CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: koko2

Bank Persatuan

[Copy link]
Post time 12-9-2012 01:16 PM | Show all posts
sapa yg dah bawak kuar syer/duit?

arituh ramai bg review menarik pasal BP ni..
smpai aku pon invest

tp now review dah jadi scary plak...
adoii nk kene kuarkan balik la ni..

takut den nati tak dpt balik duit tu..
den bukan kayo pon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2012 02:16 PM | Show all posts
xette posted on 12-9-2012 01:16 PM
sapa yg dah bawak kuar syer/duit?

arituh ramai bg review menarik pasal BP ni..

dah isi form seblum raya aritu..tapi, sampai skrg tak dpt surat lagi.

sungguh lembab sekali bank ini..aduhaii..

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 04:57 PM | Show all posts
Baru call BP Tmn Selat, pagi tadi....diaorang cakap permohonan jual sebahagian aku dah lulus, Rabu minggu depan boleh pergi amik dimana-mana cawagan...tak yah tunggu surat.... syer aku ada RM5K, boleh keluarkan RM4.5K...jadi balance RM500 aku biarkan beranak pinak disitu.....

Aku syorkan korang yang dah buat permohonan keluarkan syer, call mana-mana cawangan BP, beri no IC dan staff BP boleh periksakan status permohonan anda....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 05:38 PM | Show all posts
tobby posted on 6-9-2012 12:38 PM
imagine year end closing ialah bulan 12. maknanya pengiraan dividen adalah dari bulan 1 hingga bul ...

yg peliknya takde pulak, ahli nak complaint masa AGM..... kalau betul jaga ahli, 8 bulan delay tu kena kira sekali lar kan....

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 04:00 PM | Show all posts
Pagi tadi aku ke BP, Tman Selat, B'worth i. Ambil balik duit pelaburan RM4500 ( jual sebahagian ) setelah aku dapat confirmation pemohonan aku diluluskan minggu lepas. Jadi aku tinggalkan RM500 dalam akaun saham dan biarkan dia beranak pinak disitu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2012 04:09 PM | Show all posts
aku punya application pun dah lulus...tggu ujung bulan nak siapkan cek
Kasik kuar abes..just left 500 jer.. Last edited by koko2 on 19-9-2012 04:52 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2012 04:57 PM | Show all posts
Bunyi macam banyak je pun nak keluarkan tuuu.... apa pun, good luck with your investment planning, aku keluarkan duit pun sebab nak top up kos renovation rumah baru aku...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 10:45 PM | Show all posts
koko2 posted on 19-9-2012 04:09 PM
aku punya application pun dah lulus...tggu ujung bulan nak siapkan cek
Kasik kuar abes..just left  ...

sorry off topik...koko...UT pe citer?ko kuarkan abis gk ker peram?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2012 08:20 AM | Show all posts
dealova04 posted on 19-9-2012 10:45 PM
sorry off topik...koko...UT pe citer?ko kuarkan abis gk ker peram?

UT aku dah kuar abis early year 2012...
Rugi sesgt..TOBAT dah nak join mana2 UT pasni..
BP at least pokok aku tak luak..cuma dividen makin ciput..sekurangnya merasa gak la aku $$$ khen..

Duit BP aku invest kat ASB anak aku...

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 10:32 AM | Show all posts
koko2 posted on 20-9-2012 08:20 AM
UT aku dah kuar abis early year 2012...
Rugi sesgt..TOBAT dah nak join mana2 UT pasni..
BP at le ...

pokok aku hr tu 8.5k utk 2 fund..so smlm aku call PM...total 2 fund tu rm8674.52...ada ler untung rm100++ utk 4 thn..aku ingat nk bw keluar...ok x koko?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2012 11:05 AM | Show all posts
dealova04 posted on 20-9-2012 10:32 AM
pokok aku hr tu 8.5k utk 2 fund..so smlm aku call PM...total 2 fund tu rm8674.52...ada ler untung  ...

pd aku elok sgt ler ko bawak kuar then add on kat ASB ko...
ada ler 18K+++ kan..? then compounding div jer...
tiap thn 8% compom dlm tangan..

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 11:21 AM | Show all posts
koko2 posted on 20-9-2012 11:05 AM
pd aku elok sgt ler ko bawak kuar then add on kat ASB ko...
ada ler 18K+++ kan..? then compoundin ...

aha..betul...kt asb baru ada 10k..sob sob...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 05:53 PM | Show all posts
Aku pun salah seorang yang terpengaruh dengan review yang manis BP 4 tahun lepas. Tak banyak pun , cuma aku masuk tu dok berharap dapatlah cover road tax dan insuran kereta tiap tahun.Jadi tak payaklah dok korek sumber lain untuk buat road tax.Tahun  mula-mula masuk saja dapat 10%, lepas tu terus merudum kepada 6.5 dan terbaru 6%. Baru ni ada terima notis ambil dividen dan dalam tu depa kirim sekali buletin, nama apa entah.

Bila aku tengok  buletin tu dua perkara buat aku rasa sengal. Pertama perutusan pengerusi, antara ayatnya punca berkurangnya dividen adalah disebabkan BP menghadapi saingan agresif dari bank lain (dia nak bagi tau staff BP tak reti buat kerja gamaknya atau tak pandai bersaing). yang kedua list ahli lembaga pengarah....mak aii....semua golongan atuk-atuk yang dok dalam BOD.Macam mana bank nak maju kalau atuk-atuk ni dok dalam BOD, nak bagi idea memodenkan bank pun dah mampu. yang depa tau tiap-tiap bulan/meeting akan ada elaun BOD dan enjoy lain-lan benefit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 10:44 AM | Show all posts
last week dh dpt surat utk amik duit hasil jual syer...., minggu ni bole la langsaikan utang umah..legaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2012 11:02 AM | Show all posts
Mas916 posted on 24-9-2012 10:44 AM
last week dh dpt surat utk amik duit hasil jual syer...., minggu ni bole la langsaikan utang umah..l ...

mas ko pun juai gak syer BP ni yaa.???
Ko antara otai yg invest kat BP kan..???
Satu lagi Shah_ GTI.. mana dia..? pi travel ke..? senyap jer..

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 11:53 AM | Show all posts
koko2 posted on 24-9-2012 11:02 AM
mas ko pun juai gak syer BP ni yaa.???
Ko antara otai yg invest kat BP kan..???
Satu lagi Shah_ ...

x der la otai..aq invest kt sana dalam 3 ke 4 tahun lps..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2012 03:00 AM | Show all posts
koko2 posted on 24-9-2012 11:02 AM
mas ko pun juai gak syer BP ni yaa.???
Ko antara otai yg invest kat BP kan..???
Satu lagi Shah_ ...

hahaha.... sy sibuk travel & susun jadual travel with family for the next 5 yrs... klu dulu travel 1x per year, skrg tpaksa travel 2x per year. insyaallah dah hampir financial freedom )  

sy still continue keep my share dlm BP sbb ASB dah penuh, klu ASB belum penuh sure sy penuhkan ASB dulu instead of simpan dlm BP sbb dividen BP tsangatlah ciputnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2012 10:26 AM | Show all posts
Yahoo...esok aku pi amik cek kat BP utk withdrawal saham...
Then aku pi dump kat ASB anak plak...mean ASB anak aku utk akaun Ting below 18 da max @ Full...

Now ni semua akaun aku & anak ada kat PUNB..ASB da full...ASW 2020 on de way to full..ASD on da way to full..
ASW & ASD leceh skit sbb kena try on luck..apa pun utk fund ni dah mencapai xx,xxx-00K
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2012 03:52 PM | Show all posts
aku dah kosongkan BP & top up semua dlm asb wife.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2012 09:24 PM | Show all posts
aku masih setia dengan Bank Persatuan.belum terfikir nak withdraw saham.

Pilihan, manfaat bank koperasi
Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

BANK koperasi merupakan sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia tetapi kejayaan besar salah sebuah koperasi terbesar negara melaksanakan sistem perbankan ini telah menarik minat orang ramai sehinggakan semua saham yang ditawarkan habis dilanggan.

Ini bukannya sesuatu yang luar biasa memandangkan bank koperasi mempunyai kelebihan berbanding bank komersial terutamanya dalam aspek kebajikan kepada anggota, dividen besar kepada pemegang saham dan juga kadar keuntungan produk pembiayaan yang jauh lebih rendah.

Setelah mengenal pasti kelebihan serupa dapat ditawarkan kepada orang ramai, sebuah lagi koperasi ternama di Malaysia telah mengorak langkah ke arah pembangunan sistem bank koperasi tersendiri yang memberi banyak manfaat kepada anggotanya dan juga masyarakat setempat.

Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad (Bank Persatuan) yang ditubuhkan 62 tahun lalu di Pulau Pinang kini telah memulakan proses penstrukturan semula bagi menawarkan manfaat sebuah bank koperasi termasuk pembiayaan pada kadar keuntungan terendah kepada warga bumiputera.

Mula didaftarkan dengan nama The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited pada 1950, Bank Persatuan dijangka mampu memberikan kadar dividen yang tinggi kepada anggotanya mulai 2013 melalui program penjenamaan semula yang bakal menambahkan bilangan keanggotaan (pemegang saham), pendeposit akaun dan pengguna produk-produk bank tersebut.

Menurut Pengerusinya, Jamal Abdullah, Bank Persatuan akan membuat perubahan mendadak selepas 62 tahun operasi bagi menawarkan khidmat dan manfaat yang lebih baik kepada anggota dan pelanggannya.

Beliau yang lama berkecimpung dalam pergerakan koperasi dan juga Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menjelaskan, sistem bank ini akan beroperasi berdasarkan garis panduan perbankan daripada Bank Negara tetapi pentadbirannya kekal di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Bank Persatuan kini sudah mempunyai 14 cawangan di seluruh negara kecuali di Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sahaja sementara cawangan di Johor kini dalam proses pembinaan.

"Kita akan membuat banyak perubahan besar dan penjenamaan semula serta menggandakan promosi dalam menawarkan produk-produk kompetitif untuk dikongsi dengan pengguna di seluruh negara," katanya.

Jelasnya, Malaysia mempunyai sejumlah 9,600 koperasi dengan lebih 10 juta ahli sementara Bank Persatuan kini mempunyai keanggotaan lebih 400 koperasi serta lebih 60,000 anggota bumiputera yang dijangka terus meningkat jumlahnya melalui proses penstrukturan semula tersebut.

"Kita mahu bergerak ke arah sebuah bank koperasi yang bukan sahaja menawarkan manfaat serta keuntungan kepada anggota dan pelanggannya, malahan melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan untuk komuniti setempat.

"Menyahut saranan Perdana Menteri, Bank Persatuan juga akan menggerakkan usaha merapatkan silaturrahim dan membantu kerajaan mengatasi masalah kemiskinan melalui program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR)," ujarnya.

Tambahnya, ini termasuk program sukarelawan, gotong-royong, cegah jenayah serta berkongsi semangat Ramadan menjelang Aidilfitri tahun ini melalui sedekah, zakat, program bersama anak yatim serta pelbagai aktiviti lain di surau dan masjid-masjid.

Untuk anggota pula, jelasnya, Bank Persatuan yang sebelum ini lebih fokus kepada perbankan pengguna kini menyasarkan kadar dividen lebih tinggi untuk anggota-anggotanya selain pelbagai manfaat yang tidak ditawarkan bank-bank komersial.

"Keanggotaan kita adalah 100 peratus bumiputera untuk koperasi dan individu sementara produk pembiayaan ditawarkan kepada anggota-anggota yang bekerja dalam sektor awam serta anggota yang bekerja di sektor swasta yang memenuhi syarat-syarat khusus.

"Untuk menjadi anggota cuma memerlukan 50 unit saham berjumlah RM500 tetapi anggota boleh membeli lebih banyak saham daripada itu dengan had tidak melebihi 20 peratus modal berbayar bank. Selain pelbagai manfaat automatik sebagai anggota, kita juga menyasarkan dividen 10 peratus untuk 2013, tertakluk kepada kelulusan SKM," jelasnya.

Antara manfaat automatik yang bakal dinikmati anggota Bank Persatuan termasuk perlindungan takaful, khairat kematian, faedah anak cemerlang dalam pelajaran, tuntutan kemasukan ke hospital, skim bantuan kebajikan anggota dan banyak lagi.

Menurut Jamal, selain perlindungan masalah kesihatan, bencana alam, kemalangan mahupun meninggal dunia, anggota yang kurang mampu juga akan dibantu melalui derma dan zakat serta program CSR lain anjuran Bank Persatuan.

"Bukan sekadar dividen tinggi dan pembiayaan dengan kadar keuntungan rendah, kita mahu sediakan manfaat dalam sistem sosial kehidupan anggota-anggota yang tidak ditawarkan bank-bank komersial.

"Walaupun produk pembiayaan kami lebih kepada kakitangan awam berisiko rendah, warga sektor swasta yang tidak dapat menikmatinya masih boleh menjadi anggota biasa dan menerima semua manfaat perlindungan serta bayaran dividen tahunan," katanya.

Tegasnya, Bank Persatuan tetap mengutamakan kebajikan anggotanya daripada keuntungan semata-mata dan orang ramai perlu melihat manfaat besar sebagai anggota sekalipun tidak berpeluang menjadi pelanggan sistem kewangannya.

Tambahnya, warga sektor swasta juga masih berpeluang membuat pembiayaan dengan pihaknya selagi syarikat tempat mereka bekerja mempunyai rekod kukuh dan cemerlang serta bersedia membuat bayaran balik melalui potongan gaji.

Menurut beliau lagi, bermula 1993, semua aktiviti perbankan Bank Persatuan juga telah berlandaskan prinsip syariah sepenuhnya termasuk dalam menawarkan produk simpanan Al Wadiah, pelaburan Al Mudaharabah dan Sijil Pelaburan Pembiayaan Bank Persatuan serta produk-produk pembiayaan.

"Selain aset pembiayaan yang telah dikeluarkan berjumlah RM1.1 bilion setakat ini, Bank Persatuan juga sedang menawarkan skim pembiayaan baru pada kadar maksimum RM200,000 sehingga 20 tahun bayaran balik tanpa penjamin dan dengan kadar keuntungan serendah 3.95 peratus sahaja.

"Skim pembiayaan yang dikenali sebagai Pembiayaan Satu Solusi merangkumi Pembiayaan Istimewa Lestari Dan Persendirian Istimewa Al Ajmal, sudah mula ditawarkan pada awal tahun 2012 ini dengan peruntukan sebanyak RM500 juta sehingga penghujung tahun." ujarnya.

Beliau turut mengesahkan setiap kategori produk Bank Persatuan bakal disediakan hadiah galakan untuk pelanggan-pelanggan baru sebagai hadiah penghargaan bagi mereka yang memilih khidmat bank tersebut.

Bagi koperasi pula, beliau menjelaskan pembiayaan kewangan kontrak juga bakal ditawarkan bagi koperasi bumiputera yang menerima tender daripada mana-mana jabatan kerajaan mahupun syarikat milik kerajaan.

"Kita juga dalam proses menggerakkan sistem Ar-Rahnu tersendiri yang telah diluluskan Lembaga Pengarah tetapi masih dalam proses kajian sistem pelaksanaan bagi mengelak kelemahan terhadap sebarang penipuan dan aktiviti jenayah.

"Dalam masa terdekat juga, kita akan mula sediakan mesin juruwang automatik (ATM dan CDM) di cawangan-cawangan Bank Persatuan serta di Bank Islam melalui perjanjian kerjasama rakan niaga," jelasnya.

Tambahnya, Bank Persatuan juga telah lama mengguna pakai sistem atas talian yang akan memudahkan sebarang urusan kewangan anggota dan pelanggannya.

"Harapan saya, semua koperasi dan orang ramai di negara ini tidak melepaskan peluang menjadi anggota kami, menjadi pengguna produk kewangan mahupun pendeposit.

"Apa yang kami tawarkan bukan sahaja solusi kewangan dan manfaat keanggotaan malahan kami mahu menggerakkan Bank Persatuan sebagai sebuah entiti kemasyarakatan yang dapat berkongsi keuntungan dengan berbakti kepada penduduk setempat," tegasnya.

Maklumat lanjut berkaitan produk, keanggotaan dan perkhidmatan Bank Persatuan boleh diperolehi melalui laman web www.bankpstn.com.my atau dengan menghubungi talian 04-3237650.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.079737 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list