CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2170|Reply: 1

Bayar Denda Haji Di Malaysia -

[Copy link]
Post time 30-5-2007 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Bolehkah bayar denda haji di Malaysia?
30-05-2007

PULAU PINANG:  Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini diminta untuk mengkaji fatwa bagi membolehkan jemaah haji yang dikenakan "dam" atau denda semasa menunaikan haji di Mekah menjelaskan denda itu sekembalinya jemaah ke negara masing-masing.


Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman berkata dam yang dikenakan di Mekah hanyalah merupakan syarat sedangkan daging ternakan yang disembelih sebagai membayar denda itu dihantar pula ke negara Islam lain.

Dam ialah denda yang dikenakan ke atas jemaah kerana antaranya melanggari pantang larang dan meningglkan rukun wajib semasa mengejarkan ibadat haji dan ia dilakukan dengan penyembelihan binatang ternakan.

"Jika dam dapat ditunaikan di negara sendiri, ia akan menjadi lebih bermakna kerana terdapat golongan miskin atau boleh dihantar daging yang disembelih itu kepada orang Islam di negara yang miskin," kata beliau kepada pemberita selepas menutup Seminar Kebangsaan Mengenai Amalan Terbaik Haji Menerusi Sains dan Teknologi anjuran Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata jemaah haji Malaysia yang dikenakan dam boleh membeli kambing tempatan yang diternak oleh orang Islam untuk disembelih dan diagihkan kepada orang Islam tempatan.

Beliau berkata kambing yang dibeli di Mekah juga adalah kambing yang dibawa dari luar negara dan mungkin diternak oleh orang bukan Islam.

Abdul Hamid berkata saintis Malaysia juga perlu mengemukakan cadangan supaya penggunaan sains dan teknologi dapat menyelesaikan masalah yang timbul semasa mengerjakan haji di Mekah termasuk soal pengangkutan dan perkemahan.

"Kita boleh cadangkan satu sistem pengangkutan bawah tanah diwujudkan di Arab Saudi bagi memudahkan orang ramai berjalan untuk menunaikan haji," kata beliau.

Katanya setiap kali musim haji, berjuta-juta manusia berjalan secara serentak.

Saintis Malaysia juga boleh mencadangkan pembinaan jalan bertingkat atau laluan eskalator untuk golongan tua dan yang kurang upaya, katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2020 01:57 PM | Show all posts
Edited by ibnur at 4-12-2020 07:49 PM

My mode for the function and allotment is fit for the turns. Pages of the scene and programming-homework-help is ensured for the turns. Jerk is fit for the hope of the goals for the cited enlightenment for the terms for the citizens.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.129595 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list