CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2770|Reply: 17

Pelajar kita buat lawatan ke Calsberg?

[Copy link]
Post time 17-5-2007 08:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR : Seramai 31 mahasiswa tahun pertama Kejuruteraan Bioproses Universiti Malayaisa Perlis (UniMAP) mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang arak, Carlsberg Brewery Malaysia Bhd di Shah Alam, 3 April lalu.

Segala urusan termasuk kos, sokongan dan kelulusan diuruskan kakitangan kanan universiti yang beragama Islam, manakala majoriti pelajar juga Muslim.

Difahamkan lawatan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Bioproses dengan kerjasama Program University's Industrial Exposure (INDEX 2007) itu mendapat sokongan Naib Canselor UNIMAP, Prof Dato' Dr Kamaruddin Husin.

Segala kos perbelanjaan penginapan dan logistik ditanggung Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Harakah dimaklumkan laporan aktiviti progran itu telah dimasukkan ke dalam web universiti, tetapi dikeluarakan tidak lama selepas ia menyedari ia akan mengundang kemarahan umat islam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2007 08:20 PM | Show all posts

Reply #1 braun's post

ff:  dgr citer carlsbeg beer tanpa alkohol nak dipasarkan ke negara2 Arab?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 10:43 PM | Show all posts
sy pun ada dengar cerita.. ada pun email mengenai benda ni... org barat memang nak kita ikut culture diorang.. seboleh2nya.. dia nak menyesatkan org islam.. dgn apa cara sekali pun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 10:48 PM | Show all posts
Carlsberg keluarkan beer tanpa alcohol untuk pasaran Negara islam.


Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol.

Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.

Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana.


Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.


Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya  Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.

Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia.

Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan.

Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip Islam Hadhari.

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 10:55 PM | Show all posts
apa tujuan dia haa pi situ?

ish3...maybe nak tengok teknologi kot, tapi tak sensitif la plak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 10:56 PM | Show all posts
pendek akai.. pendek akai...

bukankah haram hukumnya.. teknologi ke bende....????:@ :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2007 11:01 PM | Show all posts

Reply #6 braun's post

maybe ada yg dikaji....kita tak tau...banyak bende...
tetapi....

memang salah tempat laaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2007 11:05 PM | Show all posts
kalau kajian macam mana nak proses arak.. rentikanlah...... yg memandu.. yg melihat.. yg mensponsor.. semua buat saham akhirat tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2007 11:07 PM | Show all posts

Reply #8 braun's post

kalo tu conform haram...

hehe...kalo diorg buat camtu mmg gilaaa laa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 11:09 PM | Show all posts

Reply #6 braun's post

mengkaji mesin2 pembuat arak utk diubahsuai menjadi pembuat jus kurma madu yg bermutu tinggi la tu gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 11:10 PM | Show all posts

Reply #10 sitilina's post



muahehe..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 01:28 AM | Show all posts
aku rase klau melawat kilang arak just nk tau ape bagaimana proses biokimia/ bioproses tak salah sbb kite mencari ilmu ...lgpon kilang carlsberg buat arak mengunkan technology yg tinggi/advance .... ape salahnye kite belajar technology itu .... salah satu dr cabang ilmu ... mempelajari ...memiliki ilmu tak salah tk dosa ...tp yg menentukan dosa atau tidak ade lah ape yg dibuat dgn ilmu tu ....

cth ...
katekan laa aku ade capasiti/atau knowledge nk brew arak atau wine .... tp aku tk penah sesekali ...brew atau hasilkan beer atau arak ...adekah aku dikire berdosa ....

satu lg cth ....
aku ader ilmu utk brew arak atau hasilkan wine ...tapi aku gunakan ilmu nk hasilkan satu minuman yg berkhasiat ..mengandung byk nutrien ...tp tk memabukkan .... dan jual minuman kepada muslim or no muslim ..... so adekah perbuatan aku tu dikire tak baik ..dr car aku apply ilmu aku tu

lawatan ke kilang carlsberg bg aku sesuatu yg educational ...at least para pelajar khas nya muslim dpt saksikan bagaimana arak tu dibuat ...

by the way arak tanpa alchohol dh kt malaysia ...namenya malta ... bape org yg tau pasal bende ni ....lepas korang gi seven-e ke ...or supermarket ...korang ambik tin malta ko tgk sape yg buat .... carlsberg-guiness ... aku pon penah minum bende ni ...tp sejak aku tau carlsberg yg buat ...tk jd laa aku nk minum ...meragukan ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 10:42 AM | Show all posts

Reply #12 fish_o7's post

ya ya....

aku setuju...

sebenarnya dari sudut positif ada...

yg membangkang pun ada sebabnya...

dari sudut positip, ada yg kata sebab ilmu tak mengapa...lagipun mustahil depa pi ramai2 untuk belajar buat arak....kan???

yg membangkang pula , ada juga yg kata still ia berkait dgn kilang arak, so arak tetap arak....

so jika ramai yg melatah pd sy, ia adalah normal kerana org2 kita mmg risau perkara2 macam ni...kalo kita tak risau sapa lagi...takkan nak tunggu org kristian risau kat Islam...

yg menyokong dan membantah adalah dijangkakan....

sebab tu semua benda perlu dinilai seterperinci yg mungkin...bukan hanya sekali imbas...

[ Last edited by  ussopp at 18-5-2007 10:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 11:57 AM | Show all posts

Brew= Magang- penapaian
Brew may refer to:
  • Brewing, the production of beverages and fuels through fermentation.
(transitive) To prepare, as beer or other liquor (or even ginger beer, shandy), from malt and hops, or from other materials, by steeping, boiling, and fermentation.

Brew=Drink made by steeping and boiling and fermenting rather than distilling
An ester can bethought of as a product of a condensation reaction of an acid (usually an organicacid) and an alcohol (or phenol compound), although there are otherways to form esters.



Organic acid - Boleh di dapati dengan pemagangan binatang yang telah mati.
Contoh- Pembuatan Bio-diesel.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2007 06:13 PM | Show all posts

Reply #13 ussopp's post

:setuju:

kalo lihat pada sejarah pun, masa kejatuhan Islam di zaman Abasiyah, puak2 Kristian pakat curi buku & kaji ilmu2 yg dipelopori oleh orang Islam sampai skg tamadun Eropah dah melangkaui zaman sedangkan tamadun Islam cuma tinggal kenang-kenangan.

tidak salah mempelajari ilmu asing utk manfaat umat Islam sdr, sedangkan Rasulullah sdr menyarankan kita belajar bahasa asing supaya kita bole belajar ilmu2 yg dipelopori mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2007 10:42 AM | Show all posts
aku teringat dulu ada cite pasai seorang ulama ni ditugaskan masuk pub dan kawan dgn pemabuk2 kemudian sikit2 dia bawak pemabuk ni kearah kebaikan (tinggalkan dunia arak) dan dia berjaya..

kalau niat student2 tu dan ketua penyelaras program tu utk letupkan carlsberg dgn meneliti lokasi2 stategik utk taruk bom ape salahnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2007 09:15 PM | Show all posts
nak tnye gak mende yg same..

me skang tgh research psl fermentation dan distillation,yang maner contoh terdekat

bahan ujikaji kat jepun ni adalah arak.so kalo lawatan ke kilang2 arak tu cmne hukum

nye ek?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2007 10:53 PM | Show all posts
kalau setakat melawat tu boleh juga kita kata dia nak buat kajian atau apa-apa ke.  yang masaalahnya tu orang islam yang kerja dengan kilang arak tu!!  dari pak guard sampai eksekutip.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.071368 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list