CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibm632

Kenapa Orang Melayu Kurang Prihatin ttg Takaful dan Medical Card

[Copy link]
 Author| Post time 25-11-2010 10:11 PM | Show all posts


PruBSN Ummah Launching and MOU with ARB..the best takaful product in the market..JAMINAN Haji utk client PruBSN Takaful Bhd.

Rujuk saya (ibm632)  utk lebih info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2010 12:19 PM | Show all posts
Ramai orang kita ambik Insuran atau Takaful tak nak Protection kematian tinggi ... itu lah sebab nyer bila suami meniggal then wife terpaksa berkerja semula .... berbeza dgn bangsa lain ... majoriti ambik protection kematian tinggi .. so adalah juga duit yg suami tinggalkan utk isteri mulakan perniagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 11:13 AM | Show all posts
TERKEJUT BIL RM309,608

Oleh Rasmi Abdullah
pengarang@utusan.com.my

--------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM 28 Nov. - Seorang pekerja swasta terkejut selepas mendapati kos pembedahan dan rawatan untuk membuang fibroidnya di sebuah hospital swasta di ibu negara pada 6 Julai lalu mencecah RM309,608.

Siti Manzairina Osman, 46, mendakwa, caj tersebut terlalu tinggi berbanding kira-kira RM18,000 yang pernah dikenakan oleh hospital itu semasa dia menjalani pembedahan dengan doktor yang sama pada 2005.

Wanita tersebut yang tidak berpuas hati dengan caj tersebut mendakwa, dia telah membuat perbincangan dengan pihak hospital pada 30 Oktober lalu untuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengetahui secara terperinci rawatan yang diterimanya sehingga dikenakan caj terlalu tinggi.

Menurutnya, dia juga tertanya-tanya mengapa sehingga lapan doktor telah ditugaskan untuk merawatnya selepas pembedahan fibroid itu dan terpaksa ditahan di hospital selama tiga bulan.

''Bayangkan bil ubat sahaja lebih kurang RM81,000 sepanjang tiga bulan saya berada di hospital.

''Itu tidak termasuk caj barangan pakai buang seperti lampin, tisu dan sarung tangan sebanyak RM60,181.31, dialisis RM29,250 dan banyak lagi caj yang tidak berpatutan," katanya ketika ditemui di Subang Jaya dekat sini hari ini.

Siti Manzairina mendakwa, dia juga telah meminta laporan perubatan daripada lapan doktor yang merawatnya tetapi setakat ini belum memperolehi kesemuanya.

Dakwanya, ekoran bil yang semakin tinggi di hospital berkenaan, dia juga telah meminta untuk pulang ke rumah walaupun kesihatannya belum pulih sepenuhnya dan sudah menjelaskan bil hospital sebanyak RM223,280.

''Saya tidak kisah caj perubatan mahal jika saya sembuh. Tetapi sakit saya belum pulih dan sekarang terpaksa pula menanggung hutang untuk melangsaikan bil perubatan yang masih berbaki RM86,328.

''Akibat pembedahan itu juga, saya tidak boleh berjalan dengan betul, selain terpaksa menggunakan alat bantuan seperti tiub plastik pakai buang untuk membuang air besar.

''Sehingga kini saya juga terpaksa memperuntukkan kira-kira RM300 sehari untuk kos perubatan seperti membeli tiub plastik, mengupah jururawat dan melakukan fisioterapi," dakwanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 01:13 PM | Show all posts
Bila Pesakit Tak dilindungi oleh insurans

POLISI insurans kesihatan bukan untuk dibeli oleh individu yang sedang menghidap penyakit kritikal seperti sakit jantung dan strok.

Sebaliknya hanya orang yang sihat boleh mengambilnya dengan andaian mereka mungkin mendapat penyakit itu pada masa akan datang.

“Kos rawatan untuk penyakit kritikal adalah tinggi. Jika tiba-tiba seseorang itu disahkan menghidapnya, polisi insurans kesihatan yang ada boleh membantu mengurangkan beban kewangan pesakit,” kata ejen insurans American International Assurance Berhad (AIA), Anis Nuriman.

Bagaimanapun, perlindungan perubatan tidak diberikan kepada mereka yang disahkan menghidap penyakit kritikal sebelum satu-satu polisi insurans kesihatan itu dibeli.

Hakikat ini diakui kebanyakan syarikat insurans.

“Pelanggan tidak dihalang sepenuhnya daripada membeli polisi insurans perubatan. Namun, polisi yang ditawarkan untuk pesakit kronik itu melibatkan bayaran premium yang tinggi.

“Ia sudah tentu membebankan pelanggan sedangkan polisi itu tetap tidak meliputi perlindungan terhadap penyakit kritikal yang sedia dihidapi.

“Jadi pada kebanyakan masa, pesakit kanser atau kencing manis tidak membeli polisi itu,” dedah Anis.

Ejen insurans Prudential BSN Takaful Berhad, Rosli Ahmad, pula menambah penghidap penyakit kritikal hanya dapat ditawarkan polisi insurans hayat atau kemalangan.

“Jika mereka mahu membeli insurans perubatan juga, polisi yang ditawarkan akan mengecualikan penyakit kritikal sedia ada atau penyakit kritikal lain yang terjadi disebabkan penyakit kritikal tadi.

Mereka yang mempunyai ukur lilit 60 sentimeter ke atas kurang berisiko mendapat penyakit  kanser.

“Memang malang bagi mereka kerana tidak dilindungi insurans untuk penyakit yang dihidapi tetapi itulah konsep insurans kesihatan,” ujarnya.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA) Malaysia, Ranjit Kaur, merasakan amalan polisi insurans tersebut satu diskriminasi.

“Kami (pesakit kanser) masih hidup dan sepatutnya boleh membelinya. Malah, ramai penghidap kanser lebih sihat berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kritikal.

“Keadaan ini tidak wajar berlaku. Perlindungan insurans kesihatan harus diberikan kepada mereka yang memerlukan,” tegas Ranjit

Merujuk statistik kanser di Malaysia, kata Ranjit, setiap seorang daripada empat orang berkemungkinan diserang kanser setiap tahun.

“Adakah mereka mengatakan tidak kepada 25 peratus rakyat Malaysia hanya kerana kami ada kanser?” tanya Ranjit.

Tambah beliau, faktor itu jugalah yang membuatkan penghidap kanser berasa amat takut sebaik sahaja disahkan menghidap penyakit itu.

“Sudahlah kami terpaksa berdepan dengan penyakit kritikal, kami juga mesti memikirkan cara untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perubatan,” bidas Ranjit yang menyifatkan itulah salah satu punca pesakit kanser payu dara gagal diselamatkan.

Menurut Ranjit, ada juga antara penghidap kanser payu dara yang ditamatkan polisi insuransnya setelah disahkan menghidap penyakit itu.

“Selepas membayar kos perubatan pertama untuk kanser yang dihidapi, syarikat insurans tersebut bertindak menamatkan polisi yang selama ini dibayar wanita tersebut.

“Macam mana boleh jadi begini? Jika benar wanita itu tersalah membeli polisi, sepatutnya dia didedahkan tentang polisi yang tepat untuk keperluannya,” ujar Ranjit.

Keadaan berbeza adalah di Washington, Amerika Syarikat. Sebuah pelan insurans untuk penghidap penyakit kritikal sedia ada sudah diwujudkan oleh kerajaan negeri sejak Mac 2010.

Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada penghidap penyakit kritikal mendapatkan perlindungan kesihatan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2014 iaitu sebelum sektor kesihatan tempatan diubah sepenuhnya.

Tindakan itu dilihat sebagai satu perubahan yang baik untuk sektor kesihatan dalam usaha mengurangkan bilangan rakyat Amerika yang sakit.

Dipetik dari suratkhabar KOSMO 31.10.2010 oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 01:32 PM | Show all posts
Salam Maal Hijrah pada semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 11:05 PM | Show all posts
Reply 505# ibm632


Salam ibm,

saya nak beli bsn pudential dgn awak...
boleh pm saya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-12-2010 11:33 AM | Show all posts
Pm sudah di hantar ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 01:27 AM | Show all posts
Sumber: http://www.bharian.com.my/articl ... ;utm_medium=twitter


Hospital swasta perlu maklumkan kos sebelum pesakit terima rawatan



2010/12/28

PUTRAJAYA: Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini kerana perkara itu sudah dipersetujui pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya Jumaat lalu.

"Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus.

"Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata pihaknya juga akan memantau hospital dan pengamal perubatan swasta bagi memastikan tiada penyalahgunaan faedah perubatan yang disediakan melalui insurans.

Ia termasuk menjalankan pelbagai ujian dan pemeriksaan yang tidak diperlukan pesakit, kata beliau.
"Kementerian akan memperkukuh fungsi untuk mengawal selia serta mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap perbezaan caj di antara pesakit yang membayar sendiri dan pesakit yang memiliki polisi insurans, dan menekankan bahawa diskaun hanya dibenarkan untuk caj hospital sahaja tidak termasuk caj profesional," katanya.

Mesyuarat berkenaan yang bertujuan mencari jalan mengekang kos perubatan melampau pada kalangan hospital swasta disertai Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia dan wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) serta syarikat insurans.

Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah MCO bersatu di bawah satu pertubuhan yang didaftarkan secara rasmi bagi memastikan badan berkenaan memainkan peranan yang sepatutnya selain tidak dibenarkan campur tangan dalam keputusan klinikal dan perawatan pesakit. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2011 09:38 AM | Show all posts
Sebilion Terima Kasih kepada para pelanggan Prudential terutamanya di cari.forum kerana anda percaya dan memilih kami utk memikul risiko anda.
Dengan hasil kutipan tertinggi jualan tahun 2010, kami melakar sejarah dlm insuran industri syarikat pertama mencapai RM1 Billion.

Tahniah kepada warga Prudential yg telah bekerja keras untuk menjadikan Prudential syarikat insurans/takaful No1 di Malaysia!
Syabassss..


   

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 04:55 PM | Show all posts
Sebillion Terima Kasih kepada Semua ... Dengan pencapaian in menjadikan Prudential Syarikat Insuran No 1 utk tahun ke 2 berturut2...

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 07:16 PM | Show all posts
Kpd pemegang medical kad lama prubsn, kini anda bole upgrade kpd kad bernilai rm500ribu above dan di berikan bonus duit..sila lihat surat tawaran yg di hantar kerumah masing2
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2011 11:04 AM | Show all posts
Kpd pemegang medical kad lama prubsn, kini anda bole upgrade kpd kad bernilai rm500ribu above dan di ...
jenglut Post at 24-2-2011 19:16


nak dapatkan upgrade ni hanya untuk orang yang dapat surat je ke?

sampai hari ni saya takde dapat apa2 surat tawaran untuk upgrade lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2011 12:44 PM | Show all posts
Kalau dah pernah claim kena tunggu 2nd batch punya surat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2011 11:23 AM | Show all posts
3.3juta saja orang melayu mempunyai Insuran/Takaful sendiri ... So makna nyer masih ramai lagi orang kita yg memerlukan penerangan berkaitan dgn insuran/Takaful... Dengan kata lain kita memerlukan lagi ramai ejen dari kalangan orang melayu utk melaksanakan tanggungjawab ni.

Hubungi saya utk penerangan detail.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 12:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by lovelyna at 5-5-2011 00:42

kpd yg berminat dgn produk  life assurance & medical card area Terengganu boleh PM saya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 12:40 AM | Show all posts
baru nk berjinak2 dgn thread ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2011 10:58 PM | Show all posts
Kena cari lebih ramai lagi melayu ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 02:46 PM | Show all posts
org bekerja kerajaan perlu medical card tak? yelah...masuk sepital free..operation free..segala2nya free..cuma hospital kerajaan servis dia lambat sket la tapi pakar semua di sana...saya igt nk amik etiqa.....tp tgh confuse nk amik medical card ke tak...sbb hubby keje kerajaan dpt hosp class 1...saya lak swasta ada medical card tp tak taula dia cover smpai tahap mcm mana...

p/s: dulu arwah ayah & adik, bedah di IJN free, adik patah kaki gl under mak, duduk GH bilik sorang. boleh sesiapa terangkn kelebihan medical card kepada gov staffs?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 10:41 AM | Show all posts
Reply 518# ayu_ludo


    terpulang pd individu..kalau rasa khidmat hospital kerajaan memuaskan dan pantas..tak perlu amik medical card pun takpe..amik plan Hospital Elaun Prudential..jika admit kat hospital kerajaan, bole dpt duit poket RM400 setiap hari..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 12:12 PM | Show all posts
Reply 519# jenglut


   oooo begitu...
saya baru sign up plan etiqa premium..without medical card....nantilah difikir2kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.058745 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list