CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

~Gomo KELATE Gomo #PremierLeague2022~

[Copy link]
Post time 8-1-2009 08:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 09:12 AM | Show all posts

Reply #139 xpdckelate's post

KL Plus ceria dapat tiga mata percuma

JAWATANKUASA Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menghadiahkan tiga mata dengan kemenangan 3-0 kepada KL Plus bagi perlawanan Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV pada 3 Januari lalu.

Perlawanan berkenaan dibatalkan gara-gara keadaan padang yang kurang memuaskan dan tindakan menghadiahkan kemenangan kepada KL Plus diambil berdasarkan laporan yang diterima FAM.

揔ami membuat keputusan itu berdasarkan laporan pengadil dan pegawai perlawanan terbabit. Kami mendapati terdapat kesalahan atas dasar teknikal.

揂papun, Persatuan Bola Sepak Kelantan masih boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dalam tempoh 14 hari, bermula hari ini (semalam),
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 09:50 AM | Show all posts
petang ni semua dijemput untuk berdemonstrasi di Wisma FAM kul 3 petang... maklumat lanjut.. tanya orcad
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by thylord at 9-1-2009 09:50 AM
petang ni semua dijemput untuk berdemonstrasi di Wisma FAM kul 3 petang... maklumat lanjut.. tanya orcad



weeiii....weiiii...weiii...

FAM dah bagi masuk free2 jek liga super dah kira baik....x bersyukur...

karang kn FAM wat kputusan bagi balik 3 mata...pastu humban klate ke liga perdana...amace..??
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 10:59 AM | Show all posts
go kelate go.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 12:49 PM | Show all posts
awok2 demo mme sedap...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2009 01:50 PM | Show all posts
2 wins n 1 kalah ( akibat kebodohan FAM) ..  bakal jore neh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 02:09 PM | Show all posts
promosi jap

kpd semua kengkawan dan fan f1 jugak motorsport, buleh mula meloyarburuk dan sembang f1 dan motorsport lain di Subbod MOTORSPORT baru di link dibawah

sila pergi ke sini -> http://eforum4.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=61&page=1

"mari kita reramai sembang motorsport"

timakacih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 03:40 PM | Show all posts
PDRM kena titik 4-2 kt stadium mcm bendang padi
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 03:52 PM | Show all posts
KAFA akan menganjur Gala dinner nite pada 15hb.Feb di Le Marque Palace of Golden Horses . Antara yang dijangkakan akan hadir adalah PM sebagai tetamu kehormat . Para tetamu juga akan dihiburkan oleh Nora, Jamal Abdillah dan seorang penyanyi jemputan Indo. Tiket untuk majlis ni membuatkan aku terkejut...RM500 bagi individu dan biasalah bagi koperat ribu2.....Jangan ditanya kenapa majlis ni tidak dibuat di KB.... ...
Strategi yang baik bagi menambahkan sumber kewangan selain mengharapkan kutipan tiket serta tajaan?...Cuma aku terkilan sikit bagaimana dengan peminat2 setia kelate yang taraf kapchai? set2 nilah yang sanggup mengharungi hujan buat memberi sokongan dan memperjuangkan maruah pasukan Kijang!
Apapun taniah buat pengurusan KAFA kerana membuat pendekatan baru !

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 02:31 AM | Show all posts
kelate versus Johor for piala FA, 4-0!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 01:40 PM | Show all posts
Sang Kijang waspada

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my



INDRA PUTRA jadi taruhan terbaik Kelantan untuk merobek gawang Johor pada aksi kedua Piala FA malam ini.

KELANTAN belum mahu mendabik dada meskipun selesa dengan bekalan empat gol ketika aksi pertama saingan Piala FA di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Sabtu lalu.

Tidak mahu berputih mata, skuad Kijang itu sedar kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Johor apabila dua pasukan itu turun pada aksi kedua di Stadium Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Noordin Awang berkata, di atas kertas, Kelantan jelas mempunyai kelebihan namun, apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit permainan.

Menurutnya, para pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan 'sengat' si Jengking dan tidak mahu sejarah musim lepas berulang kembali.

"Kita bercita-cita untuk mendapatkan piala ini (Piala FA) untuk musim ini, kita tidak mahu kecewa lagi seperti musim lalu apabila gagal melepasi halangan pertama berdepan dengan Kuala Muda Naza.

"Saya pasti pemain juga sudah mengetahui sasaran tersebut dan kita tidak mahu menghampakan peminat dengan sekurang-kurangnya membawa pulang satu piala," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, barisan pemain Kelantan kini berada pada prestasi terbaik untuk meneruskan saingan Piala FA.

Katanya, kesebelasan utama ketika beraksi pada perlawanan di Kota Bharu Sabtu lalu bakal di kekalkan oleh jurulatih, Peter James Butler dengan Indra Putra Mahayuddin dan Khalid Jamlus bakal jadi taruhan.

"Selain itu, penjaga gol, Halim Napi juga akan dikekalkan berikutan prestasi yang memberangsangkan seperti yang ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini," ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 10:55 PM | Show all posts

Balas #152 t@t\ catat

3/2/2009 Piala FA
Johor 3-0 Kelantan

Daudsu kena kad merah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 03:23 PM | Show all posts
E-Stadium Kelate.Net - Dengar audio secara live dari stadium malam ni... Jgn lupa dftar dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 09:00 AM | Show all posts
Kijang tekad ratah Tok Gajah



BADRI (kanan) yakin dengan kemampuan rakan sepasukan untuk membenam cabaran Pahang malam ini.

SELEPAS berjaya dengan misi menebus maruah ke atas Terengganu Sabtu lalu, Kelantan kini memberi fokus untuk merealisasikan impian baru dalam saingan Liga Super, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Malam ini, Kelantan akan berhadapan Pahang di Kuantan dan impian mereka adalah untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Skuad yang mendapat jolokan Kijang itu mahu membuktikan bahawa mereka bukan sekadar jaguh di ‘kandang’ sendiri.

Ketua pasukan, Badri Radzi mengakui tugas tersebut bukan mudah namun semangat yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan bakal menjadikan misi baru mereka itu bukan suatu yang mustahil.

Menurutnya, lima kemenangan berturut-turut dalam lima perlawanan sudah cukup untuk menyemarakkan semangat semua pemain yang bakal diturunkan malam ini.

“Sasaran kami ialah untuk menjaringkan gol awal selain sentiasa berusaha untuk mengatasi kelemahan yang ada.

“Barisan pertahan agak goyah dengan ketiadaan Farisham (Ismail) namun, kehadiran Ahmad Azlan (Zainal) mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, Farisham yang masih dilanda kecederaan dan hanya akan turun beraksi dalam tempoh sebulan lagi menyebabkan pertahanan Kelantan sedikit longgar.

Jelasnya, ayam tambatan sang Kijang, Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohamad juga semakin serasi dan mereka akan terus diberi kepercayaan untuk menggempur gawang lawan.

“Bagaimanapun, kami tidak mahu terlalu yakin kerana berdasarkan pengalaman, perasaan tersebut boleh memakan diri sendiri.

Katanya, jurulatih, Peter James Butler akan menggunakan taktik yang sama iaitu taktik gempur serta kepantasan untuk memerangkap lawan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 07:02 PM | Show all posts

Reply #155 t@t's post

kijang betol ratah gajah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 06:33 PM | Show all posts
klate mame sedap..gomo klate
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 08:31 AM | Show all posts
Pasti 'panas' di Shah Alam

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my





BARISAN pemain Kelantan sudah bersedia untuk 'mengamuk' di Shah Alam.


PERTEMBUNGAN antara Selangor dan Kelantan malam ini mempunyai signifikannya tersendiri kerana mempertemukan dua pasukan tangga teratas Liga Super.

Gergasi Lembah Klang itu akan berdepan sang Kijang yang merupakan pendatang baru dalam saingan Liga Super, liga paling kompetitif di negara ini.

Kehebatan pasukan Kelantan mula terbit sejak musim lepas lagi apabila 'ayam import' mereka yang diketuai oleh Mouhamadou Mousta- pha berjaya menarik penyokong ke stadium.

Momentum tersebut nampaknya diteruskan oleh pemain tempatan dan ia semakin pantas bergerak walaupun tanpa kehadiran pemain luar.

Tidak dapat dinafikan, bola sepak di Kelantan bagaikan disuntik nafas baru dan menjadi suatu fenomena yang sangat luar biasa apabila masyarakat tempatan mula bercerita tentang kehebatan pasukan bola sepak kesayangan mereka.

Selepas berjaya melangkah ke saingan suku akhir Piala FA dengan agregat 8-2 ke atas PDRM, sang Kijang dilihat semakin optimis dan mula berkira-kira untuk membawa pulang beberapa piala ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Berdepan Selangor, Kelantan sedar tugas mereka bukan mudah kerana lawan yang dihadapi merupakan pasukan yang jauh berpengalaman dan sudah beberapa kali memahat nama pada beberapa kejohanan bola sepak berprestij tanah air.

Selangor pula yang sudah dua kali tewas pastinya tidak akan mudah mengaku kalah di hadapan penyokong sendiri, manakala bagi Kelantan, kejayaan menewaskan Selangor bermakna mereka mendapat kemenangan moral.

Jurulatih Kelantan, Peter James Butler pastinya menyenaraikan pasukan terkuatnya ketika berkunjung ke Shah Alam malam ini dan beliau sememangnya dikenali sebagai jurulatih yang penuh dengan taktikal dan mampu mengubah rentak permainan dalam tempoh yang singkat.

Kelekaan dan perasaan terlalu yakin di kalangan pemain sering kali menjerat langkah sang Kijang dan ini adalah 'racun' yang perlu diberi- kan penawar segera oleh jurulatih dari England itu.

Bagi penyerang prolifik Kelantan, Khalid Jamlus, berdepan Selangor merupakan detik terbaik untuk membuktikan dia bukan calang-calang penyerang dan masih berbisa.

Empat gol dalam dua perlawanan ketika menentang Pahang dan PDRM sebelum ini merupakan isya- rat Khalid kepada peminat bola sepak tanah air tentang kebangkitannya sebagai penyerang digeruni.

Ketenangan ketika berada di dalam kotak penalti selain rembatan 'maut' yang dimilikinya amat diperlukan untuk merobek gawang Selangor yang dikawal oleh penjaga gol berpengalaman, Hamsani Ahmad.

Kelibat Norfarhan Mohamad tidak kurang pentingnya untuk menghadirkan igauan buruk buat pertahanan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom.

Selain itu, kepantasan dan kelin- cahan sayap Kelantan, Zamri Ramli dan Indra Putra Mahayuddin cukup untuk membantu jentera penggempur Kelantan mengaibkan Selangor di tempat sendiri.

Bagaimanapun, penekanan juga harus diberikan kepada kombinasi jentera tengah Kelantan apabila aksi 'jeneral padang' Kelantan, Badri Radzi dilihat sedikit menurun.

Badri kehilangan rakannya, Khairan Eroza Razali akibat kecederaan dan dua pemain yang dicuba digandingkan bersamanya sebelum ini iaitu Nafuzi Zain dan Wan Zaman Wan Mustapa belum menemui rentak.

Dia yang turut bertindak sebagai ketua pasukan, perlu mengembali- kan sentuhan berbisanya selaku perancang selain seorang lagi pemain tengah yang bakal diturunkan, perlu pantas menyesuaikan diri bersama Badri untuk merencanakan permainan.

Dalam pada itu, benteng pertahanan Kelantan yang dilihat kurang mantap juga perlu segera mencari ramuan untuk mengekang asakan Selangor.

Masalah komunikasi di barisan pertahanan yang diketuai Ahmad Azlan Zainal perlu diselesaikan dan menentang Selangor adalah peluang terbaik untuk buktikan mereka tidak mudah ditembusi.

Sementara itu, pemilihan Halim Napi untuk mengisi posisi penjaga gawang ketiga Kelantan, banyak menerima kritikan serta diragui.

Namun, bagi Halim ini adalah peluang terakhir untuk dia menabur bakti di negeri kelahirannya sebelum menggantung but.

Prestasinya yang menakjubkan kebelakangan ini menyebabkan penjaga gol utama Kelantan sebelum ini, Shahrizan Ismail banyak memanaskan bangku simpanan.

Bagaimanapun, Halim pastinya menjadi individu paling sibuk ketika menentang Selangor nanti apabila terpaksa berdepan penggempur kebangsaan, Safee Sali.

Dia yang kemarau gol sejak bebe- rapa perlawanan lalu pastinya mahu menjadikan pertemuan menentang Kelantan peluang untuk melepaskan badi tersebut.

Selangor yang memiliki beberapa lagi pemain bintang seperti Hardi Jaafar, Amri Yahyah dan Amirul Hadi Zainal, pastinya memberi cabaran hebat kepada anak buah Peter James Butler.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 01:36 PM | Show all posts
malam nie di stadium shah alam..anak2 kelantan pakat gi ramai2..
dijangka 5ke 10k penyokong kelantan hadir..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by nik_aziz at 28-2-2009 01:36 PM
malam nie di stadium shah alam..anak2 kelantan pakat gi ramai2..
dijangka 5ke 10k penyokong kelantan hadir..

yg tak dapat datang, pakak masuk www.kelate.net - ada radio
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.060396 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list