CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

~Gomo KELATE Gomo #PremierLeague2022~

[Copy link]
 Author| Post time 31-3-2013 12:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2013 12:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 12:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 12:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 12:52 PM | Show all posts
Kelantan Calar Ego ATM


PENYERANG ATM, Marlon Alex James diasak pemain Kelantan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

SEREMBAN – Kelantan bukan sahaja menafikan hajat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengukuhkan cengkaman pendahulu, malah kejayaan membenam naib juara Piala Malaysia itu 3-2 di di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi semalam membuka laluan kepada Selangor untuk merampas teraju Liga Super.
Walaupun berjaya menunjukkan kebangkitan hebat selepas ketinggalan 0-2 di babak pertama, namun ATM akhirnya terpaksa akur dengan jaringan lewat minit Mohd. Nor Farhan Muhammad untuk terlepas sekurang-kurangnya meraih satu mata berharga.
Malah, tuan rumah harus menyalahkan diri sendiri selepas Marlon Alex James gagal menyempurnakan sepakan penalti seawal minit pertama, apabila dijatuhkan oleh penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Indera Putra Mahiyuddin, yang mudah menyepak bola ke gawang yang kosong pada jarak 30 meter pada minit ke-27, berpunca daripada kesilapan antara Md Safwan Hashim dan penjaga gol tuan rumah, Farizal Harun.
Penyerang import Red Warriors, Keita Mannjou menambah perit ATM apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-33.
ATM yang cuba bangkit turut mendapat peluang keemasan melalui pemain sayap, Venice Elphi yang melepaskan rembatan kencang, namun cubaannya diselamatkan Khairul Fahmi pada minit ke-40.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Hairuddin Omar hampir menjaringkan gol pertama melalui hantaran Bruno Marteloto, bagaimanapun sepakannya terus ke arah dakapan Khairul Fahmi.
Pada babak kedua perlawanan, Kelantan hampir menambah derita tuan rumah melalui rembatan kencang Keita Manjou pada minit ke-49, tetapi diselamatkan Farizal.
ATM kemudian berjaya merapatkan jurang gol pertama melalui jaringan Alex James yang merembat kencang selepas menerima sepakan percuma di luar kotak penalti pada minit ke-54.
Seminit selepas itu, ATM hampir menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang Christeejayaseelan, namun terkena tiang pasukan pelawat.
Pada minit ke-67, Alex James berjaya menyelamatkan maruah ATM selepas menyamakan kedudukan menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti.
Farizal yang beraksi tangkas seharusnya diberi pujian apabila menyelamatkan banyak percubaan dan asakan Kelantan.
Pada minit ke-90, Mohd Norfarhan muncul wira apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum menjaringkan gol kemenangan Kelantan.
Keputusan kekal 2-3 jaringan sehingga wisel penamat ditiup pengadil Mohd Zamzaidi Katimin pada minit ke-94.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 10:17 AM | Show all posts
TRW tolak stadium baru

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan menggunakan stadium kerajaan negeri di Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, bagi tujuan perlawanan membabitkan pasukan The Red Warriors (TRW).

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, dipetik menerusi laman sosialnya berkata, demi keselesaan penyokong, TRW akan terus menyewa Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebagai gelanggang rasmi sehingga mempunyai stadium sendiri diuruskan oleh mereka.

“Yang pasti Kafa dan TRW tidak akan menyewa di sana jika siap dibina sekali pun. Ramai yang minta saya komen tapi saya tidak mahu komen. Itu hak kerajaan negeri hendak buat atau janji apa-apa. Kafa tidak terlibat, tidak pernah dilibatkan, malah tidak tahu menahu (perkara ini).

“Kita hanya dengar (pembinaan stadium itu) menerusi akhbar dan iklan. Difahamkan ia sebuah stadium pelbagai guna bagi tujuan aktiviti sukan, ceramah dan lain-lain,” katanya.

Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan pecah tanah projek membina stadium bernilai RM320 juta di Bukit Merbau.

Difahamkan stadium berkenaan, apabila siap, mempunyai kemudahan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China.

Projek stadium itu dikatakan projek mega kedua kerajaan negeri selepas projek Lebuh Raya-Kota Bharu Krai yang dirasmikan 28 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ketika melawat Kelantan pada 20 Januari lalu, mengumumkan tujuh projek besar, termasuk membina stadium baru sekiranya BN berjaya merampas negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Annuar menjelaskan Kafa bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-IV di Bandar Baru Tunjong.

Katanya stadium yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

Annuar berkata, stadium yang akan dibina pihaknya dikenali The Fortress dan menjadi gelanggang, khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja.

“Urusan sedang giat dijalankan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan. Insya-ALLAH, menjelang 2015, kita akan menjadi pasukan pertama yang memiliki dan mengurus stadium sendiri,” katanya.


p/s: kalu betul kerajaan negeri nak bina stadium baru,guna jelah,apo masolah dia...penyokong boleh ketepikan sentimen politik demi sukan,kenapa TSAM xbleh,hu2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2013 10:28 AM | Show all posts
xpdckelate posted on 1-4-2013 10:17 AM
TRW tolak stadium baru

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan menggunakan  ...

nak jadi calon lah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 11:45 AM | Show all posts
razzmat posted on 1-4-2013 10:28 AM
nak jadi calon lah tu

biasalah,selagi nyawa dikandung badan,jiwa politik tetap membara.....tapi jangan lupa,rakyat ingat apa yang anda telah lakukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2013 08:35 AM | Show all posts
Kelantan belasah Da Nang 5-0


Pemain Kelantan, dickson nwakaeme (kanan) cuba melepasi dua pertahanan Da Nang pada perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, malam tadi.


KOTA BHARU - Kelantan merampas kedudukan teratas saingan Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas membelasah wakil Vietnam, SHB Da Nang FC 5-0 di sini, semalam.
Gol-gol tuan rumah hadir menerusi pemain import Dickson Nwakaeme seawal minit ketiga, Indra Putra Mahyuddin (m-6), Mohd. Faiz Subri (m-23), Dimitrios Petrators (m-59) dan Mohd. Badhri Radzi (m-85).
Nwakaeme yang bergandingan dengan penyerang kelahiran Australia, Petrators mempamerkan ketajaman penyudahnya melalui gerakan solo sebelum merembat rendah bola menewaskan penjaga gol SHB Da Nang, Nguyen Thanh Binth.
Tuan rumah yang masih segar dengan tiga kemenangan pada perlawanan lalu terus menjarakkan kedudukan pada minit keenam apabila Indra Putra tenang menyudahkan hantaran Petratos untuk gol kedua tuan rumah.
Pelawat yang tertekan apabila dikejutkan tiga jaringan awal tuan rumah rumah, membuat tiga pertukaran pada babak pertama, namun usaha tersebut gagal membuahkan hasil apabila mereka terus buntu untuk mendapatkan jaringan.
Begitupun pelawat turut tidak berputus asa dan mempunyai peluang terbaik untuk mendapatkan gol pertama, namun rembatan Vo Hoang Quang berjaya ditepis oleh Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-44.
Kelantan turut melepaskan peluang untuk menambah jaringan apabila pemain tengah Mohd. Shakir Shaari gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70.
Kapten pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi melengkapkan malam gemilang The Red Warriors apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-85.



Last edited by xpdckelate on 5-4-2013 11:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 09:59 AM | Show all posts
kemah main semalam tak dapat trebel 2 piala pun cukup
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 12:26 PM | Show all posts
yak boktam.... gambar dickson tuuu boh buke keita mandjou.... parops utuse nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 11:34 AM | Show all posts
kml125z posted on 3-4-2013 12:26 PM
yak boktam.... gambar dickson tuuu boh buke keita mandjou.... parops utuse nih....

dok perasam kawan,nanti kawam edit,hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 11:36 AM | Show all posts
razzmat posted on 3-4-2013 09:59 AM
kemah main semalam tak dapat trebel 2 piala pun cukup

kalu bulih sumbak dickson,dimi,kcira nga obinna skali dale MSL sedak jugok,hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:21 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 5-4-2013 11:36 AM
kalu bulih sumbak dickson,dimi,kcira nga obinna skali dale MSL sedak jugok,hahaha

dok leh nanti keno artikal FAM pulok mapuh sek kito
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2013 02:24 PM | Show all posts
razzmat posted on 5-4-2013 12:21 PM
dok leh nanti keno artikal FAM pulok mapuh sek kito

kalu dia bukok kuota 4 import la,he2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2013 02:07 PM | Show all posts
Hodak tegur Red Warriors waspada atasi Sarawak                         2013/04/06 -  07:02:31 AM

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menuntut anak buahnya tidak memandang mudah kemampuan Sarawak menjelang pertemuan pusingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

  Pengendali berusia 41 tahun dari Croatia itu berkata, mengikut prestasi semasa, The Red Warriors (TRW) ada kelebihan terutama apabila beraksi di tempat sendiri.      

        “Mungkin orang menganggap kami akan menang mudah dalam perlawanan ini, namun kami tetap berwaspada dengan cabaran Sarawak esok (malam ini).      
      
      
Piya yakin menang besar

“Saya harap semua pemain dapat mengekalkan prestasi semasa kerana perlu menang dengan jumlah jaringan besar sebagai bekalan selesa ke perlawanan suku akhir kedua nanti. Mengikut rekod di tempat sendiri dan prestasi semasa, ternyata kami ada kelebihan,” katanya di Kota Bharu, semalam.

  Sementara itu, kapten TRW, Mohd Badhri Radzi atau Piya berkata dia optimis pasukan mampu merakamkan kemenangan besar selepas apa disajikan dia dan rakan sepasukan ketika membelasah kelab Vietnam, SHB Da Nang 5-0 dalam saingan Piala AFC, Selasa lalu.

  “Status pasukan Liga Super dan Liga Perdana tidak boleh dijadikan sandaran dalam perlawanan ini. Kami perlu menang untuk terus layak ke pusingan seterusnya dan mengekalkan kejuaraan dimenangi musim lalu,” katanya.                                      

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2013 02:21 PM | Show all posts
'Ancaman' Annuar                         2013/04/06 -  07:12:08 AM

Presiden KAFA terima keputusan mahkamah tapi kata kes Artikel 88 belum berakhir

Kuala Lumpur: Tan Sri Annuar Musa - antara tokoh bola sepak yang menjadi mangsa Artikel 88 - bernada sinis apabila bersuara isu penggantungannya sesungguhnya belum berakhir dan terus mencabar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

  “Belum berakhir sebaliknya baru bermula!” Itu komen ringkas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu terhadap keputusan mahkamah yang menolak samannya terhadap FAM dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzudin Ahmad, semalam.      

        Annuar menerusi laman sosial Facebook rasminya berkata, dia menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka dan sudah menggunakan pilihan yang ada menurut undang-undang.      
      
      
  “Usaha selanjutnya untuk memperbetulkan kepincangan terutama berkaitan Artikel 88 belum berakhir malah baru bermula,” katanya.

   Mahkamah, semalam mendapati pertuduhan dibuat FAM itu betul dan tidak cacat kerana persatuan berkenaan mematuhi semua prosedur dalam statut serta peraturan disiplinnya.

   Bagi Annuar, proses mengubah FAM sama ada daripada segi kepimpinan atau peraturan memerlukan tindakan berbeza dan perlu dilakukan. “Langkah ke atas ini tidak boleh dihalang sesiapa kecuali badan gabungan FAM saja. Ia perlu dilakukan secara tertib dan mengikut peraturan.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2013 02:58 PM | Show all posts
Kemenangan Tipis Untuk Kelantan


Khairul Izuan di asak pertahanan Sarawak pada pertemuan suku akhir pusingan pertama di Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

KEGAGALAN Kelantan mencatat kemenangan tanpa bolos ke atas Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini berkemungkinan mempengaruhi perjuangan Gergasi Pantai Timur itu mempertahankan kejuaraan Piala FA.
The Red Warriors gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar menang tipis 2-1 ke atas pasukan kendalian Rober Alberts, yang ternyata tidak gerun berdepan lawan mereka yang lebih gah.
Kelantan pada awalnya kelihatan seakan-akan mampu berpesta gol apabila berada dua gol di depan menerusi Mohd Faiz Subri pada minit keenam disusuli Khairul Izuan Rosli pada minit ke-20.
Namun, Sarawak membuktikan mereka juga berniat meneruskan kemaraan dalam pertandingan ini dan usaha mereka berhasil apabila merapatkan kedudukan tiga minit selepas babak kedua bersambung menerusi jaringan Joseph Kalang Tie.
Gol tersebut sekaligus memastikan Sarawak terus bernyawa menjelang aksi timbal balik di Kuching pada 16 April ini.
Seawal minit kedua, tuan rumah sudahpun mula mengancam kubu pelawat apabila kapten pasukan, Mohd Badri Mohd Radzi melakukan percubaan jarak jauh, namun cubaannya sedikit melepasi palang gol.
Dua minit berselang, Kelantan dianugerahkan sepakan percuma selepas pemain sayap, Mohd Faiz dikasari pemain import Sarawak, Guy Bwele namun tendangan terus pemain veteran, Indra Putra Mahyuddin sedikit tersasar ke kiri gawang.
Keadaan stadium yang dibanjiri kira-kira 10,000 penonton menjadi lebih gamat sebaik Mohd Faiz membuka tirai jaringan menerusi jaringan cantik pada minit keenam apabila cubaan dari tengah padang menewaskan penjaga gol Sarawak, Sani Anuar Kamsani.
Selepas jaringan pembukaan itu, rentak permainan kembali tenang menyaksikan kedua-dua pasukan tidak banyak melakukan gerakan namun Kelantan dilihat menguasai perlawanan.
Memasuki minit ke-20 Khairul Izuan menggandakan kedudukan tuan rumah selepas kemas menyudahkan hantaran lambung dari Piya untuk sekali gus mencatat jaringan peribadi sulungnya bagi musim ini.
Kelantan yang selesa mendahului dengan dua jaringan di depan terus melancarkan asakan bertubi-tubi ke atas benteng pertahanan lawan, dan nyaris menjadikan kedudukan 3-0.
Malangnya, sepakan percuma yang diambil Indra Putra selepas Mohd Faiz dikasari berjaya ditumbuk keluar penjaga gol.
Titik kebangkitan Sarawak bermula pada babak kedua apabila Joseph Kalang menghukum kealpaan pemain pertahanan Kelantan setelah gagal mengeluarkan bola ke kawasan selamat.
Dia sempat mendada bola tersebut sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti lalu menerwaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Sarawak mendapat suntikan semangat selepas memperoleh jaringan pertama itu.
Mereka berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 apabila pemain tengah Bobby Gonzales membuat lorongan cantik kepada Joseph Kalang, namun percubaan bekas pemain Terengganu itu tidak menepati sasaran.
Kelantan mula menggandakan asakan selepas empat minit masa tambahan namun dikekang hebat pertahanan Sarawak sehingga tamat perlawanan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2013 03:02 PM | Show all posts
Jadual Perlawanan Kelantan (April) :

Piala FA > Menentang Sarawak di SSMIV -6 April-
Piala AFC > Menentang SHB Da Nang di Vietnam -10 April-
Liga > Menentang ATM di SSMIV -13 April-
Piala FA > Menentang Sarawak di Kuching -16 April-
Liga > Menentang PKNS di Shah Alam -19 April-
Piala AFC > Menentang Maziya SnR di Maldives -23 April-
Liga Super > Menentang T-Team di SSSMIV -27 April-
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 02:56 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 7-4-2013 03:02 PM
Jadual Perlawanan Kelantan (April) :

Piala FA > Menentang Sarawak di SSMIV -6 April-

Liga > Menentang ATM di SSMIV -13 April


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.766198 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list