CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mat403

Pandangan anda tentang ketidak halal ASB oleh sesetengah Mufti / Majils Fatwa

[Copy link]
Post time 2-5-2007 02:50 PM | Show all posts
Kalau ade duit lebih tu jdn dok asyik menyimpan kat ASB ajer... peruntukkan sdikit duit simpanan tu untuk bayaran perlindungan yg akan melindungi semua simpana kita yg lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2007 12:53 AM | Show all posts
betul gak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2007 08:57 AM | Show all posts
baru aktifkan balik simpanan di tabung haji setelah nak dekat 4 tahun stop. ok juga pembahagian keuntungan tabung haji bagi. last year about 7% lebih, setelah ditolak zakat, dptlah dlm 4% lebih... yg penting istiqamah dlm menyimpan & hati pun senang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2007 09:13 AM | Show all posts
Originally posted by anginutara at 19-4-2007 06:09 PM
ada kemusykilan sikit pasal unit trust berunsurkan syariah ni.  kalau asb,  dia labur paling banyak kat maybank dan maybank pula bukan 100% syariah.
sebagai cth ambil pula Public Mutual, which i ...


benda ni memang complicated. kalau bumiputera (melalui PNB dll) melepaskan semua pegangan mrk dlm Maybank & lain2 bank maka apa impactnya? proses nak menukar semua sistem konvensional kpd islamik boleh berjaya tak dlm masa 5 tahun ke hadapan? apa akan jadi kalau sementara menunggu proses ini berlaku bumiputera (melalui PNB dll) melepaskan semua pegangan mrk dlm Maybank dll bank?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 09:09 AM | Show all posts
Produk Amanah Syariah bemula di Malaysia 14 tahun lalu
DANA unit amanah berasaskan Syariah adalah suatu skim pelaburan yang mengumpulkan dana dari pelabur-pelabur yang mempunyai objektif kewangan yang sama dan diurus oleh pengurus professional berlandaskan kehendak-kehendak Syariah. Sebagai pertukaran kepada wang dilaburkan, dana menerbitkan unit kepada pelabur. Unit-unit ini boleh dijual semula kepada syarikat pengu rusan pada bila-bila masa yang dikehendaki. Ciri-ciri inilah yang menjadikan kebanyakan unit amanah adalah dana terbuka (open- ended fund).

Di Malaysia, dana unit amanah mula diperkenalkan pada tahun 1959, namun pada tahun 1993 barulah dana unit amanah berasaskan Syariah diperkenalkan secara rasmi. Permintaan dan sambutan masyarakat terhadap dana unit amanah berasaskan Syariah amat menggalakkan. Ini terbukti dengan jumlah dana yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Setakat tahun 2006 sahaja, terdapat 100 dana unit amanah berasaskan Syariah daripada keseluruhan 416 dana yang telah diluluskan. Jumlah Nilai Aset Bersih (NAB) bagi dana unit amanah berasaskan Syariah turut meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun 33.8 peratus dari tahun 1997 hingga tahun 2006.

Pengendalian sesuatu dana unit amanah berasaskan Syariah melibatkan empat pihak utama iaitu pengurus dana amanah, pemegang amanah, penasihat Syariah dan pelabur atau pemegang unit. Pengurus merupakan mereka yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta pengalaman yang luas dalam bidang pelaburan. Pengurus bertanggungjawab mengendalikan urusan pemasaran, pentadbiran dan pelaburan. Manakala pemegang amanah pula bertanggungjawab memastikan kepentingan pelabur sentiasa terjamin dan tiada penyalahgunaan berlaku terhadap aset-aset yang dilaburkan. Perjanjian antara pengurus, pemegang amanah dan pelabur inilah akan mewujudkan dana unit amanah dalam surat ikatan amanah (trust deed).

Selain itu, komponen penting membeza dana unit amanah berasaskan Syariah dengan dana-dana yang lain ialah sesuatu dana unit amanah berasaskan Syariah mestilah mempunyai Penasihat Syariah yang berdaftar dengan SC. Antara peranan dan tanggungjawab penasihat Syariah ialah memberi nasihat dan mengawasi hal ehwal Syariah yang berkaitan dengan produk, dokumentasi, pengstrukturan dan pelaburan. Setakat 31 Mac 2007, jumlah penasihat Syariah berdaftar bagi dana unit amanah berasaskan Syariah adalah seramai 46 orang (42 individu dan empat institusi termasuk Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn. Bhd.).

Dana unit amanah berasaskan Syariah boleh dikategorikan kepada beberapa kategori, antaranya ialah dana ekuiti, dana sukuk, dana terimbang, dana pasaran wang, produk berstruktur, dana feeder dan dana pendapatan tetap. Dana akan dilaburkan di dalam pasaran ekuiti Islam, pasaran wang, pasaran sukuk, REITs (Real Estate Investment Trust) dan sebagainya.

Di dalam pasaran ekuiti Islam, dana unit amanah berasaskan Syariah dibenarkan melanggan sekuriti patuh Syariah di Bursa Malaysia yang telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC). Setakat 27 Oktober 2006, sejumlah 886 sekuriti patuh Syariah telah diluluskan. Senarai ini akan dikemaskinikan dua kali setahun iaitu pada setiap Jumaat minggu terakhir bulan Mei dan November.

Di dalam pasaran wang, pelaburan dibuat melalui institusi perbankan yang menawarkan instrumen-instrumen yang berlandaskan Syariah seperti Akaun Bil Penerimaan Islam (AB-i), Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), Bil Perbendaharaan Islam dan sebagainya.

Pasaran sukuk juga menawarkan peluang untuk dana unit amanah berasaskan Syariah khususnya kategori dana sukuk membuat pelaburan. Penyertaan dana-dana unit amanah berasaskan Syariah ini sebagai sebahagian daripada pelabur institusi dalam pasaran sukuk, secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada perkembangan pesat pasaran sukuk di negara ini.Ini terbukti dengan terbitan sukuk yang semakin meningkat saban tahun. Setakat tahun 2006 sahaja, terbitan sukuk merupakan 55.2 peratus daripada jumlah bilangan terbitan Sekuriti Hutang Swasta (PDS) yang diluluskan oleh SC.

Malaysia juga, setakat ini, telah menawarkan dua REIT Islam di pasaran iaitu Al-慉qar KPJ REIT yang menumpukan kepada bangunan hospital dan REIT Al-Hadharah Boustead yang mempunyai aset hartanah bukan tradisional, termasuk ladang dan kilang kelapa sawit, dalam portfolionya.

Seseorang pemegang unit akan memperolehi pulangan dalam pelaburan di dalam unit amanah menerusi kenaikan nilai unit amanah dan dividen. Nilai seunit amanah akan bergantung kepada nilai portfolio sesuatu dana tersebut. Sekiranya nilai portfolio dana yang terdiri daripada sekuriti dan sukuk meningkat, nilai seunit dana akan turut meningkat dan begitulah sebaliknya.

Pelaburan dalam bentuk unit amanah berasaskan Syariah merupakan antara pola pelaburan yang secara relatifnya mudah, murah dan efisien untuk masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam penjanaan kekayaan dari pasaran modal Islam tanpa terdedah kepada risiko yang tinggi. Kewujudan unit amanah berasaskan Syariah juga membolehkan golongan masyarakat Islam yang berpendapatan rendah dan sederhana menabung dan melibatkan diri dalam pelaburan demi kesejahteraan ekonomi dalam jangka masa sederhana dan panjang
Reply

Use magic Report

newbieman This user has been deleted
Post time 14-5-2007 09:45 AM | Show all posts
kalau sah haram, bahaya juga.ramai sedaramara masuk ASB.ramai org islam masuk asb.ish
Reply

Use magic Report

Follow Us
AutoGlobalZone This user has been deleted
Post time 15-5-2007 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by newbieman at 14-5-2007 09:45 AM
kalau sah haram, bahaya juga.ramai sedaramara masuk ASB.ramai org islam masuk asb.ish


Tu la...ramai yg masuk ASB...ada yg kata haram, ada yg kata subhah..yg kata halal pun ada...

Tapi setahu saya kalau ada antara 4 ni, dikira haram:

1. Judi
2. Arak
3. Riba (conventional bank)
4. Rokok

ASB ada melabur rokok and conventional bank, kalau tak silap..

wallahu a'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 12:23 AM | Show all posts
Originally posted by AutoGlobalZone at 15-5-2007 10:45 PM


Tu la...ramai yg masuk ASB...ada yg kata haram, ada yg kata subhah..yg kata halal pun ada...

Tapi setahu saya kalau ada antara 4 ni, dikira haram:

1. Judi
2. Arak
3. Riba (conventiona ...


ingin bertanya pendapat semua. sementara menunggu bank2 konvensional ini dihalalkan (disyariahkan...di 'Islamic Banking' kan) sama ada oleh kerajaan yg sedia ada mahupun melalui pertukaran kerajaan through pilihanraya, wajarkah pegangan bumiputera di dlm Maybank dan lain2 bank dilepaskan serta merta kpd bukan bumiputera? apa akan jadi kpd ekuiti pegangan ekonomi bumiputera yg memang dah sedia teruk sekarang ini? bercakap secara realiti yg berpijak di bumi nyata, ke mana peniaga2 melayu nak dptkan bantuan kalau kepentingan strategik bumiputera dilepaskan. Pd waktu terdesak ini Maybank cuba membantu firma guaman bumiputera tapi usaha ini mendapat tekanan hebat dari pihak2 tertentu. so patut atau tidak dilepaskan serta merta kepentingan strategik bumiputera dlm Maybank dan lain2 bank atau wajarkah menunggu ia disyariahkan melalui pilihanraya?

Bank bukan mcm industri arak, judi & rokok sebab bank boleh diIslamikkan/disyariahkan bila tiba masanya, manakala arak & judi buatlah mcm mana pun takkan boleh diIslamikkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ms_jurutaip This user has been deleted
Post time 17-5-2007 12:00 PM | Show all posts

Reply #108 tobby's post

setuju . sangat2 setuju. bumiputera kene maju. Islam kene maju. dan rasanya Islam juga bukan satu agama yang menyukarkan.

Bukan nak menidakkan hukum Tuhan. Tapi sedarlah hukum manusia pun kini berleluasa.

cuma pelik ya. Kalau menabung di islamic unit trust (bukan namasebenar) return berganda2. Kalau menabung di Tabung Haji/ BankIslam/seumpamanya tak pula. mmg lah sedia maklumnya ade bezanya. tapiin terms of return kenapa sangggaat berbeza?.

salah pengurusan kah?Kalau betul nak memartabatkan ekonomi Islam kenapatak map kan cara pengurusan perbankan islamic yg telah byk disyariahkan kini. Bagaimana pula kes Tabung Haji lesap berapa juta haritu. Terus senyap aje. Dengan pengurusan seperti ini, boleh maju ke orgIslam?

Pasal unit trust, sesuaikah untuk makcik2 dan pakcik2 kat kg2 nun. Nooffense sbb saya sendiri ada menabung di Islamic Unit trust. Tapiseperti penulis diatas kata-kite harus berpijak di bumi yang nyata;)
Reply

Use magic Report

ms_jurutaip This user has been deleted
Post time 17-5-2007 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 26-4-2007 12:54 AM
Memangkita berdoa & mengharapkan kerajaan yg memerintah sekarang inimemastikan syarikat2 finance, bank2, EPF, PNB segala institusi kewangansupaya 100% mematuhi hukum syarak. supaya jangan ...


setuju..kalau sbb pegangan 30% kat maybank mengharamkan ASB  makaMaybank pun Haram. Kenapa tak keluar pulak fatwa mengatakan MaybankHaram.Kenapa being selective utk menjatuh kan hukum halal dan haram,padahal sama malahan serupa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by ms_jurutaip at 17-5-2007 12:29 PM


setuju..kalau sbb pegangan 30% kat maybank mengharamkan ASB  makaMaybank pun Haram. Kenapa tak keluar pulak fatwa mengatakan MaybankHaram.Kenapa being selective utk menjatuh kan hukum halal d ...


undilah pembangkang. kita try tengok apa perubahan yg mrk boleh lakukan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by ms_jurutaip at 17-5-2007 12:29 PM


setuju..kalau sbb pegangan 30% kat maybank mengharamkan ASB  makaMaybank pun Haram. Kenapa tak keluar pulak fatwa mengatakan MaybankHaram.Kenapa being selective utk menjatuh kan hukum halal d ...



kaunter maybank mmg haram.  Tp mereka ada islamic banking..

Tak de yang selective ..kalau halal inya halal, kalau haram ttp haram..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 11:39 PM | Show all posts
sebenar hasil untung pun sama je ..yg dari bank yg sama macam nasi lauk ikan tercampur khinzir buang je khinzir tu tapi makan nasi ngan ikan je kan so halalla ...so pendapat u kirawang keluarkan duit asb masukkan dlm unit trust macam tu..hee hee,
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 12:02 AM | Show all posts
kita tak seperti dengan arab saudi dan kebanyakan negara timur tengah yg asas dan permulaannya adalah islam sebenar....maka segala urusan dan aktiviti mereka berlandaskan syariah sepenuhnya...kita dijajah oleh kolonial...disogok dengan keilmuan barat yang bertunjangkan kapitalisme.....maka corak yg terhasil sekarang wujudlah perbankan yg berlandaskan riba.....walhal riba sememangnya haram....namun sekarang kita semakin sedar dan perlahan bertukar mengikut syariah...ada perbankan islamik...
kita takboleh menghapuskan terus perbankan yg menjalankan riba kerana masyarakat kita bukan muslim majoritinya...kita masih ada cina india dan lain nonmuslim yg mereka ini tidak terpakai syariah ke atas mereka...mereka berhak dan boleh menggunakan sistem tersebut....jadi kita boleh dan perlu menyediakaan alternatif perbankan syariah bagi kemudahan muslim....soal maybank dan bank lain haram kerana riba tidak timbul kerana menjadi haram apabila seseorang terbabit dengan sistem riba tersebut....sama ada kakitangan bank, pelanggan atau sesiapa saja...Apabila ASB melabur pada maybank dan pelaburannya bercampur dengan sistem konvensional (riba) maka tentu hasilnya datang riba tersebut.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 08:54 AM | Show all posts
Originally posted by anazwan at 17-5-2007 11:39 PM
sebenar hasil untung pun sama je ..yg dari bank yg sama macam nasi lauk ikan tercampur khinzir buang je khinzir tu tapi makan nasi ngan ikan je kan so halalla ...so pendapat u kirawang keluarkan  ...



Dalam bab islamic halal haram ni, kau jangan menulis berdasarkan kau punya pendapat dan pemikiran kau sahaja. Dalam kontek islamic banking, Institut Bank Ialsm Malaysia kat Darul Takaful ada pelbagai courses ttg islamic banking..kau nak tahu halal haram kau pergi mengaji dan berguru kat sini..

Tak payah kau nak sibuk assumption ttg ikan dan khinzir kau tu..

http://www.ibfim.com/index.php

Reply

Use magic Report

ms_jurutaip This user has been deleted
Post time 18-5-2007 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by anazwan at 17-5-2007 11:39 PMsebenar hasil untung pun sama je ..yg dari bank yg sama macam nasilaukikan tercampur khinzir buang je khinzir tu tapi makan nasi nganikan jekan so halalla ...so pendapat u kirawang keluarkan ...
exactly u said. Tingat satu masa dulu amik insuren conventional'x'(bukan nama sebenar) .tak lama pas tu abt after 2 years ckp katagennak berenti atas alasan tak Islamic..btw, agen tu melayu/Islam...pas tuagen tu ckp ooo..jgn risau..yg islamic pun kite ade..barulaunch.. boletukar policy je tanpa berhenti..sambil flip file die dantunjuk satukeratan akhbar yg menunjukkan seorang "DatukAh-Chong" sedang launchproduct Islamic itu..dimanakan maruah org Islam sampai product Islam pun org Cina yanglaunch kan?tanpa berpikir panjang, terus terminate ;(
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ms_jurutaip This user has been deleted
Post time 18-5-2007 10:24 AM | Show all posts
Originally posted by anazwan at 17-5-200711:39PMsebenarhasil untung pun sama je ..yg dari bank yg samamacamnasilaukikantercampur khinzir buang je khinzir tu tapi makannasinganikan jekan sohalalla ...so pendapat u kirawang keluarkan...




exactly u said.Tingat satu masa dulu amik insuren conventional'x'(bukannama sebenar).tak lama pas tu abt after 2 years ckp kat agennak berenti atas alasan tak Islamic..btw, agen tu melayu/Islam...pas tuagen tu ckpooo..jgn risau..yg islamic pun kite ade..baru launch.. boletukar policy je tanpa berhenti..sambil flip file die dan tunjuk satukeratan akhbar yg menunjukkan seorang "DatukAh-Chong" sedang launchproduct Islamic itu..dimanakan maruah org Islam sampai product Islampun org Cina yang launch kan?tanpa berpikir panjang, terus terminate ;(
Reply

Use magic Report

ms_jurutaip This user has been deleted
Post time 18-5-2007 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by ms_jurutaip at 18-5-2007 10:24 AM




exactly u said.Tingat satu masa dulu amik insurenconventional'x'(bukannama sebenar).tak lama pas tu abt after 2 yearsckp kat agennak berenti atas alasan tak Islamic..btw, agen tu melayu...



so the moral of the story ( I think) is bawak keluar ASB dan invest katIslamic unit trust ker haper ke as long as berakar tunjangkan syarikatconventional adalah 2 x 5
Reply

Use magic Report

ms_jurutaip This user has been deleted
Post time 18-5-2007 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by ms_jurutaip at 18-5-2007 10:37 AM



so the moral of the story ( I think) is bawak keluar ASB dan investkatIslamic unit trust ker haper ke as long as berakar tunjangkansyarikatconventional adalah 2 x 5



satu lagi moral: kalu nak Islamic biar betul2 Islamic-pi simpan nun katTabung Haji/ Kat Bank Islam. Insuren Takaful Malaysia, contohnye. Nakmakan nasik biar betul2 lauk ikan/udang/ketam dan seumpamanya.. bukanlauk yg ade campuur mcm yg ada penulis tulis kat atas nun.

Tapi pengurusan Tabung Haji contohnye banyaaaknye persolan disitu...return ciput...kalau riba=penindasan, ape yg berlaku bukanpenindasan jugak ke? di ulang boleh maju kan org islam dgn pengurusansebegini?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 10:59 AM | Show all posts
sama la kita...bila timbul isu halal haram psl ASB ni, i pun terus keluarkan duit dari asb ke Tabung haji.

Bukan i setuju asb tu haram, tp disebabkan dah wujud rasa was2 kat diri sendiri...so better amik langkah selamat je la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.223298 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list