CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Inovasi Dari Pelajar2 Malaysia: Update: Membran Composit UTM Taraf Dunia

[Copy link]
Post time 10-6-2007 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by tinangol_csm at 2-5-2007 12:41 AM
sekali aku baca ..kesian kat tikus ujian ..
manusia bagi dia minum alkohol aka arak...
tak kesian ke..saja bagi penyakitkat makhluk lain

habis tu awak volunteer ke jadi nak  bahan uji kaji ni...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2007 02:25 AM | Show all posts
Wednesday June 13, 2007
Polytech students create prototype vehicle
By R.S.N. MURALI

KUALA TERENGGANU: Final year diploma students of Automotive Mechanical Studies have invented a prototype vehicle to be used by juniors in experiments.

The students of Politeknik Sultan Mizan Abidin successfully created the prototype without an engine for research on the air-con system of a car.

Project supervisor Ahmad Rosdi Rahim said the invention would be used as a teaching aid by the college and make the work of lecturers easier.


Inventive endeavour: Students and lecturers viewing the protype model at
the polytechnic in Kuala Terengganu recently.



Previously, lecturing on the air-con system of vehicles was complicated due to the vehicle engine being mounted parallel to the cooling device.

揥e can now go straight to the subject without confusing students by dismantling the engine during the course of study,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2007 07:50 PM | Show all posts
Malaysians thinking out of the box



Kee Kok Eng with the shuttlecock launcher at INPEX 2007.



A group of Malaysian inventors from Universiti Teknologi Petronas recently managed to secure five gold medals at the Invention and New Product Exposition (INPEX) 2007 in Pittsburgh, USA. But they are just a few among the tide of new inventors. ARMAN AHMAD talks to several to get an insight into the local inventions scene.



The Cooling Helmet is a cool solution for
people working outside in the heat.



KUALA LUMPUR: The metallic contraption glistened in the sunshine. Deep inside the bowels of the machine a faint clicking and whirring could be heard.

As the whirring subsided a feathery white object shot out and was swiftly met with a smash by Munira Nur Farizan Ishak who was holding a badminton racket.

"It can shoot as many as 30 shuttlecocks per minute," she said as she prepared to catch the next speeding shuttlecock.

Munira and her college mates built the machine on a shoestring budget, aided by a bit of guidance from their Universiti Teknologi Petronas lecturers Kee Kok Eng and Mohd Syaifuddin Mohd.

"We wanted to find a way to automate the process so that a badminton player can focus on improving his skills instead of picking up shuttlecocks," said Munira.

The device won a gold prize at a national invention competition.

"Revo: The Automatic Badminton Shuttlecock Launcher" has yet to be produced commercially but other local inventions are already improving the lives of Malaysians.

One example of a Malaysian invention that is currently in the market is Mortex
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 08:09 AM | Show all posts
Yg penting, lepas dicipta mesti dipatenkan supaya org tak tiru. Dulu kawan aku penat2 jer invent daun pegaga sebagai supplement dalam diet harian dgn buat jus etc... tapi last2 ada org ciplak dan buat bisnes daripada kajian diorang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 08:36 AM | Show all posts
huhuu ....tahniah kepada semua warga muda kita ..
beginilah warga muda yang akan mempelopori negara
tak la mcm2 warga muda yang kat tepi2 jalan tu



apa pun aku gumbira ..dgn kejayaan mereka..

TAHNIAH SEKALI LAGI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 09:38 AM | Show all posts
3 pelajar MMU menang pingat emas


KUMPULAN pelajar Fakulti Kejuruteraan Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Chang Kim Ming, Wong Kae Ee dan Tay Khek Yang yang mempertaruhkan projek inovasi tahun akhir Exercise Machine Video Game memenangi pingat emas Anugerah Teknologi Inovasi Shell 2006/2007.

Mereka menewaskan 18 kumpulan peserta lain yang bertanding dalam acara tahunan Shell Malaysia dengan kerjasama MMU itu untuk membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penghargaan.

Pingat perak dimenangi Lee Yuen How dengan ciptaan bertajuk Design of an Alternative Energy Saving Light, diikuti Hiew Chun Fatt (Universal Controller) pula menerima gangsa.

Mereka masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan RM1,000, pingat serta sijil penghargaan, manakala 15 peserta lain menerima anugerah merit berupa trofi dan sijil penghargaan.

Ketika ditemui, Chang, berkata ciptaan mereka tidak memerlukan kos tinggi kerana ia hanya menggunakan alat pengesan berharga RM50, komponen elektrik, basikal senaman dan komputer.

Katanya, mereka mencipta pakej alat pengesan yang boleh dihubungkan kepada basikal senaman dan disambungkan ke pangkalan USB komputer untuk berfungsi sebagai alat kawalan yang mampu mengawal permainan dalam komputer.

揔ami menghasilkan permainan komputer sendiri untuk menyesuaikannya dengan rekaan sistem kawalan yang unik ini. Permainan ini berbentuk perlumbaan di mana jika seseorang tidak dapat mengayuh basikal dengan laju melepasi tahap tertentu dan pemain lain, dia tewas.

揑dea ini bertujuan memberi motivasi kepada seseorang yang malas bersenam untuk lebih bersemangat dan meneruskan rutin senaman sebagai salah satu cara meningkatkan kecergasan mental dan fizikal,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2007 03:36 AM | Show all posts
Letih cuci kereta, pelajar cipta robot
Oleh IRMAN HASHIM

KUALA TERENGGANU 3 Julai
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 09:08 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by dexa at 4-7-2007 03:36 AM
Letih cuci kereta, pelajar cipta robot
Oleh IRMAN HASHIM

KUALA TERENGGANU 3 Julai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2007 10:45 AM | Show all posts
TAHNIAH ADIK-ADIKKU.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 09:58 AM | Show all posts
UMP hasil kereta elektrik 2008

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) menjangka dapat menghasilkan prototaip kereta berkuasa elektrik menjelang September 2008.


Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Mohamed Said Mat Lela berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan oleh Edaran Otomobil Nasional (EON) Berhad kepada UMP di sini, semalam.

Katanya, fakulti itu sudah memulakan penyelidikan Motorized-Battery Operated Vehicle (MBOV) sejak April tahun ini.

"Walaupun kajian itu masih pada peringkat awal, segala pelan untuk menghasilkan kereta berkuasa elektrik sudah disiapkan," katanya.

Beliau berkata, penghasilan sesebuah kereta berkuasa elektrik perlu melalui proses yang panjang sebelum ia dapat diketengahkan untuk tujuan komersial.

Katanya, penyelidikan MBOV tepat dengan keperluan teknologi masa depan terutama dengan teknologi menuju ke arah teknologi kereta elektrik, kereta hybrid dan `fuel cell'.

"Langkah ini juga bertepatan dengan kenaikan harga petroleum dan keperluan mengurangkan pencemaran udara," katanya.

Sehubungan itu, katanya penyelidikan berkaitan tenaga alternatif turut membabitkan fakulti kejuruteraan mekanikal bagi menghasilkan enjin yang boleh menggunakan biodiesel dan kejuruteraan kimia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Eon Berhad, Datuk Syed Hisham Syed Wazir berkata kerjasama pihaknya dengan UMP bukan sahaja untuk kebaikan kedua-dua pihak tetapi kepada keseluruhan industri automotif di negara ini.

Beliau berharap dengan wujudnya sinergi begitu, UMP dan EON dapat memperkaya atau mempelbagaikan penyelidikan yang inovatif.

"Dengan adanya sumbangan kereta Savvy ini, kami yakin penyelidikan MBOV boleh dipercepat dan hasilnya dapat disumbangkan kepada industri otomotif kita,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 06:24 AM | Show all posts
USM cipta teknologi guna abu sekam padi
Oleh ROKIAH ABDULLAH

PULAU PINANG 20 Ogos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2007 10:45 PM | Show all posts
Pelajar USM cipta enjin biodiesel pertama
30-08-2007

NIBONG TEBAL:  Sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan enjin motosikal biodiesel pertama negara yang dijangka mampu mencetuskan revolusi baru dalam industri permotoran.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal USM Prof Madya Dr Zaidi Mohd Ripin berkata projek pembangunan teknologi enjin motosikal biodiesel yang melibatkan dua fasa itu dijangka siap sepenuhnya pada 2009.

Beliau berkata tujuh pelajar pusat pengajian itu mendapat bimbingan daripada perunding Jabatan Kejuruteraan Mekanikal USM Dr Horizon Walker untuk mencipta enjin itu.

"Mereka baru selesai menjalani fasa pertama projek yang membabitkan pembangunan model prototaip enjin biodiesel.

"Jika berjalan lancar projek itu dijangka dapat menghasilkan model enjin motosikal biodiesel berkuasa tinggi dalam tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi penggunaan enjin motosikal 'Modenas Jaguh Biodiesel' di Kampus Kejuruteraan USM, di sini, hari ini.

Beliau berkata berkata fasa pertama mengambil masa sembilan bulan untuk pengubahsuaian komponen enjin petrol motosikal Modenas Jaguh bagi membolehkan kenderaan itu berfungsi sepenuhnya menggunakan bahan api biodiesel.

"Mekanisme penting dalam fasa pertama ialah pengubahsuaian beberapa komponen enjin petrol motosikal termasuk kebuk pembakaran bagi membolehkan biodiesel dapat digunakan sepenuhnya sebagai bahan bakar," katanya.

Zaidi berkata kejayaan pada fasa pertama ini membuktikan enjin motosikal biodiesel boleh dihasilkan dan penemuan itu akan diteruskan pada fasa kedua dalam usaha menghasilkan enjin biodiesel yang lebih berkuasa tinggi.

"Apa yang membanggakan, projek itu mendapat sentuhan sepenuhnya daripada pelajar dengan bimbingan pakar dan semua kerja-kerja pengubahsuaian, reka bentuk dan penyelidikan dijalankan di makmal enjin USM," katanya.

Katanya untuk membangunkan projek itu USM telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dan pengeluar enjin diesel terkemuka, Yanmar.

"Melalui kerjasama dari pihak industri, kami yakin projek itu mampu menjadi pemangkin kepada usaha untuk menghasilkan enjin motosikal biodiesel yang boleh digunakan secara meluas suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, Walker berkata fasa kedua projek itu akan membabitkan proses mereka bentuk semula kebuk pembakaran selain penghasilan enjin diesel dua lejang bertujuan memaksimumkan pembakaran bahan api.

"Proses-proses (dalam fasa kedua) ini akan mengatasi kelemahan-kelemahan pada fasa pertama yang mana bahan api tidak dapat dibakar sepenuhnya sehingga menyebabkan enjin kurang berkuasa selain sukar dihidupkan," katanya


---------------------------------------------------------------------------------

syabas dan tahniah pada students USM for this  new revolution in
automobile industry! -
a great gift sempena kemerdekaan malaysia --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2007 07:55 AM | Show all posts
Pelajar UTeM cipta aplikasi mainan juruwang kanak-kanak
Oleh LUKMAN ISMAIL

MELAKA 8 Nov.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2007 07:38 AM | Show all posts
Penyelidik UiTM rangkul tiga pingat emas di Jerman

KUALA LUMPUR 21 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 07:50 AM | Show all posts
tahniah....MALAYSIA BOLEH!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2007 09:18 AM | Show all posts
TAHNIAH...

aku dulupun (time persekolahan) pernah bercita-cita tinggi untuk mencipta kuasa enjin tanpa menggunakan minyak. Tapi ingatkan psl Malaysia bergantung penuh pada sumber asli time tu.

Jadi aku kensel project R&D aku tu (alasanlah tu...)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2008 05:50 AM | Show all posts
Unisel muncul juara dunia
Oleh SAHLIZAH MOHAMED

SEPANG - Walaupun penubuhannya masih baru, Universiti Industri Selangor (Unisel) telah pun berjaya menunjukkan kewibawannya di peringkat antarabangsa.

Terbaru universiti itu telah melakar sejarah negara apabila menewaskan 10 wakil universiti lain di dunia apabila menjadi juara Open Class Canset Team di Madrid, Sepanyol pada 10 hingga 12 April lalu.


Ketua kumpulannya, Tan Pei Tih, 26, mengakui terkejut dengan pengumuman universitinya sebagai juara sedangkan pesaing mereka semuanya hebat.

"Kejayaan ini bermakna kerana selain juara, kami juga kumpulan yang mendapat tempat ketiga Pertandingan Canset Antara Varsiti Dunia.

"Kami adalah satu-satunya kumpulan yang tidak mempunyai latar belakang aeronautik sedangkan peserta lain semua terdiri daripada pelajar jurusan itu,'' katanya yang ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini semalam.

Unisel mewakili Malaysia ke pertandingan satelit bertaraf dunia itu dipilih ke Madrid setelah menjadi juara Program Reka Bentuk dan Pembangunan Model Nano Satelit Peringkat Siswazah 2007 pada Januari lalu.


Sementara itu, Pei Tih yang juga penuntut tahun akhir jurusan kejuruteraan elektronik itu memberitahu, resipi utama kejayaan kumpulannya ialah minat dan semangat berpasukan selain fokus yang mendalam.

Selain Pei Tih, lima lagi rakannya turut menyertai pasukan tersebut iaitu Mohd. Norhalim Zainudin, Ahmad Danial Ridwan Mohamad Bolhair, Mohamad Firdaus S. Abdul Hadi, Irwan Rustang dan G. Nedunchelien dengan diiringi pasukan pensyarah dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Razali Agus.

Sementara itu, pensyarah jurusan mekatronik Unisel, Zulkifli Abd. Rahman berkata, untuk membina struktur satelit sebesar tin minuman itu bukan satu pekerjaan yang mudah.

"Ia memerlukan kesabaran dan kerja keras selain membahagikan masa antara mengajar pada siang hari dan bertungkus lumus menyiapkan model itu pada waktu malam.

"Lagi pun syarat yang diberi di peringkat dunia juga berbeza dengan pertandingan yang kami sertai pada Januari lalu dan oleh itu, kami kena buat banyak perubahan dan penambahan,'' katanya.

Menurut beliau lagi, satelit yang menggunakan pengawal mikro tertinggi yang digelar PIC18F452 beroperasi dengan frekuensi 4.0 MHz dengan bekalan lima voltan dan dinaikkan dengan payung terjun mini.

Selain itu, ia turut dilengkapi kamera menangkap imej bumi, merekod maklumat kedudukan dan masa untuk imej diambil ke stesen bumi dalam masa nyata.

----------------------------------------------------------------------------

Tahniah UNISEL  kerana mengharumkan malaysia !!..
bagus idea buat structure satellite tu - siap dengan
image bumi dan longitute and latitude juga -
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 06:26 AM | Show all posts
bravo bravo...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2008 06:50 AM | Show all posts
UTM tempa sejarah peringkat dunia


JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai sekali lagi menempa sejarah pada peringkat antarabangsa apabila menggondol pingat emas dan anugerah khas pada Pameran Reka Cipta, Teknik Baru dan Produk Geneva kali ke-36, baru-baru ini.

Kejayaan itu dicatat menerusi ciptaan alat capaian tanpa wayar mudah alih jalur lebar (PBWA), yang dihasilkan Pusat Komunikasi Tanpa Wayar (WCC) Fakulti Kejuruteraan Elektrikal UTM.

Teknologi itu memenangi pingat emas berikutan kebolehannya menukarkan capaian spektrum generasi ketiga (3G) atau Perkhidmatan Radio Paket Am (GPRS) kepada WiFi.

Pengarah WCC, Profesor Dr Tharek Abd Rahman, berkata ciptaan yang mengambil masa setahun penyelidikan itu mempunyai ciri yang masih belum terdapat di pasaran.

Katanya, PBWA mempunyai perisian yang memastikan capaian Internet menjadi lebih efisien selain dapat dijadikan sebagai prabayar, iaitu pengguna boleh menetapkan had penggunaan ketika menggunakan internet.

" PBWA membolehkan pengguna melayari Internet sama ada menggunakan pembantu peribadi digital (PDA) atau komputer mudah alih di mana saja seperti ketika menaiki bas dan kereta api selagi berada dalam kawasan liputan 3G atau GPRS.

" Malah, alat ini juga sangat berguna jika ia digunakan di kawasan luar bandar atau kawasan yang tidak mempunyai kemudahan capaian internet," katanya berhubung kejayaan terbaru universiti itu di UTM, di sini, semalam.

Prof Tharek berkata, selain dapat digunakan seperti telefon mudah alih, PBWA juga boleh menggunakan sel solar di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai bekalan elektrik.

Katanya, menerusi kejayaan penghasilan PBWA, pihaknya yakin ciptaan itu dapat meningkatkan penggunaan jalur lebar selain memudahkan pengguna menggunakan Internet melalui WiFi.

Selain memenangi pingat emas, PBWA juga menerima anugerah khas daripada Universiti Islam Azad Qazvin, Iran.

WCC juga berjaya meraih satu pingat perak menerusi ciptaan sistem tanpa wayar untuk capaian internet jalur lebarnya.

--- :victory: :victory: chaiyokk UTM...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 10:12 AM | Show all posts
10 Mei, 2008
10 Saintis Muda Bertanding Pada Pameran Sains Pra-kolej Terbesar Dunia

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Seramai 10 saintis muda Malaysia akan menyertai pertandingan Pameran Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Intel (Intel ISEF) di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Sainstis muda itu yang semuanya berumur dalam lingkungan 18 tahun akan berlepas ke negara itu esok untuk bertanding selama enam hari bermula Ahad ini bersama-sama 1,557 rakan mereka dari lebih 50 negara.

Tahun ini, saintis muda itu akan mempamerkan rekaan inovatif yang berpotensi menangani isu yang telah menyukarkan saintis bertahun-tahun.

Pengurus Negara Intel di Malaysia Ryaz Patel berkata saintis muda itu adalah antara pereka cipta yang akan mempamerkan rekaannya dalam cara alternatif untuk membangunkan bekalan elektrik dan rawatan pilihan untuk ulser perut dan gout.

" Sejak tahun 2000, sembilan rakyat Malaysia telah memenangi anugerah Intel itu. Tahun ini, saya harap saintis muda ini akan menjadi kebanggaan Malaysia. Intel telah memperuntukkan biasiswa dan anugerah untuk 18 kategori mengenai sains kehidupan bernilai sehingga AS$4 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis untuk meraikan pemergian mereka itu.

"Kriteria kita untuk memilih peserta Malaysia adalah yang digunakan oleh Intel di seluruh dunia dengan keperluan tambahan yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (MARA)," kata Patel.

Pengurus Program Pelajaran Intel Malaysia Dr Siek Kah Hee berkata pemenang ini akan menerima anugerah A$15,000 dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang dipilih tetapi mereka tidak terikat dengan kontrak apabila pengajiannya tamat.

Sementara itu, Ketua pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata beliau yakin dengan kemampuan bakal saintis itu untuk mencapai kejayaan dalam pertandingan ini yang menjadi kebanggaan kepada rakan muda mereka.

Antara reka cipta yang paling menarik ialah 'Bekalan Tenaga Elektrik Alternatif Menggunakan Sel Air Laut Elektrokimia' yang dicipta pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu, Sabah, Abner Luther P. Kerangkas, Hafizam Mahat dan Ahmad Uzair Zubbir.

Dua lagi rekaan reka cipta yang menarik ialah rawatan ulser perut oleh pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC) Seremban, Negeri Sembilan dan gout oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, di sini.

Eugene Kuan dari Sekolah Tinggi Chung Ling, Pulau Pinang dengan ciptaan 'The Betternet: A Better Internet" yang mampu mengawal data universal dan pengurusan serta menyediakan cara-cara kandungan data yang tidak disengajakan dalam Internet.


Ooi Yuan Ning pula mempamerkan Sistem Bahasa Isyarat (SLS) yang lebih prihatin dan penyayang yang dapat membantu masyarakat bisu dan pekak mempelajari cara-cara berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang awam.

Ciptaan lain ialah Sistem Brek Dram Hibrid Elektromagnetik oleh Syed Mohd Esmat Hussaini Syed Mohd Ridzuan.

-- BERNAMA

---------------------------------------------------------------------------------------


all the best to malaysian teams --
dan tahniah kerana dipilih mewakili negara -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.073432 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list