View: 31856|Reply: 214
|
Malaysia's Most Wanted -- (missing kids)
[Copy link]
|
|
sebenarnya tajuk tu ala ala one of the most
popular show in usa --- America's Most Wanted -
and ini adalah salah satu 'true story' in USA
tentang big crimes - dan show ini akan menceritakan
bagaiman crimes itu berlaku - dan akan profile kan
criminal (based on the tips given by witnesses) and profile kan
the victims -- so that people can be aware about it --
reason saya buat tajuk tu - adalah kerana host rancangan
tersebut John Walsh - KEHILANGAN anaknya Adam 5 tahun,
yang diculik dan kemudian dibunuh dan polis TERLEWAT untuk menolong
dia menyelamatkan anak dia itu -
rancangan AMW tu - telah dapat menolong profile kan criminal
dan missing person dan adanya rancangan tersebut telah sedikit
sebanyak menolong dan membantu pihak enforcement menyelamatkan
kanak2 yang kena abducted (some alive some died) -
as well menangkap criminal yang bertanggungjawab
according to the profiling yang AMW ni berikan -
dan tujuan saya buka thread ni -- nak discuss -
sebab setelah apa yang berlaku pada Yin - yang
hilang 14 hari tu -- rakyat mungkin ada tersedar sedikit
yang kehilangan kanak2 sebenarnya satu issue semasa
yang besar yang patutnya ditangani bersama oleh
masyarakat Malaysia yang peka tentang society dan yang
vigilant tentang situasi sekarang --
ramai kanak kanak yang hilang dan yang ni saya maksudkan
diculik diambil dibuat tebusan dijual dijadikan hamba etc etc --
dan benda2 begini memang boleh kita prevent or reduce kalau
kita peka dengan surrounding kita-
samada kawasan perumahan yang kita duduk - atau ditengah bandar
atau di taman taman permainan di shopping malls di pasaraya
di pasar malam etc etc --
kanak2 yang hilang atas sebab sebab di atas - berlaku setiap hari
cuma tidak direportkan kepada pihak berkuasa ---
malangnya ----
apabila kanak2 itu hilang less than 24 hours - itu masih belum dikatakan
kes hilang -- dan kalau buat report polis pun tak dilayan ---
yang diconsider hilang ialah after 24 hours -
cuba bayangkan kalau memanglah kanak2 tu ditangkap diculik dibawa lari
melalui van ka ke border -- di Thailand sana --
by the time after 24 hours - dah masuk ke Thailand and the chances nak
jumpa balik memang tipis!!!
jadi - memang menjadi masalah juga pada parents yang kehilangan anak ni -
nak report - polis kata ah mungkin dia just sesat ka or mungkin jatuh dalam
air ka etc etc -- kalau tak buat pulak - ha! jadi macam yang saya sebut
di atas --
now -- what do you think people can do to help to reduce this --
and to help each other to more vigilant regarding our missing kids??
patut tak malaysia buat macam AMW - di mana society boleh tolong
berikan apa2 saja tips yang dapat menolong orang ramai recover anak2 mereka
or sedara mereka yang ditangkap diculik -- dan hilang??
saya percaya ramai forum members yang boleh beri pandangan bernas
dan ideas and what to do about this situation --
setiap pandangan adalah dihargai --
[ Last edited by dexa at 9-7-2007 08:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tak larat nak baca, dex.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Muntz's post
aku pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 9-5-2007 07:05 PM
sebenarnya tajuk tu ala ala one of the most
popular show in usa --- America's Most Wanted -
and ini adalah salah satu 'true story' in USA
tentang big crimes - dan show ini akan menceritaka ...
Saya rasa penekanan harus diberikan pada tanggungjawab ibubapa jaga anak2 daripada penekanan bagaimana nak cari anak yg hilang. Be a responsible parents. Just my view |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Muntz's post
muntzzzzzzzz
saya memang sokmo tulis thesis
sebab tak tahu camana nak summarize -
maaf ye
although i think it is very important issue to address though -
it is happening now -
lots -
p/s gicks niiiiiiiiiiii ada aje budak sebijik ni ye
maaf la - tulis banyak -
tapi camana nak summarize ye - ishhh
saya memang hampeh pasal summarize ni --
maaf - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Png_Prince's post
perhaps -
tapi still can be arguable -
you can be a responsible parents
dan anak you still kena culik dan dibunuh
etc etc -
sebab tu kalau ada malaysia's most wanted tu
boleh witnesses beri profiling criminal tu
or profiling anak2 yang kena culik tu --
as well crimes yang lain --
and maybe can help to solve the crimes
as welll mungkin boleh menyelamatkan nyawa juga!!!
[ Last edited by dexa at 9-5-2007 07:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 dexa's post
Sbb tu kena praktis buat executive summary, dex. Tapi cara camnie ialah signature posting dex.. org mudah kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
korang tentu masih ingat kes song seng (sorry aku tatau camne nk eja nama budak ni)... budak ni kalo tak silap aku ilang kat depan sekolah...sampai skang x jumpa. tentu dia dah form 4 atau form 5 skang...
kalau tgh jenjalan dgn mak ayah macam kes Yin tu bleh la kita salahkan mak bapak dorang. tapi kalau kes mcm song seng ni macamana plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Muntz's post
saya kena practice ni!!
ha - kalau mod den tu penuh dengan practice saya
janganlah mata mod muntz berpinar ye --
:gila:
p/s : tapi errr.. memang susah nak tulis pendek2 -
saya akan acu cuba try test -- |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 nazurah's post
ah ye -
ada mentioned pasal dia masa lepas kes Yin tu
budak klang kan -
nama Tong Sheng kalau tak silap
sampai sekarang tak jumpa
kena kidnapped masa balik sekolah kalau tak silap
mungkin boleh google kisah dia tu --
sad though - |
|
|
|
|
|
|
|
Ratusan budak hilang gagal ditemui semula
09-05-2007
KUALA LUMPUR: Seramai 303 kanak-kanak telah dilaporkan hilang antara Januari hingga April tahun ini, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharum.
Berdasarkan perangkaan Polis Diraja Malaysia, beliau berkata hanya 176 orang daripada jumlah yang dilaporkan hilang itu, ditemui semula.
Pada tahun lepas, sebanyak 1,485 kes dilaporkan dengan 900 kanak-kanak berjaya ditemui semula manakala pada tahun 2005, sebanyak 1,803 kes dilaporkan dan 1,254 daripadanya ditemui semula.
"Pada tahun 2004, terdapat sebanyak 2,405 kes dilaporkan. Sejumlah 1,752 kes kanak-kanak ditemui semula dan sebanyak 653 kes belum dapat dikesan," katanya semasa menjawab soalan Senator Datin Dr Nik Azizah Nik Yahya berhubung jumlah kanak-kanak yang hilang bagi tahun 2004 hingga 2007, pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Menjawab soalan tambahan Senator Siw Chun Eam yang ingin tahu peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap ibu bapa yang cuai dalam penjagaan anak-anak mereka, Johari berkata tindakan boleh diambil mengikut Akta Kanak-kanak 2001.
"Mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak di mana ibu bapa atau penjaga boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksima dua tahun kerana membiarkan anak-anak mereka tanpa pengawasan berpatutan," katanya.
Bagaimanapun, disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah di negara ini, kata Johari, ibu bapa yang kehilangan anak-anak tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang, sebaliknya ditemubual media sehingga mendapat perhatian dan simpati umum.
Menyifatkan ibu bapa sebagai punca utama masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak, beliau berkata mereka sepatutnya memainkan peranan lebih serius dalam menjaga anak-anak termasuk sentiasa peka dengan perubahan tingkah laku, pergaulan dan tempat anak-anak mereka menghabiskan masa.
---------------------------------------
303 kids missing = january - april yang dilaporkan -
january feb mac april = 120 hari
303 - 176 = 127 masih hilang
so about 2.5 kids per day!!! yang dilaporkan
hilang dan about 1 kid will be found -
tapi harus lebih dari tu yang hilang sebenarnya
dan banyak lagi yang tidak dijumpai ---
so about 1 per day tak akan jumpa budak tu -- |
|
|
|
|
|
|
|
ooo thong seng ekk...
muka dia sebijik macam anak sedara aku...and dorg sebaya. masa memula budak tu ilang....orang ingat anak sedara aku tu budak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tadi di buletin utama pun ada disebut tenang kehilangan anak/budak/remaja ni.
rasanya kalau kanak-kanak pihak polis akan ambil tindakan segera jika
mereka ni di laporkan hilang sebelum 24 jam tempoh kehilangan kot. tapi untuk
bebudak yang dah agak matang/remaja saja yang patut di tunggu sehingga 24jam
tempoh kehilangan. sebenarnya di sini yang pentingnya sensitiviti ibu bapa penting.
saya sendiri sebagai ibu pada anak-anak remaja ni sentiasa belajar memahami, menerima
dan memaafkan. Anak-anak remaja ni mudah terpengaruh dengan rakan sebaya,internet
dan macam-macam lagi. jadi saya dedahkan anak saya dari awal lagi supaya tidak terjadi
kejutan budaya pada mereka. Mendidik anak pada masa ini lebih mencabar dari masa
ibu bapa kita dahulu.salah satu punca anak hilang bagi yang sudah pandai berfikirlah,
malahan kanak-kanak berumur seawal 7/8 tahun ialah lari dari rumah secara. kalau
yang di colek kita boleh kaitkan dengan jenayah bagaimana dengan yang lari atau hilang
kerana masaalah di rumah atau persekitaran. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kawan gila2 aku ada bagi idea..
dia kata tanam cip kat dlm tangan/badan setiap bayi/kanak2
kalau ilang pakai GRS ke GPS ke apa mende aku pun tak tau
so bole trace kat mane budak tu la...kononnya la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 yusrin's post
bleh... tapi nnt dah besar xde privacy la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 9-5-2007 07:54 PM
muntzzzzzzzz
saya memang sokmo tulis thesis
sebab tak tahu camana nak summarize -
maaf ye
although i think it is very important issue to address though -
it is happening now -
lots -
...
takpun if bukan summary, u try buat ayat tu sambung ke tepi sampai hujung page belah kanan ni.. jangan buat dia sekerat2 masuk new line.. then maybe nampak pendek sikit pastu baru larat nak baca... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yusrin at 10-5-2007 11:43 AM
kawan gila2 aku ada bagi idea..
dia kata tanam cip kat dlm tangan/badan setiap bayi/kanak2
kalau ilang pakai GRS ke GPS ke apa mende aku pun tak tau
so bole trace kat mane budak tu la...konon ...
total invasion of privacy... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 fairy_hobbit's post
kalau da jadi kes puliss...tak yah nak pk privacy la...
i more ting wat tuk kanak2 jek..la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak hilang: Ibu bapa patut kena tindakan
23-05-2007
PUTRAJAYA: Polis diminta mengambil tindakan terhadap ibu bapa atau waris yang cuai yang menyebabkan anak hilang bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom berkata ini kerana mengikut rekod polis, sejak 2003 hingga sekarang sejumlah 1,914 kanak-kanak dilaporkan hilang dan jumlahnya dijangka lebih besar kerana ada ibu bapa yang tidak melaporkan kehilangan anak mereka kepada polis.
Katanya undang-undang sedia ada iaitu Seksyen 33 Akta Kanak-kanak mesti dikuatkuasakan yang mana ibu bapa atau waris yang cuai hingga menyebabkan anak hilang boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
"Kita nak polis selepas ini, sekiranya ada ibu bapa yang terlibat dengan kes-kes cuai yang menyebabkan anak hilang, kita minta polis ambil tindakan terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembinaan pusat latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) antara Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad serta Glomac Rawang Sdn Bhd di sini hari ini.
Beliau berkata takrifan kanak-kanak di bawah akta tersebut ialah mereka yang berusia bawah 18 tahun.
Sambil merujuk kepada kes kehilangan Muhammad Nazrin atau Yin, lima tahun di kompleks membeli-belah Sogo pada 31 Mac lalu, Johari berkata sepatutnya tindakan diambil terhadap ibu bapa kerana cuai tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Sepatutnya tindakan diambil terhadap ibu bapa kerana cuai dan menyebabkan masalah kepada orang lain seperti masalah kepada polis, kita terpaksa membuat rondaan dan sebagainya untuk mengesan semula budak itu," katanya.
Beliau berkata masyarakat perlu mengubah minda dengan menjaga anak masing-masing seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini tentang cara untuk menjaga dan mendidik anak.
Katanya masalah sosial yang sedang dihadapi oleh kerajaan pada masa ini juga tidak akan berlaku seperti masalah penagihan dadah dan sebagainya, jika semua dapat menjaga anak masing-masing dengan baik.
Beliau berkata setakat ini, belum ada waris atau ibu bapa yang dikenakan tindakan di bawah akta tersebut dan mungkin undang-undang berkenaan tidak dikuatkuasakan.
Semasa ditanya mengenai kemungkinan ibu bapa tidak membuat laporan kepada polis mengenai kes kehilangan anak sekiranya undang-undang itu dikuatkuasakan, Johari berkata: "Terpulanglah kepada dia. Itu masalah dia. Kita nak buat macam mana."
Sementara itu, beliau berkata projek pembinaan pusat latihan di Dengkil, Sepang itu akan menjalankan kursus dan latihan merangkumi program pencegahan, pemulihan, undang-undang dan pengurusan am kepada semua pegawai dan kakitangan AADK bertujuan melahirkan warga kerja yang profesional dan berintegriti.
Katanya projek tersebut menelan belanja sebanyak RM25 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2010
------------------------------------------------------------
pada pendapat saya - jika anak hilang subjected the carelessness of
the parents or one of them -- memang mereka patut diambil tindakan --
kat malaysia ni - govt macam tak ambil berat sangat langsung tentang kecuaian
mak bapak yang tak jaga keselamatan anak2 depa --
macam issue car seat yang pernah kita discussed -- (i shall bring up the thread again)
berapa banyak parents yang prihatin tentang safety of their children -- very few though -
glad for this - and i think not only specific for the missing children tapi juga
safety of the children - |
|
|
|
|
|
|
| |
|