View: 2955|Reply: 8
|
Umar membunuh anak perempuan & menyebat anak minum arak hingga mati?
[Copy link]
|
|
anybody boleh confirm kisah Umar membunuh anak perempuan & menyebat anaknya yg minum arak hingga mati itu tak sahih? aku selalu dengar cerita ni dari ustaz2 kat mesjid.
btw aku dengar dr asri kata riwayat tu tak sahih kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=SY7FK6aoTzw |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tobby's post
Ya.. memang riwayat tu tak shahih. |
|
|
|
|
|
|
kulim_82 This user has been deleted
|
mm....tak sure kesahihannya...tapi kenapa bertanya?? setahu sy, sblum memeluk islam, umar mmg hiudp seperti masyarakat jahiliah lain. tak sure pasal menanm anak pempuan..
bab menyebat anaknya, sebenarnye anaknye yg datang mengaku kepada umar bahawa dia telah meminum arak dan berzina. Wallahualam.. ketika tuh, umar adalah khalifah..
semoga kita sentiasa di jalan yg benar |
|
|
|
|
|
|
|
mmm...perbuatannya sebelum Islam rasanya x perlu dikaji apetah lagi dicontohi
lebih baik kita kaji dan contohi perbuatannya selepas Islam |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada menyimpan kaset ceramah tentang riwayat Syaidina Umar...dalam kaset tu memang ada cerita yang khalifah menanam anak perempuannya hidup2 tetapi berlaku semasa khalifah dalam jahiliah... Memang banyak kisah teladan yang boleh diambil dari kisah Syaidina Umar ...antaranya turun ayat Quran kerana Syaidina Umar...iaitu khalifah tak suka para sahabat minum arak...maka turun ayat tentang arak...
Mana yang baik dari sumber yang baik jadikan lah ia teladan...
Wallahua'lam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matlampir at 6-6-2007 03:37 AM
saya ada menyimpan kaset ceramah tentang riwayat Syaidina Umar...dalam kaset tu memang ada cerita yang khalifah menanam anak perempuannya hidup2 tetapi berlaku semasa khalifah dalam jahiliah... M ...
Assalamualaikum matlampir,
Teman :setuju: dgn kenyataan miker di atas.
Saidina Umar Al Khatabb r.a. adalah di antara ribuan bintang2 di langit.
Seisapa mengikuti nya, dier akan mendapat petunjuk.
Ini menunjukkan bahawa PELUANG masih ada hatta kepada oghang yg pernah melaikukan maksiat/kemungkaran sekali pung.
Ketegasan beliau di dalam memerintah dan menegakkan UNDANG2 ISLAM tidak mengenal pertalian darah, pangkat ataupun harta.
Ini lah yg sepatut nya di CONTOHI olih Pemimpin kita di Malaysia ini.
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
|
semua ni b'laku sebelum beliau masuk islam..
semua orang menggeruni beliau..
tetapi,masa Umar memukul adiknya yg tgh baca al-quran,Allah memberinya hidayah kala itu..
dan setelah masuk islam,beliau menjadi org yg digeruni oleh kaum yahudi..
dan Islam menjadi kuat di bawah pimpinan Umar
wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm utusan m'sia dulu ada siarkan terjemahan fatwa drp syeikhul azhar ttg hal ni... klu jumpa nanti i'll paste it here |
|
|
|
|
|
|
|
here's the fatwa:
Fatwa Al-Azhar Online
FATWA 1: SAYIDINA UMAR PUKUL ANAK SAMPAI MATI?
SOALAN: Adakah benar Sayidina Umar memukul anaknya kerana meminum arak sehingga meninggal dunia?
Keliru,
Batu Pahat, Johor.
JAWAPAN:
Peristiwaini adalah antara kisah-kisah yang menjadi sebutan ahli-ahli hadisapabila membicarakan tentang keadilan Sayidina Umar bin Al-Khattabserta kecenderungan dan ketegasannya dalam melaksanakan hukum syariah.
SayidinaUmar sememangnya terkenal dengan sikap adil, tetapi kadang-kadangbeliau dikaitkan dengan perkara atau kisah yang tidak benar bagimenguatkan riwayat tentang keadilannya.
Berhubung kisah ini,sebuah majalah Islam telah mengeluarkan kenyataan mengenainya,berbunyi: "Abul Farj Abdul Rahman bin Al-Juzi menyebut di dalamkitabnya Sirah Umar Al-Khattab bahawa Abdul Rahman bin Umar dan AbuSaru'ah Uqbah bin Harith mabuk tanpa sengaja setelah meminum 'nabiz'(air rendam atau jeruk buah-buahan yang belum menjadi arak atau arakselain anggur) semasa berada di Mesir dengan sangkaan ianya tidakmemabukkan.
"Walaupun cukup dengan hanya menginsafi kesalahanitu dan bertaubat kepada Allah s.w.t bagi menebus dosa tersebut, tetapikerana rasa bersalah kepada Allah s.w.t, kedua-duanya telah melaporkanperbuatan itu kepada pemerintah Mesir, Amru bin Al-'Ash dan memintasupaya dilaksanakan hukum hudud ke atas mereka.
Kejadian itudiketahui oleh saudara Abdul Rahman, Abdullah bin Umar yang kemudiannyapergi ke Mesir dan menyaksikan pelaksanaan hukum tersebut di rumah Amru.
ApabilaUmar Al-Khattab mengetahui kejadian itu, beliau telah menghantarsepucuk surat kepada Amru dengan menggunakan bahasa yang keras.
Dalamsurat tersebut, Umar mempersoalkan kasih sayang yang ditunjukkan olehAmru kepada Abdul Rahman apabila tidak melaksanakan hukuman tersebut ditempat terbuka seperti yang perlu dilakukan kepada orang awam.
Umar kemudiannya meminta Amru supaya menghantar balik Abdul Rahman ke Madinah dalam keadaan berpakaian dan berkenderaan buruk.
Umarbertindak memukul anaknya apabila mengetahui apa yang berlaku di Mesir.Abdul Rahman yang kemudian itu dikurung akhirnya jatuh sakit danmembawa kepada kematiannya."
Dalam pada itu, Ad-Dailami dalamkitabnya (Al-Muntafa) sebagaimana yang diceritakan oleh tuan kitab(lah-Riyadhu Nadhrah) berkata bahawa hukum yang dilaksanakan oleh Umarpada ketika itu adalah berkaitan jenayah zina, bukannya kesalahanmeminum arak.
Hakikatnya, tidak ada kitab-kitab sahih yang menceritakan tentang kejadian berkenaan. Ibnu Jauzi di dalam karangannya berkata:
"SesungguhnyaUmar tidak pernah melaksanakan hukum hudud ke atas anaknya. Pukulanbeliau pada waktu itu bukannya hudud, tetapi kerana marah dan sebagaididikan kepada anaknya."
Ibnu Jauzi kemudiannya menambah:
"Hadisberhubung peristiwa itu telah diberikan keutamaan oleh penulis-penuliscerita, yang kemudiannya menambah dan mengulang-ulanginya. Inilah yangmenyebabkan sesekali kisah itu dikaitkan dengan hukuman minum arak danpada masa yang lain, ia dikaitkan dengan hukuman berzina.
Selain itu, mereka juga turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya dikaitkan dengan Sayidina Umar."
Kamiberpendapat, setiap kejadian yang menyentuh peribadi seseorang yangmulia harus dikaji dengan teliti biar apapun tujuan di sebalikpenyampaian cerita tersebut, terutamanya peristiwa yang menyentuhkeperibadian para Khulafa' lah-Rasyidin.
SUMBER: Bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar,
Syeikh 'Atiyya Saqr.
- Utusan Online, 8 Jun 2001 |
|
|
|
|
|
|
| |
|