CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52156|Reply: 308

Masalah Disiplin Pelajar di Sekolah dan Tindakan Yang Patut Diambil

[Copy link]
Post time 21-1-2007 01:51 PM | Show all posts |Read mode
guys -
sebenarnya saya nak buka topic ni untuk kita bincangkan
tentang masalah disiplin dan cara mengatasi --
dan sebab sebab  dan mengapa some of them not successful -

guru yang mendisiplinkan murid ni - melampau
murid yang melampau -
bawa ke kes polis -
all sort of stuff --

ada few articles yang saya akan post nanti --
dan kalau ada forumers yang nak share pendapat
silakan  - wud be great to read your thots --

bukan sebagai guru sahaja
tapi sebagai murid
dan sebagai parents -

lets kupaskan tentang permasalahan ini -
wud be a good for us to understand more
about disciplines and the action taken -

thanks -


[ Last edited by  dexa at 15-3-2008 11:11 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2007 01:52 PM | Show all posts
Murid trauma
Oleh RAMLI IBRAHIM

Kini takut untuk ke sekolah selepas dibelasah warden asrama sekolah

GUA MUSANG: Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong yang cedera selepas didakwa dibelasah warden asrama sekolah, masih trauma dan kini tidak mahu ke sekolah itu.

Malah, Mohd Khairul Hafiz Othman, 11, yang cedera di bahu kanan dan lebam kedua-dua pipi selepas ditampar sebelum dipukul dengan pembaris kayu, sudah seminggu tidak ke sekolah.

Ketika Metro Ahad ke rumahnya di Kampung Jerek Dalam, dekat Bertam, murid terbabit pada mulanya mengelak ditemubual dengan individu tidak dikenali kerana masih takut dengan kejadian itu.

Bagaimanapun, selepas dipujuk, dia bersetuju bertemu dan meluahkan perasaannya.

揝aya cukup takut melihat muka warden itu dan saya bagi tahu bapa supaya pindahkan saya ke sekolah lain kerana bertekad belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan,
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 12:02 AM | Show all posts
saya memberi pendapat disini sebagai seorang jiran yang tinggal berhampiran dengan sekolah. saya kesihan sebenarnya pada guru-guru kita yang terpaksa melayan karenah murid yang apa-apa entah. so cikgu cikgu, saya cadangkan supaya cikgu mengajar sahaja . jangan ambil peduli mengenai masalah disiplin  murid. lantakla. kalau cikgu-cikgu terlebih - lebih tak ada sesiapa yang akan mempertahankan cikgu kalau ada apa - apa yang berlaku.kalau cikgu - cikgu cuba mengambil perhatian apa kes yang di lakukan oleh murid kadang-kadang nafsu amarah akan menguasai diri. itu yang macam- macam kes berlaku.yang paling penting ialah cikgu masuk mengajar tepat waktu dan keluar kelas tepat waktu.

saya rasa pendapat saya ini akan di pertikaikan oleh ramai orang tetapi saya rasa cikgu-cikgu pun ada mulut-mulut yang mahu di suapkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 08:19 AM | Show all posts
wah, kesian juga ya. Murid pun kesian sbb tak dapat disiplin yg cukup since cikgu cuma fokus mengajar sahaja dan cikgu2 pun kesian sbb takleh nak bantu bentuk disiplin murid2.....susah juga ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2007 09:22 AM | Show all posts
pada mac.... cikgu2 patut mendisiplin pelajar2 di sekolah. Tapi as long as tak usik kepala dan melakukan perkara yg memalukan pelajar. I have no problem if my child kena pukul di telapak tangan. (Tapi bukan di tangan yang digunakan utk menulis, dan bukan di jari)

There was this teacher who knocked my doter's head dgn buku. (twice, different occasion) hanya sebab lambat keluarkan buku dari bag. Although ianya tak kuat, tapi pantang larang mac org usik kepala. But then, i said to myself that I will only act if she does it the 3rd time. Luckily there wasnt a 3rd time. But sampai sekarang mac pendang serong kat cikgu tu.

I've come to know the crimes found in school. Memang memeningkan. Dan memang in some cases kena involve polis. (before someone dies) Dan pada mac benda2 ni semua bergantung pada kebijaksanaan bijak sekolah aka Guru Besar.

[ Last edited by  macademia at 22-1-2007 09:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 07:09 PM | Show all posts
Mac, sepatutnya u kena jumpa dan bincang dengan guru berkenaan, kalau setakat u nak tunggu 3rd time baru nak bertindak (atau nak serang ?) guru berkenaan tak guna juga. sebab umpama u macam biarkan benda tu berlaku. kalau bawa berbincang baik-baik tentu guru tu pun takkan buat, setidak tidaknya dapat prevent dari benda tu berulang. setakat diam dan terus pandang serong pada guru tu pun tak guna juga. hati u juga yang sakitkan....

so, bawalah berbincang, bukannya pendam atau terus serang tanpa usul periksa. kerana jika anda tidak berada di tempat seseorang guru itu, anda akan tahu betapa kena bersabarnya guru terpaksa melayan karenah anak murid sekarang yang jika diperhatikan sangat berbeza dengan anak murid zaman dahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2007 01:13 PM | Show all posts

Reply #6 CharlieDale's post

charliedale,

mac saja ambil sikap lihat dan tunggu. sebagai parents, byk yg kami dah lihat, if guru ditegur, nanti tak pasal2 anak kami kena boikot atau dipandang serong (tak semua). (I dont want to take that risk) Itulah sbbnya mac sememangnya hanya akan tegur seorang guru only if benda tu serious. Mac juga beritahu anak mac, if cikgu suruh keluarkan buku, keluarkanlah buku tu cepat2... jangan berangan dalam kelas. So takdela cikgu buat macam tu dgn dia lagi.

Sebenarnya cikgu ni memang terkenal dgn perangai "kasarnya" Sebulan selepas apa yg terjadi pada anak mac, cikgu ni diserang secara fizikal oleh parents lain yang tgh baran atas apa yg cikgu ni buat pada anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 12:48 PM | Show all posts
Mac, saya rasa yang perlu ditegur hanyalah cara penegasan terhadap kesalahan murid tu (iaitu ketuk kepala dengan buku). pada pangdangan saya, cikgu yang memboikot anak muridnya biasanya guru yang diserang oleh parent. saya pun selalu didatangi oleh parent (masa di sekolah kl) dan berbincang dengan cara yang baik. kalau mereka datang dengan nada bahasa yang lemah lembut, merendah diri, mahu menerima dan memberi respon apa kesalahan yang anak mereka buat, rasa kalau betul dia seorang cikgu, dia akan terima kalau parent tu pun beri pandangan. saya sendiri minta pandangan kalau cara saya tak kena, dan saya sendiri pernah terbakar hati dengan parent kerana diserang parent kerana medenda atas kesalahan anaknya sendiri yang suka mengganggu rakan belajar dan membuat kerja, sedangkan kerjanya tak siap dan ibunya menyalahkan saya kerana tidak menanda bukunya. malah dia lebih senang terus berjumpa pentadbir tanpa berbincang dengan saya. malah apabila ditanya apa option untuk saya mendenda jika perkara ini berulang jawapannya mudah, rotan..... sedangkan kuasa tu bukan ditangan saya. apa yang boleh saya buat. takkan nak biar dia ganggu dan tak buat kerja. memang timbul juga rasa nak boikot kerana tindakan parentnya, tapi secara jujur saya tidak boikot seratus peratus. saya tetap mengajar sama seperti dulu cuma terpulang pada dia nak buat kerja atau tidak. takkan la saya nak selongkar beg dia kutip buku latihan kan? dan saya terpaksa menyediakan satu rekod semakan buku latihan bagi mengelakkan parent membuat tuduhan melulu mengatakan saya tidak semak buku (kan dah jadi satu kerja tambahan yang remeh).

just jumpa dan bincang dengan cara yang berhemah. bukan serang atau terus berjumpa pentadbir atau dijadikan isu dalam mesyuarat PIBG. kalau dia tak boleh terima tu, barulah boleh diajukan kepada pentadbir.

ntahlah mac, kalau dah caranya kasar tu kita tak boleh nak tune melainkan diri dia sendiri yang ubah. tapi tak salah kalau berjumpa dan berbincang, at least dapat juga kenal atau berdepan dengan guru berkenaan. kadang-kadang kita ni dengar cerita orang jer tapi tak pernah tgk pun keadaan sebenar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2007 12:56 PM | Show all posts
mengenai isu lambat keluar buku, ia dikategorikan sebagai melengah-lengahkan masa dan sikap murid yang suka bersembang dan berangan. antara yang murid biasa buat ialah apabila kita berikan tugasan seperti eksperimen, atau latihan yang memerlukan murid menyalin, mereka biasanya tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasan yang diberi. 10 soalan pun memerlukan sejam itu pun tak siap. kerana mereka lebih suka bersembang, mengelamun, bermain, usik kawan dan sebagainya. saya biasanyanya meronda dan lihat apa yang mereka buat. malah adakalanya terpaksa mendenda mereka seperti balik lewat,rehat lewat. ini bagi mengajar mereka menghargai masa dan bersungguh sungguh dalam menyiapkan tugasan.

dan ada orang kata, mengapa tidak diphotostat sahaja soalan atau latihan? jawapannya, memang ada yang diphotostat tetapi berapa ramai yang akan menghargainya? tambah lagi kalau guna duit sendiri lepas tu tengok terbiar menjadi sampah. lagipun apabila saya meminta murid menyalin latihan (terutama matematik dan sains) secara tidak langsung mereka boleh mengingat dan latihan agar mereka menulis dengan lebih kemas dan cepat. saya tidak pernah meminta murid menyalin nota, kerana nota telah ada di dalam buku rujukan.saya lebih tekankan latihan terutama selepas sesuatu topik diterangkan dan menggunakan buku rujukan dan latihan yang dibeli bagi mengurangkan masa untuk murid menyalin latihan. tu pun kerja tak siap juga
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 01:07 PM | Show all posts

murid dulu lain dengan murid sekarang

zaman saya dahulu (lebih kurang 20 tahun) kita boleh lihat, murid rapat dengan guru terutama mereka yang aktif dalam persatuan, aktiviti , sukan dan pelajaran tapi tahu batasannya. kini semua murid boleh main cuit-cuit, loyar buruk, menjawab tetapi benda mengarut (tak berkaitan dengan soalan) dan biadap.

adakah ini disebabkan anak terlalu dimanjakan oleh ibubapa? guru pula terikat tidak boleh mendenda atas kesalahan yang mereka lakukan? sedangkan itulah disiplin yang perlu ditegaskan. menghormati orang tua dan guru tetapi jangan terkejut kalau ada murid perempuan sekolah rendah sekarang ini boleh menjawab APA! dengan guru apa yang akan jadi di masa akan datang?

guru boleh menjadi rakan tapi tanpa penegasan murid hilang hormat dan tidak tahu di mana batas mereka sebagai seorang murid dan guru atau budak dengan orang yang lebih tua.

kalau anda sendiri sebagai guru, jika murid saja saja cuit, geletek atau jawab APA! dengan anda, apa anda rasa? tapi itulah antara realitinya murid hari ini. no wonder kalau ada cikgu yang tertekan dan sakit jiwa kerana terpaksa memendam dan mengawal sabar mereka dengan karenah murid hari ini.

kalau anda fikir kembali ketika anda menjadi murid, adakah anda akan berbuat begini? cuit, geletek dan sebagainya guruanda? adakah ibubapa anda akan menyerang guru kerana anaknya didenda sebab tidak buat kerja sekolah atau sebagainya. fikirkan lah di mana silapnya.

jika guru bertegas ada parent yang sanggup bermatian mempertahankan buah hati intan payung mereka, jika dibiar....inilah hasilnya. ditelan mati emak diluah mati bapak.

sekadar pandangan peribadi dan banyak lagi pengalaman ......
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 09:09 AM | Show all posts
Charlie Dale, mac faham banyak keluhan dan masalah guru. Terutama bila Mac mula aktif dalam PIBG beberapa tahun lalu. Mac dapati banyak juga kes yang parent kecohkan tapi mac lihat banyak kes yang diketengahkan begitu immature dan remeh temeh....

Mac juga sedar teachers are humans. Itulah sebabnya Mac berdiam diri. Pendekatan mac hanya la memberi nasihat kepada anak mac agar jangan berangan2. (Anak Mac ni sememangnya dalam subject itu, dia asyik mendapat 100%. Mungkin dia boring sebab perjalanan kelas itu slow) Mac tau style cikgu itu agak kasar. Bukan dgr cerita, tapi memang well known, even GPK1 pun admit. Mac pun selalu berbual dgn cikgu ini sebab dia pun ada mengajar anak sulung Mac dulu.

Mac takde masalah dgn cikgu yang suruh pelajarnya salin nota atau buat apa. Pada Mac, teachers knows best. Siapala Mac nak mempertikaikannya.

Setuju dgn charlie dale tentang perbezaan murid zaman dulu dan murid zaman sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2007 10:15 PM | Show all posts

Reply #10 CharlieDale's post

aku stuju ngan kenyataan ko .. mmg benar .. dan sebenar-benarnya ...
tapi untuk restrict tugas guru kepada mengajar facts saja .. tak la stuju benar .. sbb pada aku .. tugas guru melebihi daripada bahan mengajar seperti mana digarispanduankan oleh kementerian pendidikan ...

sape la kate keje cikgu .. tugas cikgu memenatkan? penat ke? tak penat kalau orang yg jadi cikgu tu faham dan suka akan tugasnya ...

menjadi guru .. bukan sekadar boleh mengajar .. dia kene pandai mengajar .. tau facts yg nak disampaikan dengan baik ... mengambil perhatian murid .. menjadi center of attaction ... rasa tak susah .. kalau cikgu berkenaan mmg talented ...
realiti dia .. ramai x reti nak jadi cikgu ... tapi sbb orang lain jadi cikgu .. dia pun nak jadi cikgu ...

bukan setakat mengajar ... cikgu kene reti membaca pe el murid .. tau camna nak tackle ... ape ingat bebudak yg nakal tu ... jahat ke? bebudak yg nakal tu busted ke .. langsung x leh diperbaiki ... boleh .. cuma kene faham camna nak tackle camna nak penetrate masuk dalam minda .. bawak budak yg deviated ni kembali mengikut norm asal ... bende ni memenatkan .. lebih lagi kalau tak berminat ngan pembangunan dan pembentukan sahsiah insan ...
ape la salahnya kalau cikgu2 ambik masa sikit .. untuk ngajar bebudak

mengenali bentuk dan rasa ... akan perasaan berani, takut, kecewa, sedih
bukan sahaja mengenali .. merasai ... tetapi juga mengawal

memberi harapan ... pada ketika bebudak berkenaan down, hilang punca
dan tidak mempunyai arah.

menunjukkan jalan .. konsep asal kaunseling .. memberikan panduan ... memberikan options ... supaya mereka lihat apa di hadapan mereka

menghayati tanggungjawab ...beri tanggungjawab .. supaya mereka merasai beban dan berusaha nak deliver at their best.

nak bagi tau la ... kuasa guru ni ... atau gelaran guru yg korang guna pakai ni sebenarnya ... teramat kuat .. kerana mampu membentuk jiwa manusia... korang mempunyai lesen untuk program bebudak menjadi seperti kehendak negara .. cuma kaedah tidak dinyata ngan jelas walau ada garis panduan.


tak ade yg betul dan tak ade yg salah .. setiap kaedah tersendiri untuk satu2 situasi ... seperti mana konsep key and lock... tak semua kunci sesuai untuk semua lock ... melainkan masterkey ... hehehe

kondemn laaa pelajar .. sebenarnya korang kondem anugerah tuhan ...
kondem la mak pak .. kalau korang rasa nak kondem guru2 terdahulu yg gagal membentuk insan menjadi mak pak yg baik
kondem la masyarakat ... kalau rasa hidup ini ibarat pulau dan tiada perkaitan antara satu ngan yg lain
kondem la sistem .. kalau rasa hidup sibuk benar .. dan tiada masa untuk melihat manusia daripada pelbagai aspek ...

sesungguhnya kehidupan ini indah .. sbbnya tiada manual untuk satu2 perkara .. yg ada cuma panduan .. dan kita yg hidup mencuba agar konsep dan prinsip .. sentiasa berpaut bertaut untuk membentuk wajah dan rupa ... kehidupan yg sempurna ...
- kamil seperti perkataan yg tertulis di dalam ikrar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2007 11:08 PM | Show all posts
example of extreme disciplinary action --

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Guru londeh seluar
Oleh MUNIR ANA扐M ZULJADAN dan ZAID SALIM

Murid dakwa dihukum kerana tidak membawa buku latihan

DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau, kira-kira 40 kilometer dari sini, mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya, Rabu lalu.

Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak membawa buku latihan.

揝aya malu kerana semua teman sekelas nampak kemaluan saya. Nasib baik subjek muzik pada akhir sesi. Apabila pulang, saya beritahu ayah dan ibu,
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 03:03 AM | Show all posts
Originally posted by sibel at 30-1-2007 10:15 PM
aku stuju ngan kenyataan ko .. mmg benar .. dan sebenar-benarnya ...
tapi untuk restrict tugas guru kepada mengajar facts saja .. tak la stuju benar .. sbb pada aku .. tugas guru melebihi darip ...


Dengan semangat macam ni, ko tak nak ke jadi guru?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 10:25 PM | Show all posts

Reply #14 Agul's post

tak ...
sebabnya aku tau level aku ... aku tak de talent nak jadi guru ...
lg pun profesion yg aku ade skang .. adalah frontliners bagi food security negara
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 11:25 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 30-1-2007 10:15 PM
aku stuju ngan kenyataan ko .. mmg benar .. dan sebenar-benarnya ...
tapi untuk restrict tugas guru kepada mengajar facts saja .. tak la stuju benar .. sbb pada aku .. tugas guru melebihi darip ...


bersemangat cik sibel.......
orang-orang燿i luar dari institusi pendidikan agak sukar nak tengok masalah dalam sekolah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2007 10:28 PM | Show all posts

Reply #16 NBI86's post

:setuju:

Sebahagian besar masa pelajar adalah bersama ibu bapa atau di luar waktu sekolah...

And :setuju: juga on ur opinion tentang 'orang-orang di luar dari institusi pendidikan agak sukar nak tengok masalah dalam sekolah ni.'  

Yang tak :setuju: tu satu jer... tang 'cik' sibel tu....

P/S: Sibel..hang jangan marah nooo....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 03:30 PM | Show all posts

Reply #16 NBI86's post

sukar nak tengok camne tu hehehe ...
simptom ngan signs ../tanda-tanda ... ade kat sekeliling ..
tak perlu masuk ke dalam sekolah untuk melihat ape masalahnyer ...
nape ek? sebab ape yg berlaku di luar ... adalah hasil daripada apa yang berlaku di dalam ....

btw .. mungkin leh cite nape orang kat luar susah nak tengok ape yg kat dalam.. kan ke trend management semenjak dua menjak ni .. menjurus kepada transparency ... atau ketelusan ... ade bende ke yg nak disembunyikan? tehehehe

ok break down life cycle bebudak tu

say 6 am .. bebudak tu bangkit ... gi mandi gi solat .. pakai baju suar ... 7.15 ade kat sekolah ... 8 am .. still kat skola ... 12 am .. still kat skola ... pastu .. 1.30 perhaps sesetengah skola tengah bunyikan loceng ade bebudak balik ade bebudak tak balik ...

bebudak balik umah .. pastu kul 3.00 tuisen .. kul 5.00 balik umah ... 5.30 pm gi padang la pulak .. either padang skola atau padang kat taman perumahan ...
6.30 or 7.15 up to 8.30 makan mandi gi ngaji ... .9 pm .. baru la duk ngadap mak pak .. tu pun mak pak penat baru balik dari umah ... 10.30 ... mak pak suruh siapkan beg pakaian .. pastu suruh tido ... 11.00 ke 6.00 pagi .. tido ...

so please  ... enlighten me .. kat mana yg kata masa bebudak ngan pak mak lagi banyak berbanding cikgu kat skola... sabtu ahad ... kalau mak pak keje swasta .. sabtu x de beza ngan hari2 biasa .. yg keje gomen ade masa sket ngan anak ...
tak tau la pulak kalau parent skang ni trendy ngan innovative .. siap mengajar anak2 ngan kaedah bawah sedar semasa bebudak tu tido kat bilik....

cover la cikgu2 ... kalau bulu idung tu dah terjulur keluar .. tak potong2 .. sembunyi camna pun tetap nampak huduh jugakk ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 03:31 PM | Show all posts

Reply #17 MamaIlya's post

tak de hal mamailya ....
tak de marahnyer .. sbb .. aku tak rugi ape pun hahaha....
kalau rugi .. mungkin aku marah .. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 05:26 PM | Show all posts
pendapat2 disini adalah satu daripada seribu pendapat yg dilontarkan mengenai dunia pendidikan bukan sahaja kita2 disini malah cendekiawan2, profesor2, ibu bapa, orang awam dan sebagainya. Tapi policy maker cuma segelintir sahaja. Selagi mereka2 ini tidak di educate (eh, policy maker pun kene educate ke?) maka cakap2 begini cuma tinggal cakap2 sahajalah.

Saya harap taklah tinggal cakap2 kosong aja, ramai guru2 di bod ini yg bleh mengambil mana2 bhgn perbincangan yg baik utk diterapkan dalam kelas masing2 cuma kalau nak diaplikasikan secara meluas, tunggulah Hishammuding resign...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.071626 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list