegaskan, ia masih lagi merupakan entiti yang penting untuk sukan golf di Asia.

Super Series Asia Pacific dijadual bermula tahun ini dengan penyertaan enam kejohanan elit. Ia bakal membuka tirai pada Terbuka China bermula 16 hingga 19 April dan berakhir pada Kejohanan PGA Australia pada 10 hingga 13 Disember. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 04:34 PM | Show all posts

Reply #680 harimaubelang12's post

harimaubelang12,

welcome to golf world...hehehehe...
If you have time, please do check-out this golf community website: www.mygolf.com.my

you may find all different level of golfers there...and join the game with them..no need to shy...

See you there!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 08:45 AM | Show all posts
Siapa 'Raja Cobra' terbaru?

Oleh DRAHMAN BAHARUN



THONGCHAI memburu gelaran hatrik selepas muncul juara Terbuka
Malaysia edisi 2004 dan 2005.



HARI ini bakal menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak bergelar juara Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank 2009.

Selepas ketiadaan penyandang juara, Arjun Atwal dari India, saingan dilihat lebih terbuka bagi mana-mana pemain yang memburu gelaran juara di Kelab Golf & Country Saujana (SGCC) di Subang atau dikenali sebagai Cobra.




ARJUN tidak mempertahankan kejuaraannya tahun ini.

SGCC dikenali sebagai Cobra kerana cabaran lapangannya adalah sepanjang 6,971 ela dengan lubang 2 dianggap lubang paling sukar.

Untuk rekod, SGCC telah menjadi tuan rumah Terbuka Malaysia sebanyak tujuh kali.

Kini, persaingan bagi memburu kejuaraan pada kejohanan bernilai AS$2 juta (RM7.2 juta) itu pastinya terarah kepada beberapa pemain terkemuka.

Antaranya ialah bintang Amerika Syarikat, Anthony Kim yang juga juara dua kali Jelajah PGA Amerika Syarikat.

Selain Kim, kelibat juara dua kali Terbuka Malaysia, Thongchai Jaidee dari Thailand serta rakan senegaranya, Prayad Marksaeng juga harus diberi perhatian.

Turut mencuri tumpuan pastinya pemain harapan negara, Danny Chia yang mencipta kejutan dengan muncul sebagai pendahulu pada pusingan kedua kelmarin.

Sejak Terbuka Malaysia diperkenalkan pada tahun 1962, gelaran juara bersilih ganti.

Tiada pemain yang mampu mengekal kejuaraan berturut-turut kecuali Thongchai yang melakukannya pada 2004 dan 2005, Graham Marsh dari Australia (1974, 1975) serta Tomoo Ishi (Jepun) pada tahun 1964 dan 1965.

Juara pertama kejohanan ini sebelum ia diiktiraf oleh Jelajah Eropah dan Asia ialah Frank Phillips dari Australia.

Bagi Thongchai, inilah masa terbaik buatnya untuk memburu gelaran hatrik.

Jika berjaya memenangi hatrik, pemain golf terkenal Thailand ini akan menyamai rekod yang dilakukan pemain Australia, Terry Gale yang muncul juara pada edisi 1983, 1985 dan 1987.

"Saya mengharapkan tuah pada kejohanan tahun ini untuk memenanginya sekali gus merangkul gelaran buat kali ketiga," kata Thongchai.

Thongchai menambah, dia yakin dengan pengalamannya sebelum ini tidak akan memberi masalah kepadanya untuk menjuarai kejohanan kali ini.

"Jika semuanya berjalan dengan baik, tiada yang mustahil untuk saya sekali lagi ditabalkan selaku juara Terbuka Malaysia."

Bagi Kim pula, dia tidak menghadapi sebarang tekanan meskipun tampil sebagai pemain pilihan pada kejohanan ini.

"Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan menghormati mereka yang menyertai kejohanan ini.

"Ada pemain yang berpengalaman dan ada pemain amatur, itu tidak menjadi masalah. Apa yang penting gelaran juara yang saya idamkan pada kejohanan ini," katanya.

Sementara itu, Danny berkata, dia sudah bersedia melakar sejarah tersendiri dengan menjuarai Terbuka Malaysia edisi 2009 ini.

"Sudah pasti saya datang ke sini untuk melakukan yang terbaik dan kalau boleh merangkul gelaran juara.

"Ini adalah peluang terbaik saya untuk memburu kejuaraan.

"Dengan sokongan padu peminat tempatan, saya harap dapat melakukan pukulan dengan lebih baik, sekali gus muncul juara Terbuka Malaysia kali ini," katanya.

Pemain Jepun, Shingo Katayama yang gemar memakai topi ala koboi pula mengakui, dia mahu menimba seberapa banyak pengalaman pada Terbuka Malaysia.

"Penampilan saya di sini adalah untuk menimba pengalaman sebanyak yang mungkin.

"Saya akui kejohanan ini cukup mencabar kerana disertai pemain handalan dan saya juga tidak meletakkan sasaran tinggi.

"Apa yang penting sebagai pemain golf profesional, saya hanya cuba memberikan aksi terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai.


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 08:25 AM | Show all posts
baru perasan yang malaysia open ni xda pemain malaysia yg menang lagik ek...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 09:57 PM | Show all posts
Golf: Mickelson takes charge at Northern Trust Open



Phil Mickelson carded an eight-under 63 for the clubhouse lead yesterday.


LOS ANGELES: Phil Mickelson got his title defence off to a flying start by firing an eight-under 63 for the clubhouse lead in the opening round of the US$6.3 million (RM23 million) PGA Northern Trust Open on Thursday.

Mickelson shot a bogey-free round and says he is finally rounding into form after a slow start to the 2009 season.

"It was a good start and I feel like I am back on the right track," Mickelson said. "I felt better with the putter and my short game was as good as it has been."

Mickelson's American compatriot Scott McCarron was second after shooting a seven-under 64. England's Luke Donald, South Korean KJ Choi and Andres Romero of Argentina were in a pack of seven golfers tied for third at 66.

Play was called off on Thursday because of darkness with four players still on course.
Mickelson may be hitting his stride just in time as he is seeking to become just the seventh player to win back-to-back titles since this event was first held in 1926.

"It certainly helps having won here last year and played well the year before. I have a lot of confidence coming into this golf course," he said.

Japanese teen sensation Ryo Ishikawa, who is ranked 67th, is hoping to crack the top 50 barrier soon. Ishikawa, who is making his North American professional debut this week, got off to a modest start by shooting a two-over 73.

"I had been nervous for 18 holes, from the first hole to No. 18," Ishikawa said. "I feel like my body has been stiff all day." -- AFP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2009 07:49 AM | Show all posts
Thongchai pemain terkaya Asia



THONGCHAI mencium piala yang dimenangi pada Terbuka Indonesia.

SINGAPURA - Bintang golf Thailand, Thongchai Jaidee mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pemain Jelajah Asia pertama yang berjaya mengumpul pendapatan melebihi AS$3 juta (RM11.2 juta).


Kejayaan itu hadir selepas dia menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Indonesia kelmarin.

Thongchai, 39, berjaya menempatkan namanya dalam buku rekod Jelajah Asia menerusi kejayaan ke-11 dalam kariernya itu.

Dia kini mengumpul keseluruhan AS$3.13 juta (RM11.7 juta), sekali gus muncul pemain yang meraih pendapatan tertinggi dalam sejarah Jelajah Asia.

"Ia sangat menakjubkan untuk melihat Thongchai muncul juara di Indo- nesia dan muncul pemain pertama yang meraih pendapatan tertinggi di rantau ini," jelas Ketua Eksekutif Jelajah Asia, Kyi Hla Han.

"Saya pasti dia akan terus melakar kejayaan selepas ini dan mencabar untuk memburu kejayaan ketiga dalam Order of Merit selain menambah gelarannya di pentas Asia.

"Saya tahu dia juga mahu beraksi pada kejohanan major dan dia adalah inspirasi hebat kepada pemain- pemain muda. Dia juga adalah duta sukan golf Asia."

Pada aksi Terbuka Indonesia kelmarin, Thongchai unggul dengan kelebihan dua pukulan untuk merekodkan gelaran ketiga berturut- turut selepas Terbuka Vietnam dan Terbuka Kemboja.

"Ia adalah satu perasaan yang cukup hebat," jelas Thongchai yang beralih sebagai profesional sepuluh tahun lalu ketika mewakili Thailand pada Sukan Asia.

Sebelum ini juga, Thong- chai telah meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 50 pemain terbaik dunia tahun ini.

"Saya telah mencubanya sejak beberapa tahun lalu untuk berada dalam kelompok 50 pemain terbaik dan saya tahu saya berpeluang untuk melakukannya," jelasnya yang kini menghuni ranking ke-70 dunia.

- AFP
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 07:55 AM | Show all posts
Kehadiran Woods cetus kontroversi




MELBOURNE - Keputusan Tiger Woods (gambar) untuk beraksi pada Kejohanan Golf Australia Masters pada Novem- ber depan mencetuskan perdebatan hangat di kalangan ahli politik wilayah itu.


Persoalan pokok yang diperdebatkan ialah tindakan pihak penganjur membelanjakan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk menyaksikan penampi- lan Woods pada kejohanan itu.

Menurut laporan akhbar tempatan, pemain No. 1 dunia dari Amerika Syarikat itu akan dibayar AUS$3 juta (RM7.5 juta) di atas penyertaannya di Kingston Heath itu, dengan separuh daripada jumlah tersebut dibiayai oleh kerajaan Victoria.

Perdana Menteri Victoria, John Brumby bagaimanapun enggan mengesahkan jumlah bayaran tersebut, namun beliau yakin kehadiran penonton untuk menyaksikan penampilan Woods di Australia mampu memberi pulangan sebanyak AUS$19 juta (RM47.8 juta) kepada ekonomi Melbourne.

"Kehadiran Woods bakal meningkatkan lagi industri pelancongan Australia, sekali gus memberi peluang pendapatan kepada rakyat negara ini," jelas Brumby.

Begitupun, ketua pembangkang negara itu, Ted Baillieu menjelaskan bahawa tindakan penganjur membayar sejumlah wang yang besar kepada Woods adalah tidak wajar, terutama dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu.

"Pada situasi seperti ini apabila ramai orang kehilangan kerja, memang sesuatu yang sukar dipercayai.

"Ia adalah idea yang tidak berasas apabila kerajaan sanggup mengeluarkan duit sebanyak itu," tambahnya. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 01:48 PM | Show all posts
wow tak rugi berjaga pagi tadi tgk Tiger buat comeback...
menang Arnold Parlmer Invitational dengan birdies pada lubang terakhir...what a drama!!!

tahniah Tiger... 66 kemenangan PGA, 3rd to Jack Nicklaus dan Sam Snead...

10 April... menang kat Augusta pulak ye.... Bravooo!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 06:31 AM | Show all posts
Woods semakin teruja


NEW YORK - Pemain No. 1 dunia, Tiger Woods sudah tidak sabar kembali ke Bethpage Black bagi mempertahankan kejuaraannya pada Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat bulan depan.


Menurut Woods, Bethpage Black memberikan suasana yang cukup menyeronokkan selain dia sendiri mempunyai kenangan manis di lapangan tersebut.

Woods menjuarai Terbuka Amerika Syarikat ketika ia diadakan buat pertama kali di Bethpage Black pada tahun 2002 sebelum dia menjuarai kejohanan yang sama di Tor- rey Pines tahun lepas.

"Memang menyeronokkan apabila bermain pada kejohanan ini pada 2002," kata Woods.

"Peminat-peminat benar-benar melibatkan diri dan saya rasa, semua orang mengalami pengalaman yang sama.

"Mereka menghargai setiap pukulan yang saya lakukan dan mereka juga bersorak setiap kali pemain melakukan pukulan yang baik."

Terbuka Amerika yang akan diadakan mulai 18 Jun depan dianggap sebagai kejohanan mesra penonton selepas Persatuan Golf Amerika Syarikat (USGA) menyediakan tiket yang lebih banyak kepada orang awam disebabkan jualan tiket korporat merosot.

"Kami harap, peminat- peminat golf di New York mengambil kesempatan ini untuk merasai sendiri keseronokan Terbuka Amerika Syarikat," kata Pengarah USGA, David Fay. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 05:40 AM | Show all posts
Wie idam PGA


WIE sekadar menduduki tempat kedua pada
Terbuka SBS di Hawaii, Januari lalu
.

NEW JERSEY - Pemain sensasi Amerika Syarikat, Michelle Wie berazam menjuarai Kejohanan Golf Jelajah PGA suatu hari nanti.

Pemain berusia 19 tahun itu mencuri tumpuan dunia apabila menjuarai Kejohanan Public Links Wanita Amerika Syarikat 2003 ketika baru berusia 13 tahun.


Begitupun, sejak kemenangan bersejarah itu, Wie masih belum pernah menjuarai seba- rang kejohanan meskipun beberapa kali beraksi dalam siri Jelajah PGA.

"Seperti yang selalu saya katakan, kita perlu mempunyai impian yang besar dan meletakkan sasaran yang tinggi dan berusaha untuk mencapai- nya," kata Wie kelmarin.

"Saya tidak katakan ia merupakan sasaran yang mudah untuk dicapai. Namun, ini merupakan sasaran jangka panjang.

"Saya ingin melihat diri saya menjuarai Jelajah PGA dan matlamat ini akan mendorong saya untuk terus berusaha agar menjadi pemain yang lebih baik dan lebih hebat."

Meskipun gagal menjuarai sebarang kejohanan, Wie tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan selepas berjaya mengumpul hadiah wang kemenangan AS$171,829 (RM615,147) daripada lima kejohanan yang disertainya tahun ini.

Pencapaian terbaiknya apabila menduduki tempat kedua pada Terbuka SBS di Hawaii, Januari lalu.

"Saya akan cuba untuk terus bermain sebaik mungkin," jelas Wie.

"Saya harap, saya akan menang atau semakin hampir untuk mencatat kemenangan. Saya yakin, saya mampu untuk menjuarai sebarang kejohanan." - AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 01:50 AM | Show all posts
comey la plak wie ni...........

sape rank 1 women skrg
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 03:06 PM | Show all posts
kalau ikut Rolex Ranking, Lorena Ochao is till No 1.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2009 05:07 PM | Show all posts

Balas #693 JustWant2Know\ catat

really? nanti nak cari ler..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 10:15 AM | Show all posts
UPM skrg rate berapa ? Diorang bagitak slow pace golfer dan takmo sewa buggy ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:27 AM | Show all posts
nak beli satukayu golf pun dah mahal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2010 04:14 PM | Show all posts
Lady Golfer Wanted

Aku tak pernah main golf ngan lady golfer. Nak jugak try best ke idaknya. Ladies.... anyone in central region?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 09:06 AM | Show all posts
baru try2 maen golf nie...baru 1 bulan...setiap minggu 1-2 kali kat driving range...
tapi still tak dpt momentum lg...
pakai iron 9,8,7 masih 120m/130yd ...
belajar2 dgn org kat office...
driver baru leh start pukul..
160-180m jer...
wood tak pandai lg...hehehehe
agaknya berpa bulan la nak dapat momentum yg betul...huhuhuhu
nak merasa jugak pi green....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 09:09 AM | Show all posts
saper2 tau macam mana nak dpt handicap tak...
saper yg bagi handicap nie..
and boleh guna handicap nie waktu tournament ker...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 04:07 PM | Show all posts
Nak senang dapat handicap kena masuk jadi ahli Kelab. Cari laaa kelab yang murah-murah. Lepas jadi ahli, Handicap committee akan ambil ujian dengan cara bermain di lapangan. Kalu boleh je pukul bola ke hadapan dan tahu sedikit sebanyak tentang ettiquette golf, maka handicap akan diberi. Beginner selalunya dapat Handicap 24.

Lepas tu, ikut score return pada kelab laaa.. Minimum 10 score card return akan menentukan handicap semasa seseorang. Dan seterusnya. Sesetengah kelab akan menentukan jika tak ada score card return dalam masa 3 bulan akan dipotong satu handicap. Dengan demikian, handicap kita boleh turun dengan cara itu saja. Tak payah susah susah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.082895 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list