CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xpdckelate

~Gomo KELATE Gomo #PremierLeague2022~

[Copy link]
Post time 30-7-2007 12:09 PM | Show all posts
KELANTAN SELANGKAH KE AKHIR

Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan mencatatkan kemenangan bergaya dengan menumpaskan Pulau Pinang 4-1 dan meletakkan sebelah kaki ke perlawanan akhir.

Hujan lebat pada lewat petang memberi rahmat buat pasukan Kelantan setelah pasukan Piala Presiden Kelantan terdahulu mencatatkan keputusan menang 2-0 ke atas Perlis pada perlawanan sebelah petang itu.

Perlawanan yang disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola sepak Melayu Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan turut dimeriahkan dengan kehadiran ratusan penyokong bola sepak Kelantan yang kebanyakkannya memenuhi ruang astaka stadium.

Skuad kendalian Kamaruddin Mohd Nor ternyata cukup berbisa berbanding kecetekan pengalaman barisan Skuad Pulau Mutiara yang turut diperkuatkan dengan beberapa pemain keturunan India.

Separuh masa pertama dikuasai oleh barisan Kelantan dengan melancarkan serangan bertubi-tubi dari sebelah kiri & kanan padang. Keadaan padang yang becak tidak menghalang kedua-dua pasukan memperagakan permainan menarik. Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan mendahului 1-0 hasil sepakan percuma yang cukup menarik oleh pemain berjersi no.15.

Separuh masa kedua bermula dengan Kelantan mula melancarkan serangan bertali arus memburu seberapa banyak gol dan hasilnya Kelantan memperolehi 3 gol dan menjadikan kedudukan 4-0. Tindakan pemain pertahanan Pulau Pinang melakukan tackle kasar dari belakang mengundang padah apabila dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya diarahkan meninggalkan padang.

Kealpaan barisan pertahanan Kelantan mengundang padah setelah beberapa ketika selesa mendahului 4-0 apabila Pulau Pinang berjaya mendapatkan gol saguhati.

Pasukan Pulau Pinang sekali lagi menerima nasib malang apabila pemain penyerang/kapten berjersi no.10 ( pemain India ) dilayangkan kad merah setelah menyiku pemain Kelantan pada minit ke-85 . Tindakan tersebut mencetuskan rasa tidak puashati Ketua Jurulatih PERR Pulau Pinang dan cuba memproteskan keputusan tersebut.Pengadil, kalau tidak silap saya - Danny Ong Tai Kim ( Selangor ) berjaya mengawal permainan dengan baik dan melakukan tugasan yang cemerlang pada perlawanan ini.

Pada ketika perlawanan berakhir dengan keputusan 4-1, ternyata barisan muda Pulau Pinang melangkah longlai ke bilik persalinan sambil disorak 'boo' oleh penyokong Kelantan di bangku astaka.

Dikem Kelantan kelihatan cukup ceria membawa bekalan selesa defisit 3 gol bertandang ke Pulau Pinang 4hb Ogos ini sambil Pengurus Pasukan, Affandi Hamzah cukup serius membincangkan sesuatu bersama-sama dengan pegawai bola sepak Kelantan sambil merayakan kemenangan Kelantan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2007 06:17 PM | Show all posts


Kelantan 慻omo
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 07:03 PM | Show all posts
Gambar-gambar yang di rake pada malam itu...



























































































Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 11:49 AM | Show all posts
Lagi kes persatuan tak bayar gaji!!!

GESAAN beberapa pihak supaya Liga Malaysia kembali kepada Semi-Pro mungkin ada kebenarannya jika diambil kira kegagalan persatuan negeri melunaskan gaji pemain selepas 13 tahun memasuki era profesional.

Terbaru, pemain skuad Liga Perdana Kelantan merasai 憄enangan liga profesional
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 08:04 AM | Show all posts

SELAMAT HARI GHAYA BUAT PENYOKONG KELATE..GOMO KELATE GOMO...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2007 01:49 AM | Show all posts
Selamat Hari Raya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2007 01:24 PM | Show all posts

sudahkah anda menyertai nya? UEFA CUP FF BOLATALK LEAGUE baik utk kesihatan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2007 01:31 AM | Show all posts
.....................

[ Last edited by  xpdckelate at 26-10-2007 01:51 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2007 06:48 PM | Show all posts
Annuar Musa terajui bola sepak Kelantan

KOTA BHARU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 06:49 PM | Show all posts


Norizan Bakar Ketua Jurulatih Baru Kelantan

KOTA BAHARU, 29 Okt (Bernama) -- Bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar bakal memikul tanggungjawab meningkatkan semula mutu bola sepak Kelantan apabila dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak negeri.

Presiden Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (Kafa), Datuk Seri Annuar Musa berkata pengalaman Norizan, 46, diperlukan untuk menaikkan kembali nama Kelantan di arena bola sepak negara.

"Kami rasa beliau paling layak berdasarkan pengalaman bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa," katanya ketika mengumumkan barisan anggota jawatankuasa baru Kafa di sini, hari ini.

Annuar berharap dengan kelebihan yang ada pada Norizan itu dapat membantu pasukan bola sepak Kelantan untuk mencapai sasaran layak bergelar juara pada Liga Perdana akan datang.

Pada majlis itu juga, Annuar memperkenalkan logo baru pasukan Kelantan, iaitu dengan pemilihan gambar kijang yang lebih dinamik.

Beliau berkata Kafa juga melantik Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Ismail Petra, sebagai penaung pasukan bola sepak Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 01:00 PM | Show all posts

Reply #30 orcadlayout's post

welkem2 cikgu jan.. tgk sampai mana dia blh tahan nnt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2007 06:17 PM | Show all posts

Reply #31 thylord's post

hopefully sampai hajat utk bawa kelate ke liga super
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2007 06:18 PM | Show all posts

Reply #30 orcadlayout's post

abg botak pun abg botak la,janji gomo kelate gomo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2007 06:19 PM | Show all posts

Reply #29 orcadlayout's post

dia dah berjanji xkan ade masalah kewangan musim ni,harap2 betul bagai yg dikata...

pemain pun akan lebih bersemangat kerana tidak perlu risau masalah kewangan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 07:50 AM | Show all posts
Perlawanan Pra Musim Skuad Bola Kelantan 2007/2008

17 November 2007 (Sabtu)
Selangor PKNS lwn Kelantan
Tempat: Padang PKNS, Kelana Jaya
Waktu :8.30 mlm


19 November 2007 (Isnin)
Kuala Lumpur lwn Kelantan
Tempat: Stadium PBKL, Cheras, Kuala Lumpur
Waktu : 8.30 mlm


21 November 2007 (Rabu)
KL PLUS lwn Kelantan
Tempat: Stadium UPM, Serdang, Selangor
Waktu : 8.30 mlm


[ Last edited by  orcadlayout at 17-11-2007 11:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2007 07:51 AM | Show all posts
Pakat mari rama2 la set kito...

[ Last edited by  orcadlayout at 12-11-2007 07:53 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2007 01:49 PM | Show all posts
gud luck guys..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2007 02:57 PM | Show all posts
semoga berjayo sokmo2
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 06:36 PM | Show all posts
Keputusan Frendly Kelate kat lembah Kelang
================================
1. PKNS (3) vs Kelate (2)
2. KL     (4) Vs Kelate (0)
3. KL Plus (2) Kelate (0)

Kalah semuanya !...

Next Kelate Vs Ganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2007 07:07 PM | Show all posts

Reply #39 sbimax's post

harap2 hujan x berpanjangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.092728 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list