CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: koko2

Bank Persatuan

[Copy link]
Post time 14-10-2012 09:24 PM | Show all posts
aku masih setia dengan Bank Persatuan.belum terfikir nak withdraw saham.

Pilihan, manfaat bank koperasi
Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

BANK koperasi merupakan sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia tetapi kejayaan besar salah sebuah koperasi terbesar negara melaksanakan sistem perbankan ini telah menarik minat orang ramai sehinggakan semua saham yang ditawarkan habis dilanggan.

Ini bukannya sesuatu yang luar biasa memandangkan bank koperasi mempunyai kelebihan berbanding bank komersial terutamanya dalam aspek kebajikan kepada anggota, dividen besar kepada pemegang saham dan juga kadar keuntungan produk pembiayaan yang jauh lebih rendah.

Setelah mengenal pasti kelebihan serupa dapat ditawarkan kepada orang ramai, sebuah lagi koperasi ternama di Malaysia telah mengorak langkah ke arah pembangunan sistem bank koperasi tersendiri yang memberi banyak manfaat kepada anggotanya dan juga masyarakat setempat.

Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad (Bank Persatuan) yang ditubuhkan 62 tahun lalu di Pulau Pinang kini telah memulakan proses penstrukturan semula bagi menawarkan manfaat sebuah bank koperasi termasuk pembiayaan pada kadar keuntungan terendah kepada warga bumiputera.

Mula didaftarkan dengan nama The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited pada 1950, Bank Persatuan dijangka mampu memberikan kadar dividen yang tinggi kepada anggotanya mulai 2013 melalui program penjenamaan semula yang bakal menambahkan bilangan keanggotaan (pemegang saham), pendeposit akaun dan pengguna produk-produk bank tersebut.

Menurut Pengerusinya, Jamal Abdullah, Bank Persatuan akan membuat perubahan mendadak selepas 62 tahun operasi bagi menawarkan khidmat dan manfaat yang lebih baik kepada anggota dan pelanggannya.

Beliau yang lama berkecimpung dalam pergerakan koperasi dan juga Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menjelaskan, sistem bank ini akan beroperasi berdasarkan garis panduan perbankan daripada Bank Negara tetapi pentadbirannya kekal di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Bank Persatuan kini sudah mempunyai 14 cawangan di seluruh negara kecuali di Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sahaja sementara cawangan di Johor kini dalam proses pembinaan.

"Kita akan membuat banyak perubahan besar dan penjenamaan semula serta menggandakan promosi dalam menawarkan produk-produk kompetitif untuk dikongsi dengan pengguna di seluruh negara," katanya.

Jelasnya, Malaysia mempunyai sejumlah 9,600 koperasi dengan lebih 10 juta ahli sementara Bank Persatuan kini mempunyai keanggotaan lebih 400 koperasi serta lebih 60,000 anggota bumiputera yang dijangka terus meningkat jumlahnya melalui proses penstrukturan semula tersebut.

"Kita mahu bergerak ke arah sebuah bank koperasi yang bukan sahaja menawarkan manfaat serta keuntungan kepada anggota dan pelanggannya, malahan melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan untuk komuniti setempat.

"Menyahut saranan Perdana Menteri, Bank Persatuan juga akan menggerakkan usaha merapatkan silaturrahim dan membantu kerajaan mengatasi masalah kemiskinan melalui program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR)," ujarnya.

Tambahnya, ini termasuk program sukarelawan, gotong-royong, cegah jenayah serta berkongsi semangat Ramadan menjelang Aidilfitri tahun ini melalui sedekah, zakat, program bersama anak yatim serta pelbagai aktiviti lain di surau dan masjid-masjid.

Untuk anggota pula, jelasnya, Bank Persatuan yang sebelum ini lebih fokus kepada perbankan pengguna kini menyasarkan kadar dividen lebih tinggi untuk anggota-anggotanya selain pelbagai manfaat yang tidak ditawarkan bank-bank komersial.

"Keanggotaan kita adalah 100 peratus bumiputera untuk koperasi dan individu sementara produk pembiayaan ditawarkan kepada anggota-anggota yang bekerja dalam sektor awam serta anggota yang bekerja di sektor swasta yang memenuhi syarat-syarat khusus.

"Untuk menjadi anggota cuma memerlukan 50 unit saham berjumlah RM500 tetapi anggota boleh membeli lebih banyak saham daripada itu dengan had tidak melebihi 20 peratus modal berbayar bank. Selain pelbagai manfaat automatik sebagai anggota, kita juga menyasarkan dividen 10 peratus untuk 2013, tertakluk kepada kelulusan SKM," jelasnya.

Antara manfaat automatik yang bakal dinikmati anggota Bank Persatuan termasuk perlindungan takaful, khairat kematian, faedah anak cemerlang dalam pelajaran, tuntutan kemasukan ke hospital, skim bantuan kebajikan anggota dan banyak lagi.

Menurut Jamal, selain perlindungan masalah kesihatan, bencana alam, kemalangan mahupun meninggal dunia, anggota yang kurang mampu juga akan dibantu melalui derma dan zakat serta program CSR lain anjuran Bank Persatuan.

"Bukan sekadar dividen tinggi dan pembiayaan dengan kadar keuntungan rendah, kita mahu sediakan manfaat dalam sistem sosial kehidupan anggota-anggota yang tidak ditawarkan bank-bank komersial.

"Walaupun produk pembiayaan kami lebih kepada kakitangan awam berisiko rendah, warga sektor swasta yang tidak dapat menikmatinya masih boleh menjadi anggota biasa dan menerima semua manfaat perlindungan serta bayaran dividen tahunan," katanya.

Tegasnya, Bank Persatuan tetap mengutamakan kebajikan anggotanya daripada keuntungan semata-mata dan orang ramai perlu melihat manfaat besar sebagai anggota sekalipun tidak berpeluang menjadi pelanggan sistem kewangannya.

Tambahnya, warga sektor swasta juga masih berpeluang membuat pembiayaan dengan pihaknya selagi syarikat tempat mereka bekerja mempunyai rekod kukuh dan cemerlang serta bersedia membuat bayaran balik melalui potongan gaji.

Menurut beliau lagi, bermula 1993, semua aktiviti perbankan Bank Persatuan juga telah berlandaskan prinsip syariah sepenuhnya termasuk dalam menawarkan produk simpanan Al Wadiah, pelaburan Al Mudaharabah dan Sijil Pelaburan Pembiayaan Bank Persatuan serta produk-produk pembiayaan.

"Selain aset pembiayaan yang telah dikeluarkan berjumlah RM1.1 bilion setakat ini, Bank Persatuan juga sedang menawarkan skim pembiayaan baru pada kadar maksimum RM200,000 sehingga 20 tahun bayaran balik tanpa penjamin dan dengan kadar keuntungan serendah 3.95 peratus sahaja.

"Skim pembiayaan yang dikenali sebagai Pembiayaan Satu Solusi merangkumi Pembiayaan Istimewa Lestari Dan Persendirian Istimewa Al Ajmal, sudah mula ditawarkan pada awal tahun 2012 ini dengan peruntukan sebanyak RM500 juta sehingga penghujung tahun." ujarnya.

Beliau turut mengesahkan setiap kategori produk Bank Persatuan bakal disediakan hadiah galakan untuk pelanggan-pelanggan baru sebagai hadiah penghargaan bagi mereka yang memilih khidmat bank tersebut.

Bagi koperasi pula, beliau menjelaskan pembiayaan kewangan kontrak juga bakal ditawarkan bagi koperasi bumiputera yang menerima tender daripada mana-mana jabatan kerajaan mahupun syarikat milik kerajaan.

"Kita juga dalam proses menggerakkan sistem Ar-Rahnu tersendiri yang telah diluluskan Lembaga Pengarah tetapi masih dalam proses kajian sistem pelaksanaan bagi mengelak kelemahan terhadap sebarang penipuan dan aktiviti jenayah.

"Dalam masa terdekat juga, kita akan mula sediakan mesin juruwang automatik (ATM dan CDM) di cawangan-cawangan Bank Persatuan serta di Bank Islam melalui perjanjian kerjasama rakan niaga," jelasnya.

Tambahnya, Bank Persatuan juga telah lama mengguna pakai sistem atas talian yang akan memudahkan sebarang urusan kewangan anggota dan pelanggannya.

"Harapan saya, semua koperasi dan orang ramai di negara ini tidak melepaskan peluang menjadi anggota kami, menjadi pengguna produk kewangan mahupun pendeposit.

"Apa yang kami tawarkan bukan sahaja solusi kewangan dan manfaat keanggotaan malahan kami mahu menggerakkan Bank Persatuan sebagai sebuah entiti kemasyarakatan yang dapat berkongsi keuntungan dengan berbakti kepada penduduk setempat," tegasnya.

Maklumat lanjut berkaitan produk, keanggotaan dan perkhidmatan Bank Persatuan boleh diperolehi melalui laman web www.bankpstn.com.my atau dengan menghubungi talian 04-3237650.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 03:38 PM | Show all posts
nk tanye.. klau bank persatuan ni... secure ke mcm ASB ASW bagai tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 09:57 AM | Show all posts
Bank Persatuan apa cerita????


Bank Rakyat untung RM1.62b
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat RM1.62 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2012, meningkat 8.1 peratus berbanding RM1.5 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi baik itu secara keseluruhannya dicapai hasil peningkatan pendapatan aktiviti pembiayaan dan pelaburan, bertepatan dengan pertumbuhan pembiayaan dan depositnya.

Bank koperasi itu, dalam kenyataannya semalam berkata, sepanjang tempoh kajian, ia mencatatkan keuntungan bersih RM1.33 bilion, meningkat 10.5 peratus berbanding RM1.2 bilion yang dicatatkan sepanjang tempoh sama 2011.


“Pendapatan kasar meningkat sebanyak 15.2 peratus atau RM616.4 juta kepada RM4.68 bilion berbanding RM4.06 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2012 11:57 AM | Show all posts
camne prospek BP?ade potensi lg x?sy sempat buat yg minimum invstmnt dlm 2k dulu.skrg mcm smua dok withdraw je dri BP...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 04:45 AM | Show all posts
kreditdebit posted on 17-12-2012 11:57 AM
camne prospek BP?ade potensi lg x?sy sempat buat yg minimum invstmnt dlm 2k dulu.skrg mcm smua dok w ...

tak payah la bank persatuan, dividen dia setaraf EPF jer (6%).  better letak kat ASB, tentu dah 9%.  atau ASW, 6.6%. ramai pakat2 bawak keluar dari tahun lepas lagi.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 04:57 AM | Show all posts
adm7 posted on 14-10-2012 09:24 PM
aku masih setia dengan Bank Persatuan.belum terfikir nak withdraw saham.

dividen setaraf EPF nak setia buat apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2013 02:32 AM | Show all posts
TERKINI.
dividen sudah pun announce dlm mesyuarat agung BP baru2 ni. dividen tahun ni sekadar 7%.  lagi teruk dari dividen tabung haji & EPF.   makin berduyun2 la orang bwk keluar duit dari BP. Last edited by tobby on 19-2-2013 03:20 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 09:54 AM | Show all posts
tobby posted on 18-2-2013 02:32 AM
TERKINI.
dividen sudah pun announce dlm mesyuarat agung BP baru2 ni. dividen tahun ni sekadar 7%.   ...

awal plak anounce dividen tahun ni..?
agak2 aku dpt tak dividen thn lepas..? koz aku draw semua duit kat BP...baki 500 jer...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 01:19 PM | Show all posts
koko2 posted on 19-2-2013 09:54 AM
awal plak anounce dividen tahun ni..?
agak2 aku dpt tak dividen thn lepas..? koz aku draw semua d ...

entah. harap2 u dpt la prorated dividend. u bw keluar ke portfolio mana pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 01:23 PM | Show all posts
mcm biasa, alasan BP kenapa dividen tahun ni ciput mcm tahun2 lepas ialah kos tinggi yg dia terpaksa tanggung sbb competition yg tinggi dari bank lain & alasan duit abis sbb byk buka branches di KL & selatan tanah air.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 02:32 PM | Show all posts
ehh..dah annouce? meting kawasan 24hb ni....mana meting agung lg.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 08:27 AM | Show all posts
baru pegi AGM sabtu lepas...dpt rm50 elaun kehadiran..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 03:49 PM | Show all posts
tuan_wu posted on 13-3-2013 08:27 AM
baru pegi AGM sabtu lepas...dpt rm50 elaun kehadiran..hehe

ada depa bgtau dividen berapa?

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 10:12 AM | Show all posts
tuan_wu posted on 13-3-2013 08:27 AM
baru pegi AGM sabtu lepas...dpt rm50 elaun kehadiran..hehe

Wah dapat elaun kehadiran ke. Rugi lah xpergi hihi

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 01:41 PM | Show all posts
Mas916 posted on 14-3-2013 03:49 PM
ada depa bgtau dividen berapa?

xde lak ckp psl dividen
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 01:42 PM | Show all posts
heartilyina posted on 19-3-2013 10:12 AM
Wah dapat elaun kehadiran ke. Rugi lah xpergi hihi

mmg rugi la x pegi.aritu pergi 4 org.jadi semua 1x dpt la rm200
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 09:50 PM | Show all posts
bp lambat hantar surat makluman, rugi nak dpt rm50
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 03:02 PM | Show all posts
those yg dah kuar from syer BP..bape lama ek baru dpt duit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 04:33 PM | Show all posts
tak ade cerita pasal dividen bank persatuan ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 08:29 AM | Show all posts
qarzza posted on 21-5-2013 04:33 PM
tak ade cerita pasal dividen bank persatuan ni ke?

dividen dia lebih kurang dividen EPF jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.093119 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list