JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
87997
View
763
Reply

Kenapa Orang Melayu Kurang Prihatin ttg Takaful dan Medical Card

[Copy link]

Author: ibm632    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 29-11-2017 11:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2017 12:22 PM | Show all posts
Dalam polisi ada tak manfaat ADD? (Accident death & disablement)

Hilang penggunaan sebelah kaki akibat kemalangan, tak semestinya putus, boleh jadi lumpuh sebelah kaki sahaja.

Tidak boleh untuk kerja.

Dikira TPD tak?
Tidak.

ADD ?
dapat 100%.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 03:56 PM | Show all posts
Bila buat plan Takaful ni, lihat pada jenis perlindungan dan jumlah coverage. Sebab itu yang akan tentukan, bencana kewangan yang menimpa anda, dapat diselesaikan atau tidak

BUKAN lihat pada cash value bila polisi matang kalau tak jadi apa-apa. Orang ambik Takaful sebagai persediaan kalau jadi apa-apa, bukan sebaliknya😎
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 01:20 PM | Show all posts
5 Sebab Orang Melayu Tak Percaya Pada Takaful..

Tawakal CukuplaKan?

#1. Tawakal Cukuplah
Mana boleh jual beli dengan nyawa. Haram!

Saya percaya Allah. Allah akan lindung saya. Tak payah tak payah.

Pertamanya, konsep Takaful nampaknya tak cukup jelas dan ada pula membandingkannya dengan tawakal atau berserah pada ketentuan Tuhan. Sedangkan, produk Takaful yang patuh syariah sebenarnya direka berdasarkan konsep Taawun C iaitu membantu antara satu sama lain ketika ditimpa kesusahan.

Mungkin disebabkan faktor budaya dan kepercayaan, orang Malaysia, terutamanya orang Melayu masih lagi belum berkesedaran untuk memiliki sebarang pelan perlindungan.

Alasannya cukup mudah, kerana ibu bapa mereka tak pernah ambil Takaful C dan kehidupan mereka nampak OK saja setakat ini. Malah, ada yang cukup mewah walaupun tak beli Takaful. Habis tu, buat apa membazir beli Takaful?

#2. Belum Mampu Lagi
Walaupun ada sebahagian besar yang memahami keperluan dan kebaikan Takaful, tapi beranggapan yang mereka belum lagi mampu untuk memilikinya.

Tidak dinafikan bahawa polisi Takaful biasanya adalah paling ideal bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak. Tapi sebenarnya, sebaik saja kita mempunyai pendapatan, kita sepatutnya sudah memiliki Takaful. Bahkan, ia lebih ideal untuk dimiliki sejak muda kerana harganya akan menjadi lebih mahal kalau kita lewat mencarum.

Kalau masa sihat sudah kata tak mampu mencarum Takaful, bagaimana pula nanti jika ditimpa musibah?

#3. Menyampah Dengan Ejen Yang Suka Memaksa
Encik ni tak sayang keluarga ke?

Kalau Encik mati dulu, apa jadi dengan anak bini nanti?

Janganlah pentingkan diri. Takaful ni bukannya mahal pun Puan.

Sakit hati tengok ejen-ejen Takaful yang buat iklan atau approach begini. Mulanya ada pasang niat juga nak ambil pelan Takaful. Tapi, disebabkan cara mereka yang agak annoying ini, terus tangguhkan hasrat!

Jadi, kalau ada ejen-ejen yang membaca, kalau pun anda sekadar bertujuan untuk provoke dan membangkitkan kesedaran, gunalah ayat yang berhemah. Cara yang kasar begini memang tak sesuai, terutamanya dengan orang kita yang penuh adat dan sensitif. Seperkara lagi, jangan pula terlalu mendesak hingga asyik telefon setiap hari dan berpura-pura rapat dengan seseorang semata-mata untuk melariskan jualan.

#4. Nanti Ejen Yang Kaya
Kalau kita beli Takaful, ejen itulah yang untung. Kita pula rugi sebab membayar setiap bulan kepada ejen tersebut. Senang-senang dia boleh kaya dengan duit kita

Memang betul ejen insurans akan dapat komisyen, tetapi sebenarnya ejen adalah pemudahcara untuk kita mendapatkan Takaful yang bersesuaian. Boleh saja kalau nak beli Takaful tanpa ejen dan direct melalui bank. Tapi dengan adanya ejen ini, banyak kelebihannya juga. Cuma kita perlu bijak cari ejen yang bagus benar-benar jujur dalam menjual produk mereka, bukan sekadar mendapatkan keuntungan semata-mata.

Mereka boleh beri nasihat dan perancangan kewangan, bantu kita isi borang untuk tuntutan, atau mereka selalunya ada masa untuk ingatkan kita untuk update dan review polisi.

#5. Lama Dah Ada Takaful Ni
Ya, kita pernah beli masa bujang dulu, tapi kita beli yang paling murah dan tak pernah update. Entah apa yang ada dalam polisi itu pun kita dah lupa. Cuma tahu bayar bulan-bulan pakai auto-debit.

Apabila kita membeli produk yang terlalu asas, ia boleh menyukarkan seseorang untuk mendapat perlindungan yang mencukupi. Nanti bila jadi apa-apa, barulah kita komplen sebab tak dapat claim dan sebagainya. Sedangkan, ia tidak termasuk dalam polisi atau perjanjian Takaful tersebut.

Menurut pakar kewangan, kalau mengikut kepada rule of thumb, nilai polisi Takaful yang paling sesuai dengan kita adalah bernilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan kita. Maka, bagi yang berkeluarga, mereka perlu lebih bijak memilih pelan Takaful yang bersesuaian.

Perancangan Kewangan Jangka Masa Panjang
Takaful mewujudkan bantuan kewangan supaya hidup kita dipermudahkan dan kita redha dengan takdir atau musibah yang telah ditetapkan ke atas hamba-Nya yang beriman. Takaful juga adalah perancangan kewangan jangka masa panjang yang sebenarnya berbaloi untuk dimiliki.

Apapun, bukan mudah nak tukar mindset orang kita kan?

kredit: majalahlabur
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2018 12:57 PM | Show all posts
REMIND PAYMENT CLIENT BAGUS ATAU TAK?
Client saya mostly busy. Tak semua client buat payment credit or debit. Jadi kene softly remind selalu dgn cara paling soft. Ejen boleh pilih utk tak remind. Cuma ditakuti kalau polisi tu lapse dan tibe tibe pulak ada client nak warded atau meninggal dunia. Mcm mana nak jawab?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2018 02:06 PM | Show all posts
SAYA SUKA ANALOGI BAYARAN PARKING UNTUK ANALOGI TAKAFUL

Bila parking kereta,kita mesti risau pasal saman. Sebab kita tak sure pegawai majlis akan datang atau tak. Ramai orang sebab malas nak beli tiket gores 60 sen,akhirnya terpaksa bayar saman yg dtg tiba tiba sebanyak RM30/RM50/RM150. So begitulah takaful,sebab malas fikir or nak jimat RM200 sebulan, in the future maybe you terpaksa let go RM30K/RM50K/RM150K utk uruskan kesihatan.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2018 12:05 PM | Show all posts
Teringat perbualan dengan jururawat di hospital swasta. Saya katakan padanya, bertuah dia jadi jururawat kerna jika sakit majikan (hospital swasta tempat dia bekerja) akan cover kos rawatan 💯 %. Jururawat tue kata, majikannya takkan cover kos rawatan 💯 %. Susahlah kalau cover.. boleh bankrupt. Staff dahlah ramai. Apa yang majikan bayar hanya separuh kos rawatan. Saya jawab sebab tue pentingnya kad perubatan. Menyedari kos rawatan makin mahal dan ingin ada tabung kecemasan, dia ada mencarum Takaful dan fokus pada kad perubatan.

Anda bagaimana?

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2018 02:32 PM | Show all posts



Bertuah bakal pengantin dapat hantaran sijil takaful sebagai lambang kasih sayang.. Hantaran paling mahal. <3

Bagi Ibu bapa yang bakal menerima menantu tak salah untuk meminta Polisi Takaful sebagai Hantaran Perkahwinan. Dengan nilai polisi sekurang-kurangnya perlindungan RM 100,000.00 ataupun lebih, mungkin tak nampak kesan sekarang. Jika berlaku musibah, sekurang-kurangnya wang pampasan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kelangsungan hidup tanpa perlu menagih simpati pada yang lain.

Yang belum berkahwin dan bercadang nak berkahwin dan pening nak memikirkan hantaran perkahwinan...Polisi Takaful adalah salah satu hantaran yang dicadangkan....

#PruBSN
#Takaful
#TabungWanita
#kuasawanitadisini
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:35 PM | Show all posts
Kereta encik ada takaful tak? Rumah ada amik takaful tak? Diri sendiri mcm mana pula?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2018 11:40 AM | Show all posts
Kalau Ku Tahu

Perkataan kalau antara perkataan yg agak popular dengan masyarakat kita. Lagu pon banyak menggunakan perkataan ini.

Kalau ku tahu mawar berduri, tidak ku petik ia dengan jari, kalau ku tahu jadi begini, rela ku hidup seorang diri

- Tan Sri SM Salim -

~~~Takaful~~~
Kalau saya ambil, saya mati, orang lain yg kaya.

Kalau saya buat nanti boleh? Tak ada buget la

Kalau saya masuk ni untung ke?

Itulah dia masyarakat kita, kalau ku tahu bila ajal ku, kalau ku tahu bila musibah menimpa.

Haaa, kalau lah semua ku tahu, mestilah ramai jutawan di malaysia. Mesti semua ada cukup duit untuk menghadapi sebarang kejadian.

Langit luas terbentang di mana tegak tiangnya,
Siang bertukar malam siapa yg mengaturnya,
Lihat burung yg boleh terbang ke awan entah apa la sebab nya,
Lihat ikan di sungai dan di lautan entah bila kah tidurnya,
Bulan bintang di mana punca cahaya siapa menentu kan nya,
Di dunia ini kita dilahirkan entah bila pula perginya

Kepada semua jangan berkalau, rancang perjalanan persaraan anda dengan sempurna.

Derita sang pungguk berhati galau,
Kerana menanti bulan purnama,
Jangan selalu berkata kalau,
Kelak derita akan menjelma.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2018 04:18 PM | Show all posts
TAHUKAH ANDA?

Anda tak mandi pun takde masalah nak mohon Takaful. Kami tak kisah rupa atau bau anda

Yang kami kisah ialah kebajikan dan masa depan anda! So, mohonlah Takaful sekarang. Set appointment untuk jumpa. Bukan sekadar minta quotation saja

Takde air bukan masalah besar
Takde duit berterusan yang perlu anda elakkan!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2018 03:48 PM | Show all posts
Tahukah anda, jika anda mempunyai polisi Takaful Perubatan mahupun polisi nyawa, anda layak untuk mendapat PELEPASAN CUKAI sebanyak 9,000.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-12-2018 08:39 PM | Show all posts
tahun 2018 dah nak berlalu ... untuk pelepas Cukai Pedapatan  2018  nanti kita perlu buat payment contribution Takaful ? Insuran tahun ni jugak (2018)

berpesan pesan untuk kebaikan ....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat tahun baru buat forumers board Takaful. Moga tahun ini makin ramai yang dikurniakan kesedaran untuk mencipta #Tabungkeluarga agar ada backup plan jika dilanda musibah. Jika bajet yang amat ketat, saya sarankan ciptalah #Tabungsendiri agar orang yang kita sayangi boleh meneruskan hidup dengan Aman dan damai tanpa dibebani masalah kewangan. Moga tahun baru ini dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043111s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list