CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24431|Reply: 14

pantun semasa pengantin lelaki bertemu pengantin perempuan

[Copy link]
Post time 11-4-2007 05:54 PM | Show all posts |Read mode
penah satu kali, di negeri Melaka. tidak ingat di daerah mana
aku tengok rombongan pengantin lelaki terpaksa jawab dulu
pantun yang di berikan oleh pihak pengantin perempuan.

Lepas jawab pantun, baru pengantin lelaki dibenarkan masuk
dalam umah pengantin perempuan. Sekarang ada lagi ke
budaya pantun memantun sebegitu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2007 05:56 PM | Show all posts
pihak pengantin pompuan buat pagar.
pagar orang. bukan pagar besi, hehehe.

lepas pihak pengantin lelaki dpt jawab pantun,
baru pagar di rungkai


Luckly cuma ada selapis pagar dan satu pantun shj.
kalau tak, basah le baju pengantin lelaki tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 05:58 PM | Show all posts
Ini salah satu adat dalam perkahwinnan Budaya melayu kita. dilla pun pernah dengar gak dari teman seopis masa dia org kahwin dulu ada pantun memantun . selagi tak jawab pengantin lelaki tak boleh masuk.... . lebih kurang ngan adat johot jugak lah. Mesti ada duit Tol. without Tol no way man.........:no: :no:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2007 06:01 PM | Show all posts

Reply #3 dilaOHdila's post

ha ya betuuul..
kena kasi duit tol sikit.

betul tu dila.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 06:05 PM | Show all posts

Reply #4 JooJambul1's post

tapi tol tu kat Johor kan...
kalau melaka rasanya Pantun. Bukan apa, semua ni adalah utk memeriahkan satu adat.
Macam tol tu kan. selagi pihak pengantin tak minta jumlah yang banyak rasanya tak mengapa. sekurang2nya ia tidak MEMBEBANKAN pihak pengantin lelaki. Bukan satu tol saje yang ada, ada banyak....... .
tentang tradisi pantun kat melaka ni memang best bunyinyer.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2007 06:22 PM | Show all posts

Reply #5 dilaOHdila's post

kena ...
masa tu tengok pengantin lelaki bagi
juga Tol. tapi tak banyak la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2007 09:30 PM | Show all posts
Selalu duit tol ni masuk kat poket sapa? Pengantin pompuan ker, family ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 09:52 PM | Show all posts

Reply #7 dafiza's post

yang kat johor tu dilla pernah tengok masa wedding housemate dilla kat JB.
pengantin lelaki berarak sampai kat khemah pertama kene tol. 2 org pakcik duduk kat kusi dah acuacu tangan .
Dah lepas tol tu pengantin kene tol lagi di perkarangan rumah pulak. 2 orang duk duduk kat kusi acu tangan.....(masatu rasanya pengantin lelaki dah standy)
Dah masuk dalam rumah nak menuju kebilik pengantin pompuan ada lagi TOL...... . Masani memang pengantin lelaki tak bersedia. sebabnya yang mungut TOL tu ramei ada 4 orang. Nasib baik ada mak kat sebelah, pinjam duit mak kejap. Berapa jumlah tu tak tahu lah tapi macam sorang dapat 4 hinggit. Dah lepas tol ni ingatkan dapat dah jumpa isteri......Oh tak jugak :no:
Mak andam konker......kalau nak tengok wajah isteri kena lah bagi mak andam duit tolnya . Alahai sian gak masatu tengok pengantin lelaki nih. Macam tension pun ader tapi nak buat camana, adatkan. Bila mak andam dah dapat duit Tol baru lah lega. Dah dapat tengok wajah isteri puaspuas....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 05:57 PM | Show all posts

Reply #8 dilaOHdila's post

kadang kesian gak aku tengok pengantin laki..
walopun isteri dia dah bagitau siap2: "abang, nanti kena bayar tol tau..", kadang berlapis2 tol tu..
mana x berpeluh pengantin tu..silap bagi angpow sikit, kena tolak..
kawan aku, dekat rm100 gak la bayar tol ni ajer..4 lapis tol beb..

p/s: skang anak depa dh setahun lebih..wife dia peknen lagi..(upah sbb bayar tol kot.. )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2007 12:36 AM | Show all posts
semasa mereka berbalas pantun,
dlm hati I waktu itu berbisik, lambat lagi lah nak boleh makan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 11:11 AM | Show all posts

Reply #10 JooJambul1's post

hehehehee.....
masa tu perot dah bunyik2 erk.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 12:33 PM | Show all posts
Adat bertol ni macam cina jugak lah yer.

Ada tak pihak lelaki salah jawab pantun?
malu....oi kalu tak reti nak jawab pantun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 09:37 PM | Show all posts
Tol pengantin kalau kat kg ct x delah sampai nak rabakkan duit owg...
lagipun budak2 kat kg ct x pilih..nak kasi berapa ..derang terima...
x pilih2 punya...sebenarnya benda ni untuk suka2 je...
macam satu budaya unik..ada gak yang memang nak ngenakan pengantin..
x di nafikan...apatahlagi kalau pengantin pompuan tu pujaan ramai...


pantun kat johor pun ada...tahun 1998 , ct bawak adik ipar lelaki..
naik naik umah pengantin pompuan pihak sana sudha jual satu pantun daa..
mak2 sedara suami tolak kita..gelabah juga tapi kenalah kita jawab...

Pantun dijual lebih kurang macam ni..

Petang2 pergi kepekan
   penat berjalan pergi makan,
selamat datang kami ucapkan,
   apa hajat sila nyatakan.

Ct jawab , lebih kurang:

Pergi pekan membeli ikan,
   beli sama ikan tengiri,
Hajat besar kami bawakan,
   membawa raja bertemu permaisuri..

Derang balas balik :
Kalau beli ikan tenggiri,
    jangan lupa sayur kailan,
kalau raja nak bertemu permaisuri,
    bayar dulu tol baru boleh jalan..

ct balas balik :
budak2 mengayuh kotak,
    kayuh kotak jangan terbalik,
Hantaran dan belanja sudah diletak,
     kalau x bagi lalu kami bawak raja balik..

har..har..har.. pas tu ct buat konon2 nak bawak pengantin balik..
derang gelak2..pas tu kami dapat naik straight..
bayo tol kat depan pelamin jek...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2007 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by dilaOHdila at 15-4-2007 11:11 AM
hehehehee.....
masa tu perot dah bunyik2 erk.............


perot bunyi, hati tertanya-tanya, bila nak makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2007 08:12 PM | Show all posts

Reply #13 cguct1970's post

....     Nice pantun   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.106902 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list