CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peacefrog

Malaysian Jew

 Close [Copy link]
Post time 10-4-2010 07:57 PM | Show all posts
ni statement hok jenih tak penah jumpak yahudi pom.tp takat baca teori mori suma.


Yahooodi.............



Cheeena...... harammmmmmm !

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2010 08:00 PM | Show all posts
disamakan cina bukit dgn yahudi.




Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 09:05 PM | Show all posts
dekat georgetown ada satu jln nama jln zainal alam. dulu nama dia yahudi road sebab kat situ ada perkuburan yahudi. penjaga kubur kat situ adalah seorang melayu dan tiap2 tahun ada jewish tour group b ...
huskers Post at 11-5-2007 10:33


Huskers, setuju sekali dengan your point of view. Bukan semua orang Yahudi itu jahat - Zionist tu yg patut dikutuk dan dibenci. Ada juga bangsa Yahudi sendiri mengutuk dan membantah perbuatan keji pemimpin Zionist mereka. Serupa juga dengan Melayu, bukan semuanya berhati mulia, beradab dan berperikemanusiaan.

Yang saya tengok sekarang, dan rasa terkilan dengan sesetengah orang, sebut saja perkataan Yahudi, terus melenting, penuh kebencian tapi tidak tahu ujung pangkal. Saya tidak setuju, malah mengutuk perbuatan jahat Zionist, tapi, dalam masa yg sama, perasaan hatred towards any human being, based on race, religion or colour, is simply from ignorance, fear of the unknown and stupidity.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 12:29 AM | Show all posts
betul ke keturunan yahudi ikut maternal side?

Migdal,maknanyer tak kira laa samada belah maternal or paternal sekalipun,confirm jew jugak kan...sbb teringat kes Gwenth Paltrow yg ngaku jew sbb ikut belah pak dia...
liyamariska Post at 10-4-2010 14:21


Hi liya, kesimpulan yang macam tu diterima oleh denominasi Reform (denominasi terbesar) di Amerika Syarikat. Bagi mereka, selagi seseorang itu menganggap dirinya Yahudi, maka kedua-dua belah keturunan boleh menjadi penentu, tidak semestinya sebelah ibu sahaja atau sebelah bapa sahaja.

Hal ini menyebabkan masalah selalu muncul apabila mereka yang menggunakan definisi Reform ini berdepan dengan sektor-sektor yang dikawal Mainstream Judaism di mana, mereka tidak mengiktiraf keturunan Yahudi yang ditentukan oleh sebelah bapa. Di US persatuan2 kebajikan dalam Reform agak kuat untuk menjaga penganut mereka dari pelbagai aspek tetapi permasalahan ini tidak diatasi di UK.

Hampir 40% Yahudi di UK tidak diiktiraf sebagai Yahudi dan apabila mereka ingin berkahwin ada yang tidak diterima statusnya dan dikehendaki convert kepada Orthodoxy terlebih dahulu. Mayat yang tidak diiktiraf Yahudi tidak boleh ditanam di kawasan perkuburan Yahudi (kerana tidak ada perkuburan Reform). Sebab itulah cremation dibenarkan dalam Reform dan abu mayat hanya disimpan dalam rumah ahli keluarga si mati.

Oleh kerana proses convertion kepada Orthodoxy agak sukar, maka ada saja pihak yang tidak bertanggung jawab menjadi sindiket untuk mengconvertkan Yahudi dari denominasi Reform atau Liberal yang tidak diiktiraf (kerana beridentitikan paternal side) kepada Orthodoxy secara mudah dan cepat. Tindakan ni hanya menyebabkan Institusi rasmi keagamaan di Israel bertindak lebih ketat sehingga ramai orang Yahudi tidak diiktiraf statusnya (kerana proses convertion tidak sah) dan sukar untuk beraliyah walaupun mereka telah converted kepada Orthodoxy.

Jika diselidik kembali, majoriti kes untuk convertion kepada Mainstream Judaism (Orthodoxy) dimohon oleh Yahudi dari semua denominasi yang tidak diiktiraf statusnya oleh Orthodoxy. Hal ini bukanlah bermakna mereka mahu menjadi Orthodoks, tetapi lebih kepada untuk mendapat pengiktirafan yang sah sampai ke akhir hayat.

Yang kedua paling lazim ialah non-Jew yang ingin berkahwin dengan Yahudi, walaupun pasangan mereka adalah dari denominasi Reform/Liberal (untuk mengelak permasalahan pada masa akan datang kerana khuatir status anak mereka tidak sah). Agak sedikit kes convertion dari non-Jew yang berminat dengan Judaism.

Apa yang ak terangkan ialah situasi yang dihadapi oleh Yahudi beragama di US dan UK. Bagi yang tidak tertakluk pada mana-mana denominasi dan hidup tanpa agama, mereka juga mengiktiraf diri sebagai Yahudi hanya dari aspek keturunan saja. Mereka bebas berkahwin campur dan mengamalkan budaya sekular tanpa mempedulikan apa-apa kaitan tentang agama Judaism. Perayaan keagamaan disambut secara sekular dan dinisbahkan kepada tradisi keluarga semata-mata. Jika ada ahli keluarga yang ingin mendekati agama, barulah mereka menghadapi permasalahan di atas (kerana tidak diiktiraf statusnya akibat perkahwinan campur)

hahaha, many thanks.... yemenite jew la kot psl moyang aku kawen ngan moyang pompuan yahudi kt yaman...

yeke yahudi yaman lawa2 ke? skrg ada yahudi lg kt yaman ke?


JodoKast, di Yemen masih ada kaum Yahudi tetapi majoritinya telah beraliyah ke Israel.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 12:42 AM | Show all posts

http://www.youtube.com/watch?v=Eq_IeCBgnN8

Di mana-mana kami pergi, kami menjadi seperti kaum peranakan di negara tersebut. Mengamalkan budaya mereka (dengan mengadaptasikannya kepada budaya kami), dan bertutur dalam bahasa mereka dengan sentuhan Ibrani sehingga yang membedakan hanyalah agama.

On one hand, I'm very pleased to know that Jews from every corner of the world are coming home to Eretz Yisrael. On the other hand, I'm also worried about the fate of diasporic culture and value of each group that might be faded with regard to assimilation (into Israeli mainstream culture).
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2010 06:10 PM | Show all posts
hok buat masalah kt donia nih i doubt they are jewish by religion....mumkin yg beperang tuh yahudi jahat temasok worg2 yg beperangai mcm yahudi yg jahat.worang melayu yg perangai sama mcm yahudi p ...
nanat87 Post at 10-4-2010 11:18


Hadith tu adalah hadith yg  mudah difahami.Yang pasti hadith tu menyebut yang akan terlibat didalam peperangan akhir zaman dengan Muslim ialah Yahudi.Kalau ada bangsa lain yg jahat,mungkin itu adalah pengikut mereka dan bukannya ada tafsiran baru bangsa lain yg jahat  turut dinamakan Yahudi.Malah Islam tidak lagi memanggil orang Yahudi yg beragama Islam sebagai Yahudi kerana perkataan Yahudi bagi kebanyakan orang Islam turut bermaksud agama Yahudi.Mungkin tanggapan ini berbeza bagi penganut agama lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2010 02:22 AM | Show all posts
owhh...aku ingatkan sume yahudi ni jahat, rupenye ada gak yg baik yer?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 09:12 AM | Show all posts
107# super_nova


in fact.. nabi dolu2 ramai dr kaum yahudi.... so, x boleh generalize mereka, yg jahat zionist...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2010 10:08 AM | Show all posts
105# migdal_bavel
Sekarang ni konsep Israel for jews ni adakah mengambil kira agama? Kalau jews yg bukan penganut judaism pun diterima ke?

On one hand, I'm very pleased to know that Jews from every corner of the world are coming home to Eretz Yisrael. On the other hand, I'm also worried about the fate of diasporic culture and value of each group that might be faded with regard to assimilation (into Israeli mainstream culture).


Why worry if u agreed with the idea?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 10:09 AM | Show all posts
108# anne83
Cer tanya migdal. Dia ngaku tak zionist jahat!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 05:08 PM | Show all posts
107# super_nova


in fact.. nabi dolu2 ramai dr kaum yahudi.... so, x boleh generalize mereka, yg jahat zionist...
anne83 Post at 13-4-2010 09:12


dan kerana mereka memusuhi antara Nabi-nabi yg diutuskan oleh Allah kepada mereka itulah mereka digolongkan sebagai jahat.Jika mereka patuh kepada Nabi yg diutuskan kepada mereka, tak ada bangsa lain yg boleh menyanggah jika ada yahudi berkata mereka bangsa pilihan.Tidak ada bangsa pilihan sebenarnya tetapi ada umat pilihan iaitu Umat Muhammad tidak kira bangsa apapun mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 08:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by sayapghaib at 13-4-2010 20:57

Sedikit riwayat tentang sekongkolan Yahudi dengan Dajjal diakhir zaman.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu
sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit.
Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa
agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah,
ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka
pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka,
seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh,
tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang
kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang
bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”
Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.”
Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan
di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau
cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana
ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian
menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu.
Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi
akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud
termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi
yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya.
kecuali satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi).
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 09:00 PM | Show all posts
Dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Hadith riwayat Muslim
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 09:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by migdal_bavel at 13-4-2010 21:09
105# migdal_bavel  
Sekarang ni konsep Israel for jews ni adakah mengambil kira agama? Kalau jews yg bukan penganut judaism pun diterima ke?



Why worry if u agreed with the idea?
HOTlips Post at 13-4-2010 10:08


Tidak mengira agama kerana walaupun mereka menganut agama lain atau tiada agamapun, mereka tetap Yahudi menurut definisi Mainstream Judaism (Orthodoxy). The Law of Return juga menggunakan definisi keturunan untuk menjadi rakyat Israel. Maka sebab itulah terdapat beratus ribu pendatang dari bekas negara-negara Soviet dan Russia yang mengakui diri mereka Yahudi tetapi sebenarnya mereka beragama Kristian atau tiada agama.

Begitu juga pendatang dari Asia Tengah, ada yang beragama Islam tetapi mereka tetap beraliyah. Kaum Haredim yakni Yahudi Ultra-Orthodoks non-Zionis agak bencikan keturunan Yahudi Soviet yang tiada agama itu. Mereka mahukan Yahudi Soviet yang tiada agama itu ditukarkan dengan kaum Ultra-Orthodoks yang masih menetap di Russia dan sekitarnya.

Why worry if u agreed with the idea?


Every Jew will return to Eretz Yisrael - this is an indisputable prophecy written in the books of the prophets; whether a Jew is Zionist or not, he ought to believe in it.

The thing that I am concerned is, the retainment of our unique culture and tradition that is brought along by each Jewish group to Israel. We must continue to hold our forefather's legacy (the tradition) that we inherit ever since the Galuta (Diaspora). If one is a Moroccan Jew, he should always be Moroccan, neither Ethiopian nor Litvish. If one is Polish, he should never be Yemenite but Polish himself, not Persian.

From my observation; some Jews who involve with the Ashkenazic groups in Meah Shearim (Ultra-Orthodox neighborhood) tend to give up their own tradition just to adopt others albeit the fact that they are Sephardic or Mizrachic. Some American Olim (new immigrants) who live in a big city like Tel Aviv-Yaffo, they try hardly to take after the Sabra (the native-born Israelis) in leading life. To me, the Yemenite women who wear their own headscarf should not bother to adopt their Chabad neighbor's practice of putting on wigs and Ethiopian fellows don't have to be ashamed of their Hebrew pronunciation.

Cer tanya migdal. Dia ngaku tak zionist jahat!

Ak adalah Zionis yakni ak percaya Yahudi juga berhak mempunyai Tanah air sendiri sama seperti orang lain. Mempercayai hal ini tidak bermakna ak menidakkan hak orang Palestine di Gaza dan Tebing Barat untuk membina tanah air sendiri sama seperti saudara mereka di Jordan. Ia adalah dua perkara berbeza.

Membenci polisi semasa kerajaan Israel yang kejam lagi korup tidak bermakna kami membenci tanah air kami. Samalah seperti jika ada orang2 Melayu alim yang membenci kerajaan Malaysia yang korup serta para pemimpinnya, adalah tidak betah sama sekali untuk mereka menghina tanah air, bangsa dan agama sendiri. Definisi dan kefahaman Ultra-Orthodoks Ashkenazi dari Eropah terhadap Zionism adalah berlainan dengan kami (yakni Modern Orthodoks dari Amerika dan Sephardim/Mizrachim dari Tanah Arab dan Afrika).

Mereka tidak mengakui Zionism hanya kerana konotasi sekular kebangsaan moden yang mencemari agama Judaism. Tetapi soal kepentingan Tanah Israel mengikut definisi Taurat, kami semua berkongsi aspirasi yang sama. Mereka juga berkhidmat dalam ketenteraan Israel walaupun bukan Zionis kerana mereka berpegang pada konsep Kesempurnaan Tanah Israel (bukan nasionalisme kebangsaan moden) yang diseru dalam Talmud.

Jika dahulunya, Yahudi Parsi sangatlah patriotik kepada Iran dan Iraq, malah membangunkannya dengan begitu baik sekali walaupun ia bukanlah negara yang berasaskan Taurat. Oleh itu, ia tidak bermakna kami yang pada hari ini hidup di Israel moden tidak boleh berpatriotik kepada Israel walaupun ia adalah negara sekular yang tiada kaitan dengan Taurat.

Kami yang hidup dalam Israel proper ini tidak mengakui kami merampas tanah orang Palestine kerana orang " Palestine " yang hidup di Israel proper ini tidak lari ke manapun. Mereka tetap bersama-sama kami dalam berkongsi tanah air dengan nama Israel Moden dan mereka menjadi Arab Israel sama seperti Melayu di Singapura menjadi Melayu Singapura. Tidak ada Melayu yang dihalau di Singapura.

Orang-orang " Palestine " yang hidup di sebelah sungai Jordan adalah dikenali pada hari ini dengan nama Arab Jordan, tidak lari ke manapun mereka sama seperti tidak lari ke manapun orang Pulau Sumatera walaupun ada yang bertongkang ke tanah semenanjung untuk mencari kehidupan. Yang bermasalahnya ialah orang-orang di Gaza yang tidak berhak sedikitpun untuk menuduh kami merampas tanah air mereka kerana mereka adalah di Gaza sejak dahulu lagi, bukan di Israel proper sama seperti orang di Pulau Jawa tidak berhak sedikitpun untuk menuduh tanah Kelantan itu adalah milik mereka (jikalau adapun sejarah hubungan Jawa-Kelantan).

Orang-orang di Gaza dan di Tebing Barat wajar diberikan kemerdekaan untuk membina nama negara impian mereka sendiri yakni Palestine, tetapi mereka tidak boleh menghalau kami di Israel proper kerana ia bukan tanah air mereka. Mereka tidak tinggal di sini. Mereka di sana. Anachnu kan hem sham (We are here and they are there).
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 09:33 PM | Show all posts
dan kerana mereka memusuhi antara Nabi-nabi yg diutuskan oleh Allah kepada mereka itulah mereka digolongkan sebagai jahat.Jika mereka patuh kepada Nabi yg diutuskan kepada mereka, tak ada bangsa lain yg boleh menyanggah jika ada yahudi berkata mereka bangsa pilihan.Tidak ada bangsa pilihan sebenarnya tetapi ada umat pilihan iaitu Umat Muhammad tidak kira bangsa apapun mereka.


Setiap kesalahan berkenaan Bani Israel yang termaktub dalam kitab al-Quran itu juga telah lama dikisahkan oleh Taurat 1, 500 tahun sebelum al-Qur'an "diturunkan" kepada Muhammad.

Maka kami yang membacanya terlebih dahulu mengetahui perihal kedegilan dan kejahatan sebahagian tetangga leluhur kita dalam kalangan Bani Israel.

Telah acap kali ak jelaskan bahawa kaum Yahudi yang hidup pada hari ini adalah merupakan keturunan-keturunan yang telah diselamatkan oleh Allah daripada kebinasaan dalam pembalasan yang diturunkan Tuhan terhadap sebahagian Bani Israel yang berdosa.

Maka, orang-orang yang berdosa dalam kalangan Bani Israel itu semuanya telah dihapuskan. Bala telahpun diturunkan kepada mereka sehingga mereka tidak mempunyai keturunan lagi.

Adakah adil Islam ingin menghukum keturunan orang-orang salih yang dijaga oleh Allah daripada dibinasakan itu dengan menisbahkan dosa orang-orang lain terhadap mereka?

Yang membunuh para Nabi tu adalah raja-raja Bani Israel yang kafir di mana mereka yang menganiaya nabi-nabi tersebut apabila mereka dilarang daripada melakukan Avodah Zarah (Penyembahan Berhala) dan mereka malah cuma memaksa rakyatnya mengikut kesyirikannya  - menyembah berhala Ba'al.

Hal ini adalah diterangkan dalam Judaism. Agama Judaism mengeji perbuatan sembahan berhala sejak dahulu lagi, maka mengapa dosa penganutnya yang tidak mengikuti akan suruhan ini dinisbahkan kepada seluruh Israel?

Dan raja kejam itu cuba bunuh nabi Eliyahu aka Eliyas tapi tidak kesampaian kerana nabi Eliyas telah diangkat ke langit sebagai orang yang akan turun membawa berita gembira akan kedatangan Messiah pada akhir zaman nanti. Sebelum itu, Nabi Eliyas telah ramalkan kerajaan Bani Israel iaitu Samaria dan Yehuda akan diserang Assyria dan Babylonia

Keturunan yang 10 suku dari Bani Israel yang menetap di Samaria semuanya hancur, lantaran kealpaan mereka dalam menuruti suruhan raja-raja yang kafir. Yang tinggal hanyalah saki baki yang beriman dan terselamat semasa serangan Assyria. Mereka sempat melarikan diri ke negara jiran/saudara mereka iaitu negara Yehudah yang masih banyak orang beriman.

Keturunan yang dijaga Allah ialah suku Yehudah, Benyamin dan suku Imam Levi yang menetap di Yehuda; kerana 3 suku inilah yang masih beriman kepada Allah, sebab itu Allah tidak hapuskan mereka sama seperti yang berlaku pada Samaria. Walaupun bala dikenakan ke atas Yehuda dengan kedatangan Babilonia untuk menyerang negara Yehuda, rakyatnya masih berterusan hidup dengan rahmat Tuhan yang merahmati mereka. Maka rakyat yang beriman ini dikenali di kemudian hari dengan nama Yehudi (yang ertinya "mereka yang berasal dari Yehuda")

Samalah juga dengan kisah penyembahan  Egel HaZahav (Berhala Anak Sapi Emas). Penyembah--penyembah itu bukanlah semua dari kalangan Bani Israel dan mereka yang melakukan perbuatan itu semuanya dihukum bunuh oleh Nabi Musa. Yang tinggal adalah daripada generasi yang tidak turut serta. Suku Levi langsung tidak turut serta dan Taurat mengatakan hukuman bagi penyembah berhala itu adalah hukum bunuh. Jikalau seluruh Bani Israel pada zaman Musa menyembah berhala, maka sudah tidak adalah nabi-nabi Bani Israel yang muncul pada terkemudian setelah Musa kerana kesemuanya dihukum bunuh.

Kalaulah majoriti Bani Israel yang menyembah berhala tu, maka tiadalah kisah2 seterusnya dalam al-Qur'an yg menceritakan Bani Israel mempunyai 12 suku kaum kerana kesemuanya sudah dihukum bunuh.

Sama juga dengan kisah sebahagian Bani Israel yang enggan masuk ke dalam Tanah Dijanjikan itu, sampai ke hari ni ada orang menggunakan hujah itu menolak hak Yahudi tehadap tanah Israel.

Padahal yang enggan itu telah dihukum sesat sampai 40 tahun dan mereka semuanya mati kebuluran dalam kemelaratan di padang pasir, hidup sesat tanpa tujuan. Keturunan mereka itu telah pupus sebelum mereka sempat masuk Tanah Suci di bawah nabi Yoshua (Yusha). Maka kenapa menisbahkan mereka dengan kami?

Adakah Islam mempercayai konsep dosa warisan? Sebagai contoh, jika abang anda dan keluarganya melakukan jenayah, mereka kesemuanya dihukum mati oleh mahkamah. Maka, abang anda itu tiada keturunan lagi yang tinggal. Setelah bertahun-tahun, adakah keturunan anak anda dan anak adik-adik anda yang lain akan dipersoalkan atas dosa abang anda yang lampau itu?

Sudah tentu tidak, bukan. Beginilah halnya dengan kaum Yahudi sekarang. Kami tidak bertanggung jawab di atas segala dosa sebahagian Bani Israel dahulu kala yang telahpun dihukum oleh Allah. Mereka tiada kaitan dengan kami, samalah tiada kaitannya nenek moyang orang Melayu yang menyembah batu batan, pepohonan, bukit-bukau, hantu langsuir dan hantu raya, dewa-dewi Hindu dan sebagainya dengan Melayu pada zaman ini yang Islam kesemuanya. Sila buktikan bahawa anda bukanlah penisbah dosa warisan terhadap umat lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 09:59 PM | Show all posts
Adakah adil Islam ingin menghukum keturunan orang-orang salih yang dijaga oleh Allah daripada dibinasakan itu dengan menisbahkan dosa orang-orang lain terhadap mereka?


sbenarnya 'penganut' Islam, bukan ajaran Islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2010 10:22 PM | Show all posts
Ak hairan kerana mereka menuduh kami sebagai jahat dan zalim dengan menisbahkan dosa orang-orang yang telah dihukum dalam sejarah kaum kami yang panjang. Tetapi dalam masa yang sama, mereka mengakui bahawa keturunan tetangga kami yang berdosa dan dihukum pupus (10 Lost Tribes) itu menjadi leluhur mereka pula (leluhur nenek moyang Melayu)?

Mengapa kami yakni Yahudi yang hidup kerana rahmat Allah ke atas leluhur kami (Kaum Yehuda) yang salih (menjaga diri daripada menjadi fasik seperti kaum Samaria/10 Tribes) itu disuruh menanggung bebanan dosa sebahagian tetangga-tetangga (10 Lost Tribes) yang kufur itu, yang mana mereka telahpun dihukum? Mengapa mereka yang menisbahkan dosa warisan ini tidak mahu pula menanggung dosa Manasseh yang didakwa sebagai leluhur mereka, sedangkan " leluhur " itulah yang mengundang Bala Allah ke atas Bani Israel.

Ak tidak suka orang yang gemar memutarbelitkan fakta sejarah Bani Israel yang telah termaktub 1, 500 tahun sebelum mana-mana kaum penyembah berhala menganut ajaran Tauhid yang dibawa Muhammad di mana, mereka kemudiannya mendakwa yang bukan-bukan pula terhadap tradisi dan sejarah kaum kami demi memuliakan keturunan bangsa mereka sendiri. Kemudiannya memaku dulang paku serpih pula terhadap kami.

Anda dengan agama anda dan kami dengan agama kami. Jika anda adalah Muslim, hiduplah cara Muslim dan usahlah mendakwa yang bukan-bukan dengan kitab para nabi kami. Kami tidak bermusuhan dengan kalian. Kami tidak punya dendam dengan kalian untuk kalian bersikap terlebih kuah dari sudu dari orang-orang Arab ataupun orang-orang Eropah yang pernah hidup dengan leluhur kami sendiri.

Selawat dan Salam ke atas nabi dari tetangga Israel dari kaum Arab, semoga Allah mendamaikan kita dari fitnah manusia yang penuh hasad.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 11:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by genot at 13-4-2010 23:35

kalau Tuhan tidak morka dengan sesuatu 'bangsa' itu Dia tidak akan hantar British, Belanda, Portugis bagai menjarah, menjajah, atau mencampuri urusan pentadbiran tempat orang2 yang 'mulia' tidak pernah dimurkai-Nya dikira2 campur semula beratus2 tahun lamanya beberapa generasi juga.

Tuhan sudah pon menunjukkan kemurkaan-Nya kpd kaum Arab Asli Aad n Thamud dengan bencana alam. Tuhan juga sdh menunjukkan kemurkaan kpd kaum Israel dengan memecahbelahkan kerajaan Yahuda serta menyebabkan anak2 Israel dibelenggu terjajah di bawah Roman n Babylon.

Puncanya? di mana2 juga x kira bani Israel, bukan bani Israel atau siapa2 sahaja, kerana meninggalkan ajaran-Nya. Ada juga disebut dalam kisah nabi Daud (as), aku selesa memanggil baginda sbg nabi, kerana tiap2 nabi n rasul-Nya memang adalah pemimpin manusia2 juga makhluk lain bani Israel sudah lah meninggalkan ajaran-Nya dan tidak membuka Tabut (dalamnya ada kitab) beberapa lama lah sudah tiada menjalankan syariat, maka lemahlah mereka. hal ini sama saja kpd umat Islam kerana agama kita sm dengan agama nabi Daud (as) serta kaumnya, bani Israel

ermm, akh Migdal, 'agama' kita sbenarnya adalah dr Dia juga... hanya perlaksanaannya mungkin sikit berbeza, juga ada sikit khilaf di bahagian nabi2, kitab2 n rasul sebab berbeza2 kawasan juga tempat.

walau bagaimanapon, hal itu memang bukan masalah besar, kita masih lg saudara mara amat x patutlah kita bermasam2 muka serta Israel memang layak menjadi sebuah negara biasa sama sahaja mcm negara lain, aku sayang saudara2 Yahudi dr Yemen, aku faham perasaan mereka n mereka juga adalah orang Arab
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 11:09 AM | Show all posts
Tetiba aku rasa kita kena ada hubungan diplomatik dg Israel plak. hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 04:29 PM | Show all posts
weh migdal and genot tahu tak nama korg glemer kat blog mistifiles?hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.337220 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list