CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 8052|Reply: 30

Pompuan time period...(berkenaan baca/pegang Quran)

[Copy link]
Post time 12-4-2007 01:34 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikumm...
sory klu dh ada topic ney..
dah cek kt index xda yg relevan ngn topic ney..
nnt klu ada mod tlg merge or del yer..

pompuan time period bole ke baca ayat2 al-quran...
was2 gak la.. sesetgh kata bole klu kita anggap sbg doa...
so nak mintak penjelasan....

[ Last edited by  ibnur at 14-4-2007 10:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2007 11:13 AM | Show all posts
Hukum-hukum berkenaan dengan haidh

3.Diharamkan wanita haid memegang mushaf Al-Qur'an tanpa alat perantara. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. (QS. Al-Waqiah : 79).

Dan ketika Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam mengirim surat kepada Amru bin Hazm tertulis : Tidaklah menyentuh mushhaf kecuali orang yang suci. (HE. An-Nasa'i).
Hadits ini menyerupai hadits mutawatir, maka hendaklah manusia menerimanya. Syaikhul Ibnu Taimiyah berkomentar, Menurut pendapat imam madzhab yang empat bahwa tidak boleh menyentuh mushhaf kecuali orang yang suci.

Sedangkan hukum wanita haid membaca Al-Qur'an dengan tidak memegang mushhaf ada perbedaan pendapat di antara Ahlul 'Ilmi, namun untuk kehati-hatian maka seorang wanita haid sebaiknya tidak membaca Al-Qur'an kecuali dalam kondisi darurat, seperti karena khawatir melupakannya. Wallahu A'lam.


[Dikutip dari Kitab Tanbiihat 'ala Ahkamin Takhtashshu bil Mu'minat, karya Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan]
http://www.perpustakaan-islam.co ... rticle&artid=91
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 12:19 PM | Show all posts
i pernah terbaca dibenarkan membaca ayat al-quran cth spt doa2..
cth ayat kursi tuk keselamatan
al-fatihah..
tapi i pun not sure psl ni..sbb benda2 ni ada yg ckp blh ada yg ckp tak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 12:31 PM | Show all posts
Bagi i membaca al-quran waktu haidh tidak mengapa sebab ia bukan kotor. Mereka yang melarangnya cuma untuk merendahkan mertabat kaum wanita sahaja.
Here is C&P that is relevant to the topic of discussion.

[B] Pendapat Yang Membolehkan

Berpegang kepada kaedah bahawa perempuan yang haid boleh melakukan apa sahaja kecuali terdapat dalil qath'I (tepat) melarangnya. Terdapat dalil-dalil jelas melarang perempuan haid bersolat, bersetubuh, berpuasa dan melakukan tawaf. Namun tidak terdapat dalil jelas melarang perempuan haid daripada menyentuh dan membaca al-Quran.

Kelemahan Dalil Yang Melarang

  • Tidak boleh diqiyaskan keadaan haid dengan keadaan junub.

Qiyas hanya untuk mengeluarkan hukum bagi perkara-perkara yang tidak terdapat di zaman turunya wahyu. Perkara baru yang wujud selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (tiada pada zaman Nabi), maka disandarkan secara analogi kepada sesuatu yang sudah sedia dihukumkan pada zaman Rasulullah berdasarkan kesamaan sebabnya ('illat). Manakala haid bukanlah perkara baru. Haid sememangnya wujud zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Sekiranya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melarang perempuan haid daripada menyentuh dan membaca al-Quran maka tidak perlu diwujudkan larangan tersebut.

Haid dan junub adalah dua perkara berbeza. Seseorang yang berada dalam keadaan junub boleh membuat pilihan samada untuk berada dalam keadaan junub ataupun tidak. Boleh juga memilih untuk keluar daripadanya (dengan mandi wajib) pada bila-bila masa. Sedangkan haid bermula dan berakhir tanpa pilihan. [ Lihat juga Fiqh Perundangan Islam, Dr. Wahbah Zuhaili (bab perbezaan atara haid dan junub), DBP, JIL. 1, ms.451]

2.   Al-Mutatahharun di dalam Surah al-Waqiah, ayat 79 merujuk kepada Malaikat. [Al-`Awfi meriwayatkan daripada Ibn `Abbas, Tafsir Ibnu Kathir (Allah Bersumpah Keatas Kehebatan Al-Quran)]

Seperti mana dapat dilihat pada keseluruhan ayat:

Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [al-Waqiah 56:77-80]

Berkata Ibnu Abbas radhiallahu 'anh, ayat "fii Kitabim-maknun"  bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci. Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabi'in sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir al-Thabari dalam Jamii al-Bayan [Dar al-Fikr, Beirut 1999, riwayat no: 25955
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 12-4-2007 12:31 PM
Here is C & P that is relevant to the topic  ...


Harap lain kali bagi link copy dan paste tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 11:14 PM | Show all posts
pendapat ramai mengatakan memang tak boleh baca ayat Al-Quran waktu tu... namun tidak mengapa jika ianya diniatkan sebagai zikir dan bagi orang yang menghafal yang melakukannya setiap hari...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2007 12:15 AM | Show all posts

Reply #4 BikerLady's post

KAO NI ANGGOTA SIS KO? SISTER IN ISLAM? setahu aku,MANA boleh baca..thats why masa tu POMPUAN2 tak boleh semayang!!!!!! kalu boleh baca,makna nya pompuan boleh semayang..DARI MANA KAH KAO COPY N PASTE SEGALA HADIS2 TU? DARI MAJALAH TIME KOT?

[ Last edited by  razhar at 13-4-2007 12:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 08:33 AM | Show all posts
Adapun membaca Al Quran dengan lidah bagi wanita yang sedang haid, maka terdapat perbezaan pendapat. Jumhur ilmuan berpendapat ianya dilarang. Imam al-Bukhari, Ibn Jarir al-Thabari dan Ibn al-Munzir berpendapat ia diharuskan. Demikian juga oleh Imam Malik dan Imam al-Syafi抏 dalam pendapatnya yang lama. Ini sebagaimana yang disebut oleh Imam Ibn Hajar al-慉sqalani dalam Fath al-Bari. Imam al-Bukhari mengemukakan sebuah riwayat daripada Imam Ibrahim al-Nakha抏 (seorang tokoh tabi慽n) bahawa: 揟idak mengapa jika dibaca hanya satu ayat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 12-4-2007 11:14 PM
. namun tidak mengapa jika ianya diniatkan sebagai zikir dan bagi orang yang menghafal yang melakukannya setiap hari...


er.. kakak angkat saya sorang hafizah & di waktu haid beliau tidak melakukannya (hafalan).
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by sitilina at 13-4-2007 01:00 PM


er.. kakak angkat saya sorang hafizah & di waktu haid beliau tidak melakukannya (hafalan).



Mungkin kerana dia yakin dalam tempoh tak membaca tu dia masih boleh mengingati surah-surah tersebut... terpulang le pada dia nak baca ke tidak... antara darurat atau tidak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 03:48 PM | Show all posts
ustaz mase skolah dulu ckp klu niat sbg doa xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 05:19 PM | Show all posts
Post at 12-4-2007 11:14 PM Profile | Site | Blog | P.M.  
pendapat ramai mengatakan memang tak boleh baca ayat Al-Quran waktu tu... namun tidak mengapa jika ianya diniatkan sebagai zikir dan bagi orang yang menghafal yang melakukannya setiap hari...



ms sekolah dl
ramai yg kata boleh baca
tp niat berzikir
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 12-4-2007 11:13 AM
3.Diharamkan wanita haid memegang mushaf Al-Qur'an tanpa alat perantara. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan. (QS. Al-Waqiah : 79).

Dan ketika Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam mengirim surat kepada Amru bin Hazm tertulis : Tidaklah menyentuh mushhaf kecuali orang yang suci. (HE. An-Nasa'i).


Siapakah agaknya orang-orang yang suci ini yer? Adakah suci dari hadas besar sajakah ataupun manusia yang telah disucikan oleh Allah swt?
Maksud ayat tu juga bagaimana yer? Maksud sentuh secara harfiah bolehlah kita katakan sebagai tidak boleh usik dan sebab itu kita lihat ada perempuan2 yang datang haidh mengambil quran dengan berlapik kain. Manakala disebalik perkataan sentuh itu juga bolehlah dimaksudkan sebagai membicarakan. Justeru hanya manusia2 suci sajalah yang selayaknya membicarakan atau mentafsir al-quran itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 12-4-2007 11:13 AM
Sedangkan hukum wanita haid membaca Al-Qur'an dengan tidak memegang mushhaf ada perbedaan pendapat di antara Ahlul 'Ilmi, namun untuk kehati-hatian maka seorang wanita haid sebaiknya tidak membaca Al-Qur'an kecuali dalam kondisi darurat, seperti karena khawatir melupakannya. Wallahu A'lam.


Errr...bukankah ulama2 Salafi kata wanita boleh membaca al-quran walaupun ketika haidh?

Hadis tersebut memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya dhaif. Sheikh al-Albani tidak menjadikannya penguat antara satu sama lain. Beliau juga mengatakan hadis-hadis dalam bab orang junub/haidh tidak boleh membaca al-Quran semuanya tidak sah dijadikan dalil termasuk hadith Ibn Umar ini. [Tamam alMinnah].


Kalau ikut A.Hassan Bandung dalam kitab soal-jawabnya maka bolehlah wanita membaca al-quran biarpun semasa haidh. Hanya pengikut2 imam syafie saja kot yang melarangnya?

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by ct_og at 12-4-2007 11:14 PM
pendapat ramai mengatakan memang tak boleh baca ayat Al-Quran waktu tu... namun tidak mengapa jika ianya diniatkan sebagai zikir dan bagi orang yang menghafal yang melakukannya setiap hari...


Apakah agaknya niat yang lain semasa membaca al-quran selain untuk berzikir (ingat allah) ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2007 12:43 AM | Show all posts
huhhhhh...
setau aku quran mmg x leh pegang bila haid...
melainkan klu berlapik...
apa yg sy maksudkan di sni ialah...
bole ke kte baca ayat yg dlm ingtan kte jek..
n petikan2 dlm buku...
cth paling sng dlm buku teks ag time skola...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2007 01:27 AM | Show all posts

Reply #16 sweet_potato's post

SPESIS YG BOLEH BACA QURAN MASA PERIOD HANYA TOK IMAN POMPUAN YG MENGIMANI SEMAYANG DI AMERIKA DULU DAN SI BikerLady,YANG JADI PENGIKUT DIA...HADIS2 AMBIK DARI MAJALAH TIME DAN MASKULIN KOT?:@ JWB......JWB...KAO!:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 01:34 AM | Show all posts
DAH LE CKP TAK PAKAI OTAK! ISLAM TELAH MENGANGKAT TARAF POMPUAN KE TARAF YG SEWAJAR NYA DAN BUKAN SEKADAR TERPERAP KAT DAPUR!! SO BILA MASA NYA ISLAM MERENDAH2 POMPUAN? MANA KAO,BikerLady? KAO NUNTUT AGAMA DGN PUAK2 sister in islam?
ADA LE TUJUAN ISLAM MELARANG PEMBACAAN DAN MEMEGANG QURAN MASA PERIOD..KAO TU TGK DARI SUDUT SOSIAL KAO JE!! KALU KAO DOK SETUJU DGN LARANGAN TU,KAO TAK LAH PAYAH MEMBEBEL KATA ISLAM MERENDAH2KAN POMPUAN! KALU ISLAM MERENDAH2KAN POMPUAN,KAO TU AKAN DUDUK DLM RUMAH,TAK SEKOLAH DAN KERJA BERANAK JE!! PAKAI AKAI...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:05 AM | Show all posts

baca surah masa dtg bulan

nak tanya, boleh ke org pompuan yg dtg bulan (period) membaca surah al-fatihah, ayat qursi dan lain2 surah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:13 AM | Show all posts
kalau kita dtg bulan kita x boleh baca surah apa2...
al fatihah ponx boleh..
ada org tua ni ckp laa...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.120987 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list