CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Masalah Disiplin Pelajar di Sekolah dan Tindakan Yang Patut Diambil

[Copy link]
Post time 4-2-2007 07:27 PM | Show all posts
Policy Maker is... key!




Kuasa di tangan rakyat. Cuma masyarakat kena tau mana saluran yang paling efektif. CPU rosak, monitor yang ditukar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2007 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 31-1-2007 10:25 PM
tak ...
sebabnya aku tau level aku ... aku tak de talent nak jadi guru ...
lg pun profesion yg aku ade skang .. adalah frontliners bagi food security negara




Sayanglah...

bagi aku yang paling penting bagi seorang guru adalah semangat dan minat. Bila ada semangat爉aka爏eseorang爐u燼kan燾uba燿an燾uba爅uga爑ntuk爄mprove...

Lepas tu ko posting kat sekolah aku, kita boleh analisis爐entang爏ekolah...爃eheh...

Tapi kalau tak minat, tak bolehlah.

Err.. frontliner sebagai apa?燘erkaitan爇ualiti爇e爁ood爌roduce atau benda lain?營tupun kalau kau tak keberatan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2007 08:59 PM | Show all posts
cik sibel....saya nak jawab soal masa dulu....

say 6 am .. bebudak tu bangkit ... gi mandi gi solat .. pakai baju suar ... 7.15 ade kat sekolah ... 8 am .. still kat skola ... 12 am .. still kat skola ... pastu .. 1.30 perhaps sesetengah skola tengah bunyikan loceng ade bebudak balik ade bebudak tak balik ......



from 7.15 - 1.30 tu lebih kurang 6 jam setengah牋
kokurikulum (tu pun bukan hari-hari)牋let say 4.30 - 6.00牋.....1jam setengah.
campur semua sekali 8 jam.....
8 jam ni ler masa budak-budak tu di sekolah... dan 8 jam ni bukan masa nak mengasuh perangai depa...
boleh sambil mengajar cikgu tolong tegur-tegur mana yg tak kena
tapi kena faham sebahgian besar masa adalah untuk proses belajar yg sudah ditetapkan dalam sukatan stiap mata pelajaran.....kecuali 20 minit masa rehat.


bebudak balik umah .. pastu kul 3.00 tuisen .. kul 5.00 balik umah ... 5.30 pm gi padang la pulak .. either padang skola atau padang kat taman perumahan ...牋
6.30 or 7.15 up to 8.30 makan mandi gi ngaji ... .9 pm .. baru la duk ngadap mak pak .. tu pun mak pak penat baru balik dari umah ... 10.30 ... mak pak suruh siapkan beg pakaian .. pastu suruh tido ... 11.00 ke 6.00 pagi .. tido ...


yang lebih ni semua masa bersama ibu bapa (maksudnya urusan nak jaga depa lepas sekolah ni adalah urusan ibu bapa)
soal mak bapak dia nak biar dia merayau ke...nak suruh gi ngaji quran ke...nak bermanja-manja dgn mak bapak ke...nak bagi alasan tak dak masa sebab mak bapak kerja banyak ke.....ITU SEMUA TANGGUNG JAWAB IBU BAPA...BUKAN LAGI CERITA DGN CIKGU DI SEKOLAH.



so please ... enlighten me .. kat mana yg kata masa bebudak ngan pak mak lagi banyak berbanding cikgu kat skola... sabtu ahad ... kalau mak pak keje swasta .. sabtu x de beza ngan hari2 biasa .. yg keje gomen ade masa sket ngan anak ...牋
tak tau la pulak kalau parent skang ni trendy ngan innovative .. siap mengajar anak2 ngan kaedah bawah sedar semasa bebudak tu tido kat bilik....


  pasai apa pulak bila mak bapak sibuk dengan kerja....tugas depa jaga anak nak serah pada cikgu????牋dia sibuk tak nak bersama anak dia....itu urusan dial.
hakikatnya masa selepas waktu persekolahan tu sudah di bawah jagaan ibu bapa bukan lagi guru-guru.


cikgu pun bila dah pulang dari sekolah...dorang dah ada anak sendiri yg nak dijaga....nak dibentuk budi pekerti.

cover la cikgu2 ... kalau bulu idung tu dah terjulur keluar .. tak potong2 .. sembunyi camna pun tetap nampak huduh jugakk ...

...


tak ada aper rahsia yg nak di cover......kalau rasa banyak masa dan kalau cik/en sibel ada anak di sekolah....sila-sila datang jenguk-jenguk爇e爏ekolah sekali sekala...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2007 05:51 PM | Show all posts
Merotan cara berkesan tangani disiplin

PADA 2 Februari lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar, berkata kementeriannya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pengetua sekolah yang menyembunyikan masalah disiplin pelajar termasuk buang kerja.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha memastikan pihak sekolah menjalankan tanggungjawab bagi membendung masalah disiplin di kalangan pelajar yang makin meruncing.

Kenyataan timbalan menteri dibuat ekoran kes pelajar yang meninggal dunia kerana dibuli dan didera pelajar lain.

Sudah tentu banyak pihak mengharapkan keberkesanan daripada tindakan ini bagi mengatasi masalah disiplin yang berpunca daripada sekolah yang tidak serius mengatasi masalah disiplin di samping ada segelintir pengetua dikatakan merahsiakan masalah disiplin pelajar.

Kita tidak seharusnya menghukum pihak sekolah khususnya pengetua jika mereka gagal membendung gejala ini.

Dengan tindakan tatatertib, dapatkah kita memastikan langkah ini mampu menyelesaikan masalah disiplin bagi jangka masa panjang?

Untuk mengatasi masalah disiplin yang kian berleluasa, kita perlu mengambil langkah dari peringkat akar umbi lagi. Saya ingin mengajak pembaca untuk balik ke zaman 30 atau 40 tahun lalu.

Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dulu dan masih ingat kawalan disiplin dilaksanakan.

Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagai cara paling berkesan menangani masalah disiplin pelajar.

Guru diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan pelajar bersalah. Ia ditambah dengan sokongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan.

Pada masa itu, pelajar tidak berani mengadu kepada ibu bapa bahawa dia dirotan kerana dia tahu bapanya akan merotannya lagi. Ia terjadi disebabkan pendirian ibu bapa bahawa guru tidak akan merotan tanpa sebab.

Keadaan sangat berbeza pada hari ini. Hukuman rotan dilihat sebagai tindakan mendera, kasar dan tidak sesuai dilaksanakan dalam proses mendidik pelajar.

Hukuman rotan di khalayak dimansuhkan dan guru tidak dibenarkan merotan pelajar kecuali pengetua atau guru besar dan guru disiplin.

Sebagai alternatif, pendekatan secara nasihat, kursus dan kaunseling digunakan bagi mengawal masalah disiplin.

Tidak perlu dinyatakan keberkesanan cara itu kerana masalah disiplin pelajar sekolah pada hari ini tetap pada tahap membimbangkan malah semakin hari semakin meruncing. Berjayakah cara itu? Kita tahu jawapannya.

Hari ini, pemikiran ibu bapa tidak lagi seperti dulu. Anak terlalu dimanjakan.

Mereka bukan saja tidak mengakui hakikat tingkah laku negatif anak mereka di sekolah, malah jika anak mereka dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan, pihak sekolah dipersalahkan.

Tindakan ibu bapa yang membuat laporan polis dan menyaman pihak sekolah ialah senario yang biasa hari ini.

Ia antara faktor yang menyebabkan guru, pengetua dan pihak sekolah terpaksa menyembunyikan kes disiplin pelajar di sekolah.

Dengan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul di samping tidak ada pihak yang membela jika pengetua dan guru disaman oleh ibu bapa maka mereka seolah-olah menutup mata terhadap masalah disiplin yang berlaku di depan mata.

Masalah disiplin di sekolah bukan perkara baru. Cadangan demi cadangan dikemukakan dan pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah disiplin tetapi rata-rata banyak pihak menuding jari ke arah guru dan pihak sekolah jika masalah disiplin gagal dibendung.

Akibatnya, timbul cadangan mengambil tindakan terhadap pengetua dan pihak sekolah yang menyembunyikan masalah disiplin. Berjayakah cara itu?

Kita juga tahu jawapannya. Masalah disiplin tetap berlaku dan kadarnya makin meningkat.

Kita sudah nampak perbezaan keberkesanan antara pendekatan lama dan baru.

Jika kita terlalu memanjakan dan membela anak atau pelajar bermasalah, maka inilah yang akan merosakkan mereka pada masa akan datang.

Merotan adalah sebaik-baik cara mendidik, bukan menyalahkan guru atau sekolah kerana menyembunyikan perlakuan pelajar tidak berdisiplin.

BEKAS PELAJAR SEKOLAH,


----------------------------------------------------------------------------------------

apa pandangan forumers pulak tentang perkara ini??
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 10:38 PM | Show all posts
Jika perbuatan merotan itu datang dengan niat untuk mendidik...macam orang2 tua kita zaman dulu, then by all means, go ahead...saya setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 11:58 PM | Show all posts

kaunseling

dalam 4, 5 tahun kebelakangan ini pihak tertentu menerapkan pendekatan kauseling di sekolah. setiap sekolah ada 1 atau 2 orang kaunselor.

masalahnya di sini berkesankah pendekatan ini ? kalau berkesan kenapa masalah makin membuak - buak. kalau tak berkesan , apa yang kaunselor buat di sekolah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2007 06:24 AM | Show all posts
Kaedah displin menarik.. tp masalahnya perlaksanaan tidak begitu berjaya..

kalu kita lihat.. setiap sekolah ada 1-2 guru displin bergantung kepada bilangan murid..

tp masalah kekerapan meninggalkan sekolah oleh guru kaunseling sering berlaku. mereka meninggalkan sekolah kerana sering dijemput memberikan ceramah ke sekolah2 lain... ni yang menjadi masalah utama..

lagi satu tenaga sorang dua ni tak begitu praktikal.. sbb utk menyelesaikan sesuatu maslah bukan hanya dengan satu sesi kaunseling je.. murid perlu menghadiri 5-6 sesi bergantung kepada masalah..

lagis atu maslah persekitran.. selepas dikaunseling mereka insaf.. tetapi bile bercampur semula dgn kawan2.. mreka lakukan perkara yang sama kembali..

satu je aku rasa nak selesaikan amslaah ni.. ibu bapa kena ambik perhatian masalah displin anak2.. sering berjumpa dgn guru2 untuk membincangkan masalah displin.. bagi kebenaran guru2 mendenda pelajar yang sering menimbulkan maslaah displin..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by MamaIlya at 5-2-2007 10:38 PM
Jika perbuatan merotan itu datang dengan niat untuk mendidik...macam orang2 tua kita zaman dulu, then by all means, go ahead...saya setuju...


haha no comment.

kalau my girls kena rotan kat sekolah, mmg mac akan bergegas ke sekolah sbb mac tau personality dan behaviour my girls. They are always in their best behaviour kat sekolah, walaupun kena provoke/buli dgn budak2 yg perangai entah apa2 kat sekolah. (kat rumah, lain cetala)

Akan tetapi if my std 1 boy kena rotan kat sekolah.... hehe... i accept la... knowing my boy tu taklah "baik" sangat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2007 11:54 PM | Show all posts
Adas anak murid aku yang terlibat dengan satu kes serius... kes ni dah dilaporkan kepada polis pun. nasib baik orang yang melaporkan tu tarik balik tuduhan tu.

Takde bapa, mak asyik takde kat rumah sebab kerja... aku suruh dia datang tusyen kat rumah... free... takdelah dia nak campur dgn geng2 yang buat kerja tak elok lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by macademia at 6-2-2007 09:08 AM


haha no comment.

kalau my girls kena rotan kat sekolah, mmg mac akan bergegas ke sekolah sbb mac tau personality dan behaviour my girls. They are always in their best behaviour kat sekola ...


mmm.... anak mac yg std 1 tu kata cikgu kelas dia  rotan dia (cerita seminggu dia perap) ..... mmmmm:hmm: tapi mac tau, anak mac yg buat salah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 12:48 AM | Show all posts
Agul,
eloklah tu....bantu budak tu selagi termampu. Jangan sampai terjebak ngan budak nakal, gam dan sebagainya....payah nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 12:29 PM | Show all posts
baru-baru ni.......around 8.30 pagi, terserempak dengan sorang student yg baru sampai sekolah.  panggil dia...belum tanya aper-aper dah menangis.

dipendekkan cerita, rupa-rupanya bergaduh dengan ayah sebelum datang sekolah....
tanya dia kes aper.....  ikut dia kes pasal "mak muda"

ceritanya ayah dia marah dia sebab tak pakai tudung......bla...bla...bla...

dia jawab balik ayah dia....

masa sesi jawab tu terkeluar ler.....buat aper gaduh dia tak pakai tudung...abah jaga ler bini muda abah tu....suruh dia pakai tudung dulu........

aper lagi.......ayah pun tak kan tak naik darah....!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by NBI86 at 19-2-2007 12:29 PM
baru-baru ni.......around 8.30 pagi, terserempak dengan sorang student yg baru sampai sekolah.  panggil dia...belum tanya aper-aper dah menangis.

dipendekkan cerita, rupa-rupanya bergaduh deng ...


HAHA :lol   kan dah terkena batang hidung sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 09:04 PM | Show all posts
Originally posted by  sherrina at 19-2-2007 12:48 AM
Agul,
eloklah tu....bantu budak tu selagi termampu. Jangan sampai terjebak ngan budak nakal, gam dan sebagainya....payah nanti


Sebelum ni dah terjebak pun... cuma sekarang ni dia dah takde peluang nak campur dgn budak nakal...

Cuma budak ni pelik sikit... nak cakap macam mana... dia macam tak ada "conscience", maksud aku dia ada masalah nak bezakan anatara perbuatan yang betul dan salah. Masa kena tangkap haritu macam tak ada perasaan bersalah... dah kena dengan Guru Besar pun biasa je...

Tu yang aku dan kawan aku basuh dia cukup2 aritu, jumpa mak dia dsbgnya. Nak bagi dia ada conscience...Cara basuh tu special sikit... dan kawan aku yang lebih pakar dalam hal ni, aku sebagai bantuan je... cara dia lebih berkesan dalam kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by NBI86 at 19-2-2007 12:29 PM
baru-baru ni.......around 8.30 pagi, terserempak dengan sorang student yg baru sampai sekolah.牋panggil dia...belum tanya aper-aper dah menangis.

dipendekkan cerita, rupa-rupanya bergaduh deng ...


Aku... rasa sedih dengan seorang bekas pelajar aku... dulu memang bertudung, sopan je... tapi tahun ni dah bukak tudung... siap nyorok lagi taknak bagi aku ternampak...

hai........... apa nak buat.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 03:06 PM | Show all posts
Originally posted by Agul at 19-2-2007 09:09 PM


Aku... rasa sedih dengan seorang bekas pelajar aku... dulu memang bertudung, sopan je... tapi tahun ni dah bukak tudung... siap nyorok lagi taknak bagi aku ternampak...

hai........... apa牋...


kat sekolah saya...semua murid perempuan bertudung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2007 03:14 PM | Show all posts
u all should come to my school..
my pengetua pun takut dgn budak2 samseng..kira budak2 samseng nie boss la..mana tak nya, kete dia dah bapa kali kemek sana, kemek sini kena tendang2...
kalau boss pun takut..cikgu2 lagi tak kuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 08:42 PM | Show all posts
NBI86,

Kalau nak buat macam tu, memang banyak ambil masa dan tenaga. Dengan beban dan skop kerjasekarang ni susah nak cari masa buat kerja macam tu. Mungkin cikgu2 disiplin je ada masa untuk cek...

norsha,

kalau macam tu, pengetua tu kena pilih dari kalangan samseng jugak lah... muka biar macam pengetua tadika shin chan... baru diorang takut...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 11:29 PM | Show all posts
Originally posted by Agul at 20-2-2007 08:42 PM
NBI86,

Kalau nak buat macam tu, memang banyak ambil masa dan tenaga. Dengan beban dan skop kerjasekarang ni susah nak cari masa buat kerja macam tu. Mungkin cikgu2 disiplin je ada masa untuk c ...


sebab tu saya kata...kes-kes pasal warna rambut tu kena anggap bukan kes disiplin yg besar (ini bagi pelajar yg bertudung ler...kalau tak bertudung kes dah jadi macam lain pulak kan...).

cikgu disiplin pun ler ni tak termampu nak buat kerja-kerja yg macam ni.

kerja perkeranian terlalu banyak yg cikgu kena buat skrang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by norsha at 20-2-2007 03:14 PM
u all should come to my school..
my pengetua pun takut dgn budak2 samseng..kira budak2 samseng nie boss la..mana tak nya, kete dia dah bapa kali kemek sana, kemek sini kena tendang2...
kala ...


dasyat tu........gerun dengar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.077550 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list