|
Emery penyeri baru Edry, Milia
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
KELUARGA BAHAGIA: Edry dan Milia bersama tiga permata hati.
Cahaya mata ketiga ceriakan keluarga pasangan anggota KRU
KELUARGA kepada adik bongsu lelaki kumpulan KRU, Edry Abd Halim, 31, kini semakin besar dengan kehadiran cahaya mata ketiganya yang lahir pada 15 Mei lalu. Bayi lelaki seberat 3.75 kilogram itu dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya secara normal pada jam 11.30 pagi dan diberi nama Emery.
Semasa kelahiran Emery, Edry turut berada di sisi isterinya untuk melihat anaknya dilahirkan.
COMEL: Emery dilahirkan
15 Mei lalu.
Mengenai pemilihan nama anak-anaknya, Edry lebih senang memilih nama pendek kerana namanya juga pendek. Anak sulungnya diberikan nama Emil, kini berusia tujuh tahun, manakala anak keduanya yang juga satu-satunya perempuan pula diberi nama Edylia kini berusia empat tahun.
揘ama anak-anak kami adalah kombinasi nama saya dan isteri. Saya lebih senang nama yang pendek kerana nama saya pun pendek. Beri nama panjang tiba-tiba bin atau bintinya pendek, bagi saya tidak berapa sesuai, |
|