CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34636|Reply: 55

Koleksi Keratan Akhbar mengenai ZZ since 1991

[Copy link]
Post time 2-6-2007 08:22 PM | Show all posts |Read mode

1991

Document 1 of 11

Publication :BH

Edition :TE

Date :      28/03/1991   

Page Number :01

Headline :Rela pernah dirakam untuk album Ziana

Words :628

Byline :By Zubairi Haji Zabidin

Text :

   
    MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui, iaitu lagu Rela ciptaan Rahim Othman
yang menaikkan nama Tila, pernah dirakamkan oleh Ziana Zain, salah seorang
penyanyi kumpulan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
     Lagu itu berpindah kepada album Tila berjudul Rela disebabkan rakaman
album Ziana menerusi Rahim Othman Productions (ROP), milik pencipta dan
penggubah lagu terkenal itu tidak dapat diteruskan hingga selesai kerana
gadis itu, memilih pramugari sebagai kerjaya tetapnya.
     Ketika bersama kumpulan PDRM, Ziana mendendangkan lagu Hanya Waktu
Yang Menentukan ciptaan Rahim Othman dan lirik oleh Shaari Amri, yang
dimuatkan dalam album sulung kumpulan itu berjudul Ibarat Lilin, Mei tahun
lalu.
     Hasrat Rahim untuk menjadikan Ziana artis rakaman wanita pertama ROP
terputus di tengah jalan apabila penyanyi itu mengambil keputusan untuk
berkhidmat sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS).
     Rahim berkata: "Saya sangat kagum dengan penyampaian dan suara Ziana
apabila mendendangkan lagu hanya Waktu Yang Menentukan ketika rakaman itu
dijalankan.
     "Saya selaku penerbit album berpuas hati dengan persembahan Ziana dan
apabila saya memperdengarkan lagu itu kepada beberapa rakan muzik yang
lain, mereka sependapat dengan saya.
     "Sejak itu saya menaruh harapan dan berhasrat untuk mengambil Ziana
sebagai artis rakaman ROP. Saya mencipta beberapa lagu untuknya, membuat
album dengan ROP.
     "Dia bersetuju dan rakaman mula dijalankan, walaupun kontrak belum
lagi dibuat. Beberapa lagu, termasuk Rela dirakamkan.
     "Bagaimanapun, dalam masa yang sama, Ziana lulus temuduga untuk
menjadi pramugari MAS dan dia terus menerima tawaran itu.
     "Saya menjadi serba-salah kerana sebagai seorang penyanyi, Ziana
harus mendapat publisiti meluas di media elektronik dan media cetak.
     "Dengan tugas barunya itu, kami berpendapat dia tidak ada masa lapang
untuk berbuat demikian dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk
menamatkan saja hasrat itu, walaupun saya berasakan satu kehilangan
besar," katanya.
     Bagaimana pula lagu itu boleh didendangkan oleh Tila?, Rahim berkata:
"Sebenarnya 10 lagu untuk album Tila sudah siap dirakamkan tetapi beberapa
pegawai BMG mendapati tidak ada lagu yang kuat boleh menjadi hit dalam
album itu.
     "Apabila Ziana tidak dapat menjadi artis ROP, mereka terus meminta
saya lagu Rela yang mereka kata mungkin menjadi top. Saya setuju lagu itu
dirakamkan semula oleh Tila.
     "Alhamdulillah, nampaknya lagu itu membawa kejayaan kepada Tila.
Albumnya diedarkan ke pasaran pada Setember tahun lalu," kata Rahim.
     Sementara itu Tila berpendapat lagu Rela ciptaan Rahim Othman adalah
sebuah lagu yang dapat memenuhi citarasa orang Melayu dan sesiapa saja
yang mendendangkannya akan diminati ramai.
     Di samping itu, promosi yang besar oleh syarikat rakaman BMG terhadap
lagu itu juga menjadikannya cepat mendapat perhatian ramai dan mereka
sekaligus menaikkan nama Tila dalam dunia seni suara tanahair.
     Tila berkata: "Saya sedar sebelum ini lagu Rela pernah diserahkan
kepada beberapa penyanyi lain, termasuk Ziana Zain, tetapi sebagai artis
rakaman yang baru, saya mengikut saja kehendak syarikat ketika itu.
     "Sebelum ini sepuluh lagu ciptaan Ahmad Abdullah untuk album sulung
saya bersama BMG sudah siap, tetapi pihak syarikat berpendapat lagu-lagu
itu tidak begitu kuat untuk menarik perhatian peminat, apatah lagi untuk
menjadikan lagu hit seperti Rela.
     "Berikutan itu pihak syarikat mengambil keputusan menggugurkan satu
lagu iaitu Musim Semakin Sepi untuk digantikan dengan Rela, apabila
penyanyi asalnya, Ziana Zain, tidak dapat meneruskan rakaman albumnya
dengan Rahim Othman Production.
     "Bagi pendapat saya, lagu itu diberi promosi yang luas menyebabkan ia
diminati ramai dan sering dimainkan di radio, di samping ia mempunyai
kekuatan dalam memenuhi citarasa peminat Melayu," katanya.
     Tila berkata pada pandangannya sesiapa saja yang mendendangkan lagu
itu akan mendapat sambutan dan sekaligus menjadi popular.
     "Bagaimanapun, ini tidak bermakna lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam
album sulung saya itu tidak baik. Bagi saya semuanya menarik, tetapi pihak
syarikat berasakan lagu ciptaan Rahim Othman itu lebih bertenaga," ujar
Tila.
     Menurutnya, beberapa lagu dalam album itu seperti Titisan Cinta,
Masihku Merindu dan Satu Perpisahan adalah baik dan mungkin diminati ramai
sekiranya diberi promosi sama seperti yang diberi kepada lagu Rela.
     Tila merendah diri apabila ditanya apakah perasaannya apabila album
itu `meletup.'
      (END)


[ Last edited by  makhluk at 2-6-2007 08:28 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2007 08:24 PM | Show all posts
Document 2 of 11

Publication :MM-WTM

Edition :

Date :      17/10/1991   

Page Number :01

Headline :Newcomer Ziana Zain makes a big splash

Words :375

Byline :By Yushaimi Yahaya

Text :
   

   
    NEW singer Ziana Zain will be the envy of more estabished artistes as this
December - the month following the release of her debut solo album - she
will represent Malaysia in the recording of an album in Japan.
     Ziana, a new BMG Pacific artiste, will be singing Japanese song
Chitose Bashi originally popularised by Miko Nishijima.
     "I feel so proud to have been chosen to represent Malaysia in the
album which will have singers from Singapore, the Philippines, Indonesia,
Hong Kong and Taiwan contributing their voices by singing Japanese hits,"
says this 23-year-old air stewardess who's the elder sister of former
child singing star Shahrul Anuar Zain of Anuar and Elina fame.
      "There's no difficulty performing Chitose Bashi although I don't
understand the lyrics. It's just a matter of getting my pronounciation
right."
      To dispense doubts about her ability, Ziana can speak "a bit of
Cantonese and Hokkien", two Chinese dialects she picked up during her
years performing with the Royal Malaysian Police band.
      "My first break was accidental. It was in 1986 when I had to replace
my brother Anuar at a show to celebrate the Selangor Sultan's birthday,"
recalls this singer whose full name is Siti Roziana Zain.
      Any initial skepticism about her soon faded when she started to
sing, to the extent that she was offered a place with the Army combo.
      Now, Ziana has just completed recording of her solo debut album
scheduled for release next month and will spend a month promoting it.
      Her album is jointly produced by Rahim Othman and Fauzi Marzuki, and
those contributing songs are Saari Amri (who won the April contest of
TV3's Muzik Muzik '91), Ajib (of the disbanded Gersang) and Munir (member
of Mega).
      Composer-cum-album producer Rahim, best known as the flutist who won
RTM's Bakat TV back in the early 1970s, was the one who first noticed
Ziana's talent when she performed at a function in a KL hotel.
      "Under Rahim, I recorded two songs. The first, Lukisan Wajah Hati
was included in the SEA Games album. The second, Hanya Waktu Yang
Menentukan was featured in police force album Ku Ibarat Lilin."
      For her solo album, Ziana will have a commercial pop-slow rock
image, although she prefers rhythm `n' blues.
                               (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:25 PM | Show all posts
Document 3 of 11

Publication :BH

Edition :TE

Date :      27/12/1991   

Page Number :14

Headline :Ziana rakam album solo

Words :188

Byline :

Text :
   

   
    SETELAH dua kali menghasilkan album gabungan bersama penyanyi lain,
akhirnya Ziana Zain diberi peluang merakam album solo berjudul Ziana Zain
(Madah Berhelah).
Album yang memuatkan 10 lagu terbaru berentak pop terbitan Rahim
Othman dan keluaran BMG berada di pasaran 27 Disember (hari ini).
Di muka pertama memuatkan lagu Riwayat Cinta ciptaan dan lirik Faisal
Aziz, Kehidupan (Rahim Othman/Megat Ismail), Ke Mana Perginya Cahaya
(Ajib/Rosli Ali), Kekalkan Warisan (Ajib/Rosli Ali) dan Cinta Gugur Satu
Satu (Ali Noor/Usp).
Manakala di muka dua, Teruna Dara (Rahim Othman/Rosli Ali), Sebelum
Terlewat Waktu (Rahim Othman/ Juwie), Rentak Hidup (Rahim Othman/Megat
Ismail), Dalam Kesakitan Ini (Fauzi Marzuki/Lokhman S) dan Madah Berhelah
(Saari Amri).
Ziana atau Siti Rozaina Zain lahir di Merlimau, Melaka, dibesarkan di
Selangor, adalah dari keluarga seni.
Ketika di bawah ROP, dua projek dihasilkan tetapi bukan album
solonya. Projek pertama Zaina album Kini Saatnya Album Sukan Sea Ke-15 dan
dia menyampaikan lagu Lukisan Wajah Cinta ciptaan Akbar Nawab.
Manakala album keduanya bersama Kombo PDRM Ibarat Lilin dan lagu
nyanyiannya berjudul hanya Waktu Yang Menentukan. Album ini mendapat
sambutan baik dan berjaya dijual melebihi 60,000 unit.
Ziana menjadi artis BMG Jun lalu.
                         (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:26 PM | Show all posts
Document 4 of 11

Publication :BH

Edition :TE

Date :      03/07/1991   

Page Number :16

Headline :Nyanyian kerjaya sampingan bagi Ziana

Words :355

Byline :Zubairi Haji Zabidin

Text :
   

   
    PENYANYI berbakat, Ziana Zain, 23, yang diperkenalkan menerusi lagu Hanya
Waktu Yang Menentukan menerusi album Kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM)
berjudul Ibarat Lilin, menjadi artis rakaman solo BMG, mulai pertengahah
bulan lalu.
     Sebelum ini, Ziana pernah ditawarkan oleh penerbit dan pencipta lagu.
Rahim Othman dari Rahim Othman Production (ROP), menjadi artis rakamannya,
tetapi pada waktu yang sama dia diterima menjadi pramugari Penerbangan
Malaysia (MAS).
     Ziana berkata: "Saya berasa bertuah diterima menjadi artis rakaman
BMG kerana sebelum ini saya berhasrat untuk merakamkan album solo.
     "Selepas album Ibarat Lilin diedarkan, abang Rahim Othman yang
menjadi penerbitnya, mempelawa saya menjadi artis solonya dan dia juga
sudah memberi dua lagu untuk saya berlatih dan salah satu lagunya ialah
Rela.
     "Malangnya hasrat itu tidak tercapai kerana pada waktu yang sama
tanpa diduga saya diterima menjadi pramugari MAS.
     "Abang Rahim meminta saya membuat pilihan, sama ada menjadi artis
rakamannya atau menerima tawaran MAS. Ini membuatkan saya serba salah dan
tidak dapat memberi jawapan," ujarnya.
     Bagi Ziana, kedua-dua kerjaya itu penting, tetapi dia memilih
pekerjaan tetap bagi menjamin masa depannya, manakala nyanyian sebagai
kerjaya sampingan.
     Katanya lagi: "Tiba-tiba saya mendengar di radio lagu Rela
dinyanyikan oleh Tila. Saya terkilan juga kerana tak dapat menyanyi lagu
itu.
     "Dengan keadaan saya ketika itu sibuk menjalani latihan pramugari
selama dua bulan, saya tidak dapat menunaikan permintaan abang Rahim.
     "Kini segalanya sudah berlalu. Saya sudah berjaya menamatkan latihan
dengan MAS dan memulakan tugas itu.
     "Saya juga sudah ada masa lapang. Kadangkala mendapat off empat hari
dan masa itu boleh saya gunakan untuk rakaman dan membuat promosi di media
cetak dan elektronik," kata Ziana.
     Mengenai penerbitan album, menurut Ziana, BMG belum lagi
memberitahunya kerana setakat ini mereka sedang mencari lagunya.
Bagaimanapun, dia berharap Rahim Othman dipilih menjadi penerbitnya.
     "Saya memilih abang Rahim kerana dia seorang yang bekerja kuat,
berpengalaman, bertolak ansur dan sentiasa memberi tunjuk ajar. Sebagai
seorang penyanyi baru, faktor ini amat penting.
     "Sementara itu, abang Rahim juga tahu kemahuan dan kemampuan saya.
Ini memudahkan kami untuk bekerjasama dan menghasilkan album yang
bermutu," kata Ziana.
     Bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya BMG memilih penerbit lain.
     "Sebagai persiapan, saya kini sedang berlatih dan menjaga suara,"
katanya lagi.
                                 (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:28 PM | Show all posts
1992
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:29 PM | Show all posts
Document 18 of 179

Publication :HM

Edition :TE

Date :      28/01/1992   

Page Number :18

Headline :Lagu bercorak pop komersil

Words :633

Byline :Reviewed by Slen

Column Name :Album pilihan

Text :
   

   
    MADAH BERHELAH: Ziana Zain
Penerbit: Rahim Othman, Edaran: BMG Pacific
* PALING sesuai untuk anda yang gemarkan lagu bercorak pop komersil.
Gabungan bebempa komposer terkenal seperti Rahim Othman, Fauzi Marzuki dan
Saari Amri dalam album sulungnya Ziana ini tidak akan mengecewakan anda.
     Bagaimanapun, kebanyakan lagu-lagu di muka dua album ini lebih merdu
berbanding muka satu.
     Pengawalan suara Ziana menyampaikan lagu irama sentimental ballad
baik menerusi lagu Dalam Kesakitan Ini ciptaan Fauzi Marzuki/Lukman S.
Manakala dalam lagu Sebelum Terlewat Waktu (Rahim Othman/Juwie) suara
Ziana agak `meneran' sedikit walaupun lagu itu merdu.
     Lagu lain yang memikat ialah Teruna Dara (Rahim Othman/Rosli Ali)
yang berentak twist dan ago-ago, Rentak Hidupku (Rahim Othman/Megat
Ismail) dan Riwayat Cinta (Faisal Aziz).
     Yang lainnya ialah Madah Berhelah (Saari Amri), Cinta Gugur Satu-Satu
(Ali Noor/Usop), Kekalkan Warisan (Ajib/Rosli Ali), Ke Mana Perginya
Cahaya (Ajib/Rosli Ali) dan Kehidupan (Rahim Othman/Megat Ismail)
     Daripada mutu suaranya, Ziana mampu memberi saingan kepada penyanyi
wanita popular tanahair. (4)
FREEDOM: penyanyi dan Penerbit: SAS PRODUCTION/ FREEDOM
EDARAN: Valentine Sound Procduction (VSP)
* ALBUM ini cuba menampilkan kemampuan pemain keyboards baru Freedom, Alex
San, dalam penciptaan lagu. Dan hasilnya, lagu Kita Orang Ketiga ciptaan
beliau dan lirik oleh Habsah Hassan kedengaran lunak apabila didendangan
oleh Shuib.
     Manakala kehadiran seorang lagi anggota baru Freedom, Michelle Nunis,
dalam album ini nampaknya lebih menonjolkan kepada lagu berirama rancak,
contohnya Fantasi dan Dia.
     Di samping itu, Freedom juga memuatkan sebuah lagu Inggeris, You're
My Heaven yang didendangkan secara berduet oleh Shuaib dan Michelle. Lagu
itu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh wartawan hiburan, Hisham Harun.
     Enam lagu lain ialah Keranamu (Audi Mok/TJ), Usia (Md Nor/Talha
Tukimin), Cinta Tak Pasti (Boy/Ram Ghazali), Ke Akhir Nanti (Othman
Mohd/Seri Bayu), Kau Dan Aku (Alex San/Din) dan Suatu Ketika (Alex San/
Tukimin).
     Album yang menggunakan lambang helang sebagai hiasan kulitnya itu
juga menawarkan kupon diskaun sebanyak 20 paratus untuk kasut berjenama
Adidas (Cassis dan City Cruiser) kepada pembeli kaset original.(3)
NAMA ALBUM: 20 Golden Hits Collections (Vol 10)
PENERBIT: Valentine Sound Production (VSP)
EDARAN: Valentine Sound Production (VSP)
* INGAT lagi lagu Feelings, nyanyian Suzi Quatro? Nostalgia lagu ini akan
terungkap kembali apabila album 20 Golden Hits Collections (Vol 10) turut
menyelitkan lagu Feelings, yang begitu popular di penghujung tahun 70an
dulu.
     Bagaimanapun, lagu Feelings kali ini tidak dinyanyikan oleh Suzi
Quatro, tetapi Dobie Gray. Dari segi irama dan senikatanya masih tidak
diubah. Suara Dobie Gray, tidak kurang hebatnya kerana dapat menyampaikan
lagu sentimental ini begitu mendayu.
     Lagu popular lain yang turut dimuatkan dalam album ini ialah The
Night Has A Thousand Ayes (Bobby Vee), Soldier Boy (The Shirelles), La
Bamba (Trini Lopez), Everlasting Love (Robert Knight), Sugar Baby Love
(The Rubbetes) dan Happy Together (The Turtles).
     Album 20 Golden Hits Collections (Vol 10) diterbit dan diedarkan oleh
Valentine Sound Production (VSP). (3)
ALBUM SAIFUL-SAIFUL PENERBIT: AHMAD ALI (JIMMY)
EDARAN: NOIZE RECORD SDN BHD
* KEBANYAKAN penyanyi baru suka terikut suara penyanyi yang ada nama.
Bapimanapun Saiful,yang muncul dengan album sulungnya lebih beridentitikan
suaranya sendiri.
     Mengamati kesembilan lagu nyanyian Saiful di albumnya, penyanyi solo
lelaki kedua dari Nozie Records ini sebenarnya mampu menyampaikan lagu
berirama sentimental dan rancak dengan baik.
     Ini dibuktikan dengan lagu Curiga Cinta (Johari Teh/ Rozek) yang
berirama sentimental dan Fragmen Kehidupan (Azman Idris/ Siso) berirama
rancak. Namun intonasi Saiful bagaikan tidak bertenaga di dalam
menyampaikan lagu Curiga Cinta. Kalau lagu ini dinyanyikan dengan lebih
bersemangat tentu lebih sedap didengar.
     Saiful boleh dikatakan beruntung kerana bekas Juara Lagu 91, Adam
Ahmad menyumbangkan sebuah lagu terbarunya, Bicara Sukma Rindu, lirik oleh
Siso, di dalam album ini.
     Malah seorang pemuzik Amerika, David Mann dijemput untuk bermain alto
solo. Lagu lain yang dijangka dapat melonjakkan nama Saiful ialah Ku Milik
Siapa (Z A Manja/ Rozek).
     Di dalam album ini juga lagu Ku Milik Siapa dijadikan minus one,
untuk membolehkan pembelinya mencuba bakat nyanyian mereka. (3)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2007 08:31 PM | Show all posts
Document 23 of 179

Publication :BM-BTV

Edition :TE

Date :      05/01/1992   

Page Number :02

Headline :Ziana Zin tersangkut di bidang seni

Words :410

Byline :By Zainuri Misfar

Text :
   

   
    ZIANA Zin yang sedang mencari populariti sebagai artis rakaman sering
`tersangkut' dengan sesuatu yang tidak pernah diduganya. Lain yang dicita,
lain pula yang dapat.
Walaupun sering menyertai persembahan nyanyian di merata tempat
bersama kombo Polis Diraja Malaysia, dia tidak berhasrat untuk terjun ke
dunia nyanyian dengan lebih serius. Baginya memadailah sekadar mengisi
masa lapang.
Tidak setakat itu, kerjaya yang disandangnya sekarang iaitu sebagai
pramugari Penerbangan Malaysia juga bukanlah bidang yang diimpikan sebelum
ini.
"Saya tidak mempunyai cita-cita yang khusus. Saya tidak terfikir
untuk menjadi seorang penyanyi atau pramugari.
"Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya tidak mempunyai pendirian
tetapi dalam keadaan sekarang segalanya boleh berubah tanpa diduga. Saya
mungkin tidak menjadi seorang guru walaupun kerjaya itu adalah cita-cita
sebelum ini," katanya.
Dengan dua kerjaya yang dijalani serentak, dia perlu bekerja keras
supaya kedua-duanya maju seiringan.
"Saya belum pasti sama ada mampu atau tidak untuk melakukannya
serentak. Bagaimanapun, saya tidak akan menyerah begitu saja walaupun
kedua-dua bidang itu terlalu mencabar," kata Ziana, anak sulung kepada
lima beradik.
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, 23, dilahirkan di
Merlimau, Melaka, kini menetap di Shah Alam. Anak anggota polis ini adalah
antara artis baru BMG.
Sebelum ini dia mengikat kontrak dua tahun dengan Rahim Othman
Production (ROP), tetapi tidak berpeluang menghasilkan album. Menurutnya,
Rahim Othman terlalu sibuk dengan dua projek besarnya iaitu album khas
untuk temasya sukan SEA.
"Mungkin tiada rezeki, tetapi saya tidak berkecil hati. Mungkin ada
hikmah," katanya.
Mengenai pembabitannya bersama ROP, Ziana berkata, ketika dia selesai
membuat persembahan di sebuah hotel di ibu kota, Rahim Othman menemuinya
menyatakan dia berkemampuan untuk menjadi artis rakaman.
"Rahim membuat tawaran untuk menjadi artis syarikatnya, tetapi saya
tidak boleh membuat keputusan dengan spontan. Saya menyerahkan kepada ayah
untuk menilai tawaran itu, sama ada diterima atau tidak," katanya.
Ayahnya, Mat Zin Abdullah mengambil masa lebih dua minggu untuk
memutuskan dia boleh menjadi penyanyi.
Kini, album solo sulungnya, Ziana Zain - Madah Berhelah terbitan
Rahim Othman sudah pun siap. Rahim sendiri menyumbangkan empat lagu
ciptaannya iaitu Kehidupan, Teruna Dara, Sebelum terlewat Waktu dan Rentak
Hidup.
Lagu lain ialah Riwayat Cinta (Faisal Aziz), Ke Mana Perginya Cahaya
(Ajib), Kekalkan Warisan (Ajib), Cinta Gugur Satu-Satu (Ali Noor), Dalam
Kesakitan Ini (Fauzi Marzuki) dan Madah Berhelah (Saari Amri).
"Kini, segala urusan ayah yang bantu. Ini tidak bermakna pergerakan
saya dikongkong. Ayah berfikiran terbuka dan juga tidak masuk campur
ketika saya ditemubual wartawan," katanya.
Ayahnya juga mempunyai keistimewaan iaitu tahu mengenakan pakaian
sesuai untuk Ziana ketika sessi penggambaran majalah dan akhbar.
                               (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:32 PM | Show all posts
Document 45 of 179

Publication :BM-BTV

Edition :TE

Date :      19/04/1992   

Page Number :06

Headline :Ambil masa setengah jam: Saari Amri

Words :116

Byline :Reviewed by Zubir Ali

Column Name :Irama dan madah

Text :
   

   
    LAGU dan lirik Madah Berhelah dihasilkan serentak ketika Saari Amri di
minta oleh Aziz Bakar mencari lagu yang sesuai untuk album Ziana Zain.
"Bila menerima arahan, saya terus mencipta melodi dan liriknya sekali pada
waktu malam di rumah saya," katanya.
Dia mengambil masa setengah jam mencipta dan menulis lirik Madah Berhelah.
Setelah siap, dia memberikannya kepada Aziz dan mendapat persetujuan untuk
dimuatkan dalam album itu.
Saari cuba menampilkan tema cinta agar dapat dihayati dengan penuh
perasaan menerusi suara Ziana yang lantang dan mengesankan.
"Menerusi Madah Berhelah, saya cuba memaparkan sikap manusia yang sedang
bercinta hanya pandai bermain kata-kata, tetapi sebaliknya penuh dengan
tipu helah yang tidak berguna," kata Saari yang berpuas hati dengan cara
penyampaian Ziana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2007 08:37 PM | Show all posts
Document 3 of 179

Publication :BM-BTV

Edition :TE

Date :      19/04/1992   

Page Number :06

Headline :Mencari identiti Ziana Zain

Words :442

Byline :Reviewed by Zubir Ali

Column Name :Irama dan madah

Text :
   

   
    BIDANG nyanyian nampaknya semakin menarik minat pelbagai golongan
masyarakat daripada pegawai pemasaran, peniaga juga golongan pramugari
seperti Ziana Zain (kakak Anuar dari kumpulan Anuar dan Alina). Potensinya
sebagai penyanyi cukup besar, tambahan pula dia sudah lama bernyanyi
dengan Kombo Polis Di Raja Malaysia (kemungkinannya dari cawangan Shah
Alam).
Sayangnya identiti dan imejnya tidak ditekankan dengan jelas. Mungkin
Rahim Othman sendiri masih mencari identitinya kerana itu bagi saya album
ini "kurang menangkap', kecuali beberapa lagu di mana potensinya cukup
kuat dan jelas. Contohnya dalam lagu A:3 - Ke Mana Perginya Cinta dan A:4
- Kekalkan Warisan terdapat not yang rendah bagi Ziana sehingga "pitching'
jatuh di beberapa tempat. Dalam lagu B:2 - Sebelum Terlewat Waktu pula
terdapat not yang terlalu tinggi bagi Ziana sehingga kedengarannya
tersiksa dia cuba mencapai "pitch' not yang betul dan suaranya menjadi
kecil dan nipis. Dalam lagu B:1 - Teruna Dara pula rentak lagu dan cara
nyanyian mirip seperti Atik C.B. dari Indonesia.
Bagi saya ada tiga lagu selain dari Madah Berhelah yang melodi dan mutu
nyanyian Ziana cukup baik iaitu A:1 - Riwayat Cinta, A:2 - Kehidupan dan
B:4 - Dalam Kesakitan Ini. Di dalamnya ada identitinya yang tersendiri.
Dari sinilah pembinaan identiti Ziana boleh bermula.
Tema lagu Madah Berhelah seperti biasalah soal cinta yang gagal.
Pendekatannya juga pendekatan biasa yang sudah basi.
Rangkap (1): Dalam keadaan harapan yang putus beliau menghadapi kehadiran
malam yang suram dalam sendu. Terdapat unsur puitis iaitu "Senja pun
berlabuh dan malam pun melepas layar'. Rangkap (2): Saling tuduh menuduh
antara dua bekas kekasih tentang kesalahan siapa sebenarnya perpisahan
ini. Rangkap (3): Banyak kali sudah dinyatakan keraguan cinta dan
kerinduan jika sendirian, tetapi itu semua hanya manis di bibir. Hancur
perasaan kerana ucapan yang berdolak-dalik kerana kesementeraan
perhubungan. Rangkap (4): Kejujuran dan kesetiaan cinta si gadis telah
disia-siakan.
Potensi Ziana memang baik kalau penerbitnya dapat menyatakan lagi identiti
terbaik dan paling sesuai dengan Ziana sebagai penyanyi remaja. Ertinya
perlu perbincangan, renungan dan penghayatan yang memahamkan perasaan dan
fikiran Ziana yang sebenar.

MADAH BERHELAH

(1)
Di dalam sendu yang teramat
kulihat senja yang berlabuh
dan malam pun melepas layar
kaku aku si sini
bersamam harapan yang terbakar

(2)
Siapa di antara kita
yang dulu memula sengketa
pastinya diriku bagimu
yang engkau anggap punca
biar pun ketara
engkau yang mula

(3)
Korus:
Bukan sekali kausuarakan
kebimbangan pada cintaku
kau tak mampu
bersendirian tanpaku
itu semua lembut lidah
manis madah penuh helah
yang pastinya
aku adalah sandaran
bagaikan hilang semangat diri
keyakinanku terlebur kini

(4)
Sesungguhnya kau kusanjung tinggi
bererti kau hanya di hati
sayangnya kejernihan cinta
yang mencerminkan setia
kaukeruhkan warnanya
(ulang korus dan 4)

Penyanyi: Ziana Zain
Ciptaan/Lirik: Saari Amri
(Dengan Ihsan BMG Pacific)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:38 PM | Show all posts

    Document 4 of 179

Publication :HM

Edition :TE

Date :      24/11/1992   

Page Number :21

Headline :Ziana Zain lepas geram

Words :207

Byline :By Roslen Fadzil

Text :
   

   
    LEPASKAN geram habis-habisan! Itulah rahsia kejayaan Ziana Zain ketika
menyampaikan lagu Madah Berhelah di malam rakaman separuh akhir Muzik
Muzik, di Studio D TV3, malam kelmarin.
  Kerana mahu menghayati lagu itu sepenuhnya, Ziana terpaksa pekakkan
telinga dan tidak memandang penonton ketika menyanyi. Dan hasil yang
diberikan olehnya cukup membanggakan hingga dia menerima empat kali
tepukan sebelum menamatkan barisan akhir lagu itu!
  Lebih lucu lagi, penonton yang melihat persembahan Ziana malam itu
resah. Dan selepas Ziana selesai mendendangkan lagu itu, ada kalangan
mereka mengurut dada tanda lega.
  "Geram! Memang Ziana geram kerana pernah gagal menyanyikan lagu itu
ketika menyertai Pertandingan Carta Dataran Merdeka tidak lama dulu. Jadi
kerana mahu balas dendam, Ziana berlatih tak berhenti-henti dan mencari
punca kesilapannya.
  "Terus-terang Ziana katakan, kalau tidak cukup tidur atau letih badan,
Ziana tidak boleh membawakan lagu itu. Ia memang susah kerana nadanya
tinggi. Tapi Ziana anggap itu cabaran dan mesti dilakukan dengan sebaik
mungkin seperti dalam studio," katanya yang memakai gaun petang labuh yang
seksi malam itu.
  Akhirnya percubaan Ziana membuahkan hasil. Dia bersama Jamal Abdillah,
Nash dan Razzi Rahman akan muncul sekali lagi dalam pertandingan Juara
Lagu '92 (kategori Pop Kreatif) di Dewan Lee San Choon, Kuala Lumpur pada
20 Disember ini.
  Syabas Ziana!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:39 PM | Show all posts

    Document 6 of 179

Publication :BH

Edition :TE

Date :      21/09/1992   

Page Number :19

Headline :Ziana terima Cakera Emas

Words :322

Byline :By Seri Intan Othman

Text :
   

   
    ENAM bulan menanti penuh debaran barulah lagu Madah Berhelah mendapat
tempat di hati peminat. Namum penantian itu bukanlah satu penyeksaan
kerana ternyata ia membuahkan hasil apabila penyanyinya, Ziana Zain,
dikurniakan Anugerah Cakera Emas, kelmarin.
  Anugerah itu disampaikan oleh pengacara Muzik Muzik, Azwan Ali kepada
Ziana yang juga menjadi pengacara jemputan bagi rancangan minggu ke-31 itu
yang dirakamkan di Auditorium Risda, Ampang, Kuala Lumpur.
  Jualan album pertama Ziana yang diterbitkan oleh Rahim Othman berjaya
mencecah angka 33,000 dan lagunya bertanding selama 14 minggu dalam carta
Muzik Muzik.
  "Walaupun album itu tidak mendapat tempat juara, Ziana berpuas hati
dengan pencapaiannya, sekurang-kurangnya kini ia diterima ramai dan Ziana
sudah mula dikenali," katanya.
  Dia sama sekali tidak menduga akan mendapat anugerah itu berikutan
sambutan lembab di peringkat awal album itu diedarkan.
  "Terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan penuh dan juga
syarikat rakaman BMG yang sentiasa memberi peluang dan galakan," katanya.
  Sebagai penyanyi baru, dia gembira namanya sudah pula bertapak di arena
seni suara dan kini dihujani undangan menyanyi di pentas juga majlis makan
malam di seluruh negara.
  Semua itu menyebabkan dia terpaksa menjalankan dua tugas dengan lebih
gigih. Bagaimanapun Ziana masih ingin meneruskan kerjaya tetapnya sebagai
peramugari Penerbangan Malaysia (MAS).
  Ziana yang ketika ini bercuti dua bulan sibuk dengan program tv dan
pentas di Sarawak dan sekitar Ibu Kota.
  "Pertunjukan pentas menawarkan pendapatan cukup lumayan jauh bezanya
dengan yang diperolehi dari MAS, tetapi saya tetap cintakan kerjaya
sebagai peramugari selepas dua tahun bekerja," katanya.
  Mengenai album terbaru, Ziana akan masuk studio bulan depan bersama
penerbit Zuriani Khalid, iaitu penerbit yang juga menerbitkan album Colors
Of Love. Menerusi album itu dia menyampaikan dua lagu, Love Me dan Feel Me
Off.
  Lagu untuk album terbarunya masih dalam proses pemilihan dan Ziana
berharap susunan muzik albumnya kali ini lebih bermutu tinggi dan
komersil.
  Menurutnya, kerjaya nyanyian menawarkan masa depan yang cerah jika album
sentiasa mendapat sambutan, kerana selagi masih muda dia akan berusaha.
                               (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:40 PM | Show all posts
Document 13 of 179

Publication :BH

Edition :TE

Date :      27/03/1992   

Page Number :16

Headline :Ziana Zain masih belum puas

Words :361

Byline :By Zainuri Misfar

Text :
   

   
    BAGI Ziana Zain, terpilih menjadi salah seorang daripada 10 penyanyi Asia
untuk projek Asia Voices tahun lalu memang membanggakan tetapi yang lebih
penting sekarang, dia mahu album sulungnya - Madah Berhelah mendapat
sambutan dan mampu sebaris dengan penyanyi lain yang sudah dikenali.
Bagaimanapun, dia bangga dapat mengharumkan nama negara menerusi projek
Asia Voices itu, di samping meraih pengalaman untuk album terbarunya
kelak.
Album Asia Voices memuatkan lagu popular Jepun suatu ketika dahulu. Ziana
membawakan lagu Chitose-bashi.
Penyanyi lain yang terbabit ialah Raimond Choi yang membawakan lagu Dustin
Hoffman; Rosanne Lui (12Bangui no carol); Boonie Lam (Kataomoi); Zann
(Ikegami-sen); Chryssie (Long Version); Huang Jie Sung (Mizukagamito);
Jessica Houng (Anokoro no mamani); Jiang Shi Heng (Ai no owari ni); Tito
Soemarsono (Yatsusa-take) dan Odette Quesada (Tokyo).
Mereka dari Singapura, Indonesia, Hong Kong, China, Filipina, Taiwan,
Korea dan Jepun.
Album Asia Voices dipasarkan minggu lalu di Jepun dan setakat ini 75,000
unit sudah dijual.
Mengenai lagu Chitose-bashi, Ziana berkata, kemungkinan lagu itu dimuatkan
dalam album keduanya yang akan dimulakan bulan Mei ini.
"Saya tidak tahu sama ada album Asia Voices akan dipasarkan di negara ini
atau tidak, tetapi sudah dimaklumkan lagu Chitose-basi akan dirakamkan
dalam album akan datang," katanya.
Mengenai album Madah Berhelah, Ziana berkata: "Sebagai penyanyi baru saya
berpuas hati dengan pencapaian setakat ini.
"Bagaimanapun, masih banyak yang perlu diperbaiki bagi memastikan album
ini terus mendapat sambutan walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang
rumit," katanya.
Menurutnya, tiga lagu mula mendapat perhatian pendengar iaitu Madah
Berhelah ciptaan dan lirik Saari Amri, Riwayat Cinta (Faisal Aziz) dan
Dalam Kesakitan Ini (Fauzi Marzuki/Lukhman S).
Mengenai kulit albumnya yang sama seperti album Sheila Majid, Ziana
menjelaskan, perkara itu terjadi secara kebetulan.
"Banyak perkara yang terjadi secara kebetulan dalam album ini. Selain
kulitnya, ada yang mengatakan suara saya seperti suara Juliza Adlizan.
Yang jelas saya tidak meniru sesiapa kerana saya juga mempunyai identiti
sendiri," katanya.
Album Ziana ada di pasaran sejak 20 Januari lalu. Lagu yang dimuatkan
ialah Kehidupan ciptaan Rahim Othman dan lirik oleh Megat Ismail, Ke Mana
Perginya Cahaya (Ajib/Rosli Ali), Kekalkan Warisan (Ajib/Rosli Ali), Cinta
Gugur Satu-Satu (Ali Noor/Usop), Teruna Dara (Rahim Othman/Rosli Ali),
Sebelum Terlewat Waktu (Rahim Othman/Jalil Salleh) dan Rentak Hidup (Rahim
Othman/Megat Ismail).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:42 PM | Show all posts
ocument 27 of 179

Publication :BM-BTV

Edition :TE

Date :      16/08/1992   

Page Number :08

Headline :Suara dalam kaset lain, dipentas pula lain

Words :385

Byline :By Dollah; Azwaneee Ghani Nasir; Naim Sopian Ahmad

Column Name :Komen peminat

Text :

   
    SAYA adalah salah seorang peminat penyanyi baru, Ziana Zain. Suaranya yang
lantang dan nyaring, di samping wajahnya yang jelita itu membuatkan dia
berjaya sebagai seorang penyanyi.
  Tahniah kepada Rahim Othman, penerbit yang bertanggungjawab membawanya
ke tangga kejayaan.
  Apa yang ingin saya perkatakan di sini dan dianggap satu teguran ialah
saya dapati dalam gambar, dia sering memakai subang di hidung, seperti
yang digunakan oleh kebanyakan penganut agama Hindu. Apakah dia ni juga
beragama Hindu?
  Oleh itu, saya ingin menasihatkannya kalau ingin berfesyen kena pada
tempatnya. Biarlah yang tidak menyalahi adat Melayu yang dianggap pelik.
  Sebagai penyanyi, sudah tentu perbuatannya itu akan menjadi contoh
kepada anak muda kerana mereka ini mudah terikut-ikut. Apa sahaja artis
kesayangan mereka lakukan, mereka tidak segan silu mengikutnya. Saya
berharap perkara ini tidak berulang lagi.
Dollah,
Macang,
Terengganu
BAGI saya cuma publisti yang berlebihan sahaja yang menaikkan nama
penyanyi Ziana Zain bukan kerana suaranya yang lunak.
  Sebenarnya suara dia tidaklah sehebat mana. Buktinya, ketika dia
mengambil bahagian di Konsert Sukma dan Carta Dataran Merdeka, baru-baru
ini dia gagal mengadakan persembahan secara live dengan baik, tidak
seperti suaranya dalam album. Pelik bin ajaib saya memikirkannya.
Macam-mana
boleh jadi begitu?
  Sebagai peminatnya saya berharap dia terus berjaya dan albumnya yang
akan datang serta persembahannya di pertunjukan pentas yang akan lebih
baik lagi.
Azwanee Ghani Nasir,
Ampang, Kuala Lumpur.
BAGI seorang penyanyi yang baik, di mana saja dia dapat mengadakan
persembahan baik tidak kira sama ada dalam kaset atau di pertunjukan
pentas, suaranya mesti sama.
  Tetapi, apa yang dapat kita lihat kebanyakan artis tanah air masa kini,
mereka tidak boleh berbuat begitu. Sungguh ketara sekali perbezaannya.
Sudah tentu sedikit sebanyak terselit rasa tertipu di hati peminat apabila
mendengarnya. Sebagai contohnya, Ziana Zain.
  Saya dengar dalam album suaranya panjang lagi kemas. Begitu memikat
pendengaran. Tetapi di pertunjukan pentas, dia tidak dapat melakukannya.
Nyaring macam hantu polong. Saya pernah menyaksikannya sendiri.
  Bagaimanapun, perubahan positif boleh berlaku sekiranya dia lebih
berusaha dengan mengadakan latihan pesat.
  Itu pun jika dia mahu menjadi seorang penyanyi secara jangka panjang.
Jika dia berpuas hati dengan apa yang ada pada dirinya sekarang ini, saya
yakin tidak lama lagi dia akan gulung tikar. Apa tidaknya asyik kena
`booo' sahaja ketika menyanyi di atas pentas.
  Walau bagaimanapun saya dapati dia mempunyai identiti dan imej
tersendiri.
Naim Sopian Ahmad,
Kuantan, Pahang.
                                  (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:43 PM | Show all posts

Publication :HM

Edition :TE

Date :      16/12/1992   

Page Number :08

Headline :Ziana buru tiga anugerah

Words :201

Byline :

Text :
   

   
    KUALA LUMPUR: Semakin rumit. Belum genap sebulan meletak jawatan sebagai
pramugari, penyanyi Ziana Zain mempunyai tugas yang lebih berat untuk
memburu tiga anugerah.
  Penyanyi hitam manis ini tidak menyangka dia dipilih ke peringkat akhir
Anugerah Bintang-Bintang Popular 1992 anjuran Berita Harian Sdn Bhd dan
RTM serta ditaja oleh Singer.
  "Tuah saya. Nampaknya tahun ini mencatatkan pelbagai sejarah manis untuk
kerjaya saya di bidang nyanyian," katanya.
  Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah akan bertanding dalam
Juara Lagu 1992 anjuran TV3, Ahad ini.
  Dia juga dicalonkan ke peringkat akhir Pujaan 10 Nescafe yang akan
diadakan secara langsung dari Audditorium Besar Angkasapuri pada 16
Januari depan.
  "Setiap kali menyertai pertandingan begini, saya tidak menaruh
kemenangan. Apa yang penting dalam setiap pertandingan saya sematkan di
dalam hati untuk memberikan persembahan terbaik," katanya.
  Ziana yang meletak jawatan sebagai pramugari Penerbangan Malaysia (MAS),
tidak kesal dengan tindakannya meninggalkan jawatannya itu.
  "Di peringkat awal album saya memasuki pasaran, saya tidak berani hendak
membuat keputusan begini.
  "Saya menilai kemampuan dan penerimaan peminat kepada saya. Sejak
kebelakangan inilah, setelah mendapati prospek saya di bidang nyanyian ada
sinarnya, saya tidak teragak-agak untuk membuat keputusan berhenti kerja
dengan MAS, " kata Ziana yang kini masih menghabiskan cuti tahunannya.
                               (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:44 PM | Show all posts
Document 33 of 179

Publication :HM

Edition :TE

Date :      15/09/1992   

Page Number :01

Headline :Dua berentap dalam album

Words :115

Byline :

Text :
   

   
    KUALA LUMPUR: Ayuh berentap dong!
  Kedua-duanya masih belum berpunya tetapi siapa lebih hebat di antara
Ziana Zain, 24, pramugari manis Penerbangan Malaysia (MAS) dan Novia
Kolopaking, 19, penuntut jurusan Inggeris di Universiti Indonesia,
Jakarta.
  Agak awal untuk membuat penilaian kerana jawapannya cuma akan diketahui
apabila album Colors Of Love keluaran BMG Pacific yang menggabungkan
penyanyi di rantau Asia Tenggara buat kali pertama, ke pasaran November
ini.
  "Saya berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menjayakan
penerbitan album ini," kata Ziana (atas kanan).
  Novia yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur, menganggap album Colors
Of Love bukan saja merapatkan hubungannya dengan penyanyi Malaysia, malah
penyanyi Asia Tenggara yang lain.
  * Laporan lanjut di muka 8
                                 (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:46 PM | Show all posts
Document 37 of 179

Publication :BM-BTV

Edition :TE

Date :      13/12/1992   

Page Number :08

Headline :Menempa nama di negara orang

Words :751

Byline :By Jenney Juanis

Text :
   

   
    ANITA tidak cadang untuk pulang...Itulah tajuk utama ruangan Pusparia
Berita Harian minggu lalu, sehari selepas ditemuramah wartawan hiburan
dengan penghibur Anita Sarawak dari Las Vegas, Amerika Syarikat.
  Temubual khas menerusi telefon beribu kilometer dari negara kelahiran
penyanyi bertaraf antarabangsa itu membayangkan betapa besar kejayaan yang
mahu ditempa di luar negara daripada di negara sendiri.
  Anita yang sudah lapan tahun di Las Vegas Amerika Syarikat mengaku
bakatnya hanya dapat dikembangkan di negara itu selepas usaha dan penat-
lelahnya menempah nama sebagai penghibur bertaraf dunia.
  Dia mengatakan kejayaan sebagai penghibur terkemuka dunia perlu membuat
pengorbanan yang besar dan perlu keluar dari tempurung yang kalau tidak
dipecahkan akan sentiasa mengongkong bakat.
  Menyedari senario perkembangan dunia hiburan itu, satu demi satu artis
negara berlumba-lumba untuk menembusi pasaran berimej glamour dan berusaha
memecah ais yang mengelilingi diri.
  Selain Anita, beberapa artis terkenal seperti Allahyarham Sudirman
dianugerah sebagai Penghibur nombor satu Asia, Aishah yang mencipta nama
lebih dulu di negara asing, begitu juga Datuk Shake yang kini sudah
menyepi yang dilaporkan pernah popular di Perancis.
  Senario yang paling baru pula ialah kegilaan anak-anak muda Indonesia
kepada kumpulan rock Malaysia, barangkali sesuai dengan budaya yang
melanda generasi muda sekarang.
  Amy dan kumpulan Search mungkin bertuah kerana ketampanannya selain
daripada pembawaannya dalam lagu Isabella yang sehingga menjadi siulan
anak muda terutama remaja wanita di Indonesia. Lagu Fantasia Bulan Madu
yang kemudian diubah menjadi Cinta Kita juga meresap ke jiwa muda-mudi
negara itu.
  Dewi R daripada Promosi Cathay Muzika Studio Indonesia, berkata bukan
wajah Amy yang menambat hati peminat di negara itu tetapi lagunya menerusi
Isabella yang mempunyai melodi merdu dan enak didengar.
  "Sebelum itu, peminat hanya mendengar lagunya menerusi kaset dan
televisyen dan remaja wanita terus jatuh cinta kepada Amy selepas datang
sendiri ke Indonesia dalam satu pertunjukan," katanya ketika dihubungi
Pusparia Kuala Lumpur, baru-baru ini.
  Selain kumpulan Search, penyanyi seperti Ella, Kumpulan Iklim, Wings dan
May masing-masing mempunyai penggemar di republik itu. Lagu Suci Dalam
Debu, misalnya cukup diminati pada tahun 1989 hingga anak-anak yang sedang
bermain di tepi jalan di kota Jakarta mendendangkan lagu itu. Mereka akan
sentiasa mempunyai peminat jika mereka menghasilkan lagu bermutu,
konsisten dan mengadakan promosi sekerap yang boleh.
  Sheila Majid dengan lagu Dari Anyir dan Jakarta mendahului carta sebagai
penyanyi Malaysia yang popular di Indonesia, tidak termasuk P Ramlee yang
lebih dulu terkenal menerusi filem dan lagunya pada tahun 1950-an.
  "Ciri-ciri ini boleh membuat mereka dikenali kerana penggemar di
Indonesia hanya tahu artis jika mereka selalu datang di sini," katanya.
  Wakil Penolong Pemasaran BMG di Singapura, Gary See, pula berpendapat,
artis Malaysia hanya boleh menempa nama di peringkat antarabangsa sesudah
mereka dapat bertapak kuat di negara sendiri.
  "Macam mana menarik minat penduduk di negara lain jika mereka sendiri
tidak dapat memberi kekaguman pada peminat seni suara di tanah air
sendiri. Sebagai syarikat rakaman yang terdedah kepada penghibur
antarabangsa, artis Malaysia masih ketinggalan jauh.
  "Mereka masih tidak mampu untuk memberi saingan kepada artis luar
walaupun pasaran untuk hiburan Asia terbuka luas bagi mereka yang mampu
menunjukkan kehebatan," katanya.
  Menurutnya, mungkin artis Malaysia hanya boleh mencapai taraf
antarabangsa dalam tempoh 15 hingga 20 tahun dari sekarang dan itupun
mungkin hanya seorang dua yang benar-benar mengkagumkan.
  Katanya, artis popular yang terkenal di Singapura adalah mereka yang
sudah terkenal di Malaysia menyebabkan setiap perkembangan artis di sini
juga boleh diketahui di republik itu kerana berdekatan.
  Jurucakap wakil BMG di Jepun, George Kagi berkata, artis Malaysia
mempunyai potensi untuk menembusi pasaran seni suara di rantau Asia.
  "Pelbagai kegiatan serantau dalam bidang itu seperti Pesta Lagu Asia,
Asia Bagus dan Asia Voice memberi peluang kepada artis Asia untuk
menunjukkan bakat masing-masing," katanya.
  Misalnya, penyanyi Ziana Zain dikenal pasti mempunyai suara yang unik
kerana dapat membawa lagu bernada tinggi, berbeza dengan penyanyi Jepun
yang jarang ada vokalis perempuan yang bernada tinggi.
  Katanya, dalam rancangan Asia Voice anjuran BMG Jepun, daripada 200
kaset yang dihantar dalam pertandingan itu, hanya sebelas yang terpilih,
termasuk satu daripada Malaysia diwakili Ziana Zain.
  Kagi berkata, Ziana berjaya membawa lagu Jepun Chitosekashi dengan nada
yang tinggi - konsep rancangan itu ialah memilih artis BMG di seluruh Asia
dan memilih yang terbaik untuk dilatih sebagai artis antarabangsa.
  Selain itu katanya, penyanyi seperti Sheila Majid memang popular di
negara itu kerana mempunyai kelainan di segi persembahan dan lagu,
termasuk lagu lama Allahyarham P Ramlee yang diubah suai, menjadi siulan
peminat penyanyi itu.
  Senario seni suara di Asia kini memang menempuh era yang berbeza
daripada tahun-tahun lalu kerana ramai berlumba-lumba menempah nama di
peringkat antarabangsa.
                               (END
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2007 08:49 PM | Show all posts
Document 60 of 179

Publication :BH

Edition :TE

Date :      08/12/1992   

Page Number :19

Headline :Dalih penyanyi tidak munasabah

Words :383

Byline :By Zainuri Misfar

Text :
   

   
    BEBERAPA penyanyi memberi alasan tidak munasabah jika gagal menunjukkan
persembahan terbaik di dalam sesuatu pertunjukan secara live. Mereka
sering bedalih kurang latihan dan letih jika bersuara sumbang ketika
menyanyi, tidak sama seperti di dalam album.
  Apabila diajukan soalan itu, jawapan kerap diberi ialah masalah
kesihatan, tidak membuat persediaan cukup, kurang rehat dan terlalu banyak
membuat persembahan.
  Alasan seperti itu tidak boleh diterima kerana seseorang penyanyi memang
jarang mengaku secara terbuka bahawa mereka tidak mengadakan latihan cukup
dan kalau adapun sekadar melepas batuk di tangga.
  Penyanyi Ziana Zain, misalnya pernah dikritik peminat kerana bersuara
sumbang ketika menyanyikan lagu Madah Berhelah di Dataran Merdeka, dua
bulan lalu. Bagaimanapun, dia meminta maaf dan berjanji mahu membetulkan
keadaan itu.
  Ratu Rock, Ella, juga dikatakan bersuara sumbang dan nadanya tidak naik
ketika mendendangkan lagu Sembilu dalam satu persembahan di Life Centre di
Kuala Lumpur, pertengahan tahun ini.
  Berita terbaru membabitkan penyanyi kumpulan Ad-Hoc, Lee atau nama
sebenarnya Rozli Sutaad yang gagal menyanyi dengan sempurna ketika
menyampaikan lagu Manis dan Menanti Maaf di majlis pelancaran album mereka
di ibu negara, Jumaat lalu.
  Walaupun hanya majlis kecil, dia sepatutnya mempamerkan kebolehan yang
sebenarnya kerana persembahan itu dibuat di hadapan wartawan yang membuat
penilaian terhadap kemampuan kumpulan itu secara keseluruhannya.
  Ketika sesi soal jawab di sidang akhbar itu, pemain gitar utamanya, Ipin
(Irwan Affandy Muskam) mempertahankan kebolehan Lee kerana penyanyi itu
boleh memperbaiki kelemahannya.
  Ipin menjelaskan persembahan kumpulan itu baik cuma sebelum persembahan
itu dimulakan, penyanyinya menghadapi masalah kesihatan.
  "Kami belum memikirkan apa perlu dilakukan ke atasnya, kerana kami masih
memberi peluang kepada dia untuk memperbaiki kelemahannya.
  "Kemunculan kami dalam dunia hiburan masih baru, sudah pasti banyak
kesilapan dan kami harap penggemar muzik dapat memahaminya," katanya.
  Kelemahan mereka juga mendapat perhatian Hattan yang bertindak sebagai
penolong penerbit album yang menegur kumpulan ini supaya tidak terlalu
banyak berdalih sebaliknya mengakui mereka sebenarnya kurang membuat
latihan.
  Menurutnya, apabila seseorang itu sudah menyertai dunia muzik, mereka
perlu membuat sesuatu yang wajar kerana saingan di arena muzik tanahair
terlalu kuat.
  "Peminat hiburan tanahair sekarang tidak mengira sama ada penyanyi itu
baru atau lama, tetapi yang penting ialah mutu," katanya.
  Sementara itu, Pengarah Promosi SRC, Mas Omar, berkata album kumpulan
ini dapat dijual lebih 20,000 unit sejak dipasarkan tiga bulan lalu.
  "Jumlah itu dianggap berjaya bagi sebuah kumpulan baru," katanya.
                               (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:51 PM | Show all posts

    Document 111 of 179

Publication :BH

Edition :TE

Date :      01/12/1992   

Page Number :18

Headline :Penyanyi wanita veteran lawan remaja

Words :225

Byline :

Text :
   

   
    PENYANYI veteran dan sudah banyak merakam lagu turut bertanding dalam
kategori Penyanyi  Wanita Popular. Antaranya Sharifah Aini, Khatijah
Ibrahim, Fran, Dayangku Intan dan Zur Eda.
  Bagaimanapun, mereka terpaksa bersaing dengan penyanyi yang sejak
beberapa tahun lalu mencipta nama seperti Aishah, Klthsom, Shara Eqkhnor,
Salimah Mahmood, Noraniza Idris, Sheila Majid dan Liza Aziz.
  Penyanyi yang baru merakam satu atau dua album juga dicalonkan seperti
Azura Aziz, Ayati Tasrip, Haleeda, Liya, Rima Rashidi, Shereen, Syaliaty,
Wann, Wawa, Ziana Zain, Zetty Zailani dan Zeiha.
  Pihak penganjur  Berita Harian Sdn Berhad  dan RTM serta penaja Singer,
menerima senarai 25 penyanyi wanita untuk dipertandingkan dalam kategori
Penyanyi Wanita  Popular.
  Senarai calon dihantar oleh syarikat rakaman di negara ini berdasarkan
penyanyi yang menerbitkan album pada 1 September tahun lalu hingga 30
Oktober tahun ini.
  Pertandingan untuk kategori ini memang hebat, tapi pembaca hanya
dikehendaki memilih tiga penyanyi untuk dipertandingkan di peringkat akhir
yang akan disiarkan secara langsung oleh RTM menjelang Februari depan.
  Tiga penyanyi ke peringkat akhir dipilih berdasarkan jumlah undi paling
banyak diperolehi. Pembaca boleh menghantar seberapa banyak borang dalam
satu sampul surat asalkan menggunakan borang yang disiarkan di akhbar ini
atau Harian Metro. Salinan fotostat tidak diterima.
  Siapa yang terpilih? Kami tidak campur tangan dan tidak berniat untuk
mempengaruhi pembaca. Tepuk dada tanya selera. Yang jelas, pastikan
pemilihan dibuat berdasarkan penyanyi yang paling popular mengikut selera
pembaca.
                               (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:55 PM | Show all posts
Document 152 of 179

Publication :HM

Edition :TE

Date :      16/12/1992   

Page Number :08

Headline :Tiga penyanyi berentap

Words :401

Byline :

Text :
   

   
    KUALA LUMPUR: Tiga penyanyi solo dari syarikat rakaman Warner Music
berentap sesama sendiri untuk merebut Anugerah Bintang-Bintang Popular
1992 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular.
  Nash, Hattan dan Jamal Abdillah layak ke peringkat akhir apabila pembaca
Berita Harian dan Harian Metro memilih mereka daripada seramai 29 calon
yang disenaraikan di peringkat awal.
  Satu lagi yang menarik mengenai pencalonan anugerah kali ini ialah bagi
kategori Pelakon Filem Wanita Popular, yang mana Pelakon Wanita Terbaik
FFM10, Deanna Yusof akan diberi saingan hebat oleh Erma Fatima dan Fauziah
Ahmad Daud. Mereka menewaskan sembilan calon lain yang disenaraikan di
peringkat awal untuk merebut anugerah bagi kategori itu.
  Persaingan bagi merebut dua anugerah itu dan 12 kategori lain bermula
esok apabila pembaca akhbar Berita Harian dan Harian Metro diberi peluang
untuk memilih calon paling popular bagi setiap kategori.
  Pembaca juga boleh memilih artis paling popular untuk tahun ini.
  Anugerah Bintang-Bintang Popular 1992 dianjurkan oleh Berita Harian Sdn
Bhd dan RTM dengan Singer sebagai penajanya.
SENARAI PENCALONAN PERINGKAT AKHIR ANUGERAH BINTANG-BINTANG POPULAR 1992
PENYANYI LELAKI POPULAR
1. Nash                            1,410
2. Hattan                          1,310
3. Jamal Abdillah                    830
PENYANYI WANITA POPULAR
1. Aishah                           2,426
2. Sheila Majid                     1,769
3. Ziana Zain                       1,672
PENYANYI BERKUMPULAN POPULAR
1. Exist                            1,478
2. Fotograf                           986
3. Iklim                              884
PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
1. Eman Manan                       1,193
2. M Nasir                            546
3. Badrul Muhayat                     490
PELAKON FILEM WANITA POPULAR
1. Erma Fatima                        987
2. Deanna Yusof                       918
3. Fauziah Ahmad Daud                 732
PELAKON FILEM PEMBANTU LELAKI POPULAR
1. Imuda                              560
2. Hani Mokhsin                       492
3. Azwan Ali                          268
PELAKON FILEM PEMBANTU WANITA POPULAR
1. Kuza                               640
2. Noorkumalasari                     414
3. Didie Alias                        298
PENGHIBUR TV LELAKI POPULAR
1. Salih Yaacob                     1,532
2. Nash                             1,478
3. Imuda                            1,462
PENGHIBUR TV WANITA POPULAR
1. Fauziah Latiff                   1,652
2. Norshila Amin                    1,034
3. Shima                              798
DRAMA TV POPULAR
1. Opah                               868
2. Antara Insaf Dan Sedar             358
3. Wawasan                            344
PELAKON LELAKI TV POPULAR
1. Jins Shamsuddin                   1,334
2. Ahmad Tarmimi Serigar             1,110
3. Mustapha Kamal                      906
PELAKON WANITA TV POPULAR
1. Norlida Ahmad (Connie)            1,528
2. Dian P Ramlee                       844
3. Zaiton Hussein                      678
ARTIS LELAKI KOMEDI POPULAR
1. Jalil Hamid                         552
2. Sabri Yunus                         548
3. Accapan                             544
ARTIS WANITA KOMEDI POPULAR
1. Wan Maimunah                        768
2. Norlia Ghani                        580
3. Ruminah Sidek (Mak Mah)             576
                               (END)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2007 08:56 PM | Show all posts
Document 17 of 179

Publication :BH

Edition :TE

Date :      10/11/1992   

Page Number :17

Headline :Ziana rakam album kedua

Words :237

Byline :

Text :

   
    SYARIKAT Rakaman BMG sekali lagi memberi kepercayaan kepada Ziana Zain
yang popular dengan lagu Madah Berhelah, untuk merakam album solo
keduanya.
  Jika album pertama diterbitkan oleh Rahim Othman, kali ini amanah itu
diserahkan kepada penerbit muda, Zuriani Khalid yang bertanggungjawab
menghasilkan album gabungan artis lima negara Asean dengan dikenali
sebagai kumpulan Colors Of Love.
  Ziana adalah salah seorang anggota kumpulan itu mewakili Malaysia. Empat
artis lain Jo Awayan (Filipina), Novia Kolopaking (Indonesia), Bee
(Thailand) dan Zann (Singapura).
  Eksekutif Artis dan Repertoire, Bahagian Melayu, BMG, Hamid Samion,
berkata BMG amat teliti dalam pembikinan album kedua Ziana kerana mahu
memastikan ia bermutu dan diterima semua golongan.
  "Bagi memastikan kemantapan dan kejayaan album kedua ini, kami cuba
membuat pembaharuan dengan melantik Zuriani, seorang karyawan muzik wanita
yang berbakat menerbitkan album itu.
  "Zuriani, anak Malaysia yang tinggal di Los Angeles banyak menimba
pengalaman mengenai muzik di luar negara dan berharap dia dapat
menghasilkan kelainan dalam album Ziana," katanya.
  BMG juga meneliti pemilihan lagu. Antara karyawan yang menyumbangkan
lagu ialah M Nasir, Saari Amri serta beberapa pencipta baru seperti Razman
dan Asmin Mudin.
  "Zuriani juga turut menyumbangkan lagu. Setakat ini, kesemua lagu belum
ada judul, walaupun liriknya sudah dicipta," kata Hamid.
  Album itu turut memuatkan sebuah lagu Itali yang dipopularkan oleh
kumpulan Eros Ramazotti yang dialihkan liriknya ke bahasa Melayu.
  "Kami memilih seorang penyanyi muda yang pernah popular dengan lagu
Singkap Nur Yang Suci, Izzaka, menjadi pasangan duet Ziana," katanya.
                               (END)
  
   

                     
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.088403 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list