CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 20792|Reply: 63

Cukai pendapatan

[Copy link]
Post time 22-5-2007 02:03 AM | Show all posts |Read mode
Kalau kita pekerja kerajaan, income tax ni by default kena potong ke? Ataupun kita kena usaha bayar sendiri.

Berapa minima kena bayar income tax? Ianya berkait燿gn tanggungan ke?(sama ada berkahwin atau bujang, hutang dsbgnya)

Calculation dia macam mana?

How to minimise income tax? mengikut garis undang2...

TQ.


p/s: Mod, rasanya ini berkaitan dgn ekonomi, kalau tak kena silalah mod letakkan kat legal ke mana2 yang sesuai.

Bantuan semua didahulukan dgn ucapan terima kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2007 07:24 AM | Show all posts
Kalau kita pekerja kerajaan, income tax ni by default kena potong ke? Ataupun kita kena usaha bayar sendiri.

kalau total gaji bersih sampai ke income yg dikenakan cukai, biasanya PCB akan ade secara automatik

Berapa minima kena bayar income tax? Ianya berkait dgn tanggungan ke?(sama ada berkahwin atau bujang, hutang dsbgnya)

yg ni kena check table dia tapi kalau below rm2.8k n tanpa dependent, rase tak kena. anak, ade parent sakit, byk beli buku ( mak rm700) dan macam2 lagi. try baca panduan yg diberikan bersama dgn borang.


Calculation dia macam mana?

check table dalam buku panduan tu


How to minimise income tax? mengikut garis undang2...

banyak cara :
1) bayar zakat kat ppz
2) beli komputer
3) bayaran epf dan insurance (maksimum rm6k)
4) medical insurance (rm3k)
5) education insurance utk anak2 (mak rm3k )
6) bil utk medical bagi  parent
7) yuran utk belajar (mak rm5k)  
8)derma ke badan yg diiktiraf leh gomen
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by mat403 at 22-5-2007 07:24 AM
Kalau kita pekerja kerajaan, income tax ni by default kena potong ke? Ataupun kita kena usaha bayar sendiri.

banyak cara :
1) bayar zakat kat ppz
2) beli komputer
3) bayaran epf dan insurance (maksimum rm6k)
4) medical insurance (rm3k)
5) education insurance utk anak2 (mak rm3k )
6) bil utk medical bagi  parent
7) yuran utk belajar (mak rm5k)  
8)derma ke badan yg diiktiraf leh gomen


kalau total gaji bersih sampai ke income yg dikenakan cukai, biasanya PCB akan ade ...



Mat, bagus info kau..

Ada lagi tak yang boleh dikecualikan...?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 09:17 AM | Show all posts
nk tanya sket...kalau dh kira2 semua & kita terlebih bayar sbb dh potong pcb bulan2 tuh, mcm mana nk dpt balik yg terlebih bayar tuh? adakah akan dibayar otomatik? atau nk kena request?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 01:46 PM | Show all posts
kalau terlebih kena request

satu lagi cara nak kurangkan kalau boleh buat tafsiran berasingan
so mcm buku boleh sampai RM1400
kalau bersama dia akan kira RM700 sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 02:43 PM | Show all posts
gunakan e-filing, sebulan dah dapat cek duit terlebih bayar tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2007 02:55 PM | Show all posts
terima kasih,

kalau total gaji bersih sampai ke income yg dikenakan cukai, biasanya PCB akan ade secara automatik

PCB tu apa?

yg ni kena check table dia tapi kalau below rm2.8k n tanpa dependent, rase tak kena. anak, ade parent sakit, byk beli buku ( mak rm700) dan macam2 lagi. try baca panduan yg diberikan bersama dgn borang.

Katakan RM2.8k, ini gaji牋pokok ke campur cola, itka, itp dan imbuhan2 lain?

check table dalam buku panduan tu

kat mana boleh dapat buku panduan ni?

Sorila soalan2 aku ni basic sangat... memang燽anyak爕ang爏aya爐ak爐ahu...


gaji bersih tu lepas tolak hutang2 macam kereta, rumah, pinjaman bank dan sebagainya ke?

[ Last edited by  Agul at 22-5-2007 02:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 02:55 PM | Show all posts

Reply #6 hafizuka's post

aku mmg guna e-filing...so, tak payah request ye, otomatik dia hantar ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2007 03:00 PM | Show all posts
Originally posted by R2D2 at 22-5-2007 01:46 PM
kalau terlebih kena request

satu lagi cara nak kurangkan kalau boleh buat tafsiran berasingan
so mcm buku boleh sampai RM1400
kalau bersama dia akan kira RM700 sahaja


Yang ni macam mana? bersama dan buku tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 07:32 PM | Show all posts
aah otomatik dia akan hantar cek tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 09:22 PM | Show all posts
aku pun nak tanya sikit...klau tahun lepas terlebih bayar dan tahun ni terkurang,..boleh offset ke? atau still kena bayar sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 01:12 AM | Show all posts

Reply #3 kirawang's post

aper lagi yea yg boleh dikecualikan :
meluas sgt pasal income tax ni, tengok pada pendapatan kita la samada pendapatan kita adalah dari gaji, dividend, hasil rumah sewa dan lain-lain.
kalau pendapatan kita dari gaji ni memang susah nak corner ( kurangkan ) tax ni coz it is recorded ( form e ) cuma kena tgk pada potongan yang dibenarkan. Tafsiran pun 2 macam samada bersama (sesuai utk keluarga yg isteri tidak bekerja ) or berasingan ( dua-dua kerja )
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 01:27 AM | Show all posts
1) PCB tu apa?
PCB : Potongan Cukai Berjadual ( biasanya orang gomen akan ade kalau income ko sebulan cukup utk bayar Income Tax. Ni kerja orang bendahari. Cuma PCB aku tengok, hanya dilakukan pada gaji yg diterima secara tetap cam gaji pokok dan elaun2 yg tetap. kalau ko ade part time income cam OT, ni tak dikira.

2) Katakan RM2.8k, ini gaji  pokok ke campur cola, itka, itp dan imbuhan2 lain?

yg best bagi pekerja sektor awam sekarang ( dah 2-3 tahun ), Pendapatan yang akan dikira untuk income tax hanya dari gaji pokok dan pendapatan lain seperti OT. Elaun cam COLA, ITP dan EKA ( Keraian ) tidak dikenakan cukai.



3) kat mana boleh dapat buku panduan ni?

biasanya tiap2 tahun dalam bulan april, kita akan dapat borang dari LHDN dan buku panduan akan disertakan sekali. pastikan kita pergi buka fail dengan LHDN bagi sesiapa yang tak pernah kerja ( yang ni bendahari tak buat, kita kena buat sendiri ), cuma kita kena tau kita kena mendaftar ( buka fail ) di cawangan LHDN yang mana ( bendahari akan bagitau or pergi tanya diorang )

4) Sorila soalan2 aku ni basic sangat... memang banyak yang saya tak tahu...

biasala tu, cuma kalau kerja kat gomen ni kena banyak bertanya coz banyak gak perkara2 yg kita kena buat sendiri


5) gaji bersih tu lepas tolak hutang2 macam kereta, rumah, pinjaman bank dan sebagainya ke?
segala hutang tu tak dikira, diorang hanya tengok gaji kasar ( sebelum tolak what ever hutang )
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 01:31 AM | Show all posts
Originally posted by Agul at 22-5-2007 03:00 PM


Yang ni macam mana? bersama dan buku tu apa?



masa ko isi borang income tax ni kau kena tau samada kau nak tafsir secara bersama ( bagi yg dah kahwin ) atau berasingan. Buku ni tak kira aper2 buku or majalah as long as ade resit dari kedai. Kalau kau beli buku kat pasar malam pun, pastikan kau dapat resit coz boleh guna gak. Kalau beli surat khabar, aku tak pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 01:36 AM | Show all posts
Originally posted by anak_petani at 22-5-2007 09:22 PM
aku pun nak tanya sikit...klau tahun lepas terlebih bayar dan tahun ni terkurang,..boleh offset ke? atau still kena bayar sendiri...


kalau terlebih, boleh offset utk tahun depan. or boleh gak offset ke wife or hubby (kalau register utk satu fail ).
biasanya bila dah kahwin, isteri kita akan diregister pada no fail suami.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 08:51 AM | Show all posts

Reply #8 redzu1's post

w/pun guna e-filing elok ko call
call ko tu da dikira request tuk lebihan bayaran kalau adala...
better call...aku da call dia cakap cam tu
tunggu l/kurang 2 bulan dari tarikh ko call
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2007 01:35 PM | Show all posts
Pelepasan cukai untuk pembelian buku/majalah tidak termasuk surat kabar atau
bahan bacaan yg terlarang.  Jumlah potongan yg dibenarkan terhad pada RM 700.

So, kalau korang rajin beli magazines atau buku, make sure mintak receipt.
Macam aku, anak anak aku sumer tak dpt buku teks pinjaman.  So aku kena beli
buku teks tetiap tahun.  Bukan nya sikit weyyy...so aku simpan resit dan claim pelepasan cukai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 01:42 PM | Show all posts
In my case, every year aku terlebih bayar cukai.  Coz every month bayar PCB, and at the
same time aku also bayar zakat.  So this is what i've been doing to request for reimbursement:

1) Call LHDN, bahagian Taksiran.  Selalunya ni yg takes quite some time, and aku will start to call in Nov or Dec.  Aku tak guna e-filing, still guna borang BE.
2) Selalunya they will tell me my taksiran belom buat lagi..tapi aku tak bagi can..aku call berkali kali..
3) Last last, bila dorang dah buat my taksiran, aku akan call pulak bahgn Pungutan.  Haa..yg ni selalu tak de masalah sgt.
Normally depa quite efficient la..dlm less than 2 months dah dpt reimbursement..

so far so good.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 09:34 PM | Show all posts
8 cara yang mat403 terangkan untuk minimisekan income tax tu berkesan.  namun 7 cara itu lebih banyak membantu untuk kurangkan 'pendapatan bercukai'.

paling efektif ialah 1 dari 8 cara yang beliau terangkan.  
bayar zakat.  kerana tiada had maksima, apa aku buat ialah bayar zakat sama banyak dengan jumlah 'cukai perlu dibayar'.  kita boleh tolakkan 'cukai perlu dibayar' dengan jumlah zakat dibayar dan oleh itu, hasilnya 0 cukai perlu dibayar.  cuma, kena make sure zakat dibayar pada tahun taksiran itu sendiri.  jadi kena buat kiraan in advance la kalau betul-betul nak tallykan figure.  biasanya aku bayar zakat lebih sikit.
jika ada tax credit (kerana PCB), lhdn akan pulangkan duit kepada kita.

pahala dapat, harta pun bertambah (janji Tuhan kalau berzakat)..  dan kalau ada yang salah-gunakan zakat, aku puas hati kerana confirm le pesalah tu kena menjawab gile-gile time kiamat nanti, sanggup ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 12:43 AM | Show all posts

Reply #19 Gemukkkkkkk's post

Kalau dah 2-3 kalai bayar zakat n dah boleh agak lebih kurang berapa income tax setahun, pergi ke kat PPZ utk ambik borang potongan bulayan bayaran zakat. kalau gomen, u dah ade potongan zakat n dah cukup utk bayaran kasar utk income tax, PCB dah tak de.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.071651 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list