CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

~Gomo KELATE Gomo #PremierLeague2022~

[Copy link]
 Author| Post time 7-3-2013 01:27 PM | Show all posts
Faktor Fakri Saarani Pulang Ke Malaysia



Tawaran gaji lebih lumayan dan situasi Kelantan yang terdesak mendapatkan khidmatnya adalah antara faktor membuatkan Ahmad Fakri Saarani pulang awal dari Portugal.

Penyerang kelahiran Kelantan itu sebenarnya berat hati untuk meninggalkan kelabnya, Atletico SC, tetapi kerana liga divisyen tiga Portugal tamat 10 Mac ini dan dia mempunyai tempoh rehat lama sehingga Ogos, Fakri memutuskan untuk kembali ke Malaysia.

Selain faktor itu, Fakri juga terpaksa memikirkan masa depannya di Portugal kerana Atletico terpaksa mengharungi pusingan play-off untuk layak ke divisyen dua yang menjanjikan kedudukan lebih selesa pada segi kewangan buat kelab-kelab di sana.
“Sepanjang berada di sana, tidak timbul masalah kewangan atau bayaran gaji. Cuma dia perlu memikirkan masa depannya, apa akan jadi sekiranya kelab tidak layak ke divisyen dua.
“Peluang untuk Fakri berpindah ke kelab Portugal lain juga lebih cerah sekiranya dia beraksi di divisyen dua, tetapi buat masa ini laluan itu tampak sukar dan jalan terbaik ialah dia pulang ke tanah air untuk menyertai pasukan Liga Super,” kata pengurus peribadi Fakri, Faisal Zakariah.
Fakri yang dibayar RM10,000 sebulan oleh Atletico, dipercayai menerima tawaran sekali ganda oleh Kelantan yang turut bersetuju membayar baki kontraknya bersama kelab Portugal berkenaan.
Ejen Fakri, Marco Guimares yang berada di Kota Bharu semalam bagi menguruskan kontrak pemain itu, sebelum ini dipersoalkan selepas seorang lagi pemain di bawah kendaliannya, Nazmi Faiz Mansor yang mempunyai kontrak tiga tahun bersama kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar pulang awal dan menyertai PKNS.-BH-


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2013 01:33 PM | Show all posts
Tiket Kelantan VS PKNS Boleh Diguna Pada Jumaat IniFebruary 27th, 2013 09:18 PM

Demi menjaga hati semua penyokong The Red Warriors, Persatuan BolaSepak Kelantan (KAFA) mengambil langkah untuk menyenangkan hati kedua-dua pihak (KAFA dan Penyokong). Hal ini kerana, KAFA membenarkan mereka yang mempunyai tiket perlawanan Kelantan vs PKNS, untuk mengguna tiket tersebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 01:34 PM | Show all posts
Shabery Mahu FAM Pastikan Artikel 88 Tidak Bercanggah Dengan FIFAFebruary 27th, 2013 10:31 PM

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memastikan Artikel 88 dalam statutnya tidak bercanggah dengan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Katanya jika benar bercanggah, FAM harus melakukan pengubahsuaian untuk kebaikan semua pihak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 01:34 PM | Show all posts
Tumpat FA Tumpas LagiFebruary 27th, 2013 11:00 PM

Pasukan berstatus kelab dari Kelantan, Tumpat FA mencatatkan kekalahan kedua dari tiga perlawanan Liga FAM 2013 dalam aksi menentang Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBM Kedah) di Stadium Sultan Muhamed IV, sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 01:38 PM | Show all posts


Piala AFC: Piya Wira Kelantan

Mohd Badhri Radzi meraikan gol penyamaan Kelantan ketika bertemu Maziya SR dalam saingan Piala AFC 2013 di Kota Bharu pada 6 Mac 2013. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1. DUNIA WARRIORS.
Kelantan yang agak garang pada separuh masa pertama dengan serangan bertali arus ke pintu gol pasukan Maziya SR, gagal mengekalkan rentak permainan pada awal separuh masa kedua apabila pasukan Maziya SR mudah menghukum kealpaan pertahanan Kelantan pada minit 63 oleh Hassan Adhuham.
Namun Kelantan berjaya menyamakan kedudukan pada minit 77 apabila Piya menjadi wira penyelamat rekod bersih 41 perlawanan tanpa kalah di Kota Bharu. Keputusan ini adalah permulaan yang baik Kelantan dalam meneruskan perjuangan di arena Piala AFC. Gandingan Dimi dan Dickson dilihat agak menjadi meskipun baru pertama kali bergandingan dalam perlawanan sebenar dan keserasian antara dua pemain ini bersama pemain lain harus dipertingkatkan. Tahniah kepada semua pemain dan penyokong Kelantan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2013 01:44 PM | Show all posts
Rajagobal Panggil Badhri Radzi



KUALA LUMPUR – Setelah dipersoalkan sekian lama, akhirnya jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal, membuat kejutan apabila menyenaraikan ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi (gambar) dalam 27 pemain yang dipanggil bagi menyertai latihan skuad kebangsaan bagi berdepan Yemen pada perlawanan kedua kelayakan Piala Asia 2015, 22 Mac ini.
Selain Yemen, Badhri juga berpeluang membantu Harimau Malaya dalam dua lagi perlawanan iaitu berdepan Arab Saudi dalam aksi persahabatan, 17 Mac serta perlawanan amal menentang Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 26 Mac.
Badhri yang sudah berumur 30 tahun masih belum pernah meraih sebarang cap bersama pasukan kebangsaan melainkan pernah diturunkan dalam Pilihan Malaysia ketika dibimbing Ong Kim Swee menentang Chelsea pada tahun 2011.
Walaupun mempamerkan persembahan mantap bersama The Red Warriors terutama pada musim lalu termasuk membantu Kelantan menjuarai gelaran treble, Badhri atau lebih dikenali Piya di kalangan peminat masih belum mampu menambat perhatian Rajagobal.
Pemilihannya kali ini dijangka memberikan saingan sengit di bahagian tengah yang turut dianggotai Safiq Rahim, Mohd. Shakir Shaari dan Abdul Shukor Jusoh.
Namun, tiada kelibat bekas penyerang Pelita Jaya, Safee Sali dan pemain Felda United, Amar Rohidan pada kali ini yang kurang menunjukkan sengat bersama pasukan masing-masing musim ini.
Tidak ketinggalan juga dua pemain Selangor, S. Kunanlan dan K. Gurusamy yang sekadar diletakkan dalam senarai 14 pemain menunggu bersama penjaring terbanyak Liga Super, Mohd. Fauzi Roslan.
Sebaliknya, dua nama yang kembali mendapat panggilan pada kali ini untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan adalah pemain Terengganu, Abdul Manaf Mamat dan pemain sayap Pahang, R. Gopinathan.
Di posisi penjaga gol, kelibat Norazlan Razali yang semakin menunjukkan peningkatan mendadak bersama Selangor, berada dalam senarai yang dijangka mampu mencabar kedudukan Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd. Farizal Marlias sebagai penjaga gol nombor satu negara.
Antara nama-nama baru yang berada di dalam senarai persediaan ialah pemain Darul Takzim, Kamarul Afiq Kamaruddin, pemain tengah Negeri Sembilan, Mohd. Nazrin Nawi, penyerang Selangor, Muhammad Ramzul Zahini Adenan dan orang besi Pahang, Mohd. Saiful Nizam Miswan.


1. Khyril Muhymeen
2. Farizal Marlias
3. Yong Kuong Yong
4. Abdul Hadi Yahya
5. Mahalli Jasuli
6. Norazlan
7. Amri Yahyah
8. Asraruddin Putra
9. Shukur Jusoh
10. Aidil Zafuan
11. Norshahrul Idlan Talaha
12. Safiq Rahim
13. Azamuddin Akil
14. Gopinathan
15. Khairul Fahmi Che Mat
16. Nik Shahrul Azim
17. Shakir Shaari
18. Badhri Radzi
19. Faizal Muhammad
20. Ashari Samsuddin
21. Zubir Azmi
22. Manaf Mamat
23. Amirizdwan Taj
24. K.Reuben
25. Helmi Remeli
26. Fadhli Shas
27. Wan Zack Haikal


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2013 01:46 PM | Show all posts
Pengurus Harimau ‘Bohong’: Piya



Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi hairan dengan dakwaan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal bahawa dia pernah menolak tawaran mewakili Harimau Malaya sedangkan dirinya tidak pernah menerima panggilan.
Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya menegaskan dia hanya pernah sekali dipanggil oleh jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee ketika perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, pada Julai 2011.
“Bagaimana, saya hendak menolak tawaran mewakili negara sedangkan saya tidak pernah dipanggil jurulatih.
“Cuma sekali saja saya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika perlawanan persahabatan dengan Chelsea bersama rakan sepasukan lain seperti Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam. Selepas aksi itu, saya tidak lagi mendapat tawaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sedia sarung jersi kebangsaan
Sebelum ini, Subahan mendakwa Piya pernah dipanggil untuk mewakili negara, namun menolak tawaran berkenaan menyebabkan pemain berusia 30 tahun itu tidak lagi dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.
Menurut Subahan, Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, tetapi terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir.
“Tiada pemain yang akan menolak tawaran beraksi untuk skuad negara. Begitu juga saya yang sentiasa bersedia membantu skuad kebangsaan jika diberi peluang,” kata Piya.

www.bharian.com.my


Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 02:03 AM | Show all posts
kalau Piya ni orang Selangor dah lama dipanggil join skuad Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 03:29 PM | Show all posts
kaloh pulok berat sek kito lagu nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 03:50 PM | Show all posts
razzmat posted on 11-3-2013 03:29 PM
kaloh pulok berat sek kito lagu nih

kalah 1-0 bukti kelate kurang striker yang berbiso.....lambat sunggoh bulan 4 ni,hu2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 08:06 AM | Show all posts
Red Giants  kecewa,  Red Warriors  bergaya                         2013/03/14 -  05:03:26 AM


Forkey Doe (kiri)  bijak melepasi kawalan  penjaga gol Tampines sebelum menjaringkan gol pertama Selangor dalam saingan Piala AFC di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Hasriyasyah Sabudin                                              Shah Alam:  Selangor gagal meraih kemenangan sulung pada kempen Piala AFC 2013 apabila sekadar seri 3-3 dengan kelab Singapura, Tampines Rovers di Stadium Shah Alam, malam tadi.

  Bagaimanapun, satu lagi wakil negara, Kelantan berjaya menewaskan kelab Myanmar, Ayeyawady United 3-1 pada aksi Kumpulan G di Stadium Thuwunna, Yangon, petang semalam selepas sekadar seri 1-1 menentang kelab Maldives, Maziya SRC dalam perlawanan pertama di Kota Bharu.      

        Kelantan mendahului dua gol menerusi jaringan Badhri Radzi minit kedua dan Dimitrios Petratos minit ke-53 sebelum tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi Dominik Bersnjak minit ke-79. Petratos menjaringkan gol ketiga Kelantan seminit kemudian.      
      
      
Bangkit tiga kali

   Apapun, Selangor yang tewas 1-0 kepada kelab India, Kingfisher East Bengal pada aksi sulung bermula baik apabila penyerang import, Francis Forkey Doe meletakkan Selangor di hadapan seawal minit kelapan selepas mudah menggelecek penjaga gol Tampines, Sasa Dreven.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila pelawat menyamakan kedudukan pada minit ke-19 apabila penyerang veteran, Aleksandar Duric yang tidak dikawal mudah merembat menewaskan penjaga gol Selangor, Sharbinee Allawee Ramli.

Kunihiro jaring gol penyamaan      
Baru 30 saat babak kedua bersambung, Amri Yahyah melepaskan rembatan cantik untuk gol kedua Selangor, tetapi Tampines sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi penyudah Imran Sahib pada minit ke-48.

  Forkey Doe kemudian mudah menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-53 selepas Amri dijatuhkan untuk gol ketiga Selangor, namun buat kali ketiga juga Tampines bangkit menyamakan kedudukan hasil tandukan pertahanan import, Yamashita Kunihiro selepas sepakan sudut pada minit ke-71.


p/s:vote for petratos,bye2 keita manjou,tq for everything
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 08:09 AM | Show all posts
Fakri Saarani Lapor Diri Bersama TRW, Jumaat Ini.
Posted by Admin on March 12th, 2013 06:02 PM



Pemain terbaru The Red Warriors, Fakri Saarani akan melapor diri buat pertama kalinya di Kota Bharu pada Jumaat ini dan seterusnya menjalankan latihan bersama pemain-pemain TRW.

Menurut info dari KAFA, Fakri akan disesuaikan dengan corak permainan TRW memandangkan pemain itu sudah 5 bulan berada di Portugal.

“Fakri Saarani melapor diri Jumaat ini, dan bersedia menjalani latihan serta penyesuaian corak permainan TRW” – kata Annuar Musa.

Selain itu, Annuar Musa juga menyuarakan keyakinan bahawa TRW akan menemui gandingan yang MANTAP serta kesebelasan yang GAGOH.

“Rasanya, untuk April kita telah menemui gandingan dan line up yang mantap”

Selain itu Annuar Musa turut memberi “bayangan” Skuad Kelantan selepas pintu perpindahan dibuka.

“Enjin utama pasukan akan dikendali oleh 4 pemain kebangsaan. Penyerang diubah suai dengan gandingan yang lebih mantap, dan berbisa. Pertahanan tetap diberi keutamaan.”

“InsyaAllah, TRW akan tampil lebih kemas dan lebih bertenanga” – kata Tan Sri Annuar Musa melalui facebooknya, kelmarin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 08:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 08:14 AM | Show all posts
KEPUTUSAN PENUH AFC CUP GROUP G

Ayeyawady United 1  -   3 Kelantan FA
Dominik Bersnjak(79')     Piya(4')
                                  Petratos(54',80')
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 08:15 AM | Show all posts
ado harapan nak gi pusingan kedua ni,hu2....Gomo Kelate Gomo
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 12:10 PM | Show all posts
aku harap kemanangan ni jadi turning poin untuk liga dan afc cup GKG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2013 07:43 AM | Show all posts
(TERSEBAR) GAMBAR STADIUM THE RED WARRIORS DI PASIR PUTEH



Inilah gambar rasmi rekabentuk Stadium Baru The Red Warriors ( Bukan Gambar Sebenar ) di Pasir Puteh dari Kerajaan Negeri Kelantan
Mahu tahu lebih lanjut berkenaan Stadium Baru ini Sila ke Ekspo Kelantan 2013 di Perkarangan Kompleks Media Karangkraf Shah Alam pada 15-17 Mac Jam 10 pagi hingga 10 malam.
Stadium Ini masih dalam perancangan dan tiada siapa pun tahu bila ianya akan dibina.Selepas ini Rakyat Kelantan mampu berbangga kerana mempunyai 2 hingga 3 buah Stadium di Negeri Kelantan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 11:39 AM | Show all posts

Pemain TRW, mendengar taklimat ringkas dari Bojan Hodak sebelum separuh masa kedua bermula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 11:41 AM | Show all posts


Dimitri Petratos... letih main tengoh panas hari ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2013 11:41 AM | Show all posts


aksi penyokong kite
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.216064 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list