CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Hukuman Tak Setimpal Dengan Kesalahan -

[Copy link]
Post time 15-6-2007 02:02 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by zureena at 8-6-2007 06:58 PM
揔emalangan itu turut menyebabkan seorang daripada rakan mangsa lumpuh sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda seumur hidup manakala seorang lagi hilang ingatan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2007 08:25 AM | Show all posts
Seven years over lover抯 death

By M. MAGESWARI
mages@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: A former bank clerk was jailed seven years for abetting in the manslaughter of her lover.

Rabiah Basry Sultan, 35, who hired two men to beat up S. Manivanan and cut off his leg, smiled broadly on hearing the verdict.

She had ordered the assault to teach the 27-year-old businessman a lesson over a 損roblem
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 08:40 PM | Show all posts

90 Sen!!!!

Padah curi 90 sen
Oleh Meor Riduwan Ahmad

Penganggur diperintah jalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney

SHAH ALAM: Gara-gara mencuri syiling 90 sen dalam sebuah kereta, seorang pesalah muda diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.



Majistret Suriyanilakma Ab Kadir membuat keputusan itu bagi membolehkan tertuduh menjalani pemulihan sehingga mencapai umur 21 tahun berdasarkan peruntukan Seksyen 78 Akta Kanak-Kanak 2001 berkuatkuasa semalam.

Akta itu memberi kuasa kepada mahkamah menggunakan budi bicara membenarkan seorang penama yang lebih 18 tahun dihantar ke sekolah itu sehingga genap 21 tahun.

Berdasarkan pertuduhan, penganggur berusia 20 tahun itu didakwa mencuri wang 90 sen dalam bentuk sekeping 50 sen dan dua keping 20 sen milik K Vijayananth, 24, di No 34 Jalan manir Tiga 25/44 C, Seksyen 25, dekat sini, pada 10 April lalu, jam 9 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sejurus dibacakan pertuduhan itu, tertuduh mengangguk faham dan mengaku bersalah.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Siti Nurazian Sharudin manakala tertuduh diwakili peguam MK Thas.

Dalam rayuannya, peguam berkata anak guamnya direman dua bulan di Penjara Kajang dan mahkamah perlu mengambil kira fakta pengakuan bersalahnya untuk meringankan hukuman.

揟ertuduh tiada kesalahan lampau dan menyesal atas perbuatannya. Ia membabitkan wang 90 sen dan fakta ini memalukan tertuduh, ibu bapa dan keluarganya. Ia menjadi noktah hitam dan tertuduh berjanji tidak mengulangi keslahan itu. Dia juga memohon maaf kepada mangsa dan merayu diberi peluang terakhir oleh mahkamah untuk memulakan hidup baru,
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 08:44 PM | Show all posts
Gara2 90 sen, tapi penyangak luar sana....yg rasuah berjuta... terlepas....
Ni kah sistem keadilan di malaysia.....:@
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 09:13 PM | Show all posts
bese le dunia nak kiamat...:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2007 12:55 AM | Show all posts
MOTHER'S DISGUST: Where抯 the justice?

MADAM S.M. Patmavathy is not alone in her disgust because I was also appalled with the court抯 verdict of seven years
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-6-2007 07:30 PM | Show all posts
Pemuda bersalah ceroboh rumah gadis remaja
20-06-2007

KUALA LUMPUR:  Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah menceroboh masuk ke rumah yang didiami seorang gadis berumur 15 tahun yang keseorangan ketika itu.

Majistret Murshida Abd Halim memerintahkan Mohd Akhbaludin Saifullah Zainol Ailan, 22, untuk menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 26 Mac lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Blok 770021, Bandar Baru Sentul, di sini kira-kira pukul 2.10 petang.

Mengikut fakta kes, Mohd Akhbaludin yang bertugas di syarikat Telekom Malaysia ditangkap apabila bapa mangsa, Abd Razak Yusof yang balik ke rumah mendapati anaknya dalam keadaan terpukau manakala tertuduh berada di samping anaknya itu, lalu menghubungi polis.

Pendakwa, Cif Insp D.R Ghanthi Nathan mencadangkan agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal.

Tertuduh bagaimanapun merayu agar tempoh penjara dikurangkan kerana dia adalah anak sulung dan menanggung enam orang adik beradik yang masih bersekolah

----------------------------------------------------------------

5 bulan!!!
orang ni niat dia tak lain nak rape dan cabul kehormatan
budak pompuan bawah umur  kena 5 month????

pulak tu dikira bulan march  -  SO  next month dah keluar lah!!
apa punya hukuman poyo yang unbelievable ni --

memang tak patut betul hukuman 5 bulan penjara cuz trust me
he is gonna do it again and this time prolly dia rape aje mana2
budak perempuan yang dia dapat ceroboh ---  kena 5 bulan
macam 5 hari aje --!! tak patut betul hukuman se ringan camni!1 -
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 10:45 PM | Show all posts
macam maner dengan hukuman ketuk ketampi 300 kali pada budak 13 tahun
sebab tak datang kelas ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2007 05:51 PM | Show all posts
Menangis sebelum mengaku cabul wanita Mexico
22-06-2007

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Majistret di sini hari ini gamat seketika apabila seorang pelajar warga Sudan menangis sebelum mengaku bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita warga Mexico di dalam lif sebuah hotel di sini.

Abdalla Ali Malik Babiker, 21, pelajar kejuruteraan Kolej Al-Mashriq, Sudan mengaku mencabul kehormatan suri rumah berusia 22 tahun itu semasa mangsa berada di dalam lif di bahagian sayap timur, Blok A, Hotel Berjaya Times Square, di sini kira-kira pukul 3.45 petang, 23 April lepas.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dari tarikh pelajar itu ditangkap serta denda RM1,000.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku apabila mangsa yang mengikuti suaminya bekerja di negara ini, telah terserempak dengan tertuduh di dalam lif ketika dalam perjalanan ke tingkat bawah hotel.

Semasa dalam lif, tertuduh merapati mangsa dan seterusnya bertanya mangsa berasal dari mana. Tidak lama selepas itu tertuduh, secara tiba-tiba mencium kedua-dua belah pipi dan meraba buah dada mangsa.

Mangsa dengan pantas menepis serta menekan butang lif lalu keluar mendapatkan bantuan penyelia keselamatan dan polis dengan diiringi mangsa berjaya mengesan tertuduh yang ketika itu berada di tingkat 15, bangunan berkenaan.

Abdalla yang tidak diwakili peguam membuat rayuan melalui jurubahasa Arab, agar mahkamah memaafkan perbuatannya itu memandangkan dia tidak mempunyai rekod jenayah di negara asalnya dan tidak berniat membuat kacau di negara ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp Syamsul Akmar Basiron.

-----------------------------------------------------------------------------


tu lah dinamakan menangis keluar air mata buaya (darat) tu --
pelajar ni patut kena deport -  cuz 5 bulan penjara tak cukup tu -
(start april pulak tu  - august ni dia keluar la)
bila keluar nanti - saya memang tak ragu dengan umur 21 tahun
darah muda dan dah ada kes duk raba2 orang punya buah dada tak
pasal2 -- memang akan buat lagi - takut jadi rape aje - apatah lagi
banyak kes rape  sekarang ni ---

pada saya dari habiskan duit bagi makan dia dalam penjara --
patut hantar dia balik negara dia -- tak tambahkan lagi masalah
sosial di negara ni yang memang sedia banyak dah ni -- ishh --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 05:56 PM | Show all posts

btw
just for the halibut ---

IMBAS KEMBALI ---

majistret ni lah yang keluar lari ke bilih hakim
bila sorang lelaki yang kena tuduh merompak tu
bukak seluar dia dan tak pakai seluar dalam
so berbogel dalam court majistret ni  ---

funny though -
here is that story --    


http://forum.cari.com.my/viewthr ... amp;highlight=hakim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2007 06:01 AM | Show all posts
Pelajar merempit dipenjara 6 bulan

MUAR 27 Jun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2007 10:47 PM | Show all posts
Man gets 7 years
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2007 02:19 PM | Show all posts
Tak sempat pakai seluar
Oleh Mohd Razlan Salleh

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang berasmara dengan teman wanitanya di dalam kereta, gagal menyarungkan seluarnya ketika diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat rondaan cegah jenayah

Pasangan itu dipercayai tidak menyedari perbuatan mereka diperhatikan penguat kuasa Jais sebelum ditahan dan didakwa berkhalwat.

Tertuduh, Hamizul Abu Bakar, 22, mengaku berbuat demikian selepas didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral bersama pasangannya, Aznee Shaharudin, 22, di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, kelmarin.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan meletak kenderaan Stadium Shah Alam, di sini, jam 11.10 pagi, 4 September tahun lalu.


Pasangan itu dituduh berkhalwat mengikut Seksyen 29 (a) bagi lelaki dan (b) bagi perempuan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jais, Ahmad Safuan Nayan di hadapan Hakim Syarie Atras Mohamad Zin.

Mengikut fakta kes, sekumpulan penguat kuasa melihat sebuah kenderaan diletakkan di kawasan meletak kenderaan dalam keadaan mencurigakan dengan enjin tidak dimatikan.

Selepas memerhati selama beberapa minit, penguat kuasa kemudian menghampiri dan mengetuk cermin tingkap kenderaan terbabit.

Ketika itu, penguat kuasa mendapati tertuduh lelaki sedang meniarap di kerusi penumpang hadapan dalam keadaan seluar terlondeh manakala pasangannya berada di bawah lelaki berkenaan.

Mereka kemudian diarahkan keluar dari kereta berkenaan untuk melakukan pemeriksaan. Hasil soal siasat mendapati, mereka bukan suami isteri dan bukan mahram sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Ketika rayuan, pasangan terbabit merayu tidak dipenjarakan kerana masih menuntut.

Bagaimanapun, pihak pendakwa memohon dikenakan hukuman setimpal berikutan maksiat di dalam kereta semakin berleluasa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM2,900 atau jel 20 hari sebagai pengajaran kepada mereka.

--------------------------------------------------------------------

there u go!! crap verdict!! -
as usual  kena denda rm2900 or about
for this kind of crimes -
ingat this akan deter depa dari buat lagi ka!!

dah la tak tau malu sampai tak sempat pakai seluar
buat project dalam kereta -  tak ada rasa malu
dengan tuhan dan society --
buat benda tak senonoh pagi2 terang kat kawasan
public - memang tak ada rasa pride or sumfin' ---
kena pulak denda yang macam kambing rm2900
pengajaran apa kalau setakat cam tu

patutnya bagi sebat ke dan hukuman cow cow lagi -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 12:45 AM | Show all posts
Serang wanita, tukang sapu dipenjara sehari, denda RM4,000
11-07-2007

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 terhadap seorang tukang sapu yang mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita menggunakan pisau, berpunca daripada perselisihan faham.

Majistret Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman terhadap K. Visalatchy, 55, yang didakwa menyerang V. Saraswathy, 34, di tepi jalan perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Desa Tasik, Sungai Besi di sini, pada pukul 12.30 tengah hari, 1 Mac lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripadanya.

Mengikut fakta kes, Visalatchy telah menyerang Saraswathy sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian leher, tangan dan muka mangsa.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan suaminya telah meninggal dunia dan dia perlu menanggung dua orang anak yang tidak bekerja.

Pegawai Pendakwa Cif Ins S. Bala memberitahu mahkamah bahawa kejadian itu berpunca daripada ketidakpuasan hati Visalatchy terhadap Saraswathy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2007 06:35 PM | Show all posts
Dua anggota polis mengaku salah melakukan rompakan berkumpulan

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis masing-masing berpangkat lans koperal dan inspektor dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah atas dua pertuduhan pindaan melakukan rompakan berkumpulan membabitkan wang tunai bernilai RM7,600.

Hakim Nursinah Adzmi menjatuhkan hukuman itu terhadap Alfred Ginsu, 36, dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman dan Haris Ibrahim, 42, yang juga Pegawai Gerakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), selepas mengaku melakukan perbuatan itu, enam tahun lalu.


--------------------------------------------------------------------------

bila yang melakukan rompakan dan melanggar undang undang ni
adalah orang yang 'sepatutnya' uphold THE LAW -
by right the punishment should be severe!! --
10 tahun is nothing  bila depa ni merompak wang tunai -
dan setelah dipercayai untuk menjaga kepentingan awam -

sebaliknya depa pulak yang menjadi musang berbulu kambing
dan merampok harta orang awam --
dan orang cam gini kena 10 tahun mana patut!! -

tambahan kalau rompakan bersenjata ( i think it is considering
depa punya lesen pistol segala tu!! -  ) inspector apa  ni!!
inspector taek kambeng yang tak boleh dipercayai!
considering who they're i think hukuman tu sangat lenient!!! ishh -
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 07:36 PM | Show all posts
seperti biasa, aku suka bace post2 dexa nih. ada sumber berita, dan ada komen. mmg jenis post yang aku tunggu2. dalam seminggu nih je berapa byk berita aku update bace post dexa je. huhuhu.

apepon, heran gak kenapa bentuk hukuman beza2? walaupun ada sesetengah kes tuh clearly kes yang sama. aku rase dlm malaysia nih tak byk 'case model' iaitu kes2 yang dijatuhkan hukuman utk menjadi contoh tauladan yang menggerunkan pada orang lain. Ataupun... ramai orang kita ni tak amik tau hal semasa.

haih, serba serbi tak kena malaysia skang nih...serba serbi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2007 08:02 PM | Show all posts

Reply #336 bird77's post

apepon, heran gak kenapa bentuk hukuman beza2? walaupun ada sesetengah kes tuh clearly kes yang sama. aku rase dlm malaysia nih tak byk 'case model' iaitu kes2 yang dijatuhkan hukuman utk menjadi contoh tauladan yang menggerunkan pada orang lain. Ataupun... ramai orang kita ni tak amik tau hal semasa.


true eh --
kalau beza yang sikit2 tu tak nampak sangat
such as hukuman sebab shoplifting satu kena rm500
dan lagi satu kena fined rm800   so more or less

ni tak - yang memang buat dajjal teruk2 mencederakan
dengan parang sabit cangkul belaka dan merampok orang / jiran ka --
bergazillion icelemon kasi setahun penjara yang cuma curi rm9.00 cash  
kena 10 bulan penjara -
apa hukuman macam tu!! -- tu yang kadang2 saya hairan
dengan judicial system tu --

nak2 kes khalwat -  ada yang kena fined rm200 aje
or paling teruk pun rm2000  --   kalau yang kena tu
businessman yang gaji sebulan rm30K -  rm200 tu macam
20 sen aje! -   so next time - buat lagi perkara tu

patutnya hukuman2 ni sebagai WARNING  lagaknya -
supaya orang ramai boleh ambil iktibar tak ulang perkara
yang sama or sewaktu dengannya! --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2007 10:31 PM | Show all posts


a very enlightening article --
good reading --
let's -

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Crime and punishment

WHILE the Court of Appeal upheld the conviction of a boy charged with the murder of an 11-year-old girl, it has set aside the sentence of detention at the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2007 09:47 AM | Show all posts
Lima samseng kena 9 tahun

SHAH ALAM: Lima pembuli jalan raya dihukum penjara lapan hingga sembilan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi semalam terhadap pertuduhan pindaan membunuh tanpa niat seorang penyelia kilang tiga tahun lalu.


KENA HUKUMAN: K Devakanan, A Mathews Simon, L Sukumaran, S Prabkaran
dan L Gunasegaran keluar dari mahkamah selepas dihukum
penjara kerana membunuh tanpa niat di Mahkamah
Tinggi Shah Alam, semalam.




Pemilik kedai runcit, K Devakanan, 29; penarik kereta, L Sugumaran, 30; dan penganggur, L Gunasegaran, 34, dihukum penjara sembilan tahun enam bulan, manakala pemandu forklif, S Prabkaran, 21, serta pemandu van, A Mathews Simon, 29, dipenjara lapan tahun.

Mereka dihukum mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Lima lelaki itu mengaku bersalah menyebabkan kematian penyelia kilang, Mohd Hanafiah Ishak, di pencawang telekomunikasi di Kampung Desa Aman Puri, Sungai Buloh jam antara 11.30 malam 31 Disember 2003 hingga 9.25 malam 1 Januari 2004.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh tangkap.

Prabkaran ditahan pada 1 Januari 2004, Devakanan pada 5 Februari 2004, Mathews dan Sugumaran pada 6 Februari 2004, manakala Gunasegaran ditahan pada 4 Julai 2004.

Menurut fakta kes, dalam kejadian pada 31 Disember itu, lima lelaki yang ketika itu menaiki sebuah kereta Proton Satria kuning nombor pendaftaran WHG 5677 bertengkar dengan Mohd Hanafiah selepas kenderaan yang mereka naiki bergesel kereta Proton Wira putih dinaiki mangsa di Damansara Damai.

Pertengkaran berlarutan dan mereka menyerang Mohd Hanafiah sebelum Sugumaran dan Prabkaran mengheret Mohd Hanafiah ke tempat duduk penumpang kereta mangsa dan dipandu Mathews ke pencawang telekomunikasi, manakala Devakanan dan Gunasegaran mengikut menaiki kereta Proton Satria.

Ketika dalam perjalanan Sugumaran dan Prabkaran memukul kepala Mohd Hanafiah hingga mangsa pengsan dan selepas sampai ke tempat kejadian, mangsa terus dipukul dan ditikam sebelum ditinggalkan dalam keadaan bogel.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tanpa niat or not this samseng clearly did a crime and da victim died
as a result of stabbing and kicking -
and they got only 9 years jail?
and only 5 years more to go --
tell ya blink blink blink - 5 years done
and i personally think that it is possbile this
samseng will do da same thing again --

what they did was heinious crime and for the punishment
not even close to what they did to that poor guy --
only a small matter and they took the life of a guy in their
hands --  and that's just absolutely wrong thing ..

until such time  justice system can see that this kind
of crimes only stop when the proper punishment is addressed -
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 12:32 PM | Show all posts
Kalau saya Pihak Berkuasa Negeri, tak teragak2 mengeluarkan surat 'transfer' ke jabatan lain atau dipecat, mengikut mana2  yg lebih sesuai....

[ Last edited by  dexa at 28-7-2007 03:06 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.074128 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list