CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2516|Reply: 19

sekiranya anda seorang ayah..

[Copy link]
anizam This user has been deleted
Post time 26-4-2007 02:38 PM | Show all posts |Read mode
sekiranya anda adalah seorang ayah, apa yg anda akan harapkan daripada anak2 anda?
terutamanya daripada anak yg telah dewasa
1. daripada anak lelaki
2. daripada anak pompuan
3. daripada anak yg x sempurna (OKU-x kira lllki / pompuan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #1 anizam's post

aku dah jadi ayah pun. Bila anak aku dah dewasa, apa yg aku harapkan adalah seperti berikut:

anak lelaki: - rajin belajar/amal ilmu dunia/akhirat.
               - pandai ngaji quran spy kalau mak/pak dah mati, depa boleh sedekah bacaan utk kami.
               - jaga ummy dia selagi ummy masih bernyawa
               - jaga maruah keluarga
               - akur tanggungjawab2 sbg anak lelaki
               - berdikari tetapi tidak membelakangkan keluarga

anak perempuan: - rajin belajar/amal ilmu dunia/akhirat.
                         - pandai bawa diri sbg muslimah
                         - pandai uruskan rumahtangga
                         - pandai2 pilih kawan yg baik
                         - jaga maruah keluarga


menjawab persoalan kah aku ni? kalau ada lagik aku tambah..dalam kepala terlalu byk harapan/impian sbg seorang ayah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 03:27 PM | Show all posts

Reply #2 kched's post

thats my bro :love:

Dik Dut doakkan yg TErbaik in all ur aspiration :pray::pray:
Reply

Use magic Report

anizam This user has been deleted
 Author| Post time 26-4-2007 03:30 PM | Show all posts
baiknyer jika ada anak mcm tu..

tp sedih nye jika dapat anak macamni:
1.  selalu kuar malam p soping komplex cuci mata
2. berkumpul dengan bebudak grunge yg x der arah tujuan idup.
3. x tau baca al-quran.. sapa yg bacakan kite ayat2 yassin karang.
4. x pandai jg maruah.. hidup bebas..
5. x tau tanggungjawab..
6. dll
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by kched at 26-4-2007 03:10 PM
aku dah jadi ayah pun. Bila anak aku dah dewasa, apa yg aku harapkan adalah seperti berikut:

anak lelaki: - rajin belajar/amal ilmu dunia/akhirat.
               - pandai ngaji quran spy kal ...

kalau takat mengharap jerrrr....
buat peghabih bogheh yo...
usahanya bagaimana?
sebagai seorang ayah...apa yang akan anda lakukan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 08:49 PM | Show all posts
Originally posted by kched at 26-4-2007 03:10 PM
aku dah jadi ayah pun. Bila anak aku dah dewasa, apa yg aku harapkan adalah seperti berikut:

anak lelaki: - rajin belajar/amal ilmu dunia/akhirat.
               - pandai ngaji quran spy kal ...


samo la impian kita....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2007 09:00 PM | Show all posts
1.  selalu kuar malam p soping komplex cuci mata

siapa yg benarkan mereka kuar malam?

2. berkumpul dengan bebudak grunge yg x der arah tujuan idup.

siapa yg benarkan mereka berkumpul tanpa tujuan? Siapa sepatutnya yang ambil tahu?

3. x tau baca al-quran.. sapa yg bacakan kite ayat2 yassin karang.

siapa yg tak ajar mengaji atau tak hantar ke kelas mengaji?

4. x pandai jg maruah.. hidup bebas..

siapa yg tak ajar erti harga diri dan maruah?

5. x tau tanggungjawab..

siapa yg tak ajar mereka berdikari dan menjadi manusia yg berguna?

Tugas siapa kah agaknya?

Klau dah bapak orang pun boleh kena tangkap basah... atau asik melepak kat dangdut, angkut GRO dan anak dara orang... nak cari mak tiri untuk anak-anak... kat rumah lintang pukang dan asik bertengkar... apa tah pula yg akan jadi kat anak-anak mereka?

Saya fikir semua ibubapa mahu anaknya menjadi yg terbaik. Nak anak jadi tahfiz lah atau doktor lah ataupun jadi kedua-duanya sekali serentak. Tetapi ingatlah wahai semua bahawa tugas bapa lah sebagai tonggak dalam keluarga untuk memberi anak asas, displin, tunjuk ajar, nasihat dan panduan. Anak anak itu ibarat kain putih, suci dan bersih tanpa noda atau cela.

Memang indah lah kita nak buat senarai panjang panjang nak anak jadi macam ni macam tu... tapi dalam masa yg sama cara masing masing menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa tidak kurang pentingnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 09:16 PM | Show all posts

Reply #7 cengeh's post

i'm sorry beg to differ on ur postings dear Cengeh

While, its trues tugas ibu bapa sebenarnya mmg takkan habis, dlm mendidik anak ke arah seribu kebaikkan....

Tapi di satu tahap, anak2 itu semua sudah boleh berfikir dengan akal pemberian Yg Maha Esa....lemah sungguh hujah, bila mana anak2 tidak menjadi seorang MANUSIA, kesalahan di letakkan di atas bahu ibu bapa yg telah melakukkan sehabis daya dlam, membentuk akhlak dan moral anak depa

Having lived overseas for the longest time, what I can concluded is that, its up to you...to choose the course of action, that suits you, nobody can influenced you to be bad, no one can force u to do anything without ur consent

I rest my case
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2007 09:30 PM | Show all posts
aku berpendapat bahawa semasa kecil tugas mendidik anak2 memang di bahu ayah dan emak masing masing. Pupuk semangat untuk mendalami agama .....kalau boleh katam quran ker...then pupuk plak dgn duniawi....tuhan pun pernah berpesan...bersederhanalah kamu dalam segala hal. Jadi dunia pun mau akhirat pun mau...kalau anak anak dah besar dan akil baligh ( dah jadi buluh ) susah nak lentur lagi. Kenapa bab agama perlu utk anak anak? Supaya mereka ada pedoamn hidup. At least kalau dah besar nanti dia tau arah mana nak tuju....Yelaaa pak imama pun buat dosa beb......

Itu pendapat aku laaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 07:45 AM | Show all posts
Originally posted by dutchy at 26-4-2007 09:16 PM
i'm sorry beg to differ on ur postings dear Cengeh

While, its trues tugas ibu bapa sebenarnya mmg takkan habis, dlm mendidik anak ke arah seribu kebaikkan....

Tapi di satu ta ...

Dutch,
memang arrr kita takley salahkan ibubapa bila anak yang dah besar panjang buat decision yang menyimpang. Tapikan asas tu sangat penting. Kalau asas yang kukuh tak diberikan oleh ibubapa, anak boleh menyimpang jauh...

Wallahualam...:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 08:33 AM | Show all posts
semua parents harapkan yang terbaik kan.... ada ke sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by anizam at 26-4-2007 02:38 PM
sekiranya anda adalah seorang ayah, apa yg anda akan harapkan daripada anak2 anda?
terutamanya daripada anak yg telah dewasa
1. daripada anak lelaki
2. daripada anak pompuan
3. daripada anak  ...


aku berharap agar anak-anakku bahagia di dunia dan akhirat...
Reply

Use magic Report

anizam This user has been deleted
 Author| Post time 27-4-2007 11:59 AM | Show all posts
insya allah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 02:40 PM | Show all posts

Reply #5 intan_mahsuri's post

sapa2 yg ada paham hati seorg ayah jer tau apa yg seorg ayah rasa.
Tak perlulah aku ulas pertanyaan ko pjg lebar. Nak melentur buluh tuh kenalah dari rebung. Cth:

1) Aku solat dlm bilik tak tutup pintu. Anak aku akan duduk tepi dan perhatikan aku solat.
2) Aku ngaji Quran, dia akan datang duduk atas riba aku.
3) Aku off to bed dgn dia sama2, aku bacakan doa tidur, Asmaul Husna etc

Ada byk lagik cth2 yg aku, husband n wife buat hari2. Sbb cth yg baik tuhlah nak kena tunjuk awal2. Sbb dalam family aku pun practise benda yg sama again n again n again.

Tapi aku taklah pious sgt..Time aku nyanyi, anak aku pun nyanyi jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 02:42 PM | Show all posts

Reply #1 anizam's post

yang obedient............... tak kira laki atau perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 10:47 PM | Show all posts
no komennnn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2007 12:29 AM | Show all posts
sekiranya anda adalah seorang ayah, apa yg anda akan harapkan daripada anak2 anda?
terutamanya daripada anak yg telah dewasa
1. daripada anak lelaki
2. daripada anak pompuan
3. daripada anak yg x sempurna (OKU-x kira lllki / pompuan)


1. Anak lelaki yg taat pada Allah & ibubapa, menjadi suami yg bertanggungjawab & pemimpin keluarga, menjadi anak yg soleh yg sentiasa mendoakan kebahgiaan ibubapanya.

2. Anak perempuan yg taat pada Allah, ibubapa serta suami & ibubapa mertua sekiranya dah berkahwin, menjadi isteri yg bertanggungjawab & pengasuh keluarga (ibu mithali), menjadi anak yg solehah yg sentiasa mendoakan kebahgiaan ibubapanya & suaminya.

3. Semoga Allah melindunginya dunia & akhirat untuk anak kita yg 'istimewa' ini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:52 AM | Show all posts
tapi tu la dalam kite mendidik anak..sebaik mane pon kekadang anak2 ni akan hanyut dalam dunia yang kejam..tapi ni dari pengalaman win la..ada la member win ..win tengok parents dia memang baik gile...alim..warak..sume la..tapi anak2 dia sosial..bukan sume tapi mostly...sosial sane sini, tuh yang buat win pk salah sape sebenarnye..
salah mak bapak k dalam mengajar anak2
atau anak2 ni tak suke dengan ilmu2 kebaikan yang ibu bapa beri dan mula memberontak?
tak tau la..
yg pasti taat la pada ibu bapa..terutama sekali ibu kerana syurga di bawah tapak kaki ibu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 12:56 AM | Show all posts
tapi tu la dalam kite mendidik anak..sebaik mane pon kekadang anak2 ni akan hanyut dalam dunia yang kejam..tapi ni dari pengalaman win la..ada la member win ..win tengok parents dia memang baik gile...alim..warak..sume la..tapi anak2 dia sosial..bukan sume tapi mostly...sosial sane sini, tuh yang buat win pk salah sape sebenarnye..
salah mak bapak k dalam mengajar anak2
atau anak2 ni tak suke dengan ilmu2 kebaikan yang ibu bapa beri dan mula memberontak?
tak tau la..
yg pasti taat la pada ibu bapa..terutama sekali ibu kerana syurga di bawah tapak kaki ibu..


Itu ujian namanya ... sedangkan anak Nabi Nuh menderhakai bapanya, isteri Nabi Lut membelakangi suaminya.

Kalau anak derhaka pada ibu-bapa yg alim, itu dugaan Allah pada hamba yg disayangi-Nya.

Kalau anak derhaka pada ibu-bapa yg jahil, itu bala Allah pada hamba yg ingin disedarkan-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2010 02:52 PM | Show all posts
...... sanggupkah anda membiarkan hidup anak anda diselubungi misteri!!!!!  


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.527311 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list