CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rammad25

[SEJARAH] KERAMAT Pulau Besar

[Copy link]
 Author| Post time 10-10-2006 03:58 PM | Show all posts

Reply #18 ainnia's post

sapalak nak marah....:stp::stp::stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 08:16 PM | Show all posts

Reply #21 rammad25's post

aah
knaper weh
cite ler ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 01:03 PM | Show all posts
err....mmg ada yg alergik kalo marah2 pulau besar tu...nama pun pulau keramat...tp syg sgt marina resot tu tak siap...kalau tidak...perhh...mmg MELETOPPPP pulau besar....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:30 PM | Show all posts
tapi banyak sgt org wat menda tak betul kat Pulau besau tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by ainnia at 11-10-2006 01:03 PM
err....mmg ada yg alergik kalo marah2 pulau besar tu...nama pun pulau keramat...tp syg sgt marina resot tu tak siap...kalau tidak...perhh...mmg MELETOPPPP pulau besar....


owhhh
takot ar cmni nk gi lg big island ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 10:35 AM | Show all posts
aku pernah gi dulu..tahun 95...satu family...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2006 08:40 AM | Show all posts
pulau ni sebenarnya ok...cuma org2 yg dtg jer meng'keramat'kan.... contohnya ada la citer kekononnya loceng gereja kat marina resort tu tak boleh dipasang & diangkat sbb tempat ni keras tak leh buat perkara2 khurafat...tp yg peliknya diberitakan...loceng tu hilang dan dijumpai dikedai antik or jual kati kat kedai besi (tak surela)... yg mencurinya si doktor2 tak der tauliah (penagih)...ramai per kat situ...dulu la...la ni tak sure maybe Paradise Island Resort (PIR) dh bukak...so diaorg carik port lain kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 01:26 PM | Show all posts

Pulau Besar


Mitos dan legenda

Pulau Besar penuh keramat dan mitos yang menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negera khususnya dari keturunan India Muslim di Malaysia , Singapura , Johor , Pulau Pinang dan lain-lain negeri . Kaum India Muslim mempercayai kealiman dan kehebatan Sultan Zainal Ariffeen . Mereka akan bernazar pada waktu malam. Antara nazar yang mustajab ialah mendoakan dapat anak, maju dalam perniagaan . Ayat azimat menyerupai tulisan Arab akan digantung di pintu kedai mamak ini.
Jika anda hendak bernazar menyembelih seekor kambing , anda bolehlah berjumpa dengan pengurus surau yang terletak di tepi makam Sultan Ariffeen ini dengan menyerahkan sejumlah wang tertentu.
Untuk bernazar, anda perlu berzikir atau membaca surah Yassin di tepi makam. Kononnya doa akan dimakbulkan oleh Allah berkat kekeramatan Sultan Zainal Ariffeen ini.
Selain keramat Sultan Zainal Ariffin , ada lagi :

  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tok Janggut
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultan Arifeen
  • Makam Sultan Ariffeen
  • Makam Syarifah Rodziah
  • Batu Lesung


[ Last edited by  dee_dee at 24-4-2007 01:30 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2007 01:28 PM | Show all posts
Makam Sultanul Aarifeen

Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah As Sayyid Ismail (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W). Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail telah dilahirkan pada 17 Rabiul Awal tahun 867H di Baghdad. Bapanya bernama As Sayyid Abdul Qadir dan ibunya bernama As Sayyidah Fatimah.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Yusuf Siddiq dan saudaranya As Sayyid Ibrahim.

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Aarifeen telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

Sekarang makam Sultanul Aarifeen terus dikunjungi orang ramai. Selain dari niat untuk ziarah mereka juga datang dengan pelbagai hajat.

Tapak kaki Sultan Ariffeen

Tapak kaki ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa tapak kaki ini adalah kepunyaan Sultan Ariffeen. Tapak kaki yang kelihatan di gambar adalah tapak kaki sebelah kanannya. Manakala tapak kaki kirinya terdapat di Pulau Serimbun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 01:35 PM | Show all posts
Keramat Masin Tawar

Sebuah lopak air yang seakan-akan menyerupai perigi lama yang terletak berhampiran dengan pantai. Apabila air laut surut, airnya akan menjadi tawar. Dipercayai suatu ketika dahulu, perigi ini digunakan untuk mendapatkan harta karun. Keramat ini dijaga oleh seorang puteri bunian yang bernama Puteri Nilam.

Airnya dikatakan mempunyai pelbagai azimat yang tertentu samada untuk dijadikan minuman, mandi atau untuk dibuat pelaris. Dipercayai juga, jika niat tidak baik kita tidak akan merasai air yang tawar meskipun air laut telah surut.

Istana Bunian

Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 01:44 PM | Show all posts
Perigi di Kaki pulau
Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.

Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.


Batu belayar
Sebuah batu yang sederhana besar berbentuk seperti kepala kuda. Batu ini dikatakan pada asalnya terletak di dalam laut. Kemudian ianya terapung-apung di dasar laut dan tersangkut di pulau ini.

Dipercayai batu ini juga digunakan oleh 7 beradik untuk mengikat tali kapal mereka sebaik sahaja mereka berlabuh di Pulau Besar ini.

Kini batu ini masih jelas kelihatan sebaik sahaja sampai di pulau ini. Ianya terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Besar.


Batu Tengkorak
Batu ini terletak di kawasan Pandanusa Golf Club dan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengkorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.


Keramat Masin Tawar
Sebuah lopak air yang seakan-akan menyerupai perigi lama yang terletak berhampiran dengan pantai. Apabila air laut surut, airnya akan menjadi tawar. Dipercayai suatu ketika dahulu, perigi ini digunakan untuk mendapatkan harta karun. Keramat ini dijaga oleh seorang puteri bunian yang bernama Puteri Nilam.

Airnya dikatakan mempunyai pelbagai azimat yang tertentu samada untuk dijadikan minuman, mandi atau untuk dibuat pelaris. Dipercayai juga, jika niat tidak baik kita tidak akan merasai air yang tawar meskipun air laut telah surut.


Istana Bunian
Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.


Perkampungan bunian
Sebuah kawasan yang terdapat di Marina Resort dan dipercayai satu perkampungan orang-orang bunian. Kawasan sebenarnya ingin dimajukan tetapi disebabkan masalah ekonomi dan masalah jerebu yang melanda pada tahun 1997-1999, maka pembinaannya tidak dapat diteruskan.

Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.


Pokok disula
Pokok ini terletak di kelab golf. Menurut apa yang telah diceritakan, dahulu terdapat sepasang kekasih sedang bercengkarama di bawah pokok ini. Maka di atas keterlanjuran mereka itu, mereka telah ditangkap dan di sula di bawah pokok tersebut.

Jika diamati dengan teliti, kita akan dapati tangan kiri lelaki tersebut sedang memeluk pasangannya di bawah pokok tersebut.


Tasikbiawak
Sebuah tasik biasa buatan manusia yang terletak di padang golf. Tasik ini dipenuhi dengan biawak-biawak yang luar biasa besarnya. Biawak-biawak ini singgah di tasik tersebut untuk memakan ikan-ikan yang ada di dalamnya.

Di dalam tasik biawak ini juga terdapatnya batu yang berbentuk tengkorak manusia.


Batu Belah
Sebuah batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan di tengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter adalah hasil belahan Panglima Lidah Hitam.

Ratusan tahun dahulu, sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan sekali imbas dan bermacam-macam lagi. Sehingga pada suatu waktu seorang panglima yang dikenali sebagai Panglima Lidah Hitam merasa tercabar dengan kekuatan kawan-kawannya itu. Beliau menghampiri batu besar tersebut dan menjelirkan lidahnya yang hitam itu lalu membelah batu tersebut.

Masyarakat kini datang ke tempat tersebut dengan membawa pelbagai hajat. Mereka akan masuk ke dalam batu tersebut dengan melalui bahu sebelah kiri dan berjalan secara mengiring kemudian apabila sampai di penghujung rekahan capailah dengan tangan kanan.


Gua Yunus
Nama Gua Yunus diambil sempena nama orang yang pertama menjumpai dan menjadikan gua ini sebagai tempat pertapaan. Sehingga sekarang gua ini masih lagi digunakan orang sebagai salah satu tempat untuk bertapa. Untuk masuk ke dalam gua ini, ahli pertapaan terpaksa menyelam ke dalam air kerana kedudukan pintu gua ini sebenarnya terletak di dalam air. Dipercayai batu dinding gua ini semuanya berwarna putih.


Keramat Ular
Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.

Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.


Makam Nisan Satu
Makam ini terletak berhampiran dengan Batu Tengkorak. Keanehannya, makam ini hanya terdapat satu batu nesan sahaja. Ianya dipercayai makam seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan umur 18-19 tahun yang sangat kacak dan tampan. Namanya tidak dapat dikenalpasti.


Perigi Nenek Musallimah
Dipercayai nenek yang tertua yang terdapat di Pulau Besar ini. Beliau juga merupakan seorang dukun dan bidan. Air perigi ini mempunyai azimat yang tertentu seperti untuk menyihatkan tubuh badan, pelaris dan boleh juga digunakan sebagai mandi bunga. Perigi ini terletak di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan dengan Chalet 007.


Makam Syarifah Rodziah
Wali perempuan ini sebenarnya bernama Syarifah Habsah, makam beliau terletak di pulau besar, berdekatan pintu masuk halaman menuju ke surau dan makam Bawa Sultanul Ariffin. Syarifah Habsah adalah puteri iaitu anak perempuan Sultanul Ariffin syeik Ismail. Beliau sebenarnya mempunyai 3 orang anak, iaitu seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Saudari kandung Syarifah Habsah ialah Syarifah Rodziah, dan makam Syarifah Rodziah terletak di Pekan Melaka.


Batu Lesung
Batu Lesung atau Batu Putih ini merupakan satu batu yang berbentuk seakan-akan lesung. Untuk sampai ke Batu Lesung, orang ramai terpaksa melalui kawasan batu karang ketika air laut surut sepertimana yang terdapat di dalam gambar.

Manakala ketika air laut pasang, orang ramai terpaksa meredah air laut untuk sampai ke Batu Lesung ini. Ianya terletak di tengah-tengah laut. Dikatakan bahawa pokok yang terdapat di tengah-tengah batu lesung tetap sama saiznya walau pun telah bertahun-tahun lamanya.


[ Last edited by  dee_dee at 24-4-2007 01:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 01:53 PM | Show all posts

Makam Tujuh Beradik

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 01:00 AM | Show all posts
Good Info......belum pernah lagi ke Pulau Besar ni......
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 01:07 AM | Show all posts
pernah dengar orang tua2 kata pulau ni keras   ..
betul kerrr
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 03:49 AM | Show all posts
pusaran air kt jeti pulau bsr ...
anda brani mlm2 g tgk ..
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 08:37 AM | Show all posts
cmne nak g pulau besar ek ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 06:27 PM | Show all posts

Reply #7 Zaihasky's post

apo bendo yg koras?
ekau caya ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 06:28 PM | Show all posts

Reply #8 Ax's post

kat sinun leh makan ikan bakar le
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 08:32 PM | Show all posts

Reply #9 gurluvpink's post

naik bot la..tatau heti mana naik..tp ada la...byk kaliu dee nak pegi asik tak jadi je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 05:13 PM | Show all posts
den dah poe mase skul dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.092056 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list