CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32271|Reply: 111

PENAMBAHBAIKAN ISLAMIK BANK DI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 27-4-2007 12:23 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by shahgti at 14-7-2012 02:12

ULASAN DR ASRI TENTANG PERBANKAN ISLAM

http://www.youtube.com/watch?v=1VNApS-LSBk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2007 12:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by shahgti at 14-7-2012 02:13

Sekatan Yang Membantut Perbankan Islam
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/927-sekatan-yang-membantut-perbankan-islam.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 12:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by shahgti at 14-7-2012 02:15

saranan-saranan penambahbaikan

http://bengkelpemikiran.wordpress.com/2012/01/18/kritik-terhadap-bank-syariah-pendekatan-tujuan-ekonomi-islam/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 01:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by shahgti at 14-7-2012 02:16

artikel AZHA SYAZRI.  apakah penjelasan yg sewajarnya.

BENARKAH BANK ISLAMIK BERMURAH HATI BERI DISKAUN (IBRA')?

Bank Islamik menyatakan mereka bermurah hati, apabila mereka memberikan diskaun atau rebet (ibra') apabila anda melakukan early settlement (penyelesaian awal). Memang benar mereka beri rebet bilaa nda selesai awal, tapi adakah diskaun ini something yang unik dan istimewa, atau sekadar amalan biasa pihak Bank yang dijadikan gimmickuntuk islamik loan?

Dari contoh pinjaman rumah tadi, setelah membayar pinjaman rumah selama 10 tahun (total payment RM84,000), nilai full settlement untuk loan konvensional adalah RM 86,655. Anda bayar RM 84,000, hanya untuk mengurangkan baki pinjaman sebanyak RM 13,345. Ini yang orang dulu mengamuk, bayar punyalah banyak, tapi baki pinjaman baru berkurangan sikit. Kebanyakan bayaran selama ni, hangus sebagai interest (bayaran lebih) kepada Bank sahaja. Ini yang banyak dijadikan modal oleh islamik Bank untuk condemn sistem interest oleh Bank konvensional, kononnya tak telus. Padahal, orang mengamuk sebab mereka takde knowledge about sistem pengiraan loan.

Kalau anda pakai loan islamik, setelah bayaran 10 tahun RM84,000, anda buat full settlement, Bank islamik akan tolak RM 84,000 dari harga jualan RM 250,944. Baki hutang sepatutnya RM 166,944. Tetapi oleh kerana anda selesaikan pinjaman awal, maka Bank islamik minta bayaran RM 86,655 sahaja lah. Lagi RM 80,289 kira diskaunlah, rebet ibra' dariBank islamik. Banyak tuh RM80,000 diskaun, mana nak dapat? Kan Bankislamik bermurah hati.

Padahal, nilainya sama sahaja dengan full settlement loan konvensional. Tapi diwar-warkan seolah olah Bank islamik sangat bermurah hati kasi diskaun RM80,000. Sedangkan dari sudut teknikal, apabila anda selesaikan pinjaman lebih awal, pihak Bank TIDAK BERHAKUNTUK TUNTUT INTEREST / PROFIT untuk baki tempoh pinjaman. Mereka hanya berhak ke atas tempoh sebelum penyelesaian awal sahaja. Lainlah kalau early settlement RM86,655, tapi Bank islamik kira bayar RM50,000 sajalah, itu baru, real diskaun.

Cuba anda bandingkan sendiri, nilai early settlement dari loan konvensional dan loan islamik? Yang mana lebih murah? Kadangkala early settlementdari islamik loan lebih tinggi sedikit dari loan konvensional kerana mereka kenakan penalti caj yang lebih tinggi. Whatever it is, untukkepastian, cuba anda selidik sendiri dan semak betulkan ada diskaun seperti yang dinyatakan, atau sekadar GIMMICK SAHAJA?

Yang menjadi masalah sekarang, loan islamik tidak memgambil kira bayaran lebih yang anda lakukan untuk kurangkan profit yang dicaj keatas loan anda. Ini berlaku terutamanya dalam pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Selagi pinjaman tidak fully-settled, apa jua bayaran lebih tidak dikira untuk kurangkan total profit. Ini berbeza dengan loan konvensional di mana anda boleh bayar lebih untuk kurangkan baki pinjaman anda. Baki pinjaman berkurangan, interest yang dikenakan juga berkurangan.

BANK ISLAMIK BERNIAGA DALAM KHIDMAT KEWANGAN

Of course, orang yang tidak puas hati dengan komen saya, akan argue perBankan islam bukan memperkenalkan skim pinjaman. Mereka buat skim pembiayaan di mana mereka menjual barang mengikut akad jual-beli. Sebab itulah mereka namakan ia sebagai profit dan profit ini dihalalkan dalam islam, sedangkan interest dalam pinjaman diharamkan.

First of all, rasa-rasa anda, Bank-Bank islamik ini didaftarkan sebagai syarikat developer rumah, francais kereta dan kedai barangan atau sebagai pemberi khidmat kewangan? Just becoz Bank menukar istilah dari pinjaman kepada pembiayaan, tidak bermakna anda TIDAK BERHUTANG ya. Bila berhutang tetap berhutang. Dalam Islam, bila berhutang kena bayar balik. Cuma bila anda disuruh bayar balik hutanganda dalam jumlah yang lebih banyak, lebihan itu dipanggil riba(bayaran lebih).

Bank islamik bukan penjual rumah, kereta atau barangan kedai. Mereka adalah insititusi yang beri khidmat kewangan dan khidmat kewangan mereka, banyak datang dari meminjamkan duit pelabur pelabur mereka kepada orang ramai. Tak kisah bagaimana anda pusing cerita anda, a Bank is never a house or a car seller.

Yang menjadi masalah, mereka mengenakan profit yang terlalu tinggi dari modal asal barang tersebut. Apabila si penjual mengenakan profit yang terlalu tinggi, ia mirip riba juga, iaitu riba al-Fadl. Ada dalil dari Quran yang menyatakan, adalah haram bagi seseorang yang mengenakan riba (bayaran lebih) berlipat ganda.

Sekian. terima kasih...

artikel di atas disediakan oleh
AZHA SYAZRI HJ AZIZAN (H/P: 012-2011-555 )
Manager - Insurance, Takaful & Investment (AFPM)


[ Last edited by  shahgti at 27-4-2007 01:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 05:26 AM | Show all posts
just nak tambah, Azha ni jugak ada web www.simpanduit.com, cumanya tak sure dia dah update ke dak. last time aku masuk dia tak update ..ada artikel informative ada financial calculators...ada gak iklan maklum ler dia pun ejen gak

[ Last edited by  mantan at 27-4-2007 05:27 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by mantan at 27-4-2007 05:26 AM
just nak tambah, Azha ni jugak ada web www.simpanduit.com, cumanya tak sure dia dah update ke dak. last time aku masuk dia tak update ..ada artikel informative ada financial calculators...ada gak ...


kirawang & sany forumner kat sini pun agent gak. yes, no harm to be an agent. rezeki masing2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2007 09:31 AM | Show all posts
betul kata ko shah
ramai yg nak support Bank Islam tapi bila tengok jumlahnya...tak jadi
begitu jugak dgn kedai orh Islam..
ramai yg nak beli kat c2 tapi bila tengok harga...aah baik aku pegi kedai achong...
ramai yg claim kata pekedai Islam diletak harga borong yg tinggi
tu sbb kena letak harga runcit mahal
tapi tang bank ni aku tak pasti apa sbb kena letak profit margin yg tinggi....?
so far syukur....tak terlibat ngan loan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by shahgti at 27-4-2007 12:23 AM
Kita jgn cepat terima apa saja yg dilabelkan sebagai 'islamic banking' itu sebagai sebenarnya islam. istilah isle ni orang boleh letak kat mana2 pun. PAS guna istilah bandaraya Isle, UMNO pulak g ...


Salam saudara,
  Terpanggil saya untuk menyatakan pendapat berkenaan nasihat tuan berkenaan perkara ini atas rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim. Jika tuan seorang non-muslim maka fahamlah saya maksud nasihat di atas. Namun jika tuan mengaku beragama islam, saya nasihatkan tuan berhati-hati mengeluarkan pendapat seperti diatas. Tuan mengajak orang awam berasa selesa dengan sistem kewangan konvensional yang terang-terangan berasaskan riba dengan membandingkan keuntungan yang diperolehi oleh bank Islam(melalui aqad yang sah dan mengikut syarak). Jika tuan sudah selesa dengan riba JANGAN sesekali ajak orang lain pula agar turut terjebak sama.
  Saya bukanlah ustaz macam Al ust. Zaharuddin tapi saya sentiasa melawat dan menelaah website beliau di
www.zaharuddin.net . Ada artikel menyentuh soal sistem kewangan islam dan konvensional. Hujah-hujah yang dinyatakan oleh Azha Syazri Hj Azizan (AFPM)hanyalah sekadar logik aqal konvensional macam hujah-hujah orang antihadis yang tak boleh dipegang oleh orang awam. Silalah dapatkan nasihat mereka yang pakar dlm kewangan Islam sebelum tuan-tuan nak menyertai pinjaman/kewangan konvensional.

[ Last edited by  putragold at 27-4-2007 09:54 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2007 10:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by shahgti at 14-7-2012 02:18
Originally posted by yusrin at 27-4-2007 09:31 AM
betul kata ko shah
ramai yg nak support Bank Islam tapi bila tengok jumlahnya...tak jadi
begitu jugak dgn kedai orh Islam..
ramai yg nak beli kat c2 tapi bila tengok harga...aah baik aku pegi  ...


mungkin kaedah BBA islamik bank perlu ditinjau semula..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by putragold at 27-4-2007 09:52 AM


Salam saudara,
  Terpanggil saya untuk menyatakan pendapat berkenaan nasihat tuan berkenaan perkara ini atas rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim. Jika tuan seorang non-muslim maka faha ...


bagi saya bank isle tu lagi 'dosa besar' sebab mencekik duit rakyat dgn menyalahgunakan nama islam. that is my point.

saya atas tanggungjawab sayangkan sistem bank islam yg baru nak bertapak kat Msia ni menyeru pihak yg berkenaan utk buat sesuatu. memang semua bank termasuk bank islam nak serve their share holder to get the highest profit margin, tapi jgnlah melampaui batas. lebih2 lagi buruknya pandangan & imej terhadap islam kalau bank islam sendiri tak boleh bertolak ansur & loosen syarat2nya agar pengguna dpt menyelamatkan beribu2 ringgit duit titik peluh berkerja dari ditelan oleh so call 'islamic banking'. are you willing to sedekah RM50,000 kpd share holder bank islam yg dah memang kaya raya, or instead guna duit itu utk pendidikan anak2 anda?

suatu masa dulu umat islam takut nak pakai perfume beralkohol. nasib baik ada islamic scholar yg tidak jumud memberikan their latest opinion. same goes to 'islamic banking'? back to reality, what do you think if 'islamic banking' cekik pengguna another RM50,000 as long as they think it is islamic to do that for their shareholders?

[ Last edited by  shahgti at 27-4-2007 10:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by putragold at 27-4-2007 09:52 AM


Salam saudara,
  Terpanggil saya untuk menyatakan pendapat berkenaan nasihat tuan berkenaan perkara ini atas rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim. Jika tuan seorang non-muslim maka faha ...


Saya setuju dgn saudara putragold...

Sebenarnyer ada byk benda yg kena kaji dan hikmah di sebaliknya:

1) Tak semua bank islam rate tinggi...Bank muamalat 2 thn lepas cek, memang tinggi giler...tapi Bank Rakyat rate is better... Dan tahun lepas, september camtu, jumpe BSN yg offer good rate for islamic banking...go check it out, i think it is pretty cheap rate

2) Katakanlah kalau even BSN islamic still tinggi pon, tapi at least, kalau "EKONOMI JATUH", ada ke BSN naikkan rate? takdeee, rate fixed...tapi konvensional?? naikkan...so, dgn kata lain, antara hikmahnyer, kenapa bank islam rate "maybe" tinggi sikit, sbb dia dah "take into account" + "anticipate" bila ekonomi jatuh...so, dia dah predict kalau benda tu jatuh, camana dia nak cover kos? ...bank islam dia dah kaji semua tu awal2...

3) Bank Islam ada akad, di mana pembeli dan penjual sharusnya sign dan bersalam tanda setuju utk beli dan jual...

4) Bank-bank Islam, maybe tak sehebat bank2 konvensional yg maybe bersaiz besar...so diorg mampu kasi rate y rendah...bank islam maybe still dlm "development" utk meningkat naik...so diorg mungkin memerlukan risk yg tinggi, dan sbb tu caj agak tinggi..

Apa pun, wallahua'lam...apa pon, saya rasa hujah shahgti pon masuk akal juga...tapi, cuma kalau bole, benda macam ni, kita harus cek dgn org lebih arif sblm membuat "decision" ...

Just my 6 cents

wslm
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 10:35 AM | Show all posts
Saya pun tak pasti nak bersetuju pendapat yang mana kerana kecetekan ilmu yang saya ada....tetapi ingin saya memberikan pendapat (maaf jika tidak benar).

Sememangnya pinjaman yang diambil harus dibayar kembali dengan jumlah yang dipinjam kerana lebihan yang dibayar balik dari jumlah sepatutnya adalah dianggap riba kerana pinjaman bertujuan membantu orang lain yang kesusahan.Apabila kita mengenakan lebihan bayaran balik ia telah menganiayai orang yang meminjam yang sedia kesempitan. Namun apabila istilah/konteks pembiayaan digunapakai, ia mengunakan konsep jual beli. Pihak bank membeli dahulu aset dan kemudian menjual kepada pembeli dengan harga sekiannya secara bertangguh. Saya bersetuju dengan konsep ini bahawa bank mengambil keuntungan. Tetapi saya agak musykil jika mana bank mengenakan harga jual yang agak tinggi berlipatganda.(bukankah keuntungan berlipatganda juga tidak dibenarkan kerana menganiayai pembeli).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by abgzan at 27-4-2007 10:23 AM


Saya setuju dgn saudara putragold...

Sebenarnyer ada byk benda yg kena kaji dan hikmah di sebaliknya:

1) Tak semua bank islam rate tinggi...Bank muamalat 2 thn lepas cek, memang tinggi  ...


Yes, sekarang baru ada islamic banking yg bagi rate agak rendah juga. itulah yg kita mahu. tekanan dari pengguna diperlukan supaya pengamal2 islamic banking bukak mata. dan kita harap dan kpd pengguna yg ingin melunaskan hutang mrk lebih awal patut diberi perlepasan yg lebih byk. itu yg kita mahu. letaklah istilah islam apa sekalipun kaedahnya kalau tidak menindas tidak mengapa. kita jgn mudah puas hati hanya sekadar guna istilah islam dlm perbankan kita, sebab istilah islam tu bukan lesen utk meragut duit dari pengguna.

3) Bank Islam ada akad, di mana pembeli dan penjual sharusnya sign dan bersalam tanda setuju utk beli dan jual...


cara akad ni khilaf ulama, kaedah yg kita guna sekarang bila membeli belah di Tesco & Giant sudah memadai. larat ke cashier Tesco tu nak salam akad tiap2 orang customer yg dok beratur tuh? kalau kita menjual CD Al-Quran secara online apakah cara akad yg kita paham? sah ke jual beli tu sebab seolah2 mcm tak ada 'akad'? so about this we should refer beberapa pendapat ulama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by mytrade at 27-4-2007 10:35 AM
Namun apabila istilah/konteks pembiayaan digunapakai, ia mengunakan konsep jual beli. Pihak bank membeli dahulu aset dan kemudian menjual kepada pembeli dengan harga sekiannya secara bertangguh. Saya bersetuju dengan konsep ini bahawa bank mengambil keuntungan. Tetapi saya agak musykil jika mana bank mengenakan harga jual yang agak tinggi berlipatganda.(bukankah keuntungan berlipatganda juga tidak dibenarkan kerana menganiayai pembeli).


saya tengok 'islamic banking' kat malaysia ni mcm tak ada roh. hanya menggunakan istilah islam sekadar melepaskan batuk ditangga tapi hakikatnya at the end pengguna yg menjadi mangsa utk kekayaan pemegang saham. Pengguna mungkin takut nak bersuara takut dilabel sebagai anti islam & mcm rela tak reala disembelih oleh so call islamic bank. panel syariah bank pulak makan gaji saja, mrk have no right to question polisi bank yg amik profit margin melampaui batas sekali pun. dlm bab harta pengguna yg dilelong oleh islamic banking contohnya, pengguna patut mendapat hak mrk secara lebih adil & tidak ada unsur2 penindasan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 11:26 AM | Show all posts
Aku pernah buat mini thesis regarding comparison between islamic banking dan conventional banking.

My focus base on Housing loan, Insurans, dan Credit Card.
As a result, proven..Islamic products lagi mahal compared to conventional.

Suprisingly, bank islam adalah merupakan antara yang paling " cekik darah" masa tu, if dicompared dengan MBB dan bank muamalat ( tahun lepas B islam dah reduce dia punya rate)

According tio lecturer aku yang berbangsa Sudan, dengan Islamic banking mereka, ianya dapat  menolong golongan sederhana dan berpendatan rendah  bagi pemilikan rumah..rate mereka amat sederhana..
Bukan seperti kat Malaysia yang makin membebankan..

Since dalam agreement hire purchase BLR "diikat" dan  kalau BLR naik, islamic banking boleh menjimatkan..according kawan2 aku yang dah senior, BLR pernah mencecah  12 percent..% mungkin ada kebaikan untuk long term..

Dan sekarang, kita ada banyak islamic banking dipasaran, BIMB, Muamalat, Maybank, Bank Rakyat, Al Rajhi, so ita dah ada banyak option. Buat pengiraan, carilah yang palig berbaloi..

Some more, mereka dah declare, meraka tiada unsur unsur riba (mereka ada syariah advisors) , so percayalah  pada islamic products..Besar dosa hukum Riba tu,,

Dan conventinal banking banyak jugak cekik darah. For example, terlambat bayar sikit, terus dicharge penalty RM5. itu belom masuk extra charge atas kadar faedah lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 11:54 AM | Show all posts
Drpd perbincangan anda smua, didapati kedua2 belah pihak ada hujah masing2...

Saya rasa dua2 pihak ada kebenarannya tersendiri...

Cuma saya rasa, adalah lebih baik kalau kita "complain" benda ni kpd pihak berwajib/berkuasa/berkaitan dan menyeru supaya mereka "revise" balik rate diorg if "necessary"...but i am sure, they have their own reason, especially reason (1) and (2) as i discussed earlier...

Apa pun, saya rasa, my humble opinion, better not to encourage people to take "non-islamic" banking, takut lari dari hukum2 Islam...no offense pls...

Just my 6cents.

wslm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2007 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 27-4-2007 11:26 AM
Dan sekarang, kita ada banyak islamic banking dipasaran, BIMB, Muamalat, Maybank, Bank Rakyat, Al Rajhi, so ita dah ada banyak option. Buat pengiraan, carilah yang palig berbaloi..


itulah yg tu yg kita mahu. tekanan dari pengguna diperlukan utk pengamal islamic banking menurunkan kadar profit mrk & memberikan 'pampasan' yg lebih adil utk golongan malang yg harta mrk dilelong. as for me, SAY NO to penindasan pengguna baik atas nama istilah islamic islam mahu pun konvensional. persatuan pengguna tak wajar kunci mulut meski pun nanti seluruh negara mengamalkan islamic banking.

[ Last edited by  shahgti at 27-4-2007 11:56 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 12:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by shahgti at 14-7-2012 02:20

kes Swiss Cash & Studio Traffic yg claim islamic dulu, penipuan mrk dihebohkan di forum2
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by mantan at 27-4-2007 05:26 AM
just nak tambah, Azha ni jugak ada web www.simpanduit.com, cumanya tak sure dia dah update ke dak. last time aku masuk dia tak update ..ada artikel informative ada financial calculators...ada gak ...


kalau siapa yg membaca "Mingguan Wanita", si Azra ni tgh berbahas konsep insurance konsensional bukan prdoduk haram di sisi agama islam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2007 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by abgzan at 27-4-2007 11:54 AM
Drpd perbincangan anda smua, didapati kedua2 belah pihak ada hujah masing2...

Saya rasa dua2 pihak ada kebenarannya tersendiri...

Cuma saya rasa, adalah lebih baik kalau kita "complain ...


Perbincangan yang menarik. Sememangnya telah ada usaha dari pihak yang terlibat dalam kewangan Islam
agar produk mereka setanding malah lebih baik dari konvensional antaranya mewujudkan alternatif kepada aqad al-bay
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.576868 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list