CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Hukuman Tak Setimpal Dengan Kesalahan -

[Copy link]
Post time 14-3-2007 02:42 PM | Show all posts

Reply #280 dexa's post

ko kena tgk gak maximum fine tu berapa.kalo max 2k..1800 dah kira berat.

aku sajes ko research dulu max penjara dan max denda sesuatu kesalahan..then let's talk..in the mean time..let's walk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2007 04:43 PM | Show all posts

Reply #281 MillionIdeazKid's post

nampak max rm2000
and even then  saya rasa max rm2000 is
very lenient --

my views -- looked at the harm done to this -
and the fine cannot compensate the
reality of the effect of that poison -
and that's my argument about the penalty --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 06:33 PM | Show all posts
Lelaki cincang mati kekasih tetap dipenjara 10 tahun
14-03-2007

PUTRAJAYA:  Pihak pendakwaan hari ini gagal dalam permohonannya kepada Mahkamah Tinggi di sini untuk menggandakan tempoh hukuman penjara 10 tahun yang dikenakan terhadap seorang penoreh getah kerana membunuh seorang wanita dalam pertengkaran antara kekasih.

Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman yang tidak mencukupi dan mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas M. Mohan, 38, oleh Mahkamah Tinggi Muar pada 12 Jan 2005.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Mohamed Ghazali Yusoff dan hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin serta Datuk Low Hop Bing.

Mohamed Ghazali berkata mahkamah tidak akan mengganggu keputusan itu memandangkan hakim perbicaraan mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman.

Mohan pada mulanya dituduh membunuh M. Janaki, yang dipercayai kekasihnya, di Ladang Labis Baru, Bukit Siput, Segamat, Johor, kira-kira 8.30 malam pada 23 Ogos, iaitu kesalahan yang memperuntukkan hukuman mati.

Dia mengaku bersalah selepas tuduhan itu dipinda kepada membunuh tanpa niat, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Menurut fakta kes, Mohan dan Janaki bertengkar tentang kedudukan kewangan mereka pada malam 23 Julai 2001.

Janaki kemudian berlari keluar dari rumah dengan dikejar oleh Mohan yang memegang sebilah pisau pemotong daging.

Keesokan harinya, Mohan memberitahu mandornya bahawa dia telah membunuh Janaki menggunakan sebilah pisau pemotong daging dan menutup mayat wanita itu dengan ranting kayu.

Laporan bedah siasat menunjukkan terdapat 13 kecederaan akibat ditoreh dan ditikam pada muka, leher serta kepala Janaki

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

after all he did to her --
he got 10 years --
but i bet my last nickel
he gonna come out less than that --

sokmo macam ni la hukuman -
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 06:37 PM | Show all posts
Depressing tol ...tol seme boleh di'up'kan (kerap kali lak tu)... tapi dendaan/hukuman payah nar...depressing tol...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2007 01:06 AM | Show all posts
Originally posted by ramura at 14-3-2007 06:37 PM
Depressing tol ...tol seme boleh di'up'kan (kerap kali lak tu)... tapi dendaan/hukuman payah nar...depressing tol...





bukanla saya pessimistic tentang hukuman2 ni -
tapi realitinya  memang banyak yang tak setimpal pun --


[ Last edited by  dexa at 18-4-2007 12:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 03:28 AM | Show all posts
pakaila lagi sistem ciptaan mat saleh nih..
undang undang yang manusia tak takut dan tidak adil sama sekali..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-4-2007 05:54 AM | Show all posts
Dipenjara tiga bulan kerana curi coli

PULAU PINANG 17 April
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 08:06 AM | Show all posts

Reply #287 dexa's post

pulau ppl...not a surprise to me ;)



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2007 05:56 PM | Show all posts
Baru keluar penjara, lelaki ditangkap mencuri
19-04-2007

JITRA:  Seorang lelaki yang baru lapan hari keluar dari penjara diberkas oleh polis semasa sedang mencuri kabel telekom di Kampung Jeragan, Changlun dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Karim Abu berkata lelaki berumur 35 tahun itu yang juga penduduk kampung tersebut diberkas oleh dua anggota peronda kira-kira 10.05 minit pagi semasa sedang menggulung kabel yang telah dipotong.

"Anggota peronda lans korporal Rosli Abdul Aziz dan konstabel Hezri Kamaruddin ternampak sesuatu sedang bergerak memasuki hutan di tepi jalan semasa meronda dengan kereta peronda polis.

"Mereka lalu berhenti untuk memeriksa dan mendapati benda yang bergerak tersebut adalah kabel telekom. Mereka terus mengekori hingga ke dalam hutan dan melihat seorang lelaki sedang menarik dan menggulung kabel tersebut," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Karim berkata kedua-dua anggota itu kemudiannya turut merampas alat pemotong kabel dan sebilah pisau dari lelaki berkenaan serta kabel sepanjang kira-kira 30 meter yang telah dipotongnya.

Beliau berkata lelaki itu sebelum ini pernah tiga kali dipenjarakan atas kesalahan bersabit kes dadah dan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan penagih dadah dan bagi kesalahan kali ini, dia boleh dipenjara selama tiga bulan kerana memiliki barang secara tidak sah.

Mohd Karim berkata purata kes kecurian kabel telekom yng dilaporkan di Kubang Pasu adalah satu kes setiap hari

-----------------------------------------

clearly  - sistem perundangan yang tak menasabah -
kalau dah banyak kes - dia ni memang  tak boleh
berada di dalam masyarakat  kerana dia seorang perosak -
sama ada counselling atau put him very long time in jail --

orang yang mencuri tak akan STOP tiba tiba sahaja --
dan depa semua ni - tak boleh duduk among society -
dangerous people -
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 06:54 PM | Show all posts
yang paling best sekali tu winona ryder....dia curi baju berjenama....kena tangkap,dakwa n hukum ( tak ingat kena hukuman apa) tup2 dapat offer jadi model baju yang dia curi tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2007 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by myseba2u at 19-4-2007 06:54 PM
yang paling best sekali tu winona ryder....dia curi baju berjenama....kena tangkap,dakwa n hukum ( tak ingat kena hukuman apa) tup2 dapat offer jadi model baju yang dia curi tu.



ye la!!  ada dulu wynona ryder shoplifted kat boutique
yang ni bukan mencuri sebab tak ada duit
yang suka mencuri ni kita panggil
kleptomania -

klepto - from greek word - meaning  mencuri -

kalau kat oversea  sana - ramai makcik2 yang dah tua -
umur over 60 --  suka benar mencuri  barang
kat department store or pasaraya --
dan depa ni  semua yang banyak duit -
tapi depa mencuri untuk thrill or sebab bored-
dan dapat  attention -

so bila depa curi --  kena tangkap
biasanya depa bagi aje balik barang tu --
or  depa bayar aje -
hukuman apa nak beri pada makcik pakcik umur 60 tahun ni -
mungkin kalau dia bored -ha - bawak dia ke rumah orphanage -
depa mungkin do dishes there  or spend time dengan anak2
yatim tu  --
Reply

Use magic Report

smallshoes This user has been deleted
Post time 19-4-2007 10:33 PM | Show all posts
ini sudah hal biasa ......
sedih....
orang yang sepatut diringankan hukuman tak dapat, yang tak sepatut dapatd apt pila.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 09:18 AM | Show all posts
The Star Online > Courts
Friday April 20, 2007

Suitor vents his fury on girlfriend抯 relative

KUALA LUMPUR: Furious that his girlfriend's family did not approve of their relationship, a self-employed man vented out his frustration by ambushing her brother-in-law with two parang. The brother-in-law was probably thankful to have worn his crash helmet that day. The helmet took the two blows.  

The furious attacker then grabbed an iron bar and threatened the brother-in-law, saying that he had already 揷ommitted every type of crime except murder
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 09:22 AM | Show all posts

Reply #293 kabukiman's post

brudder, cant get d real picture lah.
y dis donkey attack dat fella?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 09:37 AM | Show all posts

Reply #294 geenie's post

how much more real you want? facts read out what in 1st para.

so any occasion ppl say no to you, you just parang them? :hmm:

which means next time you at biji kopi and when you ask them to squeeze in 4 shots of espresso into your ice latte and the girl there say they can only put in 2, you just whack her head 2x with a parang? :stp:

point to ponder lar dek geen weh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 09:56 AM | Show all posts

Reply #295 kabukiman's post

bkn lah.. yg tak approve, family girlfriend die, tp kenapa nak wack his brudder in law?
:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2007 07:51 PM | Show all posts
Ketawa dengar hukuman
Oleh Sharifah Salwa Sayed Hassan

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas dengan selamba ketawa di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, selepas dijatuhkan hukuman denda RM2,500 atau empat bulan penjara kerana kesalahan berkhalwat dengan seorang suri rumah.


Tertuduh, Musa Yusof, 75, dari Jalan Banggol di sini, ditahan bersama seorang suri rumah berusia 30 tahun yang hanya berkain batik dan berbaring di atas katil.

Hakim Syarie, Wan Abd Malik Wan Sidek, turut menjatuhkan hukuman sama terhadap pasangannya Norazian Mamat, 30 selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Ketika membuat penghakiman Wan Abd Malik turut mengingatkan tertuduh, bahawa dia perlu bertaubat kerana sudah tua, malah pintu kubur terbuka untuknya.

Tertuduh didakwa berada bersama pasangannya yang bukan isteri atau mahram, Norazian Mamat, dari Kampung Che Hassan, Gelugur Kedai, di dalam sebuah rumah di Jalan Banggol, di sini, pada 17 Januari 2007, kira-kira jam 11.45 pagi.

Ketika itu pintu dikunci dari dalam yang boleh menimbulkan syak melakukan perbuatan tidak bermoral dan kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah sebelum Pendakwa Syarie, Mokhtar Salleh, memberitahu bahawa sepasukan penguat kuasa syariah menyerbu rumah itu berdasarkan maklumat awam, pada tarikh berkenaan.

Mokhtar memberitahu, penguat kuasa mendapati pintu dikunci dari dalam dan dibuka selepas 10 minit diketuk serta memberi salam sebelum melihat seorang lelaki berkain pelekat dan tidak berbaju berdiri bersama seorang perempuan berkain batik tanpa baju berbaring di atas katil dan tidak ada orang lain di rumah terbabit.

Musa dalam rayuannya memohon hukuman diringankan dan memberitahu pasangannya berada di rumah untuk memasak nasi sebelum hakim mempertikaikan perlunya pasangannya di atas katil jika hendak memasak.

-----------------------------

rm2500 or 4 month jailed --
for khalwat?? --  umur pun dah lanjut macam tu
masih buat maksiat lagi  -- dengan orang yang
mungkin sama baya dengan cucu dia --

kalau tua2 cam ni  tapi masih buat maksiat --
macamana  kita nak bagi verdict ye???

rm2500 tu pada saya  still lenient  apatah lagi
defendant  duk ketawakan hukuman tu
betul2 contempt of court lak tu --

what a shame ~!! -
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 09:02 PM | Show all posts
ADA JUGA MANGKUKU YG NAK MEMPERTIKAIKAN uNDANG - uNDANG...lENIENT SGT  KONONNYA...

- KEYBOARD ROSAK.. BUTTON CAPS LOCK DAN SHIFT TAK JALAN.. SORRY....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2007 04:44 PM | Show all posts
Snatch thief's jail term reduced by High Court
By K.KASTURI DEWI

PENANG: A Judicial Commissioner warned a former factory worker that he would have to serve a more severe sentence if he returned to the courts for any other offence.

Judicial Commissioner Abdul Rahim Uda told Mohd Hafizi Soid, 23, that the court reduced his three-year jail sentence for a snatch theft case to two years after taking into consideration that he was a first offender and that the snatch theft victim had not been injured.

"But if in the future, you commit any other offences and come back to the courts, the punishment meted out against you will be more severe,'' Abdul Rahim said.

To this, Mohd Hafizi, who was already teary-eyed, raised both his handcuffed hands and swore that he would not commit any other offence.

Mohd Hafizi, unrepresented and from Selangor, appealed to the High Court against his three-year jail sentence by the magistrate's court on Feb 2, this year.

He had pleaded guilty in the lower court to snatching Salbiah Ismail抯 handbag and handphone, worth RM200 along the North-South Expressway between Butterworth and Kepala Batas at 10.30am on Jan 26.

In his grounds of appeal, Mohd Hafizi said the three-year jail sentence was excessive considering that he had pleaded guilty and was a first offender.

In mitigation on Wednesday, he said he was encouraged by his friend to commit the crime.

Mohd Hafizi added that he was arrested a few minutes after he snatched the victim's handbag by a Royal Malaysian Air Force officer and was beaten up by 10 passers-by.

"I spent the last three months in prison and learned a lot about the Islamic religious teachings.

"I am remorseful and have repented and am asking the court to give me a chance to turn over a new leaf,'' he said.

Deputy Public Prosecutor Azizah Ahmad earlier asked the court to retain the sentence for the sake of public interest and also because of the nature of the offence.


---------------------------------------------------------------

judge kata sebab snatch victim tak ada cedera apa2
sebab tu juga reduce sentence -
takkan nak tunggu snatch victim maut  or paralyze baru
boleh hukum berat lagi --  sebab walau pun ni dia punya
first offender -- tapi offender yang dia get caught -
i bet my last penny - dia dah buat kerja ni sokmo --

btw - kena beat up 10 passersby --
teringat gambar yushar letak dulu tu --
(tajuk thread inikah balasannya) -- good response  though -
tapi yang tu stole hp ka --  snatching?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2007 07:43 PM | Show all posts
Si kembar curi tiga paket kopi dipenjara 15 bulan
07-05-2007

KUALA LUMPUR:  Pasangan kembar, Hassan dan Hussein Musawari, hari ini dihukum penjara masing-masing lapan bulan dan tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah mencuri tiga paket serbuk kopi di sebuah pasaraya, awal tahun ini.

Hassan dan Hussein, 49, dari Kampung Pandan Dalam di sini, mengaku mencuri serbuk kopi jenama Nescafe itu bernilai RM70.50 di Pasaraya HRC, Jalan Shelby, Cheras di sini, pada pukul 9.05 malam pada 19 Jan lepas.

Mahkamah diberitahu pasangan kembar itu, kedua-duanya bekerja sebagai buruh kasar, mempunyai 16 rekod sabitan terdahulu bagi kesalahan mencuri dan 12 kesalahan dadah, antara tahun 1976 dan 2002.

Mereka ditahan pemilik pasaraya itu setelah melihat perbuatan Hassan mencuri dan menyorokkan dua paket minuman tersebut dalam poket seluarnya sementara satu paket lagi disorokkan dalam jaket yang dipakai oleh Hussein, yang dirakamkan melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di pasaraya berkenaan.

Pendakwaan oleh Cif Inspektor R. Rukumar dibuat mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Azniza Mohd Ali memerintahkan Hassan dipenjara lapan bulan dan Hussein tujuh bulan, yang berkuatkuasa mulai tarikh mereka ditangkap.

-----------------------------------------

whoaa -- kena 7month and 8 month each lepas 16 record mencuri dan
kesalahan dadah  dari umur muda (1976) sampai ke tua --
(kesalahan dari umur 18 tahun lagi!! )

patutnya kena bagi yang maximum jail tu!! - (10 years)

i think 15 month is not a justice -- orang macam ni tak boleh
duduk dengan society - cuz  dia tak boleh stop mencuri
dan merosakkan harta masyarakat  - and should be locked up
very long time ---  and shouldn't be released --
kena stay kat tempat counselling or yang ada kursus
self improvement or something -  sebab orang tua dua orang ni
memang akan mencuri lagi bila dia keluar nanti  - walaupun
usia dia tu dah lanjut --
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.203710 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list