CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Hukuman Tak Setimpal Dengan Kesalahan -

[Copy link]
 Author| Post time 9-5-2007 07:50 PM | Show all posts
Trader jailed five years for indecent act with 13-year-old
09-05-2007

SHAH ALAM: A trader was sentenced to five years' jail in a Sessions Court here for forcing a 13-year-old boy to perform a sexual act on him six years ago.

Noraffandi Norashikin Kamal Abdullah, 47, had been charged with inciting a child to commit an act of gross indecency in February 2001.

He was found guilty of committing the offence at 5.30pm on Oct 6, 2000, in Section 27, here.

Noraffandi looked relaxed when judge Azimah Omar read her judgment yesterday.

Justice Azimah said Noraffandi, besides impersonating a policeman, had committed such disgusting acts on the teenager that would affect the boy for life.
揟here is no evidence that at the time of committing the crime, he was of unsound mind,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2007 05:03 PM | Show all posts
Polis bantuan rogol remaja di hotel murah
17-05-2007

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis bantuan hari ini dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana merogol seorang gadis bawah umur pada pertengahan tahun lalu.

Mohd Kamar Mohamed Saidin, 27, didapati bersalah melakukan perbuatan itu ke atas seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah hotel murah di Jalan Petaling, Kuala Lumpur di antara 15 Julai hingga 16 Julai 2006.

Menurut fakta kes, tertuduh yang memperolehi nombor telefon mangsa melalui seorang kawannya telah mengatur pertemuan dengan gadis berkenaan dalam tempoh seminggu sebelum kejadian.

Tertuduh kemudiannya menemui mangsa pada kira-kira jam 9 pagi hari kejadian di Pondok Polis Klang, lalu kedua-duanya menaiki bas ke Kuala Lumpur.

Setibanya di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 11 pagi, anggota polis bantuan yang berkhidmat di Genting Highlands itu kemudiannya membawa mangsa ke bilik bernombor 4006 di hotel berkenaan.

Ketika berada di dalam bilik tersebut, tertuduh didakwa telah memaksa mangsa membuka tudung kepala dan seluar, tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

Tertuduh menolak mangsa hingga terbaring kemudian memegang tangan mangsa dengan kuat sambil membuka seluar gadis berkenaan.

Mohd Kamar kemudian mengajak mangsa untuk melakukan hubungan seks tetapi gadis itu, yang berusia 15 tahun dua bulan ketika itu, enggan lalu mangsa dirogol.

Lelaki itu juga dituduh melakukan perbuatan yang sama ke atas mangsa pada kira-kira jam 5 petang dan kemudiannya jam 7 pagi keesokan harinya.

Mangsa kemudian dibiarkan menaiki bas seorang diri untuk pulang ke rumah lalu memberitahu ibunya mengenai perkara itu.

Mohd Kamar yang ditangkap tiga hari selepas kejadian mengaku salah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi.

Kata tertuduh, ketika membuat rayuan, dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Tambahnya, dia juga perlu menjaga ibu bapanya yang telah uzur.

Tetralina bagaimanapun memohon supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman maksimum kerana kesalahan itu kes rogol terhadap gadis bawah umur.

"Hukuman mestilah mencerminkan kesalahan yang dilakukan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan bakal pesalah yang lain," katanya.

Kata Tetralina lagi, isu kerelaan tidak boleh dijadikan elemen pembuktian kesalahan kerana tertuduh telah mengambil kesempatan atas kementahan mangsa.

Tambahnya, perbuatan tertuduh telah menjejaskan masa depan mangsa yang tidak mahu lagi ke sekolah kerana mengalami tekanan akibat kejadian tersebut.

Hakim Datin Anita Harun kemudian mengarahkan hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

-------------------------------------------------------------

polis apa macam ni!! --
dan merogol underage - cuma dapat 10 years jail
and as well - i suspect nanti adalah parole tu -

for me 10 years is very not enough for this criminal
especially dia sepatutnya uphold the law --

he should be locked a very long time and not to
be let loose among society ----  
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 22-2-2007 23:53
Tapi ada orang yang percaya hukuman tu sepatutnya potong tangan seperti yang mereka percaya tuhan mereka suruh... ;)


hanya orang yg cetek ilmu yg berkata begini............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2007 11:19 PM | Show all posts
Nazri tidak setuju hukuman sebat untuk pedagang orang
24-05-2007

KUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan hukuman sebatan ke atas mereka yang didapati bersalah memperdagangkan orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana hukuman itu tidak selari dengan kehendak undang-undang antarabangsa yang ingin menghapuskan "hukuman dera".

"Dalam hal ini kerajaan hanya akan memanjangkan tempoh hukuman penjara berbanding untuk melaksanakan hukuman sebatan kerana akur dengan kehendak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

"Malaysia hendak jadi warga PBB yang baik. Jadi kita akur dengan pemikiran PBB yang hendak menghapuskan hukuman dera," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang 2007 pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang 2007 merupakan undang-undang yang spesifik dan menyeluruh merangkumi aspek pendakwaan, pencegahan, jagaan dan perlindungan bagi menangani jenayah pemerdagangan orang.

Ketika menjawab soalan Senator Mumtaz Md Nawi yang mencelah penggulungan itu untuk bertanya adakah pindaan terhadap rang undang-undang itu turut diselaraskan dengan undang-undang PBB, Nazri berkata dalam hal-hal lain (kecuali hukuman dera) PBB menghormati kewibawaan kerajaan masing-masing.

"Oleh kerana undang-undang jenayah ini melibatkan rentas sempadan, jadi ia memerlukan kerjasama dari semua negara. Kalau ada satu negara yang tidak ada Akta Anti Pemerdagangan Orang ini, sukar untuk kita nak ambil tindakan," katanya.

Mengenai cadangan untuk mengenakan hukuman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau buang daerah sebagai hukuman kepada pesalah berkenaan, Nazri berkata hukuman itu tidak perlu.

"Apa yang ada kaitan dengan keselamatan negara, memang kita boleh ambil tindakan ISA. Tetapi untuk kesalahan ini, ia di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan mesti didakwa di bawah akta itu juga," katanya.

Beliau turut menjawab soalan Senator Datuk Jins Samsudin yang bertanya sama ada kes Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin yang hilang di Kompleks Membeli-belah Sogo pada 31 Mac lepas boleh dikatakan sebagai memperdagangkan orang.

"Yin itu tidaklah, sebab pasangan Myanmar itu menghantar dia balik dan mereka pun lepas daripada tuduhan menculik. Tetapi jika mereka jadikan dia peminta sedekah, itu dikira memperdagangkan orang," katanya.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan.

Persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan enam lagi rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang Keadilan Jenayah (Pindaan) 2007, Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2007, Rang Undang-undang Perbadanan Kewangan Perdagangan Islam Antarabangsa 2007, Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (Pindaan) 2007 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (Pindaan) 2007.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pada saya ......kalau hukuman rotan / sebab tu boleh deter kan
crime ni --  patut la dijalankan --
biar takut sikit orang nak culik orang then jual / dagangkan  kalau
benar ada hukuman yang keras --

saya rasa kalau setakat nak fine 5000 ke or whatever monetary yang
ditetapkan -- still boleh bayar - dan terlepas -- tetapi sebat dan jail
PLUS fine -- stiff sikit punishment tu.........and should be discussed over -

hopefully adanya hukuman yang setimpal dan keras - boleh reduce kan
crimes  ni ---
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 03:54 PM | Show all posts
Lelaki culik kanak-kanak dipenjara 15 tahun
Oleh ROSMAWATI MION

ALOR STAR 23 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 05:48 PM | Show all posts

Reply #302 dexa's post

nak ikut yahudi bom satu kampong lol hukuman secara kolektif, sorang buat hal, semua kena mahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2007 07:30 PM | Show all posts
Dipenjara sebulan kerana tetak rakan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara satu bulan selepas mengaku salah menetak rakan sekerjanya yang didakwa mabuk dengan parang ketika pertengkaran.

Tertuduh, Handyka Oto, 19, mengaku salah melakukan perbuatan itu selepas didakwa dengan sengaja mencedera yang boleh menyebabkan kematian terhadap mangsa, Sainudin Daing Ibrahim, 37, di Mahkamah Majistret, di sini ,semalam.


Dia dituduh melakukan perbuatan itu di No 15, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi pada 8 Februari lalu.

Handyka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Cif inspektor R Rukumar manakala tertuduh diwakili Biro Bantuan Guaman.

Terdahulu, mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bersama mangsa dan seorang lagi rakan berada di pos pengawal di Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku apabila berlaku pertengkaran.

Akibat tidak berpuas hati, tertuduh kemudiannya menggunakan parang menetak kepala mangsa sebelum membuang senjata berkenaan di dalam hutan di Bukit Tunku.

Tertuduh ditangkap ketika berada di balai polis untuk membuat laporan dan hasil siasatan mengesahkan dia ada menggunakan parang semasa pertengkaran itu.

Mangsa yang cedera di kepala dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Ketika rayuan, tertuduh mengaku tidak berniat untuk mencederakan mangsa dan menyesal atas perbuatan yang dilakukannya.


--------------------------------------------------------


guna parang --- kena 1 bulan penjara SAHAJA -
macamana lah orang tu tak nak tetak lagi --
pada saya 1 bulan tu terlalu lenient  and not gonna
teach him anything --  bagi stiff lagi  sebab parang parang
ni bukan boleh bawak main -
boleh putus kepala  tangan kaki  telinga  etc etc
dan boleh membunuh!! ---
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 08:44 PM | Show all posts
Mahkamah Tinggi: Penjual kereta bunuh anak dijel

Oleh Meor Riduwan Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

SHAH ALAM: 揑ni kes tragis. Saya harap tertuduh akan bertaubat dalam penjara selepas apa yang dilakukannya seperti kata peguam, (kes) akan meninggalkan 憄arut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2007 11:24 PM | Show all posts
Kena denda RM5,000 membakar di tapak masjid
06-06-2007
  
KUALA LUMPUR:  Sebuah syarikat pembinaan hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan pembakaran terbuka di tapak pembinaaan sebuah masjid.

FNA Builders & Service Sendirian Berhad, yang diwakili pengarahnya Nazli Nawi, mengaku bersalah terhadap tuduhan membenarkan pembakaran bahan buangan pembinaan secara terbuka di tapak projek cadangan pembinaan kompleks Masjid Al-Amaniah dan kuarters di Kepong di sini.

Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan itu pada 9.30 malam 15 Ogos tahun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 29A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang menetapkan denda maksimum RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam rayuannya, Nazri memohon maaf di hadapan Hakim Zamri Ibrahim terhadap kesalahan itu, yang dilakukan pekerja syarikat tanpa kebenaran, dan berjanji memastikan bahan buangan pembinaan akan diangkut keluar ke tempat pelupusan yang dibenarkan.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Alam Sekitar, Noor Hasimah Abdul Manaf, memohon hukuman setimpal dikenakan memandangkan perbuatan pembakaran terbuka adalah kesalahan serius

---------------------------------------------------------------------------------------------

kalau serious  kenapa RM5,000??
macam la company tu tak boleh bayar dan menyusahkan dia -

this is very very serious offence and i feel
5000 bucks for pembakaran terbuka is very lenient sentence!!
what a small amount to pay for this huge offence -

patutnya at the very least rm100K  biar bagi pengajaran pada company ni
dan deter company lain buat kerja yang sama !! --
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 11:45 PM | Show all posts
sebab tu perempuan macam penulis nie tak layak jadi hakim mahkamah jenayah, atau pentadbir..
emosional tak kena tempat...hidup Islam dulu kini dan selamanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2007 05:53 PM | Show all posts

Gadis bebas selepas mengaku curi barang RM1,750

07-06-2007  
Oleh SALHAN K. AHMAD  

KUALA LUMPUR: Seorang gadis hari ini dilepaskan dengan amaran oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan mencuri lebih 20 jenis barangan bernilai RM1,750 dari sebuah pasaraya.

Gadis yang berusia 17 tahun semasa didakwa melakukan perbuatan itu empat tahun lalu hari ini mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Tertuduh itu didakwa bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri 24 jenis barangan berkenaan daripada pasaraya Jaya Jusco, Mid Valley pada 27 Nov 2004.

Menurut fakta kes, seorang pengawal keselamatan pasaraya berkenaan telah mendapati gadis berkenaan keluar daripada pasaraya berkenaan sambil menolak troli yang dimuatkan dengan barangan tersebut dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu.

Barangan di dalam troli itu antaranya hiasan kristal 'Impero Royal Crystal', termometer elektronik 'Braun Thermoscan' bernilai RM209 dan set pengubah kuasa arus elektrik 'Power Adaptor' bernilai RM5.90.

Peguam Chong Joo Tian berkata, anak guamnya yang kini bekerja sebagai kerani am telah insaf atas perbuatannya itu dan memohon mahkamah supaya mengurangkan hukuman memandangkan tertuduh telah mengaku salah dan pengakuannya ini telah menjimatkan kos mahkamah.

"Anak guam saya juga berminat untuk melanjutkan pelajaran bagi memajukan dirinya," katanya.

Majistret Aizatul Akmal Maharani kemudiannya melepaskan tertuduh dengan amaran di bawah peruntukan Seksyen 91(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor R. Rukumar.


let's compare this punishment to the the first post ---
how bizarre!! -



Penjara empat bulan kes korek syiling RM9.40
22-02-2007
Oleh CECIL FUNG  

KUALA LUMPUR:  Lima batang lidi satay dan sebatang pemegang ais krim -- beginilah teknologi yang digunakan oleh seorang penganggur untuk mengait keluar wang syiling berjumlah RM9.40 dari sebuah telefon awam di KLCC.

Susah payahnya itu menarik perhatian seorang pengawal keselamatan yang melihat kelakuan mencurigakan pemuda berusia 27 tahun itu.

Sewaktu dia berlenggang dengan hasil keringatnya itu, pengawal pun menangkapnya dan menyerahkan kepada polis.

Shahfarizam Ahmad Shan, dari Johor Baru, hari ini mengaku bersalah mencuri RM9.40 dari pondok telefon TIME Telekom Malaysia Sdn Bhd di tingkat tiga KLCC pada pukul 4.30 petang 12 Nov lepas.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bermula tarikh tertuduh ditangkap




so - obviously....  -
if you stole  RM1,750 worth of stuff -  u are gonna let off hook
BUT
if you stole RM9.40 cash -  u gonna be in jail for 4 month -

if you are 17 u stole thousand of stuff -  u gonna let off hook
if you are 27 and u stole 9 bucks of cash - u gonna do time - 4 month! -

i am sorry but this hukuman just absurd --  malaysian law memang just totally
freakin' absurd i feel ! -- what a crap punishment! -
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 24-5-2007 11:19 PM
Nazri tidak setuju hukuman sebat untuk pedagang orang
24-05-2007

KUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan hukuman sebatan ke atas mereka yang didapati bersalah memperdagangka ...

wajib sebat terutama kes melibatkan kematian, pelacuran & penjualan organ manusia....! :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2007 06:26 PM | Show all posts

Reply #312 Acong's post



saya setuju - patut disebat orang yang pedagang
dan menjual orang lain! -
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 06:58 PM | Show all posts

Bekas pelajar kolej dipenjara dua tahun

PETALING JAYA: Seorang bekas pelajar kolej kelihatan tenang apabila Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM8,000 selepas didapati bersalah memandu melulu dan berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang remaja di Jalan Semangat, di sini, empat tahun lalu.

Tertuduh, Charlene Joseph Jindi, 25, yang hadir berbaju-T biru dan berseluar jeans hitam, hanya menundukkan kepala ketika Majistret Azroul Hisham Azulan menjatuhkan hukuman berkenaan.

Mahkamah dalam penghakimannya berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, sebaliknya pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes mereka.

Charlene dari Kampung Tunku, di sini, dituduh memandu kereta Nissan Sentra bernombor pendaftaran BEJ 9827 secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Suhaila Tajudin, 19, yang ketika itu sedang menjamu selera bersama beberapa rakannya.

Bekas pelajar kolej swasta itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di hadapan sebuah restoran di Jalan 14/14, Seksyen 14, Jalan Semangat, di sini, jam 2.15 pagi, 25 Mei 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan menghadapi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM20,000.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor P Ravi manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud.

Ketika rayuan, pihak pembelaan memohon tertuduh dibebaskan dengan bon berkelakuan baik berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah selain memberi peluang anak guamnya membina kehidupan baru.

揟ertuduh sudah insaf dan sepanjang empat tahun perbicaraan, dia tidak pernah sekalipun tidak hadir ke mahkamah.

Nik Mohamed Ikhwan berkata, tertuduh harus diberikan peluang dan kemalangan itu tidak disengajakan.

Bagaimanapun, pihak pendakwa memohon dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat.

揔emalangan itu menyebabkan seorang remaja perempuan yang sedang menjamu selera bersama beberapa rakannya di meja yang diletakkan atas jalan di hadapan restoran ketika itu maut.

揔emalangan itu turut menyebabkan seorang daripada rakan mangsa lumpuh sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda seumur hidup manakala seorang lagi hilang ingatan,
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 07:40 AM | Show all posts
A quality of a judge in criminal case...You must not be biased toward the accused
and prosecutor...You must not put yourself to be the position of the complainant..
You must be fair, unemotional, not angry or not too happy or sympatathetic either..
You must sentence according to the law of the land as the Constitution of Malaysia
and adhere accordingly to the minimum standard of human rights signed by the state
although you may not agree with the sentence...You must weigh all the mitigiting sentence of the accused...Younger or
juvenile offender can be dealth by a special law that alhough she stole of RM2000 of goods
the law allows him to be admonished instead of sent to prison...That is why male makes a
good magistrate...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2007 07:48 PM | Show all posts
Mahkamah Majistret: Curi 10 skru, jel 13 bulan
Oleh Mohd Sabran Md Sani

Rakan turut dipenjara empat bulan selepas mengaku kebas barangan milik Syabas

KUALA LUMPUR: Seorang pencuci kereta di hukum penjara 13 bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku salah mencuri 10 batang skru besi milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bernilai RM1,500.


Majistret Azniza Mohd Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap A Vijaya Kumar, 29, dan jika gagal membayar denda terbabit akan dijatuhi hukuman penjara selama sebulan serta menetapkan hukuman berjalan dari tarikh tangkapan pada 30 Mac lalu.

Mahkamah turut menjatuh hukuman penjara empat bulan terhadap M Neelakannan, 33, yang bekerja sebagai tukang paip selepas mengaku salah melakukan perbuatan sama pada tarikh sama.

Mengikut pertuduhan Vijaya dan Neelakannan didakwa bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas mencuri 10 batang skru besi milik Syabas bernilai RM1,500 di tangki air Jalan Langgak Bukit Setapak, di sini, pada jam 5 petang.

Bagi kesalahan itu kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor R Rukumar.

Terdahulu pihak pendakwaan mencadangkan supaya hukuman deteran dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh bagi memberi kesedaran dan pengajaran untuk tidak melakukan perbuatan sama pada masa akan datang.

揟ertuduh kedua dalam kes ini masih mengulangi perbuatan sama iaitu mencuri seperti mana dilakukan pada tahun 2001 dan 2002, manakala pada tahun 1998, dia mempunyai rekod mencederakan orang.

揚erbuatan mencuri 10 batang skru besi milik Syabas menyebabkan syarikat terbabit mengalami kerugian besar akibat daria tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini. Disebabkan tertuduh tidak insaf perlu diberikan hukuman setimpal,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2007 07:58 PM | Show all posts
yg bomb org pun bleh bebas... yg curik duit rakyat pun boleh bebas... huhu.. tu x masuk yg berzina kat hotel 5/7 stars...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2007 08:00 PM | Show all posts
Kain terselak ke paras dada
Oleh Adnan Mohamad

PASIR MAS: Seorang lelaki yang pernah didenda RM1,900 kerana kesalahan khalwat sekali lagi dicekup dalam keadaan telanjang di sebuah rumah usang di Kampung Semubar, di sini, kira-kira jam 12.15 tengah malam kelmarin.

Ketika serbuan, lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan berada di atas badan pasangannya berusia 17 tahun manakala seorang lagi rakannya bertindak sebagai pemerhati di dalam rumah yang sudah ditinggalkan itu.

Ketua Skuad Amru Chetok, Zulkifli Awang, berkata pihaknya mengepung rumah itu selepas menerima maklumat penduduk kampung mengenai kegiatan tiga sekawan itu yang dilihat mencurigakan ketika memasuki rumah berkenaan.

Menurutnya, ketika intipan dilakukan, pintu bahagian depan rumah berkenaan dikatakan sedikit terbuka manakala keadaan di dalamnya gelap kerana tiada bekalan elektrik.

Katanya, ketika lima anggota Skuad Amru dan dua penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Pasir Mas menyuluh lampu di ruang tamu rumah berkenaan mendapati satu pasangan sedang berpelukan di lantai.

揚asangan terbabit yang terperanjat kemudian cuba melarikan diri melalui pintu belakang tetapi gagal apabila rumah itu sudah dikepung anggota penguat kuasa.

揔etika cuba lari, pemuda yang berbogel itu sempat mencapai satu tuala buruk bagi menutup kemaluannya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2007 11:54 PM | Show all posts
Akibat mencuri 90 sen sahaja!
14-06-2007

SHAH ALAM:  Gara-gara mencuri 90 sen dari sebuah kenderaan, seorang bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara dihantar menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini mengikut Seksyen 78 Akta Kanak-kanak 2001 yang menyebabkan tertuduh, berumur 20 tahun, ditempatkan di situ sehingga usianya 21 tahun.

Tertuduh dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah mencuri 90 sen dari kereta Iswara Aeroback milik K. Vijayanath, 24.

Dia melakukan kesalahan itu di No. 34, Jalan Mahir Tiga 25/44C, Seksyen 25, di sini pukul 9 malam, 10 April lepas.

Dalam prosiding mahkamah hari ini antara barang kes yang dikemukakan di mahkamah ialah dua keping duit syiling 20 sen dan sekeping duit syiling 50 sen.

Mengikut fakta kes pemilik kereta melihat tertuduh memasuki kenderaannya yang diletakkan di hadapan pagar rumah. Tertuduh yang menyedari kehadiran pemilik kereta terus melarikan diri, bagaimanapun dia dapat ditangkap dan mengaku mengambil duit syiling 90 sen.

Tertuduh dalam rayuan melalui peguamnya, M. K. Thas memohon hukuman ringan memandangkan tiada kecederaan atau kerugian yang dialami pemilik kenderaan.

Tertuduh yang bersekolah sehingga Tingkatan Empat berkata ia merupakan kesalahan pertamanya dan berjanji memulakan hidup baru.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali


--------------------------------------------------------------------------------------------


few weeks ago a girl caught stealing stuff worth rm1750
and was released - with warning
and this boy - stole 90 proverbial cent and will be sent to
sekolah pemulihan henry gurney! --   such an unfair punishment
as if that girl tak perlu dipulih bila dah sabit kesalahan mencuri
RM1750 worth of stuff kat pasaraya!! ----  
jeezzzzzzzz  terrible justice system -



KUALA LUMPUR: Seorang gadis hari ini dilepaskan dengan amaran oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan mencuri lebih 20 jenis barangan bernilai RM1,750 dari sebuah pasaraya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 01:07 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 14-6-2007 20:00
Kain terselak ke paras dada
Oleh Adnan Mohamad

PASIR MAS: Seorang lelaki yang pernah didenda RM1,900 kerana kesalahan khalwat sekali lagi dicekup dalam keadaan telanjang di sebuah rumah usang ...


sekarang爊ak berzina senang2 je...kena tangkap pun bayar tak sampai 3000....
patutla makin byk kes khalwat....:@ :@
patutnya爅abatan燼gama爄slam燽imbangkan爃ukuman2爎ingan爉acam爊i...bukannya爏ibuk爌asal爇epala爏orang perempuan燽otak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.299306 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list