CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3884|Reply: 7

Pelukis Mohammad Din Mohammad Meninggal Dunia

[Copy link]
Chippo This user has been deleted
Post time 4-6-2007 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Al Fatehah - Mohammad bin Din Mohammad, abang tersayang yang menghembuskan nafas terakhir dipangkuan pada jam 7.15 Vesak Day 31hb May 2007.

Dengan pemergiannya, saya kehilangan seorang abang, seorang yang saya anggap seperti ayah dan juga seorang guru.

Walaupun berwarga negara Malaysia, Mohammad menetap di Singapura. Kita telah kehilangan seorang tokoh seni bertaraf antarabangsa, seorang pesilat berkalibre tinggi dan juga seorang guru sufi yang sangat baik hatinya. Mohammad telah banyak berjasa pada negara, bangsa dan agama.

Walaupun sedih yang teramat, kami redha dengan pemergiannya. Artikle tentang kematian beliau boleh dibaca di laman:

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,97084-1180735140,00.html?

http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,97188-1180821540,00.html?

Kami akan peneruskan Exhibition Solo beliau di NSTP Galeri di Kuala Lumpur pada bukan Julai akan datang. Lukisan beliau akan dipamerkan selama sebulan di KL dan Ogos, lukisan beliau akan di Auction di Islamic Arts Exhibition di KL juga. Kepada yang berminat untuk melihat karya beliau, dijemput hadirkan diri bersama.

Anda juga boleh melihat karya beliau di www.gallerymystik.com

Bersama, kita berdoa agar beliau ditempatkan bersama orang orang mukmin yang sejati.

Saya amat merinduimu abang tersayang.

Selamat Tinggal, jasamu akan dikenang selalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2007 09:43 PM | Show all posts

Reply #1 Chippo's post

Lukisan beliau memang hebat- pernah buka galery kat USJ subang Jaya.
kesempatan berjumpa beliau sekali sahaja.
Akan saya kunjungi pameran beliau di NSTP nanti.

Islamic Art Exhibition tu kat mana?

Moga  Allah mencucuri rahmat ke atas beliau Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 03:05 AM | Show all posts
Salam,

Innalillah wainna Illaihirajiun

Al Fatihah



Semoga roh allahyarham dirahmati Allah.

Takziah kpd kaum keluarga allahyarham.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 03:09 AM | Show all posts
InsyaAllah... kalo ada masa boleh ler we all sama2 gi menghayati karya2 beliau.

I memang belum lagi melihat karya allahyarham secara live.
Reply

Use magic Report

Chippo This user has been deleted
 Author| Post time 15-6-2007 04:04 PM | Show all posts
I akan berada di NSTP Gallery pada tanggal 2hb Julai 2007, sempena pembukaan exhibition beliau. Kami akan adakan press conference dan juga press release kerana ramai peminat beliau belum tahu lagi bahawa beliau telah pun pulang ke rahmatullah. Jika sempat mengunjungi, seru saja saya, Aleem Din, adik bongsu beliau. Insyallah boleh kita berkenalan mesra disana.

Terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan takhziah, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 03:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2007 03:08 AM | Show all posts

Mohamad Din pelukis dalam kenangan

Oleh Azman Ismail

SALAH sebuah gambar terbaru Allahyarham Mohamad Din Mohamad yang diambil di studionya di Singapura, baru-baru ini.

BULAN lalu, dunia seni tampak tanah air kehilangan seorang lagi pelukis berbakat besar, Mohamad Din Mohamad, 52, yang meninggal dunia kerana serangan jantung.

Beliau yang dilahirkan pada 24 Mei 1955 di Melaka terkenal dengan karya-karya yang bertemakan nilai-nilai falsafah yang terpancar daripada kalimat-kalimat suci dalam Al-Quran.

Karya-karya tersebut merupakan adaptasi daripada seni kaligrafi Islam namun diberi pendekatan dan makna yang berbeza iaitu menggabungkan seni itu dengan imej-imej alam di dada kanvas.

Allahyarham tidak menggunakan dakwat sebagimana tulisan khat atau kaligrafi konvennsional. Sebaliknya akrilik, cat minyak dan cat air menjadi pengganti.

Siri kaligrafi dalam pengkaryaan Allahyarham bermula pada 1986 dan terus menjadi salah satu identiti utama karya-karya Allahyarham hingga akhir hayatnya.

Mulai 1992, gaya kaligrafi tersebut turut dikembangkan menjadi arca-arca yang penuh simbolik yang menggunakan beberapa medium seperti besi dan kayu.

Namun, kesemuanya berdasarkan kalimat-kalimat tentang ketuhanan, kemanusiaan dan keharmonian sejagat yang dipetik daripada keindahan ayat-ayat suci.

Dengan kata lain, Allahyarham tidak mahu seni kaligrafi tersebut hanya kaku sebagai huruf-huruf arab yang digambarkan pada kertas atau kanvas putih.

Namun, Mohamad Din melihat keindahan dan nilai falsafah yang terkandung dalam setiap huruf yang tertera dalam baris-baris al-Quran itu mempunyai makna yang mengkagumkan.

揝aya cuba berdakwah dengan menggunakan seni lukis. Melalui seni kaligrafi ****mporari seperti mana yang saya ketengahkan, ia memperlihatkan bahawa Islam itu mudah untuk difahami.

揑slam itu sendiri penuh dengan keindahan seni yang sukar ditafsirkan dengan kata-kata. Nilai-nilai inilah yang cuba saya kongsikan dengan khalayak,拻 katanya dalam pertemuan dengan penulis sempena pameran bersama Two Men Show di Galeri Maybank pada 1997.

Atas pemahaman yang tersebutlah Allahyarham mencuba untuk terus mendalami seni kaligrafi tetapi diberi pendekatan yang lebih luas dan eksperimental.

Beliau mendapat diploma dalam bidang seni tampak di Singapura pada 1976 dan turut mengadakan beberapa pameran solo serta lebih berkumpulan sejak 1978 hingga 2005.

Pameran-pameran tersebut diadakan bukan hanya di negara ini tetapi juga di beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Bahrain, Dubai, Britain, Vietnam, Belanda, Filipina, Macau, China, Perancis, Indonesia, Singapura, Turki dan Hong Kong.

Selama hayatnya, Allahyarham meraih beberapa anugerah berprestij dalam seni lukis dan geran penyelidikan. Selain itu beliau juga merupakan pensyarah jemputan di beberapa kolej seni lukis seperti La Salle SIA College of Fine Arts dan Muzium Seni di Macau.

Selain itu, beliau juga aktif dalam persatuan-persatuan seni lukis di Singapura dan Malaysia. Antaranya, Persatuan Pelukis Malaysia dan Persatuan Seni Lukis Moden Singapura.

Sementara itu, pameran solo Allahyarham yang dijadualkan berlangsung mulai pada 2 Julai ini di Bangsar, Kuala Lumpur akan tetap diadakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 09:08 AM | Show all posts
Pameran lukisan Mohammad Din


KUALA LUMPUR: Demi menghormati karya hasil pelukis terkenal Allahyarham Mohammad Din Mohammad, satu pameran lukisan solo dan arca hasil karyanya kini dipamerkan di lobi Balai Berita, di sini, bermula semalam sehingga 27 Julai ini.

Dengan tema 慚ystical Manouerve

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.171908 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list