CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shahgti

PENAMBAHBAIKAN ISLAMIK BANK DI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 25-4-2011 10:22 PM | Show all posts
Kita guna islamic ke konvensional ke... dua-dua kena tindas. Haram ke pinjam guna konventional. Buka ...
lipans Post at 1-4-2011 16:59



    As Salam, untuk pengetahuan saudara, yang terlibat (merelakan) untuk membayar riba (saudara) dan pihak bank yg mengelolakan sistem pinjaman riba sama-sama haram dan menanggung dosa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 08:13 AM | Show all posts
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ma&pg=ba_03.htm

Kewajipan pilih kewangan Islam
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN
KRISIS ekonomi 2008 menyaksikan masyarakat dunia mula membuka mata kepada sistem kewangan Islam.

Ini kerana, sistem kewangan Islam, walaupun turut menerima kesan sedikit dengan badai krisis ekonomi tersebut, tetapi ia jauh lebih rendah berbanding dengan sistem ekonomi konvensional.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengeluarkan artikel bertajuk The Effects of the Global Crisis on Islamic and Conventional Banks: A Comparative Study dengan penulisnya Maher Hasan dan Jemma Dridi membuat perbandingan kesan krisis ekonomi kepada sistem kewangan konvensional dan Islam.

Hasilnya, mereka membuat kesimpulan bahawa prestasi ekonomi Islam lebih baik daripada sistem konvensional.

Kesedaran tentang bahaya dan bahana sistem kewangan yang berasaskan ribawi semakin hari semakin meningkat.

Kesedaran ini berpunca dari usaha gigih para ulama, cendekiawan dan pakar-pakar syariah yang menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui media-media.

Ruang-ruang yang disediakan dalam televisyen, radio, akhbar dan media-media baru seperti laman sosial digunakan sebaik mungkin untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Sokongan pihak kerajaan dari segi perundangan dan bantuan kewangan juga turut membantu perkembangan ini. Ini menyebabkan institusi-institusi kewangan berminat menawarkan produk-produk kewangan Islam kepada prospek dengan tawaran pakej, perkhidmatan serta harga yang cukup menarik.

Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh institusi-institusi kewangan Islam yang setanding dengan pesaing juga menyebabkan masyarakat sudah mula berminat dengan sistem kewangan Islam.

Harga produk-produk kewangan Islam juga semakin kompetitif dan mampu menarik minat para pengguna.

Kecekapan kakitangan di samping kontrak-kontrak yang lengkap dan jelas juga menyebabkan masyarakat lebih yakin dengan produk-produk yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 08:15 AM | Show all posts
Beberapa fenomena dan suasana di atas sengaja disebutkan sebagai pendahuluan kepada artikel kali ini.

Ia bagi menggambarkan bahawa tiada alasan untuk masyarakat tidak memilih sistem kewangan Islam termasuklah perbankan Islam dan Takaful.

Sebenarnya, kebaikan-kebaikan yang ada kepada sistem kewangan Islam sebagaimana yang dipaparkan di atas bukanlah sebab utama untuk kita memilih sistem kewangan Islam.

Umat Islam perlu menyedari bahawa memilih sistem kewangan Islam adalah suatu kewajipan dan kemestian.

Ini bermakna, sama ada bersetuju atau tidak, kita sebagai umat Islam mesti menggunakan perkhidmatan yang selari dengan syariah Islam sebagaimana yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan Islam.

Dengan kata lain, ia adalah merupakan salah satu manifestasi pengabdian diri kepada Allah SWT.

Mereka yang mengaku sebagai hamba Allah tidak akan sanggup melakukan perbuatan yang akan mengundang kemurkaan Allah.

Mereka akan tetap bersama syariah Allah dengan penuh konsisten walaupun kadang-kadang ia mendatangkan sedikit bebanan kepadanya.

Namun, seorang hamba Allah yakin bahawa setiap kesusahan dan kesulitan yang dihadapinya demi untuk tetap di atas jalan-jalan yang benar akan mendatangkan ganjaran pahala dan kasih-sayang Allah yang didambakan olehnya.

Inilah sikap hamba yang beriman kepada Allah sebagaimana yang dinyatakan melalui firman Allah:

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (al-Nisa': 65)

Allah juga berfirman:


Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (al-Ahzab: 36)

Dalam proses membuat keputusan, institusi-institusi kewangan Islam seperti perbankan Islam dan Takaful mempunyai Jawatankuasa Syariah yang bertindak sebagai badan induk yang mengawalselia operasi dan pengurusan syarikat termasuklah dalam proses kelulusan produk.

Rujukan utama kepada Jawatankuasa Syariah ini adalah al-Quran dan sunnah dalam membuat keputusan. Bukan itu sahaja, resolusi Jawatankuasa Syariah institusi kewangan Islam pula akan disemak oleh Majlis Pengawasan Syariah, Bank Negara Malaysia.

Ini menunjukkan betapa ketatnya proses mengeluarkan keputusan yang perlu dilalui oleh institusi-institusi kewangan Islam.

Walaupun masih terdapat sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki, namun kita tidak boleh menjadikannya sebagai alasan untuk memilih produkproduk konvensional yang mempunyai elemen-elemen yang diharamkan dalam Islam.

Orang yang benar-benar beriman tidak akan sanggup untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Namun, sedarlah bahawa dosa riba boleh memasukkan kita ke dalam neraka. Bahkan, kekal dalam neraka buat selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 08:15 AM | Show all posts
Firman Allah:

Dan Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah : 275)

Orang yang beriman juga tidak sanggup untuk dianggap sebagai kufur kepada Allah. Namun, adakah kita sedar bahawa terlibat secara berterusan dengan riba seolah-olah menghalalkannya boleh menyebabkan kufur kepada Allah.

Ia sebagaimana yang diulas oleh Imam Fakhruddin Ar-Razi apabila beliau menghuraikan maksud sesiapa yang mengulangi lagi dalam ayat di atas sebagai mereka kembali menghalalkan riba sehingga mereka itu jadi kafir. (Tafsir Al-Kabir, 7/82).

Banyak lagi dosa yang tidak sempat untuk dirakamkan di sini. Namun, sedarlah para pembaca sekelian, jangan kita mencipta alasan untuk tidak mengikut syariat Allah.

Sewaktu kita ingin beralasan, fikirkanlah adakah alasan itu akan diterima di mahkamah Allah di padang Mahsyar kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 11:07 AM | Show all posts
aku pun try nak amik islamic sbb islamic yg aku nampak menarik tetapi still ada BFR ialah HSBC amanah...
sebab bila kita bayar byk, prinsipal nampaklah berkurang...
insyaALLAH lepas dah tak sangkut dgn penalti dgn cimb bank nieh,
aku nak tuko ke hsbc amanah...
buat refinance hanya utk bayo hutang bukan tambah hutang atau amik duit...
mana taw dlm 20 tahun aku akan menikmati financial freedom..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 06:27 AM | Show all posts
Aku pernah membaca satu kes mahkamah tahun lepas dlm akhbar yg pengadu melawan bank yg meminta b ...
mytrade Post at 20-4-2008 17:08
aku pernah baca....... dan hakim tu 'maki' lawyer bank tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2011 10:31 AM | Show all posts
Islam pebenda kalu pengiraan kadar untung berlandaskan konsep time value of money ciptaan yahudi?

Apsal masa berakad tak disebut plak "aku jual rumah ini pada rega 2x ganda berlandaskan untung bank pada kadar 8% SETAHUN sbb si peminjam amek loan 20 tahun"?

Atau; "aku jual rumah ini pd rega 1.5x ganda berlandaskan untung bank pada kadar 8% SETAHUN sbb si peminjam cerdik amek loan 10 tahun?"

Atau; "aku jual rumah ini pd rega 3x ganda berlandaskan untung bank pada kadar 8% SETAHUN  sbb si peminjam tolol sgt amek loan 30 tahun"?

Kenapa asas pengiraan berlandaskan kadar tahunan tak disebut dlm akad? Satu percubaan nak menipu tuhan ka?

Lagi2 yg disebut "kadar untung bank".. Kalu ikut definisi "kadar untung bank" maka = 8%. Mana datang kadar utk setiap tahun?

Prffthhhhhhhhhhhhhhh :re:
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2011 10:50 PM | Show all posts
kiranya babi kalu disembelih, halal laa gitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2011 12:47 AM | Show all posts
Reply 107# baghal_bortuqal


BLR konvensional = 6% BLR islamic = 8% (konon2 fix)
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2011 10:44 AM | Show all posts
Cuba tgk iklan loan bank islam ni..terang2an bgtau kadar interest nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 11:06 AM | Show all posts
kiranya babi kalu disembelih, halal laa gitu?
Acong Post at 30-8-2011 22:50


asal ada akad... halal la ikut puak neh :re:











Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 12:53 PM | Show all posts
Islam pebenda kalu pengiraan kadar untung berlandaskan konsep time value of money ciptaan yahudi?

...
baghal_bortuqal Post at 28-8-2011 10:31


Kata Ustaz Zaharudin----> ini kita panggil back door riba.

Hukum nya HARUS!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.356691 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list